Mr Heartless (On Hold)

By nrfthl_

74.1K 4.1K 291

Memegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, di... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Author's Note
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Pictures
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Sorry
Bab 27
Author's note
Notice

Bab 19

2K 130 4
By nrfthl_

Selesai menunaikan solat Isya' berjemaah, aku mula mengatur langkahku menuju ke dapur untuk menghidangkan juadah untuk makan malam. Lauk-pauk aku letakkan di atas meja makan.

Lalu, aku menyusun pinggan dan gelas di atas meja. Kelihatan adik ketiga Redza, Raihanah memasuki ruang dapur.

Aku tersenyum manis ke arahnya. Dia hanya membalas dengan senyuman tipis.

Aku menggigit bibirku perlahan. Yeah. Sebelum ni pernah aku katakan bahawa cuma adik bongsu Redza sahaja yang tidak 'ngam' dengan aku.

Tapi bila diperhatikan semula, bukan Rifqi sahaja. Malah Raihanah pun melayan aku acuh tak acuh.

Tiba-tiba kakiku ditolak kuat. Nasib sahaja tangan aku sempat memaut kabinet dapur itu.

"Hish! Sibuk je." Aku tak tau nak sedih ke nak gelak bila Rifqi marah aku kerana aku menghalang laluannya.

Tak jadi nak sedih sebab suara marah dia comel sangat!

"Kau tunggu siapa lagi? Semua orang dah duduk dekat meja makan. Kau sorang je terlongok dekat sini." Terhinjut bahu aku dibuatnya apabila Redza datang mendekat kepadaku secara tiba-tiba dan terus mendekatkan mukanya ke telingaku.

Cepat-cepat aku bergerak ke meja makan dan mengambil tempat di sebelah Raihanah.

Sejak kejadian di mana Rifqi memarahi aku kerana tempat duduk, aku membuat keputusan duduk di sebelah Raihanah saja. Membiarkan Rifqi duduk di sebelah Redza.

Seusai doa makan diaminkan, kami mula menikmati juadah makan malam ini.

Raihanah kemudiannya ingin mengambil sayur yang berdekatan dengan aku. Tangan Raihanah seperti terkial-kial ingin mengambilnya kerana jauh darinya.

Tanganku terus mencapai mangkuk yang terisi sayur campur tersebut dan menghulurkan kepadanya.

Dia kelihatan terpinga-pinga pada awalnya.

"Rai nak lauk ni kan?" Soalku dengan tangan masih menghulurkan lauk tersebut.

Lambat-lambat Rai menyambut hulurannya.

"Thanks." Tuturnya perlahan.

Aku tersenyum tipis.

'Tak apalah Qistina. Lama-lama okay-lah tu.' Pujukku dalam hati.

***
Selepas aku menyudahkan kerja membasuh dan mengelap pinggan mangkuk, aku terus membawa diri ke dalam bilikku.

Yang lain semua sudah masuk ke dalam bilik. Pada awalnya mama berkeras mahu menolongku, tapi aku menolak dengan lembut dan menyuruh mama pergi berehat.

Aku menutup pintu dan menguncinya. Keningku berkerut apabila Redza masih menghadap laptopnya di atas katil. Aku melihat jam dinding di biliknya.

Lagi lima minit nak pukul 12 malam.

Mungkin dia ada banyak kerja lagi kut.

Aku mula merebahkan badanku di atas katil empuk itu.

Tidak lama kemudian aku mengubah posisi baring dari posisi duduk. Mungkin Redza terganggu dengan gerakan yang dibuat olehku, dia mula memandang wajahku yang dari tadi menatap wajah Redza.

"Aku hensem sangat ke malam ni sampai kau pandang aku tak lepas?" Aku mencebik perlahan. Perasan betul.

"Awak. Esok saya balik lambat sikit tau. Dalam pukul 6 petang macam tu." Terangkat kening Redza mendengar ucapanku.

"Sebab?" Balasnya sepatah.

"Esok Madam Rina buat extra class. Lepastu saya nak buat research dekat library kejap. Boleh?" Pintaku lembut.

"Okay." Aku sudah tersenyum lebar.

"Terima kasih awak!" Ucapku riang. Mungkin aku terlaku teruja, aku memeluk lengannya erat.

Tindakan refleks yang dia akan buat apabila dia dalam keadaan teruja. Selalunya umi lah mangsa pelukan dia.

Tidak sampai beberapa saat, aku pantas melepaskan pelukan tersebut.

Bibir digigit perlahan.

"M-maaf" ucapku pantas dan terus membaringkan tubuhku dan selimut ditarik menutupi seluruh tubuh dan mukanya.

Malunya Ya Allah!

***
Kakiku laju melangkah menuju ke perpustakaan. Jam tangan sempat dikerling sekilas sebelum membetulkan tali bag di bahunya.

Ada 2 jam untuk dia meluangkan masanya di library.

Suasana di sekitar universiti jelihatan lengang. Kebanyakannya semua pelajar sudah pulang ke bilik atau pun rumah masing-masing.

Tiba-tiba lengangku direntap kuat dari belakang dan badanku diheret masuk ke lorong kecil di bahagiab belakang universiti.

Lenganku dilepaskan kasar. Aku memandang wajah-wajah yang amat aku kenali.

Terdapat 4 orang gadis yang berada di hadapannya kini dengan wajah yang bengis.

Apa lagi masalah diaorang ni?

Tangan kananku masih mengusap perlahan lengan kirinya yang direntap kuat tadi.

"Kau memang tak makan saman kan? Dah kebulur sangat dengan penumbuk aku ke?!" Terhinjut bahu aku dibuatnya apabila gadis berbaju kuning ini menjerit di hadapan wajahnya.

Aku diam tidak berkutik. Masih teringat pesan uminya yang melarang membalas perbuatan jahat orang kepada kita.

Baru sahaja aku mahu beredar, badanku ditolak ke dinding. Berkerut dahiku menahan sakit di belakang badannya.

Habis berterabur barang-barang yang ada di dalam bag aku.

Belum sempat aku mahu meredakan kesakitan itu, pipiku ditampar.

Akibat aku tidak bersedia lagi, badanku tersembam di atas jalan tar itu.

Terasa cecair hangat mula terbit di pinggir bibirku. Aku memejam mataku kuat. Kalau boleh dia tidak mahu memandang cecair tersebut.

Bau darah itu betul-betul menusuk rongga hidungnya. Kepala mula rasa berpinar.

"Kasi lunyai je lah Hannah!" Jerit gadis yang berbaju biru gelap itu.

"Korang na-" Belum sempat aku menghabiskan ucapanku, perutku disepak kuat beberapa kali.

Kasut tumit tingga milik gadis bernama Hannah itu betul-betul berada di belakang badanku. Badanku terasa terhenyak di atas jalan tar yang berbatu itu 

Lalu, kaki Hannah memijak kuat dan dipusingkan beberapa kali. Terasa kulit belakangnya terasa seperti mengelupas.

Allah. Sakit.

Tudungku direntap kuat sehingga kepalaku terdongak dan pipiku ditampar sekali lagi.

Air mata tidak berhenti mengalir.

Pipiku dicengkam kuat oleh Hannah. Kukunya yang tajam itu membuatkan pipinya terasa pedih.

"Ini baru sikit tau sayang. Budak baru buat cara budak baru. Bukannya pergi menggatal sana-sini lah b***h!" Serentak dengan itu dia menolak kepalaku kuat sehibgga terhantuk pada dinding konkrit itu.

Aku terbaring lemah. Telingaku sayup-sayup mendengar gadis-gadis itu ketawa.

"Bye.." tutur Hannah perlahan. Sebelum menyambung

"Bitch" dan dia menyepak perutku buat kali terakhir.

Aku menahan diri untuk tidak muntah. Padahal perutnya terasa senak apabila disepak oleh mereka sebentar tadi.

Perlahan-lahan aku cuba untuk bangun. Tanganku mengutip barang-barang yang terjatuh tadi untuk dimasukkan ke dalam bag.

'Umi.. sakit.' Ngongoiku dalam tangisan.

Buat pertama kali dia dilayan sebegini.

Macam mana nak balik nanti?

Satu persoalan yang cukup membuatkan dirinya semakin sakit.

***
Aku memuntahkan segala isi yang terdapat dalam perut. Terasa kosong perutnya kini.

Kedua belah tanganku memegang sisi sinki. Erat.

Badannya cukup lemah buat masa sekarang ni. Aku menekup nulutku sebelum aku muntah sekali lagi.

Perutku benar-benar terasa senak. Cermin di hadapan sedaya upaya aku tidak melihatnya.

Tidak terdaya untuk melihat darah. Aku membasahkan mukaku. Mata dipejam erat.

Entah sudah berapa lama dia bertapa di dalam tandas. Lebur terus niatnya untuk pergi ke perpustakaan petang ini.

Tiba-tiba telefonku berdering.

Redza.

Aku membiarkan panggilan tersebut. Tidak mampu untuk menjawabnya dengan keadaan sebegini.

Bagaimana mahu berhadapan dengannya sebentar lagi?

Pasti Redza sudah sampai.

Dengan sisa tenaga yang ada, aku berusaha berjalan sambil memaut dinding yang ada di sekitarnya.

Terhuyung-hayang badanku sekarang. Entah bagaimana aku tersalah langkah, badanku hilang imbangan.

Terasa lenganku disentuh.

"Awak okay tak ni Qistina?" Aku cuba melepaskan pautan tangan di lengannya itu.

Sir Mikhael.

"Saya okay." Sedaya upaya aku tidak melihat wajahnya. Takut disoal macam-macam.

"Awak nampak tak sihat ni. Saya hantarkan awak balik." Baru sahaja Sir Mike ingin memapahku, aku tepis perlahan.

"It's okay Sir. Ada orang tengah tunggu saya. Sorry again, sir." Tuturku lemah.

Aku terus meninggalkan Sir Mike tanpa menunggu balasannya. Tidak mahu Redza memarahinya lagi kerana terlewat seperti sebelum ini.

Terasa perjalanan masih jauh. Kedengaran telefon bimbitku berbunyi sekali lagi.

Belum sempat Redza ingin membuka mulut, aku terus memotongnya.

"Aa-awak. Tt-tak larat." Serentak dengan itu aku terus jatuh terduduk.

Kepala yang berpinar teruk itu dipegang kuat. Terasa sebu di perutnya itu membuatkan dia ingin muntah sekali lagi.

Aku menekup mulut dan beralih di tepi longkang untuk memuntahkan isi perut.

Terasa perit tekakku.

Tiba-tiba belakang badanku terasa diurut lembut. Tapi terasa pedih apabila tangan kasar itu menyentuh bahagian yang disepak itu.

Urutan yang amat dia kenali.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soalnya risau."

"T-tterjatuh" balasku gagap.

Baru aku ingin membuka mulut sekali lagi, tiba-tiba aku tersedak sebelum darah tersembur dari mulutku.

Terasa bergetar seluruh badanku.

Darah.

"Allah!" Itu perkataan terakhir yang menjadi halwa telingaku sebelum pandanganku menjadi gelap.

***
"Macam mana boleh jadi macam ni angah!" Aku diam tidak berbicara.

Kelihatan wajah bengis mama dan papa benar-benar membuatkan dirinya terdiam.

Aku mengeluh nafas berat.

Bukan mama dan papa sahaja yang terkejut malah aku sendiri pun sama.

Lagi-lagi berlaku di depan matanya.

Terkejut bukan main kepalang lagi apabila mendengar suara isterinya menjawab panggilannya petang itu.

Aku meraup wajah kasar. Bukan semalam dia kata nak stay dekat library ke? 

Doktor masih tidak keluar dari ward yang ditempatkan oleh Qistina.

Pedih hatinya sewaktu melihat keadaan isterinya petang tadi.

Kedengaran pintu dibuka. Mukaku dipalingkan ke arah pintu tersebut.

Doktor Liyana menghampiri kami bertiga.

"Macam mana?" Soalku terus.

Doktor Liyana tersenyum nipis.

"Condition Qistina Alhamdulillah dah okay. Tapi, cuma terdapat beberapa bahagian yang luka-" belum sempat Doktor Liyana menghabiskan ucapannya, terhenti apabila mama terus memotongnya.

"Luka? Dekat mana?" Papa mengusap bahu mama supaya bersabar.

Doktor Liyana memandang wajahku sebentar sebelum menjawab pertanyaan mama.

"Dekat bibir sikit saja. Mungkin terjatuh." Aku terdiam sebentar.

Entah apa yang mama dan papa bersembang dengan doktor tersebut, langsung tak masuk dalam kepala otaknya sekarang.

Selepas mama dan papa masuk ke dalam ward untuk melihat keadaan Qistina, aku memandang wajah doktor Liyana kembali.

"Apa kau nak cakap?" Soalku seakan mengerti pandangan yang dilemparkan oleh wanita tersebut kepadanya sebentar tadi.

Dia tersengih kecil.

"You know me well, Dato' Redza Zulkarnain." Aku berdecit perlahan.

"Mak ayah kau dah lama jadi private doctor keluarga aku. Memang lah." Kami sekeluarga sudah cukup kenal dengan keluarga wanita ini.

Dulu ibu bapanya menjadi doktor peribadi keluarganya, selepas pencen, dia pula yang mewarisi perkerjaan doktor ini.

"Masuk bilik aku lah. Panjang cerita." Aku membontoti langkah wanita itu.

"Kau ada dera dia ke dude?" Aku membesarkan mataku.

"Agak-agak lah. Aku bukan lelaki dayus." Balasnya geram.

Liyana menggaru keningnya.

"Actually, belakang badan dia ada luka dan kulit dia mengelupas. And, perut dia pun ada lebam. So, aku bet kau dera dia ke apa. Mana lah tau kan. Lagipun boleh jadi logik sebab kau kahwin pu-"

"Sekarang, macam mana keadaan dia?" doktor muda tersebut menjeling geram terhadapnya. Marah mungkin aku memotong ucapannya.

"Macam aku cakap tadi, okay cuma perlu ambil masa lah untuk luka dengan lebam tu." Aku mengangguk perlahan.

"Tapi betulkan kau tak dera dia? Tak sepak dia? Sebab kesan kat perut tu macam kena sepak. Sebab tu dia boleh muntah darah tu bila dalam perut luka."

Aku terdiam.

"Sekali lagi aku cakap, aku bukan dayus."

"Habistu? Macam mana boleh jadi macam tu?"

Aku menggeleng perlahan sebelum bangkit dari duduk dan keluar dari bilik tersebut.

Aku terus menuju ke bilik Qistina.

"Belum sedar lagi?" Ucapku selepas memberi salam.

Mama menggeleng perlahan.

"Mama dengan papa balik lah dulu. Biar angah yang jaga Qistina." Mama seperti teragak-agak untuk meninggalkan menantu kesayangannya.

"Esok mama dengan papa datang lagi. In shaa Allah." Ucap papa sebelum memujuk mama untuk pulang.

Selepas bersalaman dengan mama dan papa,aku mengambil tempat d sebelahnya.

Aku memandang wajah pucat itu sebelum jari naik ke pipi isterinya dan mengelus perlahan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soalnku risau.

"T-tterjatuh" balasnya gagap.

"Aku tak bodoh, Qistina." Gumamnya perlahan sebelum bibirnya mendarat di dahi mulus isterinya.

Huh, terjatuh?

Kau silap nak tipu aku. Tangannya dikepal geram.

***

#vote&comment#

Continue Reading

You'll Also Like

27.5K 659 44
Tiada sinopsis! Nak tahu cerita ini berkisah tentang apa ? Baca sampai habis! p/s : Segala jalan cerita dalam novel ini hanyalah rekaan semata mata...
2.6M 87.9K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
OVERRATED By syaz

Teen Fiction

2K 381 33
Sephia Jane sudah lama menaruh hati terhadap jirannya yang pendiam, Amar Nusayr. Nekad mahu memenangi hati jejaka itu, dia sampaikan sanggup menyambu...
499K 2.2K 27
My nama is Nania. Aku yang akan jaga akaun ni sepenuhnya. Setelah di pas oleh beberapa orang. This is Firth story in this account. Sorry kalau cerita...