Cinta Tak Setaraf [ C ]

By minbrown_

3M 163K 23.2K

Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21.
Bab 23
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26.
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
EPILOG
Special Epilog-ii
Special Epilog-(Last)
Note

Bab 34

35.9K 2K 141
By minbrown_

Oh there she goes again,
Every morning it's the same.
You walk on by my house
I wanna call out your name.

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

SESUDAH menunaikan solat zohor,Irsya menapak keluar dari rumah kayu itu dan menuju ke pangkin yang dibina di hadapan rumah tok wan.Walaupun kelihatan agak usai sedikit namun cukup menguatkan firasatnya bahawa ia kukuh.Kukuh ye gais..

Di pangkin itu terdapat Adrian,Idlan dan Kak Ziera.Punggung dilabuhkan disebelah Adrian.

"Buat apa tu?"Soal Irsya sambil tersenyum.

"Tak de pape.Sya dah solat?"

Irsya mengangguk.

"Ni nak ikut tak akak dengan Abang Lan keluar pergi jalan-jalan kat Pekan?"Kak Ziera mengerling ke arah Idlan.

Irsya pula memandang Adrian."Ad pergi?"Adrian menggeleng.Irsya kembali memandang Kak Ziera.

"Tak pelah.Sya nak lepak dengan Ad."

"Ouh.Kalau macam tu jomlah.Dah petang ni."Ujar Idlan yang mahu mengangkat punggung.

"Kak Ziera pergi dulu."Irsya bersalam dengan Kak Ziera sebelum kedua-dua figura itu hilang sebaik meloloskan diri ke dalam kereta.

Irsya menoleh memandang Adrian yang sudah berbaring beralaskan lengan."Ad?Tak nak keluar?"

Adrian memandang Irsya."Nak tu memang nak.Kak Sya nak teman?"

"Boleh je.Hmm..Kenduri doa selamat bila?"Soal Irsya sambil membetulkan tudungnya akibat ditiup angin.

"Malam besok insyaallah lepas maghrib."Ujar Adrian sambil memejamkan matanya. Menikmati suasana nyaman kampungnya lebih-lebih lagi angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut tubuhnya.

"Ouh..Ad..Dekat kampung ni apa yang best?"Soal Irsya lagi.Dah lama rasanya dia tidak menginap di kampung.Kalau dulu arwah datuk dan neneknya masih ada,sentiasa dikunjunginya. Namun bila semuanya sudah pergi tinggalkannya.Hanya tinggal kenangan.

Pernah terdetik dalam hatinya mahu menjejakkan kaki ke rumah arwah datuk dan neneknya serta rumah keluarganya dulu.Sama ada sudah dijual atau belum dia tidak pasti.Hanya perlu masa yang sesuai untuk pergi.

"Dekat sini ada dua tempat best.Kak Sya pilih,air terjun atau pantai?"Adrian bangkit daripada pembaringan.

Irsya memandang ke atas untuk membuat pilihan."Ermm.Air terjunlah.Dah lama Kak Sya tak pergi."

"Okay jom."Adrian melunjurkan kaki ke bawah untuk memakai sandals manakala Irsya membetulkan lengan bajunya yang terlipat sedikit.Baru sahaja dia mahu turun dari pangkin itu,suara mama kedengaran menjerit dari ruang belakang rumah.

"Ye ma?"Adrian menyahut sambil melabuhkan kembali punggungnya seketika.

"Tolong mama kejap!Pergi kedai beli seguni kecil bawang merah,bawang putih,halia dan cili!Untuk kenduri!Cepat sikit tau!"

Sesudah suara mama tidak kedengaran lagi,keluhan hampa kedengaran.Irsya dan Adrian saling berpandangan.Wajah lelaki itu cukup hampa dengan arahan yang baru sahaja diterimanya.

"Alah..Lain kali kita pergi eh?"Pujuk Irsya sambil tersenyum kecil.Hatinya tergelak kecil memandang seraut wajah kecewa itu.

"Ouh okay.."Sayu nadanya.

Sebaik mereka berdua turun dari pangkin,langkah Adrian terhenti.Irsya memandang pelik."Kenapa?"

"Kita nak pergi naik apa?Kereta tak de?Takkan nak pakai kereta angah pulak?"

Irsya berfikir sejenak.Kedai kampung ni dekat je.Nak pakai kereta tak relevan langsung!Tak syoklah kalau naik kereta kan?

"Ermm.."Mata Irsya meliar ke sekeliling ruang bawah rumah papan itu.Matanya terhenti sebaik terpandangkan beberapa biji buah basikal yang agak lama namun cukup meyakinkan bahawa ianya masih kuat.

"Kita naik tu?"

"Apa tu?"

Irsya tersengih.

•••••

SUASANA kampung yang amat menyamankan.Ciptaan semula jadi yang menghiasi di sepanjang jalan kampung.Ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

"Arghh!Bestnya!"Jerit Irsya sambil mengemaskan kayuhannya.Adrian yang berada disebelah tersenyum kecil.

"Ni baru jalan kampung,belum air terjun.Nanti macam manalah reaksi Kak Sya kan?"Usik Adrian menarik perhatian Irsya.

"I can't imagine that!"Ujarnya teruja.Wahh!Tak sabarnya!

Sambil mereka berkayuh,sambil itu juga mereka bernyanyi diselangi gelak ketawa gembira.Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan.Macam orang terhuyung-hayang bawak basikal.

Aduyai!

Adrian dan Irsya menuju ke simpang empat jalan kampung itu.Sebaik memastikan tiada halangan,Adrian mendahului Irsya untuk menyeberang dahulu manakala Irsya di belakang.Sebaik Irsya mahu ke seberang,bunyi deruman sebuah motor besar kedengaran sayup-sayup pada pendengaran mereka dan lama kelamaan semakin kuat bunyinya menciptakan suasana bingit di tengah-tengah jalan.

Adrian menoleh ke belakang untuk melihat Irsya atau lebih tepat motor yang seakan sedang menghampiri dengan mereka.Namun terbuntang luas matanya apabila motor itu sedang menuju ke arah Irsya dari arah yang bertentangan.Dan,

"Arghhh!!!"

"Irsya!"

Tanpa sedar,nama gadis itu dipanggil bukan seperti biasa.Dan,cukup membuatkan jantung lelakinya mahu gugur daripada tangkainya.

•••••

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM!"Ucap gerangan yang menaiki motor berkuasa tinggi itu lalu segera turun daripada motornya setelah enjin dimatikan.Dia berlari anak menuju ke arah seorang gadis yang terduduk sambil memeluk lutut.Jelas dari pancainderanya bahawa gadis itu diambang ketakutan.Tubuhnya menggigil.

Gerangan yang dikenali lelaki itu mendapati gadis yang terduduk itu.Dipaut bahu gadis itu lalu didirikan dan di angkat basikalnya yang turut jatuh menyembah bumi.

"Awak okay?"Soalnya sebelum membuka topi keledar boltnya.

Irsya mengusap dadanya sambil beristighfar panjang.Dilihat lelaki itu sedang membuka helmetnya."Sa-Saya okay."
Bergetar suaranya akibat ketakutan yang melampau.

Adrian berlari pantas mendapatkan Irsya.Sebaik dia sudah berdiri di hadapan gadis itu,tubuh gadis itu dibelek-belek dari atas hingga ke bawah memeriksa kecederaan yang mungkin berlaku.

"Kak Sya.Kak Sya okay?"Soalnya perlahan dalam nada kerisauan.Sungguh dia takut sekali jika apa-apa berlaku pada gadis ini. Jantungnya berdetak hebat sambil menyeka manik-manik peluh yang keluar mengalir perlahan turun ke pipi.

"Ad..Akak okay.Cuma terkejut je."Irsya tersenyum kecil.Tangannya masih menekap di dada.Takutnya tak hilang lagi.Hampir-hampir nyawanya dicabut.

Allah.

Adrian mengangguk kecil lalu memandang ke arah figura yang hampir-hampir melanggar gadis ini.Lelaki itu sedang membetulkan rambutnya lalu mengangkat wajahnya memandang ke arah mereka berdua dan,

Terkedu.

Adrian dan lelaki itu saling berpandangan dengan riak terkejut.Namun sekejap sahaja sebelum bertukar menjadi sinis.

"Luqman?"

Lelaki yang bernama Luqman itu tersenyum sinis."Wow.Ingat lagi aku rupanya."Perlinya.

Adrian menahan sabar.Cukup pantang bila dia berhadapan dengan buaya darat ni.Atau lebih tepat,musuh abadinya dikampung ini sejak kecil.

Mereka bermusuh akibat Luqman cukup tidak puas hati dengan Adrian yang merupakan lagi sempurna darinya.Walaupun umur mereka beza dua tahun,namun mereka tetap bermusuh seperti sebaya.Dari dulu,ada je yang tak puas hati di antara mereka.Semuanya bermula semenjak mereka berada di alam remaja.

Luqman tersenyum sinis.Lalu matanya menoleh ke arah seorang gadis yang berada disebelah Adrian.Dipandang dari atas ke bawah lalu tersenyum sinis.

Nice body!

Pandangan dikalih ke arah Adrian yang memandangnya tajam.

"Well,who is this?

Adrian memandang sekilas ke arah Irsya lalu satu idea datang memintas difikirannya.Tangannya naik memegang bahu gadis itu lalu dirapatkan dengannya.
Senyuman sinis terukir diwajahnya.

Irsya terkedu apabila Adrian tiba-tiba berkelakuan sebegitu.Dipandang lelaki itu namun tidak dihiraukan.

"Well.This is my girlfriend."Ujar Adrian sinis sambil mengemaskan pegangannya. Disebabkan gadis itu lagi rendah darinya,dapat mengaburi mata si buaya ini bahawa gadis ini lagi tua darinya.

Dipandang riak terkejut lelaki itu dan terus bertukar tidak puas hati.

"Ni awek kau yang keberapa pulak kau cantas?Dah berapa banyak perempuan kau main?"Soal Luqman berbaur sinis.Sengaja nak menaikkan kemarahan lelaki itu.

Adrian dan Irsya terkedu.Tak sangka ayat itu yang bakal dilontarkannya.Irsya segera menepis tangan Adrian yang memegang bahunya lalu dia berganjak sedikit ke belakang.Adrian tersentak lalu dia mendapatkan Irsya.Tubuhnya didekatkan lalu bibirnya didekatkan pada telinga gadis itu.

"Nanti Ad explain semuanya.Kak Sya tunggu jap."

Adrian kembali melangkah ke hadapan.Berhadapan dengan lelaki acah-acah hot.

"So.Kalau aku tukar-tukar awek pun asal?Kau cemburu?"Perlahan-lahan Adrian memulangkan paku buah keras.Semakin galak dia mahu membalas apabila terpandangkan wajah merah padam Luqman.

"Kau jangan nak cabar aku budak.Kau tu mentah lagi."Ucapnya kasar menahan marah.Adrian tersenyum sinis lalu menapak mendekati lelaki itu.

"Macam ni lah.Aku balik kampung.Just nak ziarah atok aku.Dan aku tak nak jumpa kau.Lebih kepada,langsung tak nak tengok muka hodoh kau ni.So,"Adrian menapak ke belakang semula.

"Aku..Atau kau yang dah main dengan banyak perempuan?Hah?Berapa ramai kau rampas maruah diorang?"

Luqman semakin menyirap.

"Mengaku kalah je lah bro."

Adrian menarik tangan Irsya supaya berlalu dari situ.Irsya membuntuti sambil mengemaskan pegangannya pada basikalnya.Sempat dia memandang ke arah lelaki yang bernama Luqman itu.

Apa yang terjadi?

•••••

"ARGHH!!!Bodoh!Bodoh!"

Helmet yang dipegangnya dihempas sekuat hati di atas lantai.Rambutnya yang sedia kusut dikusutkan lagi.Otaknya betul-betul serabut.Fikirannya terganggu apabila suara lelaki itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Kau tunggu sial!Kau tunggu!"

Maka terciptanya sebuah dendam yang terputik dihati lelakinya.

•••••

IRSYA melangkah keluar dari dapur dengan membawa sebuah dulang yang besar berisi bawang merah dan beberapa ulas bawang putih menuju ke pangkin dihadapan rumah papan itu.Dia menghampiri Adrian yang sudah duduk bersila di atas pangkin itu sambil termenung jauh.

Pasti memikirkan tentang perkara tadi.

Setelah diceritakan perkara sebenar.Irsya benar-benar faham tentang permusuhan yang berlaku di antara mereka berdua.Katanya,Adrian dulu pernah menjadi saksi perbuatan lelaki itu yang pernah bermaksiat di dalam sebuah rumah bersama seorang wanita.Katanya,lelaki itu merupakan seorang anak ketua kampung, kampung sebelah.Tapi buat maksiat di kampungnya.Dan sejak daripada itu,mereka bermusuhan setiap kali bersemuka.Luqman masih tidak puas hati dengan Adrian.Habis malu dia dengan orang kampung disebabkan Adrian.Dan,dia sentiasa tidak puas hati dengan Adrian untuk setiap apa yang dilakukan..

Irsya melabuhkan punggung di hadapan Adrian.Adrian yang perasan akan kehadiran Irsya tersenyum kecil.Dia mendongak melihat dulang yang dibawanya.

"Bawang?Nak main masak-masak ke?"Usik Adrian mencuit hati gadis itu.Terdapat juga tiga buah pisau yang berbeza saiznya.

"Kak Sya nak buat challenge."Irsya mengemaskan duduknya lalu memandang Adrian.

"Challenge?"

Irsya mengangguk kecil sebelum tersenyum penuh makna.

"Cabaran mengupas kulit bawang.Siapa paling banyak tanpa menangis dia menang,dan siapa kalah dia kena denda."

Adrian terkedu."Oh my god!"

•••••

Hola!!

Nah chapter 2nd for you guys yg tertunggu-tunggu.

Continue Reading

You'll Also Like

414K 26.9K 53
(𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙷𝙾𝚁𝚁𝙾𝚁) ~𝑺𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
859K 10.8K 15
Awas Terlalu banyak typo" Tengku Diana gadis yang baru berpindah ke sekolah barunya . Seorang gadis yang periang dan peramah . Wajahnya yang tenang m...
670K 33K 70
Zafran Aidil seorang penulis yang tidak terlalu serious dan tidak suka dengan populariti. walaupun dia seorang penulis, tetapi tidak ramai yang menge...
488K 18.5K 19
1ST SHORT STORY BY _AISYWA Start : 20 October 2018 End : 13 April 2019 [ with special chapters ] SHORT STORY OF THE YEAR 2019 - THE ICE AWARD - WINN...