Mr Heartless (On Hold)

By nrfthl_

74.1K 4.1K 291

Memegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, di... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Author's Note
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Pictures
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Sorry
Bab 27
Author's note
Notice

Bab 22

2.4K 136 7
By nrfthl_


Redza yang sedang tekun memandu itu aku pandang. Tidak lama kemudian aku mengalihkan pandanganku ke kiri. Dalam beberapa saat aku memandang Redza semula. Perbuatan itu aku buat berulang kali sehingga ditegur oleh Redza.

"Dah kenapa pusing-pusing kepala? Sakit?" Aku tak tau dia prihatin ke apa sebab nada suara yang digunakan oleh Redza kedengaran amat sakarstik.

"Tak. Tak sakit pun cuma.." Redza diam menanti. Aku sudah gigit bibir perlahan.

Macam mana nak minta izin pergi kenduri tahlil dekat rumah Sir Mike ni?

"Kelmarin Sir Mike ajak saya dengan umi pergi kenduri tahlil dekat rumah dia hujung minggu ni." Kain jubah aku genggam perlahan.

"Then?" Aku terdiam seketika. Sempat aku mengambil nafas serta sedikit kekuatan sebelum meminta izin kepada Redza.

"Em, boleh tak saya nak pergi?" Aku memandang Redza dengan wajah simpati walaupun aku tau dia tidak akan memandangku.

"Siapa nak hantar? Hari Jumaat ni aku fly pergi Dubai untuk meeting sampai hari Ahad. Kenduri tahlil hari sabtu malam kan?"

"Nanti Amir yang jemput umi, so mungkin saya tumpang sekali?" Aku tidak pasti ini pernyataan atau persoalan. Bukannya dia tidak tahu yang Redza tidak berapa gemar aku rapat dengan Amir.

Kedengaran keluhan nipis terbit di bibir Redza.

"Kalau aku tak ada meeting, dah lama kau pergi dengan aku." Gumamnya perlahan.

"Apa yang awak cakap? Saya tak dengar. Sorry." Redza hanya menggeleng perlahan.

Aku menunggu dengan sabar jawapan dari Redza. Tapi hampa, apabila kereta yang dipandu Redza sudah selamat berada di bawah porch, masih tiada tanda-tanda Redza ingin membuka mulut.

Aku menarik nafas perlahan dan terus membuka pintu kereta.

Tak apalah Qistina, tak ada rezeki kau nak pergi.

Baru sahaja kakiku ingin melangkah masuk ke dalam rumah, tangankh ditarik kebelakang.

Terjungkit keningku apabila aku sudah berhadapan dengan Redza.

"Kenapa? Saya ada tinggal barang eh?" Belum sempat aku ingin melangkah ke kereta semula, lenganku ditahan sekali lagi oleh Redza.

"Pergilah. Aku izinkan. Jangan lama-lama sangat dekat rumah orang tu. Lepas habis majlis, terus balik rumah." Automatik aku mengukir senyuman lebar sampai ke telinga sebelum memeluk erat tubuh suaminya.

"Terima kasih awak! In shaa Allah saya balik cepat-cepat kay?" Aku melepaskan pelukan itu dan sempat aku mencubit geram pipi Redza.

Membulat mata Redza melihat tingkahku yang satu ini. Lantas, aku terus berlari masuk ke rumah.

"Nur Qistina Humairaa'!" Aku sudah terkekek-kekek di dalam. Iqie yang sedang leka menonton televisyen pun memandang pelik ke arahku.

***
Selepas solat Asar, kakiku menuju ke ruang tamu. Kelihatan Rifqie sedang duduk di hadapan televisyen sambil tangannya bermain play dough. Aku mendekatinya perlahan dan mengambil tempat di sisi Rifqie.

"Tengah buat apa tu?" Rifqie memandangku sekilas dan memandang kembali terhadap tanah liat di hadapannya.

Terdapat beberapa bentuk yang telah dihasilakan oleh Iqie. Ada yang berbentuk bunga. Ada juga berbentuk bintang dan ada juga yang tidak serupa bentuk. Aku tersenyum manis.

Dia menunjukkan tanah liat itu di hadapan mukaku.

"Kakak nak main?" Aku mengangguk teruja.

Tanganku mencubit sedikit tanah liat yang berwarna kuning itu dan aku uli sedikit sehingga ia berbentuk bulat. Lalu, aku meleperkannya dan aku memotong tanah liat itu kepada dua bahagian.

Iqie tekun memandangku yang sedang bermain tanah liat ini.

Setelah beberapa minit, aku sudah siap membentukkan tanah liat itu menjadi karipap.

"Tadaa! Nah ni untuk Iqie." Dapat aku lihat wajah Iqie yang teruja sehingga menepuk tangannya beberapa kali.

"Wah! Cantikknya kakak buat." Lantas dia mengambil karipap buatan itu dari tanganku.

Selepas daripada itu, Iqie menyuruhku membuat pelbagai bentuk. Kejap dia suruh buat roti canai. Kejap dia suruh buat nasi lemak.

Aku ketawa kecil dengan kerenahnya yang banyak cakap ini. Betullah yang dikatakan oleh Redza. Iqie akan jadi mulut murai bila dia sudah rapat dengan seseorang itu.

"Ehem." Aku menghentikan aktivitiku sebentar dan memandang gerangan yang berdeham sebentar tadi.

"Angah! Tengok ni kakak buat cantik." Bersungguh-sungguh Iqie menunjukkan hasilku tadi kepada Redza.

Redza tersenyum manis sebelum mengusap kepala adik bongsunya itu dengan penuh kasih.

"Dah rapat dengan kakak, tak nak main dengan angah ye?" Iqie ketawa sambil mengelakkan dirinya dari terus digeletek oleh Redza.

Aku hanya memerhati gelagat adik-beradik itu. Setelah hampir dua bulan usia perkahwinannya dengan Redza, dia sudah masak dengan keakraban Redza dengan adik-adiknya.

Perangai Redza di luar amat berbeza dengan Redza yang kini berada di hadapannya. Walaupun aura kedinginan itu masih ada, tetapi kedingingannya itu tidak menghalang Redza untuk melayan kerenah adik beradiknya.

"Awak, hari Jumaat nanti flight pukul berapa?" Redza memandangku sebentar sebelum mengalihkan pandangan ke arah Iqie.

"Pukul 2:30 petang. So, in shaa Allah aku gerak pukul 10 pagi. Kenapa tanya?" Aku menggaru kening belah kiri.

"Er, boleh tak saya nak hantar awak pergi KLIA?" Redza berkerut memandangku.

"Kau tak ada kelas ke?" Aku menggeleng kepala perlahan menandakan tiada kelas pada hari itu.

"Tak payah lah. Menyusahkan je. Lagipun aku naik teksi nanti." Aku mengetap bibir perlahan.

Cakap je lah tak nak aku hantar. 

"Alaa. Tak boleh ke? Tak menyusahkan pun. Saya tumpang awak sekali lah naik teksi. Nanti balik pandai-pandai saya lah." Redza tetap menggelengkan kepalanya.

"Bukannya ada apa-apa pun dekat KLIA tu." Aku menekur lantai sambil jari menguis-nguis tanah liat.

"Awak yelah dah pergi banyak kali, boleh lah cakap tak ada apa-apa." Redza memandang lipat ke arahku.

"Kau tak pernah pergi ke pun?" Aku tersenyum hambar sambil bangun dari duduk. Redza yang sedang duduk itu mendongak melihat wajahku.

"Tak ada apa lah. Saja je. Okaylah, saya nak tolong mama masak." Aku tersenyum nipis sebelum mengorak langkah ke arah dapur.

Aku mengeluh nafas berat. Tanganku menampar-nampar mulut kuat.

"Mengada-ngada je kau ni." Gumamku perlahan dan terus mula memasak makan malam.

***
"Qis tak panas ke asyik pakai tudung je dalam rumah? Bukannya ada siapa-siapa pun sayang." Aku yang sedang menjamah lauk ayam masak cili api tersedak kuat.

Raihanah yang berada di sebelahku terus menghulurkan segelas air kosong kepadaku.

Hampir berair kedua belah mataku menahan perit di tekak.

"Ya Allah. Macam mana boleh tersedak." Mama sudah kalut sambil menuangkan lagi air masak di dalam gelasku yang sudah kosong.

Redza hanya memerhati dari tempat duduknya.

"Itulah awak, tanya waktu orang tu tengah makan. Mana tak tersedaknya." Papa menggeleng perlahan.

Selepas sudah reda, aku berdeham kecil sebelum membuka mulut.

"T-tak biasa." Mama memandang pelik ke arahku.

"Apa yang tak biasanya. Nanti lepas ni tak payah nak pakai tudung dalam rumah. Panas nanti." Aku hanya mengangguk tanda faham. Tidak berani nak melawan kata mak mertua.

Bukannya dia tidak mahu, tapi dia berasa janggal apabila membuka tudung walaupun tidak jatuh haram apabila papa melihat rambutnya.

Lagipun Rifqie masih kecil lagi. jadi, memang tidak berdosa jika dia menayangkan rambutnya.

Ada juga Redza mengutarakan soalan ini kepadaku. Tapi aku hanya membiarkan saja.

Nampaknya lepas ni dia kena biasakan membuka tudung.

***
Aku baring dalam keadaan menghadap siling. Redza masih berada di meja kerjanya sejak selesai makan malam sebentar tadi.

Tiba-tiba aku teringatkan kenduri tahlil di rumah Sir Mike pada hari sabtu malam ini.

"Erm, awak." Aku memanggil Redza lembut. Redza 'hmm' saja kepadaku.

"Hujung minggu ni kan Sir Mike buat kenduri tahlil kan?" Redza yang sedang menaip di komputer ribanya terhenti. Dia memusingkan kerusi menghadapku. Keningnya dijungkitkan.

"Er, kenduri tahlil tu untuk siapa?" Redza diam memandangku yang sudah bertukar posisi baring kepada duduk bersila.

"Atok dengan nenek dia tak silap." Aku mengangguk tanda faham. Lalu, Redza kembali menghadap komputer ribanya.

Matanya sudah berasa mengantuk. Aku terus membaringkan tubuhku. Setelah membaca doa tidur, ayatul kursi dan tiga Qul, aku terus memejamkan mataku.

Kedengaran suara Redza memecahkan suasana sunyi ini.

"Aku bukan tak bagi kau hantar aku kat airport. Kalau ada Pak Mid aku tak kisah. Tapi hari Jumaat nanti Pak Mid kena hantar papa jumpa client. Dan jangan harap aku benarkan kau naik teksi." Aku tekun mendengar suara Redza. Mataku masih terpejam.

"Orang zaman sekarang tak boleh percaya sangat. Pagi atau malam sama je. Aku tak boleh kawal nafsu keparat kat luar sana tu. Sebab itu, selagi aku boleh jaga, aku akan jaga. Tak apalah. Lain kali aku bawa kau pergi airport okay? Bukan setakat pergi, kita pergi naik kapal terbang terus." Aku terdiam.

Terasa ada pergerakan di sebelahku. Menandakan Redza sudah baring di sisiku.

Aku yang baring menghadapnya, perlahan-lahan aku membuka mataku.

Mataku dijamah dengan wajah kacak Redza yang sedang merenungku.

Baru saja aku ingin membuka mulut, Redza sudah menarik tubuhku rapat ke dada bidangnya.

Aku terkedu seribu bahasa. Terasa rambut panjangku dibelai lembut olehnya. Telingaku menangkap suara yang membaca beberapa ayat Al-quran dan doa tidur.

"Dah, tidur." Serentak itu, aku mendapat kucupan hangat di ubun-ubunku.

Aku yang terbaring kaku sewaktu dipeluk oleh Redza mula membalas pelukan suaminya itu. Kepalaku diletakkan di bawah dagu Redza. Terasa pelukan dieratkan dan tanpa sedar, aku lena dalam pelukan hangat seorang suami.

***
Aku mengenakan sepasang jubah berwarna royal blue dan dipadankan dengan shawl putih yang terdapat bunga-bunga kecil berwarna biru.

Handsock yang sedikit melurut aku tarik ke atas. Jam tangan dipakai dan stoking berwarna hitam di wardrobe aku capai dan disarungkan pada kedua belah kaki.

Aku mula keluar dari bilik bersama beg tangan dan menuruni anak tangga dengan berhati-hati.

Mama dan papa sudah pergi dahulu diikuti dengan Rifqie.

Aku baru tahu bahawa keluarga Redza amat rapat dengan keluarga Sir Mikhael. Raihanah tiada di rumah kerana mengikuti kem akademik yang diadakan di UPSI, Tanjung Malim.

Kedengaran loceng rumah berbunyi. Aku mempercepatkan langkahku ke arah pintu utama. Kelihatan Amir yang lengkap berbaju melayu biru gelap sedang bersandar pada kereta Golf GTI miliknya.

"Sorry. Awak dengan umi dah tunggu lama dah ke?" Soalku sambil menutup gate menggunakan remote.

"Tak lah. Baru je sampai." Amir tersenyum manis.

Lalu, Amir membukakan pintu belakang untukku. Aku mengucapkan terima kasih dan terus meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Umi yang berada di sebelah tempat pemandu aku salam dan mencium kedua belah pipi tua umi.

"Umi sihat?" Soalku lembut.

"Alhamdulillah. Umi sihat aje. Qistina sihat tak?" Aku mengangguk laju sambil tersengih kecil.

"Terlebih sihat umi. Banyak sangat makan. Hehehe" umi tergelak kuat.

"Patutlah dah macam--" Belum sempat Amir menyambung ucapannya, aku terus menarik rambutnya kuat.

Amir mengaduh sakit. Aku senyum sinis.

"Tulah, cari pasal lagi." Amir mengusap-usap rambutnya bagi menghilangkan rasa sakit. Umi hanya menggeleng perlahan. Sudah biasa dengan perangai kami berdua.

"Lepas kahwin ni makin garang. Macam mana lah Redza boleh tahan dengan Qis ni." Aku mencebik geram.

"Mana ada garang!" Dalihku sambil memeluk tubuh. Amir hanya tersenyum manis.

Suka lah tu buat orang geram.

Akhirnya kami tiba di rumah Sir Mike. Kelihatan sebuah banglo mewah dan terdapat ramai orang di dalamnya.

'Ni kot rumah Sir Mike.' Getusku perlahan.

Kami bertiga turun dari kereta dan mula masuk ke dalam rumah banglo. Lengan kanan umi aku paut erat. Manakala Amir berada di belah kiri umi.

Kedengaran namaku diseru. Mataku tertancap pada susuk tubuh yang amat aku kenali.

Sir Mikhael.

"Eh Qistina, umi." Dia tersenyum manis ke arah kami berdua sebelum menghulurkan salam kepada Amir.

"Mike"

"Amir"

Sir Mike memandang kami semula sebelum menjemput masuk.

"Jemput masuk. Belah kiri untuk perempuan, belah kanan untuk lelaki. Dalam 10 minit, In shaa Allah bacaan tahlil akan start."

Kami terus berpecah mengikut tempat yang telah disediakan.

***
Sementara menunggu umi yang sedang pergi ke tandas, aku berdiri di hadapannya terdapat sebuah drawer panjang dan di atasnya terdapat beberapa frame gambar.

Tetapi mataku tertancap pada satu bingkai gambat yang besar pada dinding itu.

'Family potrait.' Kataku dalam hati sambil tersenyum nipis. 

Rupa-rupanya Sir Mike merupakan anak tunggal dalam keluarga ini. Kini, mataku tertumpu pada kedua orang tua Sir Mike.

Sir Mike mempunyai raut wajah yang mirip dengan ibunya. Cuma Sir Mike mendapat mata biru daripada ayahnya.

"Qis?" Terhinjut bahuku apabila disergah begitu.

"Eh, sorry. Tak tau pulak awak terkejut. Hehehe." Aku tersengih kecil kepada Sir Mike.

"Khusyuk betul tengok gambar keluarga saya." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Sorry Sir. Keluarga Sir semua cantik dan segak. Tu yang tak boleh alihkan pandangan tu." Terletus tawa kecil dari bibir Sir Mike.

"Keluarga saya ke, saya?" Guraunya.

"Erm, saya ingat Sir ada adik beradik yang lain. Tak sangka pulak Sir ni anak tunggal." Kataku sambil tidak lekang memandang gambar dihadapannya.

Belum sempat Sir Mike ingin membalas, terdengar suara umi yang menegur kami berdua.

Amir juga ada bersama umi.

"Eh umi. Dah makan?" Soal Sir Mike lembut.

"Alhamdulillah, sudah." Balas umi sambil tersenyum manis.

"Terima kasih sebab sudi datang. Lepasni boleh lah datang rumah saya bila-bila masa."

"In shaa Allah. Haa, Mikhael pun, datang la rumah umi. Tak besar mana pun macam rumah Mikhael."

"Eh macam tu pulak. Biasa-biasa je umi. In shaa Allah. Dari haritu saya nak datang, tapi tak ada rezeki."

"Erm Sir, mana ibu Sir eh? Ingatkan nak jumpa kejap. Lepas tengok gambar ni rasa teruja pulak nak jumpa." Aku tidak pasti sama ada ini perasaan aku atau bukan.

Tetapi, riak wajah Sir Mike berubah apabila aku ingin berjumpa dengan ibunya. Lagi pula, sepanjang majlis tahlil ini berlangsung, tidak pula aku nampak kelibat ibu Sir Mike. Yang ada cuma Sir Mike dan ayahnya saja.

Kelihatan Sir Mike mengusap belakang tengkuknya sambil tersenyum nipis.

"Mummy tak sihat sangat harini. So, dia rehat dalam bilik je." Aku mengangguk tanda faham.

"Ouh, kalau macam tu, tak apalah. Nanti tolong kirim salam dekat mummy Mikhael ya?" Kata umi kepada Sir Mike.

"In shaa Allah." Sir Mike mula tersenyum manis. Haih. Memang tak lekang dengan senyuman semut dia tu.

Tiba-tiba telefonku bergetar.

'Mr. Zauj is calling'

Aku tersenyum lebar sebelum segera mengangkat panggilan tersebut. Sempat aku meminta diri dan bergerak ke luar rumah banglo Sir Mike.

Sempat juga mataku memandang Amir yang dari tadi merenungku.

Bukannya dia tidak perasan. Sejak aku dimasukkan ke dalam ward hari itu, Amir sudah jarang berbual dengannya.

Dan Amir juga suka merenungnya sehingga membuatkan aku tidak berasa selesa.

"Assalamualaikum awak!" Tegurku riang.

"Waalaikummussalam. Ni dekat mana ni? Dah balik belum?" Aku tertawa kecil.

"Belum lagi. Tapi lepas dah habis borak, kitaorang gerak." Terdengar Redza mengumam sesuatu yang kurang jelas.

"Awak cakap apa?"

"Tak ada apa-apa. Cepat sikit balik. Jangan nak berborak je." Aku mecebik bibir.

"Jeles lah tu."

"Tak ada masa aku nak jeles dengan kau." Aku menggulingkan bebola mataku. Sudah terang lagi nak bersuluh.

"Awak tengah buat apa ni?" Aku terus menukar topik. Karang tak pasal-pasal dia sebut nama siapa-siapa nanti.

"Baru nak tidur." Aku mengangguk perlahan.

"Aik? Awalnya? Selalu kat rumah pukul 12 ke atas baru tidur." Soalku pelik.

"Esok pagi ada meeting. Kena bangun awal."

"Esok nak balik pun ada mesyuarat jugak ke?" Kedengaran tawa Redza du corong telefon.

"Mestilah. Ingat meeting ni cukup ke sehari? Kalau dalam drama yelah cukup." Aku tersenyum mendengar tawa Redza.

"Lepas habis meeting balik terus tau. Rindu." Selorohku.

"Ei. Gedik je aku dengar." Aku tertawa kecil.

Selepas kami berbalas salam, aku menamatkan panggilan kami. Aku memusingkan tubuhku untuk masuk ke dalam semula.

Seperti terkena renjatan elektrik apabila tubuhku hampir bertembung dengan tubuh Amir.

"Amir? Dah berapa lama dekat sini?" Amir merenungku kejap sebelum menjawab persolanku.

"Baru je." Balasnya pendek.

"Nak balik dah eh? Jom!" Aku mula mengorak langkah terhenti semula apabila namaku diseru oleh Amir Hudzaifah.

Terangkat keningku memandangnya.

"Are you happy?" Makin berkerut dahiku mendengar persoalan Amir.

"What do you mean by that?" Tanla mengendahkan persoalanku, Amir mengulangi ayatnya tadi. Cuma ditambah beberapa ayat selepasnya.

"Are you happy with him, huh?" Aku terkedu memandang Amir. Walaupun kecerahan lampu di taman ini tidak terlalu cerah, tapi aku boleh lihat linangan air mata Amir.

Amir, nangis? Kenapa?

"Alhamudlillah. Qis bahagia dengan Redza. Kenapa Amir tanya soalan macam ni?" Soalku lembut.

Bunyi riuh kanak-kanak yakni sedara Sir Mike yang bermain bunga api di taman ini, tidak aku hiraukan.

"Even you guys married with no love?" Lidahku menjadi kelu.

Aku terdiam seketika sebelum membalas.

"Dah lewat Amir. Umi tunggu." Aku terus meninggalkan Amir sendirian di belakang.

"Qistina, you didn't answer my question yet." Aku menggigit bibir kuat bagi menghilangkan rasa galau di dalam hati.

"Cinta boleh dipupuk selepas nikah. And, tak semestinya nikah tanpa cinta tak boleh menjamin bahagia. Noted that, Amir." Balasku perlahan dan tersenyum nipis ke arahnya.

"I know you care about me, Amir. Thank you for your concern. It is okay. Setakat ni, Redza tak pernah buat pelik-pelik dekat Qis." Aku mengambil nafas sebelum mengakhiri kata-kataku.

"Qistina faham kenapa Amir tanya soalan macam ni. Sebab, Amir risaukan Qis macam adik Amir kan?" Amir memandangku sayu.

"Yy-yeah. Sorry sebab Amir overacted sangat." Balasnya perlahan.

"Tak apalah. Qis faham. Dah, jom balik? Mesti umi dah tunggu lama." Kataku dan terus menuju ke umi.

Amir memandang Qistina yang sudah pergi meninggalkannya.

"Memang kau dari dulu just anggap aku ni sebagai abang kau je Qistina. Aku je yang terlalu berharap untuk lebih dari tu." Kataku dalam hati sebelum mengorak langkah ke dalam rumah semula.

***

Assalamualaikum readers! 🌸

Nahh hadiah untuk korangg 😊 gigih saya type smpai 27++ words.

The longest chapter maybe?

Sorry buat korang tunggu lama 🙇🙇🙇🙇

em, boleh tak utk next chap nak target : 50🌟(bukan batak, tapi salah satu cara mengelat untuk lambat update new chap sebab busy ya Allah.)

Again, i'm so sorry. Almost 2 weeks i didn't update new chap. So kira okay lah kan bab ni agak panjang. ((Minta ampun beribu ampun kalau chap kalini bosan. I'd try my best)) 😭😭😭

Ops. Sorry. Bebel banyak pulak 😅

By the way, Don't forget to,

#vote&comment# 💞

((Tak lepas target tak ada new chap tau. Ya, i know. Saya kejam kali ni 😈 herherher))














Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 64.4K 44
STORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu...
My Fondness By nabh

Teen Fiction

404K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
10.7M 467K 86
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
639K 71.9K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020