Kasih Yang Hilang

Door Nxraz_wn

2.5M 68.1K 833

- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai... Meer

Pengenalan watak
Part 1 - Kafe
Part 2 - Pertemuan
Part 3 - Terbongkar
Part 4 - Sedar
Part 5 - Perkahwinan
Part 6 - Masak
Part 7 - Rania
Part 8 - Kepulangan Rania
Part 9 - Tidur dengan Mama
Part 10 - Bilik istimewa
Part 11 - Drift
Part 12 - Balik lambat
Part 13 - Paksaan
Part 14 - Puteh
Part 15 - Gaduh
Part 16 - Demam
Part 17 - Berubah
Part 18 - Tersenyum
Part 19 - Kakak ipar
Pemberitahuan
Part 20 - Kenduri tahlil
Part 21 - Mandi
Part 22 - Arissa Ameena
Part 23 - Keluarga
Part 24 - Shoping
Part 25 - Aku nak kau
Part 26 - Wayang
Happy New Year
Part 27 - Tidur sama
Part 28 - Tumpangkan
Part 29 - Taman tema air
Part 30 - Usik
Part 31 - Merajuk
Part 32 - Hari lahir
Part 33 - Dingin
Part 34 - Kiss
Part 36 - Muntah
Part 37 - Ego
Bab 38 - Mengidam
Soalan terbuka
Part 39 - Diserang
Part 40 - Menyesal
Part 41 - Hospital
Follow sekarang !!
Part 42 - Sedar
Part 43 - Kecewa
Part 44 - Maaf
Part 45 - Panggilan
Part 46 - Selesai
Part 47 - Butik
Promote
Part 48 - Pengsan
Part 49 - Mengada
Part 50 - Bakal ibu
Part 51 - Puasa
Part 52 - Majlis Farah
Part 53 - Pickup line
Part 54 - Bayi lelaki
Special Part
Part 55 - Kejar
Part 56 - Nakal
Part 57 - Yen
Part 58 - Tidur
Tumpang lalu
Part 59 - Cinta Rania
Part 60 - Kahwin
SPECIAL PART 😍

Part 35 - Hana

33.7K 1K 12
Door Nxraz_wn

"Radhwan... Hantar saya pergi kafe boleh?" pinta Airen . Motosikalnya tiba-tiba sahaja rosak semalam dan  sudah dihantar ke bengkel. Jadi, hari ini dia tiada kenderaan untuk ke tempat kerja. Terpaksalah meminta bantuan dari suaminya.

"Kau mintak tolong Pak Meon hantarkan. Aku dah lambat ni" balas Radhwan tanpa memandang Airen. Kasutnya dipakai cepat-cepat. Enggan berlama-lama di situ.

"Tapi..."

"Aku pergi dulu" potong Radhwan laju.

Betul la Radhwan dah berubah. Jika sebelum ini, tiada istilah lambat bagi lelaki itu. Kemana sahaja yang Airen mahu pergi, pasti akan dihantar terlebih dahulu. Lagipun jalan ke pejabat sehala dengan kafe. Apa salahnya jika dia menumpang sekejap kereta lelaki itu.  

Airen hulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Tetapi huluran itu hanya dibiarkan sepi. Tipulah kalau kata dia tak terasa dengan perlakuan lelaki itu. Apa salah yang dia buat? At least bagitahu apa salah dia. Jangan diam dan terus menghukum. Tanpa mempedulikan Airen yang setia menanti, dia berlalu pergi menuju ke kereta.

Dalam diam, ada mata sedang memandang di sebalik dinding.

"Abang.. Kenapa dengan Radhwan tu? Tetiba jer perangai berubah" kata Puan Sri Rahayu. Jelas terpancar kerisauan pada wajahnya.

"Abang pon tak tahu. Jap lagi abang cakap dengan dia kat pejabat. Awak jangan risau la" Tan Sri Zahir cuba menenangkan isterinya. Dia perasan sikap Radhwan berubah akhir-akhir ini.

Rania hanya diam mendengar perbualan kedua orang tuanya. Tiada niat untuk menyampuk. Salah cakap satgi dia jugak yang kena sembur. Lebih baik diam. Dia juga risau melihat perubahan sikap abangnya.

"Abang tumpangkan Airen tu kejap. Risau saya tengok dia pergi sorang-sorang" ujar Puan Sri Rahayu.

"Yelah" balas Tan Sri Zahir sambil bergerak ke pintu utama di mana Airen sedang berdiri. Puan Sri Rahayu pula mebuntuti suaminya dari belakang.

"Airen pergi dengan papa eih. Papa hantarkan" tegur Tan Sri Zahir apabila melihat Airen sedang khusyuk menghadap telefon.

"Tak apa ke? Tak susahkan papa?"Airen angkat muka. Terkejut mendengar suara bapa mertuanya. Baru dia hendak menelefon Farah untuk mengambilnya. Tapi dah Tan Sri Zahir nak hantarkan, dia okey saja.

"Susah apanya Airen. Kan sehala jer nak ke pejabat" ujar Tan Sri Zahir. Die melihat Airen tersengih. Namun, dia dapat melihat kekeruhan di sebalik senyuman itu.

"Terima kasih Papa" ucap Airen ikhlas. Terharu dengan kebaikan lelaki yang dianggap seperti bapa kandungnya. Rindunya kat abah!

"Hati-hati bawa kereta tu bang" kata Puan Sri Rahayu.

"Iyelah sayang..." Balas Tan Sri Zahir lembut. Puan Sri Rahayu tersenyum. Tangan suaminya dikucup perlahan.

Airen hanya melihat kemesraan mertuanya. Sungguh dia cemburu. Walaupun mereka sudah lanjut usia, tetapi kasih sayang yabg terjalin masih lagi kuat dan kukuh. Dia menyalami Puan Sri Rahayu sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

___________

Hana memandang lelaki di hadapannya. Sejak tadi Radhwan asyik melayani perasaan. Makanan yang dipesan langsung tidak dijamah. Tangan lelaki itu menguis- nguis nasi goreng menggunakan sudu. Dia yang mengajak Radhwan untuk menemaninya sarapan di pejabat. Hana memulakan bicara disebabkan kebisuan lelaki di hadapannya.

"Rez... Kenapa dengan you ni?" Soal Hana. Dia merenung dalam-dalam mata Radhwan.

"Huh? Maksud you?" Soalan dijawab dengan soalan. Bukannya dia tak paham dengan soalan yang diberikan.

"You macam ada masalah jer" Hana mengambil berat.

"Eh, tak ada la" Radhwan cuba menyembunyikan perkara yang berlaku. Tidak mahu orang lain masuk campur dalam halnya.

"You gaduh dengan isteri you ker?" Teka Hana. Rambut karatnya dikuak ke belakang.

Radhwan diam. Tekaan Hana memang tepat sekali.

"It's okay. Just tell me. I boleh jadi pendengar yang setia" Hana mula menyucuk. Dia tersenyum manis.

Hana meletakkan tangannya di atas tangan Radhwan. Lelaki itu langsung tidak menepis. Hanya membiarkan sahaja perlakuan Hana terhadapnya.

Sementara itu, ada mata yang memerhati mereka dari jauh.

"Weh.. kawan kau apsal tu?" Soal Harris. Matanya masih terpaku pada pasangan yang berada tidak jauh dari mereka. Geli ketiaknya melihat aksi mesra pasangan itu.

"Kawan kau jugak" balas Rafiq bersahaja. Teh tarik dihirup perlahan. 

"Aku tengok dia macam ada masalah jer sejak dua menjak ni. Kau tahu apa masalah dia?" sambung Harris lagi. Sekali sekala dia memandang sekeliling. Ruang makan di situ semakin penuh oleh orang ramai.

"Kalau aku tahu, dah lama aku bagitahu kau" ujar Rafiq. Makanan di hadapannya disuap ke dalam mulut

"Kecik besar jer aku tengok Hana tu. Apsal do minah gedik tu. Dah tahu Radhwan tu laki orang, nak menyucuk lagi apasal" balas Harris tak puas hati. Pantang betul jumpa lelaki curang ni. Nasib kawan dia, kalau tak dah lama makan kaki mamat tu.

"Woo... Rileks bro. Tapi betul jugak kata kau. Apa motif dia dok terhegeh dekat Radhwan" ujar Rafiq setuju dengan apa yang dikatakan Harris.

"Ntah la.. Aku rasa macam ada yang tak kena. Kau pergi la cuci sikit otak kawan kau tu sikit"

"Aku dah tarbiah sentap dekat dia kelmarin. Entah sentap entah tidak. Macam tak da perasaan jer" cerita Rafiq pasal kejadian yang berlaku.

"Kau biar betul" wajah Rafiq dipandang tak percaya. Berani betul Rafiq ni. 

"Betul la. Kau bayangkan Airen call dia tak angkat. Kononnya busy. Then, time Hana call, cepat jer dia angkat. Dah habis kerja katanya. Aku yang dengar pon panas hati la. Terus aku sindir dia. Bagi terasa masuk ke dasar hati terus" kata Rafiq geram.

"Hish... Pening la aku fikirkan pasal Radhwan ni. Dulu elok jer bercintan cintun. Sekarang dah berubah pulak" 

"Entah la Harris. Nanti la aku slow talk dengan dia" kata Rafiq.

Harris hanya mengangguk. Makanan dalam pinggannya dihabiskan dengan segera.

_________

Tok..   tok..

"Masuk..." Radhwan bersuara dari dalam biliknya. Afina iaitu PA kepada Radhwan segera masuk apabila mendapat keizinan dari majikannya. 

"Encik Radhwan, Tan Sri panggil masuk bilik dia" beritahu Afina. Wajah kacak bosnya dipandang. Nasib baiklah aku dah kahwin. Kalau tak dah lama aku tangkap cintun dengan dia. Haihh

"Give me five minute" balas Radhwan ringkas. Wajahnya langsung tidak diangkat. Nampak sangar tengah sibuk

"Okey.." Afina terus keluar dari bilik itu. 

Radhwan mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Jam dipandang sekilas. Pukul 11.40 dah? Cepatnya masa. Dia mengatur langkah menuju ke bilik Tan Sri Zahir. Pintu diketuk sebelum masuk.

"Yes.. ada apa Papa panggil Rez?" tegur Radhwan apabila melihat bapanya sedang merenung ke luar tingkap kaca itu.

"Macam mana projek baru kita? Ada masalah?" Tanya Tan Sri Zahir. Dia berjalan mendekati Radhwan yang sudah melabuhkan duduk di atas sofa.

"Setakat ni belum ada masalah Pa. Semuanya baik dan berjalan dengan lancar" jawab Radhwan. Pelik la papa ni. Tak pernah-pernah nak tanya pasal projek semua ni. Ni tetiba ja. Demam ke apa papa aku ni.

"Baguslah kalau macam tu. Tak sia-sia papa lantik kamu sebagai ketua untuk uruskan projek kali ni. Ketua yang baik ialah ketua yang boleh membimbing pekerjanya dan keluarga ke jalan yang diredhai Allah. Tapi, kamu kena ingat setiap kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang perempuan sebagai tulang belakang" ujar Tan Sri Zahir dengan penuh tersirat.

"Papa boleh tak straight to the point?" Kata Radhwan. Dia tahu apa yang hendak disampaikan oleh papa. Tak lain tak bukan layanannya terhadap Airen. Dia mempunyai alasan tersendiri untuk bersikap sedemikian. Bukan saja-saja dia nak bersikap dingin.

"Papa tak tahu apa masalah kamu dengan Airen. Papa rasa anak papa ni dah cukup dewasa untuk selesaikan masalah rumah tangga dengan sendiri" Tan Sri Zahir mengambil tempat berhadapan dengan anaknya. Satu-satunya anak lelaki yang dia ada.

"Papa.. kalau pasal personal issue, we can talk at home. Rez keluar dulu" Radhwan berkira-kira mahu bangun tetapi pantas dihalang oleh Tan Sri Zahir.

"Duduk dulu Rez" kata Tan Sri Zahir keras. Radhwan duduk kembali. Paham sangat apabila papanya mengeluarkan suara itu. Walaupun lembut bicaranya, tetapi amat menakutkan.

"Ingat pesan papa. Jangan pernah lari dari masalah. Menantu Papa tu pun ada perasaan. Memang depan Papa dia senyum, dia ketawa dan dia gembira. Tapi di sebalik semua tu mungkin hati dia sedang menangis dengan sikap kamu" anak mata anaknya direnung. Amanah yang diberikan oleh Allah kepadanya. Anaknya yang dulu ditatang dengan penuh kesabaran kini sudah menjadi seorang suami. Dan akan menjadu seorang ayah suatu hari nanti.

"Papa tak paham apa Rez rasa.." balas Radhwan perlahan. Suaranya mengendur. Risau jika kata-katanya melukai hati orang yang dia sayang.

"Apa yang papa tak faham. Cuba bagitahu papa. Rez marah Ren pasal isu kemalangan tu? Pasal tu jer Rez nak hukum Airen sampai macam tu sekali? Buat tak tahu kat dia. Buat dia macam tak wujud. Apa perasaan Rez kalau Airen buat Rez macam tu? Cuba bagitahu papa" nada suara Tan Sri Zahir meninggi. Berombak kencang dadanya dengan sikap Radhwan. Bertindak melulu tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Nasib Inspektor Amir menelefonnya untuk memberitahu tentang berita itu. Kalau tidak, sampai bila pon dia tidak tahu. Mahu Radhwan buka mulut? Memang tak la. Lebih suka memendam daripada meluahkan. Akhirnya siapa yang terluka? Menantunya juga yang menjadi mangsa. Sungguh dia kecewa dengan anaknya.

Radhwan tersentak. Tidak menyangka Tan Sri Zahir mengetahui tentang itu. Mesti Inspektor Amir yang maklumkan kepada bapanya.

"Yang papa nak bela dia sangat kenapa? Rez atau Airen anak papa?" suaranya juga meninggi. Sungguh dia tidak segaja untuk bersikap kurang ajar dengan bapanya.

"Memang Rez anak papa. Tapi papa sayang Airen macam anak kandung papa. This is my last warning. Jangan ulang kesilapan Rez dulu. Dan jangan buat menantu papa menangis lagi. Kalau tak, orang pertama yang papa cari ialah Rez" kata-kata Tan Sri Zahir membuatkan Radhwan terdiam.

___________

Vote and comment gais🌟🌟

Love you 🎈🎈

Yang benar, author 😘

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

289K 10.9K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
180K 8.8K 60
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...
531K 1.3K 29
As in 6 December 2022: 1st place #18sx 1st place #lucah 1st place #malay 1st place #asrama Violet memilih untuk dimasukkan ke sekolah berasrama penuh...
1.6M 51.9K 59
[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku...