Mr Heartless (On Hold)

By nrfthl_

74.1K 4.1K 291

Memegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, di... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Author's Note
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Pictures
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Sorry
Bab 27
Author's note
Notice

Bab 16

1.9K 111 1
By nrfthl_

Kerongsang kecil yang berbentuk bunga aku capai dan disemat pada tudung di bahagian bawah dagu.

Aku membetulkan awning tudung supaya kelihatan kemas. Telefon Nokia 330 dimasukkan ke dalam bag tanganku. Aku memusingkan badanku dan,

Buk!

Aku menggosok dahiku perlahan dengan mata yang tertutup. Confirm awning tudung dia dah hancur sekarang ni.

Aku membuka mataku perlahan. Dah serupa dinding konkrit aku langgar.

"Lain kali pandang elok-elok." Aku menggigit bawah bibir. Geram!

"Sir yang tiba-tiba datang mengejut kat belakang saya. Manalah saya nak perasan." Tuturku perlahan.

Dia menggerakkan bebola matanya ke atas. Menyampah.

"Stop calling me with that name budak." Tuturnya sambil mencubit hidungku kuat.

Aku menepis tangannya yang makin galak mencubit hidungnya.

Sudah tidak terkira kali ke berapa Sir Redza menegurnya supaya tidak memanggilnya dengan gelaran 'Sir'.

Manalah bibir ni nak biasa bila suaminya seorang pensyarahnya sendiri.

"Awak tu. Cuba senyum sikit? Muka dah handsome dah." Tuturku perlahan apabila dia mula bergerak keluar daripada bilik kami.

Yeah. Cutinya sudah habis. 2 minggu berlalu dengan pantas lebih-lebih lagi apabila Redza dimasukkan ke dalam ward akibat demam denggi. Tapi ada hikmah juga sebab kerja yang bertimbun tu boleh disiapkan.

"I heard you, Qistina" balasnya sedikit kuat.

Aku hanya tersenyum sendirian sebelum mengikuti jejak langkahnya.

Kelihatan adik bongsu Redza yang bernama Rifqi menghampiri kami. Er, tak. Dia datang dekat dengan Redza je sebenarnya. Aku cuba mengukir senyuman manis untuk menarik perhatiannya. Tapi hampa. Langsung tak pandang!

Aku menggigit bibir perlahan.

"Eh, kenapa tak turun lagi hm?" Soal Redza kepada adik bongsunya yang sedang memegang seluar slack hitam miliknya sambil mendongak memandang Redza.

Sekali pandang dah macam ayah dengan anak dah.

"Tunggu angah" jawabnya dua patah. Aku melirik mata ke arah Redza yang sedang tersenyum nipis.

Jap. Aku terkedu dengan apa yang dia lihat sekarang.

Fuh. For the first time aku nampak suaminya sedang SENYUM.

Rasa beruntung pulak nampak dia senyum. Satu dalam seribu tau. Payah nak tengok.

Redza mendukung Rifqi yang berumur 7 tahun itu. Kebetulan sekarang tengah cuti sekolah. Oleh itu adik iparnya tidak memakai uniform sekolahnya.

"Huh. Kenapa makin berat ni hm?" Sakat Redza.

Aku pula yang tersenyum sendiri. Rupanya Redza ada banyak 'side' dia. Selama ini dia hanya nampak side beku sahaja.

Rifqi hanya gelak seronok. Gembira mungkin kerana dapat didukung oleh abangnya sendiri.

Kami bertiga menuruni anak tangga dan menuju ke ruang makan. Kelihatan mama, papa dan Raihanah, adik ketiga Redza sudah berada di meja makan.

Beg yang digalas tadi diletakkan di atas sofa yang berada di ruang tamu.

Baru sahaja aku ingin mengambil tempat di sebelah Redza, ada sesuatu yang menghalangnya.

Rifqi.

aku hanya membiarkan sahaja dia duduk di tempat itu.

"Iqi. Kenapa duduk situ? Kan selalunya Iqi duduk dekat sebelah kak Rai? Kesian kak Qis tau." Tegur mama yang kelihatan tidak senang akan perbuatan anak bongsunya itu.

Rifqi hanya mengendahkan teguran mama itu.

"Eh tak apa lah mama. Qis duduk tempat lain." Redza yang sudah duduk itu tidak menoleh langsung ke arahnya.

Akhirnya aku mengambil tempat di sebelah Rai. Manakala Rai duduk berhadapan dengan Redza.

Perbuatanku sekali lagi terhenti apabila Rifqi bersuara.

"Tak boleh duduk situ!" Jerit Rifqi yang agak kuat. Kemain terkejut aku.

Aku dah malu sendiri.

"Riqfi!" Kedengaran suara mama dan papa serentak menegur anak bongsunya itu.

Tiba-tiba riak wajah Rifqi berubah dan seterusnya dia menangis. Lagi kalut aku dibuatnya apabila Rifqi sudah bangun dari tempatnya dan berlari ke tingkat atas.

Redza memandang wajahku tanpa riak. Sukar untuk ditafsirkan sama ada dia marah atau bukan.

"Biar angah pujuk dia." Usai Redza menghabiskan ucapannya, dia lantas meninggalkan ruang makan ini.

Tinggal kami bertiga dan ditemani dengan suasana yang amat kekok.

"Maaf ye Qis. Iqi tu memang mengada sikit" Tutur mama dengan nada yang serba salah. Aku tersenyum kecil. Rai yang berada disebelahku hanya diam tidak berkutik.

'Kau memang bawak bala betul Qistina.' Tuturku dalam hati.

"Eh tak apalah mama. Biasalah tu budak kecil lagi. Lagipun Qis tak ada niat nak sarapan sebab dah lambat." Balasku lembut.

"Habistu, takkan tak makan? Nanti masuk angin susah." Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Nanti Qis makan dekat sana nanti. Mama jangan risau lah"

"Betul tak nak sarapan dekat sini?" Soal papa pula.

Aku hanya menganggukkan kepalaku.

"Kalau macam tu, biar papa hantar Qistina. Kalau nak tunggu Redza lambat. Lagipun, dia kena pergi meeting dekat Hotel Royal Chulan."

Aku hanya mengikut kata-kata papa. Selepas bersalaman dengan mama dan Rai aku terus bergegas untuk pergi ke Uni. Tidak lupa juga aku memohon maaf kerana tidak dapat sarapan bersama.

'Seriously Qistina, tak semua orang dalam keluarga ni terima kau. Ingat tu.' Keluhku di dalam hati.

***
"Lapar betul kau harini? Tak makan pagi ke?" Aku yang sedang mengunyah nasi goreng itu tersedak.

Cepat-cepat Fadz menghulukan air kepadanya. Perit tekak dibuatnya.

"Aku tak sempat makan pagi tadi" balasku selepas meneguk air mineral.

"Aik? Tak sempat? Bukan kelas kita start pukul 11 ke? Kau datang tadi pun pukul 8. Sekarang baru pukul 8:45 pagi. Apa yang tak sempatnya?" Soal Fadz ragu-ragu.

Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja dan meneruskan suapanku.

Fadz mengeluh perlahan.

"Ni nasib baik aku ajak kau makan. Kalau tak sampai ke tengahari kebulur lah kau." Aku hanya tersengih kecil.

Jujur fikirannya sedang serabut. Aci tak kalau dia cakap yang dia.... menyesal terima lamaran ni?

Dalam tidak sedar, nasi goreng yang dimakannya itu terasa pahit.

Kau dengan keluarga dia berbeza Qistina. Macam langit dengan bumi.

Tubir mataku terasa panas, dengan lekas aku menghapuskannya supaya tidak kelihatan oleh Fadz.

Kalau tak habis dia kena soal siasat dengan cik polis yang tak bertauliah ni nanti.

***
Aku mengemas peralatan alat tulis dan dan beberapa buah buku lalu dimasukkan ke dalam beg.

Jam ditangan dikerling sekilas.

1:15 petang.

Memandangkan hari ini kelas bersama Madam Irdina dibatalkan, dia hanya ada satu kelas sahaja dan boleh pulang terus ke rumahnya.

Serta-merta semangat nak balik lebur begitu sahaja apabila mengingatkan rumah agam itu.

Aku mengeluh perlahan.

Ni kalau umi dengar dia asyik mengeluh sahaja hari ini, mesti telinganya menjadi sasaran cubitan ketam umi.

Aku tersenyum hambar.

'Qis rindu umi' bisikku dalam hati.

"Weyh, aku pergi dulu eh? Ayah aku dah tunggu." Bahuku disentuh perlahan oleh Fadz.

"Ha. Okay-okay. Kirim salam dekat mak ayah kau tau" balasku sebelum kami melambai tangan masing-masing.

Mataku meliar di dalam bilik kuliah tersebut. Hanya dia seorang sahaja yang berada di situ.

"Aku tak call Pak Mid lagi ni" gumamku sendiri apabila teringatkan pesanan bapa mertuanya pagi tadi supaya aku menghubungi driver keluarga mereka iaitu Pak Mid.

Nasib baik papa sempat bagitau nombor telefon Pak Mid.

Aku mengeluarkan telefon legend aku iaitu Nokia 330. Punat telefon itu ditekan dan pergi ke ruangan contact dan menekan butang yang berbentuk telefon itu apabila nama Pak Mid sudah dijumpai.

Tidak sampai beberapa saat, panggilanku dijawab.

"Assalamualaikum Pak Mid. Ni Qistina" tegurku.

"Waalaikummussalam. Ha, ya ya. Tan Sri ada bagi tahu saya pagi tadi. Kelas Qistina sudab habis ya?"

"Haah. Sepatutnya ada dua kelas hari ni. Tapi satu kelas lagi batal. So, balik awal harini."

"Ooo. Okay-okay. Nanti dalam pukul 2:30 petang Pak Mid sampai in shaa Allah"

Selepas berbalas salam,aku menamatkan panggilan tersebut dan memasukkan telefonku ke dalam beg semula.

'Sempat kalau solat Zohor ni' getusku perlahan. Lalu kakiku mengambil langkah untuk pergi ke musolla tanpa membuang masa lagi.

***
Aku menunggu di ruangan bus stop. Jam tangan ditilik buat kesekian kalinya.

2:45 minit petang.

'Mungkin Pak Mid sibuk kut' kataku di dalam hati.

Cuaca yang panas terik itu benar-benar mengujinya. Terasa kepalanya seperti dicucuk-cucuk. Aku memejamkan kedua belah mataku dan mengurut pelipis perlahan.

Tiba-tiba sebuah kereta Audi R8 berwarna hitam metallic berhenti di hadapannya.

Qistina tidak mampu melihat siapakah gerangan pemilik kereta tersebut kerana cermin kereta itu sedikit gelap.

Kelihatan susuk tubuh keluar daripada perut kereta itu.

Aku mengalihkan pandangan kerana tidak mahu ambil tahu.

Tumpuanku beralih ke hadapan semula apabila pemilik kereta itu memetik jari di wajahnya.

Nak tersembul mataku dibuatnya.

"Aa-apa awak buat kat sini?." Tegurku gagap.

Redza yang lengkap berpakaian pejabat sudah menjelaskan bahawa dia daripada tempat kerjanya.

"Pak Mid tak dapat jemput sebab kena bawak papa pergi jumpa client. So, Pak Mid suruh aku ambil kau kat sini" aku terdiam buat seketika.

Kalau Pak Mid tak suruh, dia tak adalah nak ambil aku kan?

Aku mengekorinya memasuki kereta tersebut.

Suasana di dalam kereta itu senyap tanpa suara. Radio kereta pun tidak dibukanya.

Awkward. Seriously.

Sesekali aku melirik ke arah Redza yang sedang memandu itu. Cermin mata hitam yang dipakainya menyerlahkan lagi ketampanan Redza.

"Dah makan?" Terkejut aku dibuatnya apabila dia tiba-tiba menegurku.

"Dd-dah" balasku gagap.

Dia tersenyum sinis.

"Tipu" aku menjongketkan keningku. Tipu? Maksud dia apa?

"Last kau makan harini waktu bila?" Aku terdiam. Barulah dia faham.

"Pagi tadi." Balasku antara dengar atau tidak dengar sahaja. Dah dia tanya dah makan ke belum. Aku jawablah dah. Manalah tau dia tanya makan tengahari.

Dia memandangku sekilas aebelum beralih ke hadapan.

"Sampai rumah aku nak kau makan. Muka dah macam mayat hidup. Nanti pengsan siapa yang susah?" Bicaranya datar.

"Awak yang susah." Entah macam mana mulut dia boleh balas macam tu. Rasa macam nak cubit je bibir ni.

"Apahal aku pulak yang susah? Kau lah yang susah sebab kena tanggung sakit."

Entah mengapa ayatnya menyentuh hatiku.

Bukan terharu... tapi,

Terasa.

Nampak tak dia tak adalah care mana pun dengan kau.

Ah! Sejak bila kau senang terasa hati ni? Bentakku dalam hati.

***
I'm so sorry kalau story ni macam laju semacam? I mean macam injak banyak sangat? Apa-apa pun, i'm very sorry for tht. 🙇🙇🙇

#vote&comment#

























Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 76K 52
RE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan de...
My Fondness By nabh

Teen Fiction

404K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
1K 128 16
𝐇𝐒𝐦 " I fall for your smile every single time. " _______________ Isabelle Mayserra mengeluh perlahan sambil memandang langit yang terbentang luas...
174K 15.5K 77
[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun...