Cinta Tak Setaraf [ C ]

By minbrown_

3M 162K 23.1K

Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21.
Bab 23
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26.
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
EPILOG
Special Epilog-ii
Special Epilog-(Last)
Note

Bab 53

39.2K 1.9K 266
By minbrown_

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


SELESAI sahaja wudhuk untuk solat diambil,dia kembali menapak keluar dari bilik air.Matanya merenung pada satu susuk tubuh yang masih nyenyak beradu di atas katil.Senyuman nipis terlukis di bibirnya.Dilihat sekilas jam di dinding dan mula menapak menghampiri si isteri yang masih berselubung.Mesti mengantuk sangat ni.Malam tadi berjaga sampai pukul 2 pagi.

Punggung dilabuhkan disisi.Anak mata ralit merenung setiap inci wajah putih mulus itu.Tak disangka,wanita yang dibenci sehingga nekad mahu membunuhnya kini sudah sah menjadi isterinya yang abadi.Apabila terkenangkan semula dunia kekejamannya yang sanggup mencederakan kaum hawa,sebak di dada mula bertandang.Kesal.Dia kesal yang teramat.Betullah orang kata,jika kita melayan perasaan sehingga ke sudah takkan berhenti apabila kita tidak mencuba.Dan sekarang,Allah tunjukkan sesuatu.Allah beri ia sesuatu. Allah kurniakan sesuatu yang tak terjangka dalam hidupnya.

Mungkin dia lah keajaiban yang dia tunggu selama ni.

Keajaiban di mana dia berubah hampir 100%.Hadirnya dia,mengajarnya erti menghormati,mengajarnya erti menyayangi,mengajarnya erti kesabaran.

Air mata mulai bertakung namun segera dihapus.Bibir mengukir senyuman kecil mahu menghilangkan kegusaran yang melanda.Tak perlu kot untuk dia mengingatinya semula.Tangan naik mengusap lembut kepala si isteri.Tiada balasan.Tangannya dilekapkan pada tangan Irsya dan digenggam.

"Irsya.."

Irsya terjaga apabila terasa tangan hangat seseorang menyentuh kulit tangannya. Perlahan-lahan mata dicelik.Ditenyeh-tenyeh matanya supaya penglihatannya agak jelas sedikit.Wajah Idhan menyapa matanya.Senyuman kecil terbit di bibirnya.

"Ab-abang."Irsya menaikkan sedikit tubuhnya dan bersandar pada kepala katil.Rambut panjang yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya disebak ke belakang oleh Idhan.

"Ngantuk eh?"Irsya mengangguk.Gila tak mengantuk.Idhan punya pasal lah ni ajak berjaga sampai pagi.Ada ke patut,bila dia tak boleh tidur diajaknya Irsya sekali menonton video lawak.Dah gelak terbahak-bahak macam mana nak tidur?Hilang terus nafsu ngantuknya. Pipi ni masih lagi terasa kejang.

"Dah bangun lepas tu bersihkan diri.Kita solat subuh sama-sama."

Mata Irsya ralit memandang tubuh lelaki itu yang sudah lengkap berbaju melayu serta kain pelekat.Dan matanya jatuh pada tangannya yang disentuh Idhan.

"Abang dah ada wudhuk?"Idhan mengangguk."Pergi ambil balik."Arah Irsya membuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya.

"Kenapa?"

"Abang sentuh Irsya.Batal lah."

"Eh?Eh aahlah.."Idhan tersengih."Nasib cuma sentuh.Kalau abang makan macam mana?"

"Tengok tu!!" Irsya menjuih bibir. Tangannya yang berada digenggaman lelaki itu dielus lembut.

"Dah bangun."

"Hmm.."

Saat Irsya mahu bangkit,tubuhnya kembali terbaring sambil dipeluk kemas lelaki itu. Kepala Idhan yang bersandar didadanya membuatkan Irsya tidak cukup nafas. Pelukan yang kejap itu betul-betul membuatkannya gugup.

"Ab-abang."

Idhan tersengih. Dipeluk semakin rapat sehingga tidak mahu lepas. Irsya pula menggigit bibir. "Abang...Lepas.Nanti terlepas waktu subuh."

"Sabarlah..Abang belum peluk sayang dari semalam lagi..Bagilah-"

"Abang! Solat subuhlah dulu!" Tubuh Idhan ditolak-tolak supaya melepaskan tubuhnya. Lelaki itu mengangkat wajah seraya wajah tak bersalah terpampang.

"Abang..." Irsya merengek kecil apabila seakan tiada tanda-tanda lelaki itu mahu melepaskan dirinya.

Idhan tergelak kecil."Okay-okay. Abang lepas. Dah bangun."

Idhan bangkit lalu menapak ke bilik air. Irsya serta-merta tersandar seraya tangan naik menekap dadanya. Jantungnya berkerja keras bagaikan mahu melompat keluar.

Gila! Hari-hari macam ni boleh kena heart-attack tahu!

"Sayang! Wake up!"

"Yes I'm coming!" Irsya menghela nafas panjang seraya bingkas bangkit.

•••••

IRSYA tersentak kecil sebaik dia menapak keluar dari bilik air. Pinggang seluarnya diperbetulkan sebelum pandangannya berpusat pada Idhan yang sedang pulas tidur. Perlahan Irsya menggeleng sebelum dia mendaki naik ke atas katil.

" Abang.." Pinggang Idhan ditepuk perlahan. Idhan terjaga sebelum membetulkan postur tubuhnya menghadap Irsya.

"Hmm?"

" Tadi kata nak turun sarapan dulu? Kenapa tidur pulak?"

" Abang mengantuklah sayang. Penat..." Rengek Idhan sambil menggengam tangan Irsya. Irsya tersenyum halus. Tadi dia yang beria-ria nak turun sarapan alih-alih dia yang tidur.

" Ark-" Terangkat kaki Idhan sebaik terasa ada bebanan di atasnya. Spontan mata tercelik sebelum terhidang wajah segar isterinya. Irsya membetulkan postur tubuhnya supaya selesa di atas Idhan.

" Sayang goda abang ke ni?"

" Tak.."

Irsya tersentak apabila Idhan sengaja mengucup hidungnya." Saja nak manja-manja dengan abang."

" Ye ke?" Kening dijongket tanda mencabar. Senyuman isterinya membuatkan Idhan tersenyum nakal.

" Nak abang rasmikan sayang pagi ni jugak ke?" Tangan naik melingkar ke pinggang Irsya. Sengaja punggung Irsya diusapnya sebelum ditepis.

" Jangan nak menggatal."

" Why not? Dengan isteri sendiri.."

Irsya mencerlung tajam walhal rasa nak meletup dadanya. Idhan pula dah tersenyum-senyum.

" Abang..."

" Hmm?"

" Nanti kita pergi kubur mak dengan abah eh..Lama Sya tak pergi."

Idhan mengangguk kecil. " Boleh.."

Irsya tersenyum suka." Eh jomlah turun. Kesian mama dengan papa tunggu kita turun lambat."

Tubuh Irsya yang seakan mahu bangkit ditarik kembali. Idhan mengemaskan pelukan.

" Alah..Diorang faham punya pengantin baru..Sabarlah.."

" Tapi-"

" Shuhhh..Morning kiss abang mana?"

Irsya tersentak kecil." Mor-morning kiss?" Idhan dah menjuih-juih bibir mintak hadiah. Irsya pula mencebik. Mula dah.

" Tak nak."

" Abang nak."

" No-"

Irsya terdiam apabila kedua-dua pipinya dikucup lelaki itu sekaligus merona merah. Idhan tersenyum kemenangan..

•••••

ENCIK Ilham melabuhkan punggung di meja makan.Matanya melihat juadah sarapan yang disediakan oleh isterinya.Walaupun mereka mempunyai orang gaji,namun bab-bab masakan ni hanya isterinya sahaja yang berhak masak kecuali jika ada hal mustahak.Kerana,Encik Ilham amat menitikberatkan tanggungjawab isteri supaya memasak untuk keluarga. Lagipun,Puan Aliya tidak kurang hebat juga dalam masakan.Paling win lah katakan.Tak payah makan luar.

Secawan kopi dihulurkan.Encik Ilham menyambut dan mencicip sedikit lalu diletakkan kembali.Matanya terarah pada juadah-juadah yang disediakan banyak betul.Ada kenduri ke?

"Abang nak makan apa?Bihun goreng?Sandwich?Kuih?"Puan Aliya mengambil tempat di sisi suaminya.Pinggan yang terletak elok diambil sekali dengan sudu dan garfu.

"Bihun goreng."Puan Aliya mulai menyenduknya dan dihulurkan kepada Encik Ilham.

"Iya masak banyak-banyak ni ada orang nak datang ke?"

Puan Aliya tersenyum nipis."Tak de lah.Iya cuma masak bihun goreng je.Kuih-kuih ni jiran depan tu hah bagi katanya terlebih buat kuih untuk jualan.Takut tak habis.Yang sandwich ni pula si Irsya yang buat.Katanya Idhan nak makan."

Terbantut terus kunyahan Encik Ilham."Awalnya dia bangun?"

"Macamlah abang tak biasa."

"Mana dia?"Anak mata meliar ke sekeliling mencari gadis itu namun tiada.Yang ada hanyalah mereka berdua di ruang makan ini.

"Dekat atas.Panggil Idhan lah tu."Sandwich yang tersusun kemas diambil satu dan dimakan dengan selera.

"Mama,papa.Selamat pagi."

Puan Aliya dan Encik Ilham menoleh apabila suara seseorang menyapa mereka berdua.Dilihat Idhan dan Irsya berjalan menuju ke ruang makan.Punggung dilabuhkan di hadapan Puan Aliya.Irsya menuangkan secawan kopi lalu dihulurkan pada Idhan.

"Terima kasih."

Gelagat manis mereka berdua telah membuatkan kedua orang tuanya tersenyum gembira.Rasa sekejap sangat masa berlalu.Dan sekejap je masa berlalu dengan pantas membiarkan hari-hari yang penuh cabaran berlalu pergi menjadi kenangan.Kini mereka berdua telah pun sah menjadi suami isteri.

"Mama.Papa."Idhan mula bersuara.Kedua orang tuanya memandangnya turut serta Irsya.Suara lelaki itu kedengaran serius.

"Kenapa Han?"

"Han decide.Nak bawak Sya pindah rumah sendiri."

Semua terkedu.Puan Aliya dan Encik Ilham berpandangan lalu senyuman nipis terukir.

Irsya memandang Idhan dengan raut wajah tidak percaya."Abang tak cakap dengan Irsya pun nak pindah?"

"Tengah cakap lah ni.Kenapa?"

"Kenapa kena pindah?Kenapa tak duduk sini je?Mama dengan papa kan ada?"Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut kecil itu.Puan Aliya dan Encik Ilham tertawa kecil.Idhan pula tersenyum halus.

"Irsya nak tinggal sini ke?"

"Yup."

"Dengan papa dan mama?"

"Yup."

"Tak nak pindah rumah sendiri?"

"Yup."

"Tak sayang abang?"

"Yup."

Idhan dan Irsya terkedu.Anak mata menatap dalam mata lelaki itu.Cuba meletakkan kepercayaan melalui pandangan itu."Eh tak abang.Sya sayang abang."

"Betul?"Irsya mengangguk.

"Sya ikut lah Idhan.Ada privasi sikit.Dekat sini nak mesra-mesra Adrian nampak.Mak Kina nampak.Papa dengan mama pun nampak."

"Hmm..Tapi.."Matanya merenung wajah si suami.Jelas terpampang rasa bersalah terlukis di wajahnya.Keluhan berat dilepaskan."Okay."Irsya menunduk.

•••••

"Semua dah pack?"

Perlahan kepala mengangguk menekur lantai.Sengaja memancing lelaki itu dengan mimik sedih.Harap-harap tak jadi pindah.Tak nak pindah!!Macam-macam boleh jadi you alls!!

Jam tangan yang berada di atas meja solek dicapai dan disarungkan di pergelangan tangan.Bibirnya mengukir senyuman halus apabila terpandangkan wajah cemberut yang ditayangkan isterinya.Ni kes tunjuk perasaan ke apa ni?

Irsya tersentak apabila tubuhnya dibawa ke dalam pelukan lelaki itu.Serta-merta wajahnya diangkat memandang si suami yang tersenyum manis ke arahnya.Terasa ada tangannya yang melingkar di pinggangnya.

"Kenapa ni?"Dagu Irsya ditarik lembut ke depan.

"Sya tak nak lah pindah."

"Why?"

"Nanti siapa nak teman mama?Mak Kina semua tu.Lagipun rumah ni kan sunyi.Kita tinggal je lah sini."Irsya mencipta alasan.Bukan itu yang mahu diperkatakan namun entah mengapa seakan tidak terkeluar dari bicaranya.

"Sya.Sya dah jadi tanggungjawab abang.Sya dah jadi sebahagian hidup abang.Jadi,semua tu biarlah abang yang tanggung.Takkan kita nak duduk sini je sampai ke tua?Buatnya anak kita berpuluh-puluh?Tak ke macam reban ayam?Mama dengan papa yang pening."Usik Idhan tertawa kecil.Kesiannya dia tengok muka isterinya.

"Abang ni.Tak lawaklah..."Muka masam ditarik.Persis kena paksa makan cuka je.

"Okay..Dah jom." Ubun-ubun Irsya dikucup sekilas lalu diusap lembut.

Jari jemari naik menyelusuri jari jemari Irsya dan digenggam erat.Beg bagasi turun diambil dan kedua-dua mula menapak keluar dari bilik itu.

'Selamat tinggal bilik.'

____________________________________

Continue Reading

You'll Also Like

845K 49K 76
awas typo mengisahkan tentang engku aireen mikasya pelajar form 5 yang menyukai Tuan harraz Naufal ketua pelajar form 6 ... mikasya gadis yang canti...
620K 55.2K 61
→fiction novel← ❝Because the stars will always need the night sky to shine.❞ Furqan al-Wafiy. Dia lelaki dengan berjuta dugaan. Dia lelaki yang tersa...
3.5M 162K 61
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama di...
258K 22.9K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...