๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

By syafasuha

470K 18.1K 634

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

SPECIAL PART

6.1K 231 6
By syafasuha

Zahirah memberi salam setelah sampai diperkarangan rumah Mak Imah."Assalamulaikum..Mak Da.."

Ezar yang kebetulan berada diruang tamu segera membalas."Walaikumusalam..Zahirah bila kau sampai?"

"Baru tadi..aku rindu nak jumpa Mak Da.Weh Mak Da mana?"soal Zahirah.

"Mak aku ada didapur..jemputlah naik.."balas Ezar.

"Kalau kau tak ajak aku masuk..aku memang nak masuk pun.."ujar Zahirah dengan gaya gediknya.

"Geli geleman aku tengok perempuan ni!"getus hati Ezar.

"Suka hati kau la.."Ezar berlalu pergi masuk kedalam bilik lalu dikunci pintu itu.

"Sombongnya kau Ezarra...mentang-mentang la dah kahwin dengan orang kaya.."bisik hati Zahirah.

Zahirah Ilyana adalah sepupu Ezar.Namun kerana sikap Zahirah yang tersangat gedik mengada-ngada membuat Ezar jadi rimas dan apa yang paling geram bagi Ezar adalah layanan Mak Imah terhadap Zahirah seolah-olah Zahirah adalah anaknya.

Zahirah melangkah ke dapur menjenguk Mak Imah.Kelihatan Mak Imah sibuk menganyam ketupat ketupat palas.Daun palas berselerak diatas meja.

"Assalamulaikum...Mak Da!"Zahirah menepuk bahu Mak Imah dari belakang.Terkejut Mak Imah melihat kelakuan Zahirah tadi.

"Walaikumussalam..Zahirah bila balik sini?"

"Semalam Mak Da..rindu dengan Mak Da punya pasal,tu yang Zahirah datang sini."Zahirah memeluk bahu Mak Imah.

"Ohh..nanti balik sana kirim salam dengan Mak Su ya?"

"Insyallah Mak Da..ni boleh tak Zahirah tolong Mak Da?"

"Tak payahlah..tadi Zara dah tolong banyak dah siap pun.."tolak Mak Imah.

"Assalamulaikum..Mak"ujar Farish masuk dari pintu dapur dalam keadaan berpeluh kemudian diikuti Aizrill dan Aiman yang berada dibelakangnya.

Zahirah hanya tercengang melihat Farish."Banyak ke buluh yang Farish dapat?"tanya Mak Imah.

"Tak banyak ada dalam tujuh batang boleh kan?"balas Farish.

"Banyaknya! Farish nak bagi siapa makan banyak-banyak macam tu? anak-anak Farish pun bukan boleh makan lemang tu.."

"Ala..Mak nanti Farish bagilah dekat sesiapa yang nak."

"Suka hati Farish la..kamu berdua pun nak buat lemang ke?"soal Mak Imah memandang Aizrill dan Aiman.

"Iya.."balas mereka berdua serentak.

Mata Farish sempat terpandang Zahirah yang kelihatan seperti tercengang memandangnya."Mak..siapa tu Mak?"ujar Farish sambil menujukkan jarinya pada Zahirah.

"Sepupu Zara.."

"Ouh Mak..Zara mana mak?"

"Zara dalam bilik dengan dua beradik tu la..Zara kata kepala dia pening sikit."

"Pening pulak.."

"Okeylah Mak..Farish nak pergi mandi nanti nak pergi klinik kejap beli ubat panadol kesian pula kat Zara tu."kata Farish.

"Sweetnya...Farish ni caring pasal Zara! beruntunglah kau Zara ada suami macam Farish ni.Kalaulah Farish ni suami aku hmm..mesti aku yang paling bahagia sekali!"desis hati Zahirah.

"Tak payahlah Farish..Zara dah makan ubat tadi nanti reda la tu.."

"Okeylah kalau macam tu..Farish pun nak kena cepat ni..nak bakar lemang lagi."

"Pergilah mandi dulu..kamu berdua pun Zrill..Aiman mandilah dulu."

"Kami tak bawa baju lebih Mak Cik."

"Tak apa boleh pinjam baju T-shirt Zara.."

"T-shirt Zara Mak Da..?"celah Zahirah.

"Iyalah..lagi pun T-shirt Zara tu bukan macam perempuan pun dan Mak cik rasa muat dengan kamu berdua ni."

"Baiklah kalau macam tu.."balas Aizrill.

"Korang berdua nak pakai baju bini aku? amboi aku laki dia pun baru sekali pakai baju dia."kata Farish dengan gaya bercekak pinggang.

"Ala kau ni...aku dengan Aiman dah ada bini sendiri la..takkan nak cemburu jugak! bini aku pun dah nak bersalin daa.."balas Aizrill.

Akhirnya tawa mereka bertiga pecah sehingga boleh didengari oleh Ezar didalam biliknya."Gelak sakan nampak!"gumam Ezar sendirian.

××××××

Sakit kepalanya makin berkurang sedikit.Zahra dan Faaeq pula tiada didalam bilik."Mana pulak Farish bawa Zahra dan Faaeq ni?"

Ezar bangun dari pembaringannya perlahan-lahan dia berjalan keluar dari dalam bilik sempat tangannya mencapai telefon.Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 5 petang.Kemudian dia menjenguk diluar jendela."Apa? Farish dengan Zahirah duduk berdua dekat pangkin tu!"terkejut dengan apa yang dilihat tadi.Manakala Aizrill dan Aiman sibuk membakar lemang dibantu oleh Mak Imah.

Jelas dia nampak Zahirah mendukung Zahra dan Farish pula mendukung Faaeq."Amboi..aku tinggal sekejap je dah nak menggatal!"gumam Ezar kemudian dia keluar dari rumah dan menuju ke arah Mak Imah.Kalau boleh Ezar mahu sembunyikan perasaan cemburunya itu.

"Mak...banyaknya bakar lemang."tegur Ezar.

"Baru bangun tidur? bukan yang Mak yang buat lemang tu laki kamu yang nak buat..."balas Mak Imah.

"Farish nak buat lemang? Mak nak tau tak Farish ni sembang je lebih nak buat, tengoklah lemang konon..bukan dia yang buat!"jeling Ezar.

Farish yang terdengar kata-kata pedas dari bibir isteri hanya mendiamkan diri.Telefon ditangan Ezar berbunyi tertera nama Hanna.

"Siapa call Zara?"soal Mak Imah.

"Boyfriend Zara Mak.."seloroh Ezar.

Panas pula hati Farish mendengar gurauan Ezar."Assalamualaikum..Hanna"ujar Ezar.Aizrill segera memasang telinganya.

"Walaikumussalam Zara..Aizrill ada kat rumah Mak kau ke?"

"Ada la kat sini..jangan risau Hanna laki kau takkan menggatal kat sini.Kalau laki kau menggatal nasib dia la kena hadap aku yang ada tali pinggang hitam ni.Aku betul-betul dah lama tak pukul orang ni!"

"Farish kau tengok isteri kau ni..nak belasah aku pulak..aku tak ada menggatal pun kan?"ujar Aizrill memandang Farish.Wajah Farish sudah masam mencuka.

"Tak ada apalah..aku cuma risau je kalau dia keluar dengan perempuan lain.Kau tahu la lelaki zaman sekarang ni pantang isteri dah memboyot macam ni mula la nak cari yang lain."kata Hanna.

"Zrill..bini kau kata lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat pantang dah nampak isteri memboyot mula nak cari yang lain.."Ezar menyampaikan pada Aizrill.

Ketawa Aiman dan Mak Imah pecah kerana pesanan Ezar tadi."Ye la..aku juga yang kena."gumam Aizrill.

"Tak apalah...aku nak sambung memasak ni kalau ada apa-apa roger ya!"kata Hanna sebelum mematikan panggilan.

"Risau betul Hanna dekat Zrill..sakit perut aku gelakkan dengan perangai Hanna ni."ujar Ezar.

"Tu la aku naik pening dengan perangai dia sejak hamil ni..aku ni hanya mampu sabar je.."balas Aizrill.

"Hanna tu kira okeylah..dari Zara dulu masa tengah mengandung punyalah perangai dia kuat merajuk melekat sampai sekarang.."celah Mak Imah.

"Ala Mak ni...tu lain la Mak.."

Aiman ketawa lagi."Aiman! kau gelak-gelak apa? time Nisha nanti kau tahu la.."jeling Ezar.

"Aku ni belum ada rezeki lagi la..aku pun teringin jugak nak ada anak sebab korang dah ada anak.Kau Zara lagilah awal dah ada anak.Aku dengan Nisha je belum lagi."

"Insyallah..nanti ada la tu,rezeki Allah ni kita tak dapat jangka tau.Macam aku dulu punyalah plan tak nak ada anak dulu, tengok-tengok dah keluar dua orang pulak tu."

"Ada-ada je la kau ni Zara.."balas Aiman.

Telefon milik Ezar berbunyi sekali lagi kali ini nama Nisha pula."Aiman kau letak kat mana telefon kau?"

"Dalam kereta rasanya..kenapa?"

"Nisha pula call aku..kejap ehh."Ezar menjawab panggilan."Assalamulaikum..Nisha kenapa?"

"Walaikumussalam..ni bukan Nisha,tapi Abang Nisha."

"Abang Nash kan? kenapa call Ezar?"

"Abang Nash ada cuba nak call Aiman tapi tak dapat jadi Abang Nash call la Ezar sebab Nisha kata Aiman ada dirumah Ezar."

"Okey..memang Aiman ada disini tapi kenapa Abang Nash?"

"Nisha tadi sakit..Abang Nash terus hantar pergi hospital."kata Abang Nash dengan nada resah.

"Nisha masuk hospital?! kenapa Abang!?"terkejut Ezar.Aiman yang terdengar kata Ezar tadi umpama hampir luruh jantungnya.

"Nisha okey..cuma doktor sahkan dia kena buatan orang."

"Nisha kena buatan orang? siapa yang buat Nisha macam tu!"Ezar mengetap bibirnya geram.Aiman pula wajahnya kelihatan gelisah.

"Aiman yang buat Nisha.."

"Aiman yang buat? Are you serius? "

"Apa pulak aku yang buat!"terkejut Aiman.

"Aiman yang buat Nisha pregnant."ujar Abang Nash.

"Abang Nash ni memang nak kena!! nasib baik Abang Nash tak ada sebelah Ezar tau.Kalau tak memang dah kena dengan Ezar."Ezar tertawa kecil.

"Abang Nash bergurau je..Nisha okey baru sedar pengsan cakap dekat Aiman baliklah sekejap jenguk Nisha ni."

"Abang Nash ni kalau dari dulu tak mengusik Ezar memang tak sah kan!"

Muka Farish merah padam menahan marah."Amboi seronoknya sembang Abang Nisha sampai lupakan aku!"getus hati Farish.

"Baiklah Abang Nash..nanti Ezar beritahulah dia..bye"Ezar mematikan panggilan.

"Nisha sakit apa? bila aku hantar santau dekat Nisha? aku sayangkan Nisha kot! takkan aku nak hantar santau dekat dia."Aiman sudah hampir mahu menangis.

"Teruknya kau ni Aiman..Doktor memang dah sahkan kau yang buat Nisha."

"Aku buat apa dan macam mana doktor boleh tahu?"

"Kau dah buat perut Nisha bakal membesar selama 9 bulan.."

"Nisha mengandung? Ya Allah syukur Alhamdullilah..kau Ezar memang buat aku suspen tau..nak luruh jantung aku ni!"Aiman menghela nafas lega.

"Hmm..Nisha pregnant,dia baru balik hospital tu kau pergilah balik dulu temankan dia.Kesian Nisha tu dah la tu anak sulung korang."

"Kalau macam aku minta diri dulu lah.."Aiman sudah tersenyum lebar.

"Tahniah Aiman..tak sangka Nisha kena buatan orang.."Aizrill ketawa terkekek-kekek.

"Macam la Hanna tak kena.."sampuk Ezar pada Aizrill.Terdiam Aizrill kerana gurauan Ezar.

"Eleh..kau pun sama Zara! Farish punya kerja la tu sampai dua orang terus!"balas Aizrill selamba.

"Tak guna kau Zrill.."Ezar mengejar Aizrill tetapi baru separuh berlari Aizrill sudah penat.

"Okey..okey aku mengalah!"kata Aizrill sambil mengurut dadanya.

Mak Imah hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.Farish pula segera naik kerumah bersama Zahirah.Sakit matanya melihat Ezar bergurau senda dengan Aizrill.

××××××

Hidangan makan malam sudah tersedia diatas meja."Siapa yang masak semua ni? nampak macam sedap je?"soal Farish.

"I yang masak..kalau tak sedap you jangan marah tau.."celah Zahirah.

"Kalau Rish nak tau Zahirah kalau bab memasak memang terbaik."puji Mak Imah pula.Ezar yang berada disebelah Mak Imah hanya memekak telinga dan matanya.Hatinya benar-benar sakit siapa yang tak sakit hati bila suami sendiri duduk bersebelahan dengan perempuan lain.

"Sedap kan Zara.."soal Mak Imah.

"Sedap sangat macam masakan taraf hotel 5 lima bintang kan Zahirah?"Ezar tersenyum kelat.

"Kan sayang! Zahirah dia punya masakan ni memang taraf hotel lima bintang..Zara kena belajar memasak dengan dia.."puji Farish.

"Kenapa aku nak kena belajar masak dia?"

"Zara..bahasa tu jaga sikit kamu cakap dengan siapa tu.."sampuk Mak Imah.

"Sebab..masakan Zara tu kurang sikit nanti kalau dah belajar dengan Zahirah mesti lagi sedap.."

"Ouh..kalau tak sedap kenapa telan jugak kalau Zara masak? sudahlah."Ezar bangun dan membasuh tangan kemudian melangkah masuk kedalam biliknya.

"Aku ada salah cakap ke?"gumam Farish.

"Zara tengah marah tu..sabarlah nanti pujuk la dia dah makanlah.."kata Mak Imah meredakan keadaan.

*********

Continue Reading

You'll Also Like

165K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
2.2M 14.6K 11
AMARAN! Dilarang tiru atau cetak daripada mana-mana bahagian dalam novel ini! Novel dan idea-idea novel ini adalah hak milik author! Kalau didapati a...
142K 9K 53
[ My first malay baby say hello to you guys ] + ni crush ke batu ? โ Hello? Saya cakap dengan batu ke manusia?โž โ Saya tak pasti โž โ Apa maksud awak...
17.4K 1.2K 16
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...