๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

Oleh syafasuha

471K 18.1K 635

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... Lebih Banyak

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 44

10.2K 317 19
Oleh syafasuha

"Ezar..kau kenapa diam je ni?"tanya Hanna setelah melihat sahabatnya yang berdiam diri sejak pagi tadi.

"Tak ada apalah...cuma hati ni rasa tak sedap..."balas Ezar sambil mengusap perutnya.

"Tak sedap hati kenapa?"risau Hanna setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ezar.

"Entahlah..mungkin perasaan aku je..ni Kak Husna mana? dari semalam aku tak nampak Kak Husna."Ezar menukar topik perbualan mereka berdua dia tidak mahu melihat Hanna sering risau tentang keadaannya sudahlah dirinya banyak menyusahkan Hanna dan Kak Husna.

"Kak Husna? Kak Husna dia keluar sekejap nak beli kuih..katanya nanti ada orang nak datang rumah.Tapi aku tak tau la siapa.."balas Hanna.

"Ouh..kawan Kak Husna kot.."teka Ezar.

"Ezar...aku minta maaf pasal semalam aku tak sengaja nak sebut nama suami kau tu..Aku main-main je."

"Aku tak kesah pun la..lagipun kalau aku benci dia..apa aku dapat? lagipun kalau tak ada dia..tak ada jugak la baby ni."kata Ezar.

"Tapi aku takut kalau kau tak maafkan aku...please maafkan aku..kau tau tak seharian aku tak boleh tidur sebab ingatkan kau!"

"Hekeleh...dah la tak payah nak mengarut.Hari ni tak keluar dengan Zrill ke?"

"Aku nak keluar dengan Zrill tiap-tiap hari? memang tak la...lagi pun dia ada banyak kerja la takkan la nak kepit dengan dia dua puluh empat jam..Dia pun ada kerja iyalah...lepas ni giliran kami pulak...kau kan dah lepas dah la tak ajak aku..sampai hati kau!"Hanna membuat mukanya yang monyok tanda merajuk.

"Eii..buruknya muka kau buat muka macam tu..Kau ni aku sebenarnya aku tak sempat nak ajak kau..kau pun tau aku dengan dia pun kahwin kelam kabut..sampai lupa semua benda."

"Alah..kau kan selalu lupakan aku...tak apalah biarlah hati ini yang merawat duka."Hanna bermadah.

"Amboi sejak bertunang dengan Aizrill ni dah pandai bermadah..madah berhelah la pulak."Ezar merenung tajam sahabatnya.

"Weii..tak payah pandang macam tu seram kot..aku memain je la..kau ni suka sangat ambil serius tau."

"Heheh..dah la aku pun memain je kot.Tak payah la takut sangat!"Ezar senyum melihat muka Hanna yang mula masam mencuka.

Kereta milik Kak Husna mula memarkir dihalaman rumah."Itu kakak kesayangan kau dah balik!"ujar Ezar menukar topik.

"Biarlah Kak Husna balik pun..."

"Dah la tak payah nak menggedik muka kau memang tak comel bila masam macam tu.Aku pun naik menyampah..plus..plus tau tak!"

"Okey fine..sampai hati kau tak nak pujuk aku..biarlah hati ini membawa duka seribu.."Hanna bermadah lagi lalu pergi kedapur.

"Apa kena dengan minah ni? Tintong dah ke?"bisik hati Ezar.

"Ezarra..nampak Hanna tak?"soal Kak Husna yang tiba-tiba lalu dihadapannya sambil membawa bungkusan plastik yang ada kuih didalamnya.

"Hanna ada kat dapur Kak.."balas Ezar.

"Ouh..Hanna tadi ada keluar pergi mana-mana tak?"soal Kak Husna lagi.

"Tak ada pulak..Kak siapa nak datang rumah? kawan Akak ke?"

"Ha'ah..tapi bukan kawan Akak dia tu ibarat Mak angkat Akak dah."balas Kak Husna.

"Mesti Mak Angkat Akak tu baikkan.."puji Ezar terhadap Mak Angkat yang dimaksudkan oleh Kak Husna tadi.

"Baik..dia memang baik..okeylah Kak masuk dapur dulu nak siapkan apa yang patut..nanti dalam berapa minit lagi sampai la tu.."ujar Kak Husna dan masuk ke dapur.

Tidak lama kemudian sebuah kereta masuk dihalaman rumah Kak Husna.Ezar yang termenung jauh sambil mengusap perutnya dapat mendengar bunyi kereta itu."Tu mesti Mak Angkat Kak Husna.."teka Ezar.

"Assalamulaikum..."Datin Ziera memberi salam.Ezar sangat terkejut dengan suara yang didengari tadi "sah tu memang suara Mummy!"gumam hatinya.

"Walaikumussalam.."Ezar bingkas bangun dari sofa dan segera berdiri dihadapan pintu yang sudah sedia dibuka.

"Zara! Zara tinggal disini ke?"soal Datin Ziera pura pura tidak tahu.

"Iya Mummy..ermm jemputlah masuk..Kak Husna tengah ada dalam dapur tu."Ezar terus menjemput masuk dia tidak betah memandang Farish yang berada disebelah Datin Ziera dah macam bodyguard Mummy pulak!.

"Kenapa! Mummy mesti jadi Mak Angkat Kak Husna..Aduhai mana aku nak lari ni."monolog hati Ezar.

Datin Ziera,Datuk Shahril dan Farish mulai masuk kedalam rumah Kak Husna."Mummy..."panggil Ezar dan menghulurkan tangannya kepada Datin Ziera untuk bersalam.Datin Ziera hanya menurut.

"Mummy..Papa duduklah dulu Zara nak pergi dapur sekejap."kata Ezar bernada lembut.

"Alaa..tak perlulah pergi dapur tunggu je sini lagi pun Mummy tengok Zara ni sarat sangat.Biarlah mereka didapur tu.."

"Tapi..Zara"

"Tak ada tapi tapi marilah duduk dengan kami lagipun dah lama Mummy tak bersembang dengan Zara."pujuk Datin Ziera lagi.

"Okey.."Ezar hanya menurut saja kehendak Mummy.

"Duduklah..jangan la berdiri."ujar Datin Ziera.Ezar terus duduk tanpa banyak kata.

"Zara..sejak mengandung ni makin cantik la kan..macam Mak kamu masa dulu"puji Datuk Shahril tiba-tiba.

"Kan..Saya pun perasan benda yang sama.."tokok Datin Ziera lagi.

"Tak adalah Mummy..biasa je hari-hari jugak Zara tengok cermin pucat je muka..tak ada apa benda yang cantik pun.."Ezar merendah diri.

"Zara.."

"Iya Mummy kenapa?"

"Mak Zara tau yang Zara kat sini?"tanya Datuk Shahril mencelah.

"Tau papa..Mak dah tau semuanya dah lama..Zara sendiri yang suruh Mak diamkan dan rahsiakan semuanya..Iya la kan..siapa tak sakit hati kalau kena hina macam tu? jadi Zara memang ambil keputusan nak jauhkan diri.."

"Zara..maafkanlah Farish.Farish tau Farish bersalah..Farish masih sayangkan hubungan kita..Tolonglah Zara...Farish sayangkan Zara dan anak-anak kita tu.Kalau Farish perlu melutut merayu Farish sanggup..asalkan kita dapat macam dulu.."rayu Farish tiba-tiba dengan mendekati Ezar.

"Tolonglah jangan buat kerja gila ni!"Ezar sudah mulai bangun dari sofa itu.

"Zara tolonglah maafkan Farish..."kali ini Farish cuba mahu melutut tetapi Ezar sudah menjauhkan diri.

"Tolonglah...jangan rendahkan diri awak semata mata demi perempuan macam saya..saya sedar saya bukan perempuan baik macam awak nak..Tak perlu melutut merayu memohon kemaafkan pada saya.Iya memang saya masih sayangkan awak...tapi saya bukan perempuan jenis macam tu bila nak minta maaf perlu melutut macam tu.Baiklah kalau kemaafan yang awak nak..saya maafkan awak..tapi untuk bersama dengan awak saya betul-betul minta maaf..saya tak boleh!"kata Ezar matanya mulai menakungkan airmata.

"Zara..tolonglah..balik kita hidup macam biasa semula demi masa hadapan dan anak kita."pujuk Farish lagi kali ini dia cuba mendekati Ezar sekali lagi.Ezar hanya mampu mendiamkan diri.

"Baiklah..saya akan balik...tapi bukan rumah awak."

"Betul ni...Alhamdullilah.."Farish mengucapkan syukur wajahnya yang putih mulai berubah kemerahan kerana menangis.

"Zara..minta diri dulu!"Ezar melangkah pergi dan masuk kedalam bilik tidurnya dan menangis didalam."Betul ke keputusan aku!"bentak hatinya.

"Kak tau yang sebenarnya tu Mak Mertua Zara?"tanya Hanna sekali lagi.

"Iya..dia merayu sangat pada Akak..dia sangat rindukan Ezarra..jadi Akak pun ikutkan je la rancangan Datin Ziera tu."terang Kak Husna lagi.

"Tapi Akak tak nampak ke? tadi Ezarra menangis.."

"Kak terpaksa buat Hanna...Akak pun dah mula sayangkan dia macam adik Akak sendiri tapi macam mana..kalau benda ni terjadi.Akak jadi serba salah tak tau nak berpihak pada siapa.."

"Suka hati Akak la..tapi Mamat kat depan tu dah buat Zara menangis!"

"Jangan masuk campurlah..Akak yakin mereka tengah selesaikan semuanya."

"Okey! tapi kalau dia cakap benda bukan-bukan memang Hanna sumbat mulut dia dengan sambal belacan tu!"

"Hanna.."

"Apa kak? betul la..ingat Hanna main-main ke? Hanna cakap memang Hanna akan buat tak percaya buatlah..."ugut Hanna.

"Diamlah..Hanna biarlah benda ni reda dulu lepas tu baru kita pergi kehadapan okey?"pujuk Kak Husna.

"Iya.."Hanna mencebikkan bibirnya.

Selesai mengemas barang dan pakaiannya.Ezar mengangkat beg bagasi sendiri.Tiba-tiba Farish datang untuk membantu."Mari sini Abang tolong bawakkan..berat benda ni"kata Farish.

"Tak payah..saya boleh bawak sendiri.."ego Ezar begitu tinggi.

"Janganlah macam ni sayang..Abang betul-betul ikhlas nak tolong.."kata Farish lagi.

"Nah..angkatlah."Ezar akhirnya mengalah dia tidak mahu bertekak dengan Farish kerana dia tahu Farish tidak akan mengalah.

"Macam tu la Sayang Abang.."ujar Farish tersenyum lebar.Ezar terus ke ruang tamu.Malas mahu memandang Farish yang berlakon manis bak gula dihadapannya.

"Zara dah kemas semuanya?"tanya Datuk Shahril.

"Dah Papa.."balas Ezar.

"Nanti tumpang kereta Mummy ya."kata Datin Ziera.

"Tak payahlah..Zara nak drive sendiri balik sana.."Ezar menolak.

"Ehh....tak boleh Zara kan tengah mengandung tu.."bantah Datin Ziera.

"Tapi Mummy...kereta Zara macam mana?"

"Ermm...kalau macam Farish saja lah yang drive kereta Zara."kata Datuk Shahril pula.

"Aku naik satu kereta dengan Farish? Aduh.."keluh hatinya sendirian.Farish mula sampai dihadapan jelas terpancar kepenatan kerana mengangkat beg bagasi yang begitu berat baginya."Berat macam ni Zara nak angkat! huish..kuat giler...aku yang baru separuh jalan pun lutut dah lenguh."bisik hati Farish.

"Farish...kamu drive kereta Zara boleh tak?"

"Kereta Zara? ermm bolehlah Mummy..tapi baju Farish belum kemas la Mummy..macam mana nak terus atau pergi hotel dulu."

"Pergi hotel dulu...kemaskan apa yang patut.."

"Hah ye la...Farish pergi dulu ya!"

"Ezar..."sayu Hanna.

"Iya..kenapa?"balas Ezar.Hanna terus mendekati Ezar dan memeluk sahabatnya.Selama ini dia sudah menganggap Ezar seperti adik beradiknya sendiri."Kau balik sana nanti jangan lupakan aku tau..ni nanti dah bersalin jangan lupa bagitahu aku..nanti aku nak tengok baby kembar kau..."ujar Hanna sambil menahan airmata yang ingin jatuh.

"Insyallah..Hanna kau jaga diri baik-baik tau..jaga hubungan kau dengan Aizrill..Kak Husna mana?"Hanna melepaskan pelukannya.

"Kak Husna..entahlah aku langsung tak nampak dia sejak dari tadi.."ujar Hanna.

"Ermm...Hanna janganlah menangis macam ni..lagipun aku rasa aku memang dah terlalu lama tinggal disini."

"Aku faham...jangan lupakan aku tau!"kata Hanna lagi.

"Iya..okey aku pergi dulu ya.."ujar Ezar terus mengikuti Farish.

"Awak tak malu ke melutut merayu depan Mummy dengan Papa tadi?"tanya Ezar geram.

"Nak malu buat apa? kan Abang dah cakap tadi..kalau itu cara terbaik untuk memohon kemaafan Abang sanggup..walaupun didepan staf Abang yang pernah Abang malukan Zara dulu.."

"Tak payah mengadalah nak melutut macam tu! menyampah lagi adalah."jeling Ezar.

"Sayang...demi cinta kita lautan api pun Abang sanggup redahi..!"

"Tak payah! kopi panas pun awak tiup bagi sejuk!"Ezar memandang kosong ke luar tingkap.Farish terdiam kelu lidah seribu bahasa.

××××××

"Saya nak tunggu dibawah..awak pergilah kemas baju dulu.."tolak Ezar awal-awal lagi.Dia tidak mahu bersama Farish didalam bilik itu.

"Tak boleh..Zara kena ikut Abang kat sini panaslah..lagipun kalau ada apa-apa jadi Abang juga yang susah hati.."pujuk Farish lembut.

"Tak nak.."

"Jomlah..kat sini bahaya..Abang tak nak kehilangan Sayang macam Sayang menghilang lima bulan yang lepas.."

"Eii..nak muntah aku asyik panggil sayang..sayang..meremang bulu roma aku!"gumam hati Ezar.

"Tolonglah jangan paksa saya..kalau saya cakap tak nak bermakna tak nak! faham.."

"Zara..takkan sampai nak Abang dukung Zara baru Zara nak naik?"ugut Farish.

"Ceh! macam la larat sangat nak angkat aku!"bisik hatinya.

"Okey..saya ikut!"Ezar hanya menurut malas nak bercakap banyak dengan Farish.

"Sayang ingat tak masa kita honeymoon dulu kat sini?"soal Farish sedang melipat baju untuk dimasukkan kedalam begnya.

"Ingat la kot.."balas Ezar teragak-agak.

"Sayang..tak rindukan Mak ke?"

"Rindu..masuk ni baru empat kali balik sana.."

"Ouh...Abang ingatkan Zara tak balik sana."

"Heh..dia ingat aku ni tak ingatkan Mak ke kat sana? tolonglah...sayang aku pada Mak lebih dari sayang kau pada aku!"gumam hati Ezar.

"Dah siap kemas baju ke belum?"tanya Ezar.

"Dah hampir nak siap ni...lepas ni pergi makan nak?"

"Tak nak..dah kenyang.."

"Kalau macam tu temanlah Abang makan.."

"Tak nak.."

"Kenapa pulak?"

"Suruh la Dhia temankan awak buat apa suruh saya ?."ujar Ezar bangun dari katil dan keluar dari bilik tidur Farish.

"Marah lagi ke.."keluh Farish sendirian.

Telefon ditangan Ezar berbunyi tanda panggilan masuk.Tertera jelas nama Aizrill dihadapan skrin."Assalamualaikum Zrill.."kata Ezar.Farish hanya memasang telinganya bagi mendengar perbualan mereka.

"Walaikumussalam..betul ke kau ikut Farish balik rumah dia?"tanya Aizrill.

"Iya..tapi bukan rumah Farish..aku pergi rumah Mak aku kenapa?"

"Tak adalah..aku dapat tahu pun dari mulut Hanna..Zara..kau jagalah diri kau...sebenarnya aku ada sesuatu nak bagitahu kau.."ujar Aizrill.

"Kenapa?"

"Sebenarnya aku masih sayangkan kau Zara.."

"Apa? kau gila ke? ni kalau Hanna dengar mesti dia bencikan aku!"Ezar terkejut mendengar pengakuan dari mulut Aizrill sebentar tadi.

"Aku memang tak boleh nak lupakan kau Zara..sebab kau adalah cinta pertama aku..kau yang ajar aku segalanya tentang cinta.."

"Zrill..kau jangan buat hal..aku tak nak disebabkan perasaan kau pada aku masih ada lagi akan menyebabkan persahabatan dan perkahwinan aku musnah..memang aku tau rumah tangga aku ni umpama retak menanti belah tapi selagi Farish suami aku..aku masih sayangkan dia.."

Farish yang mendengar kata-kata dari bibir Ezar tadi terus mengucapkan syukur.Akhirnya masih ada perasaan sayang padanya.

"Iya aku tahu..sebab tu aku akan cuba lupakan segalanya..Aku harap Hanna dapat bahagiakan aku memang aku cintakan Hanna tapi dalam masa yang sama perasaan aku pada kau umpama takkan pernah luput"

"Zrill kau kena lupakan aku..kesian pada Hanna nanti kalau dia tau semuanya...terus dia tak nak mengaku aku kawan dia.."

"Aku pun tak naklah perkara ni tau sampai pengetahuan orang lain..okeylah Zara aku ada hal ni..jaga diri baik tau terutama anak tu!"

"Insyallah okey bye Assalamulaikum.."kata Ezar.

"Walaikumussalam.."balas Aizrill.

"Aizrill ni memang pelik lah..dia dah bertunang dengan Hanna kot..tapi perasaan dia pada aku masih sama macam dulu? Haih...macam-macam la Aizrill ni!"bentak Ezar seorang diri.

"Ya Allah..aku bersyukur sangat kerana diberi peluang kedua untuk membetulkan kesilapanku.Aku bersyukur sangat kerana masih ada perasaan sayang itu masih ada untukku.."Farish segera mengemas baju dan keluar dari bilik itu.

"Dah siap kemas?"tanya Ezar.

"Dah..kenapa rindu ke?"

"Rindu sebab apa? kemas baju je kot..sedang saya dah tinggalkan awak lima bulan pun saya tak rindukan awak apatah lima minit ni!"jeling Ezar.

"Okeylah..tadi siapa yang call ?"

"Ermm...Hanna"kata Ezar.

"Bukan Aizrill ke?"

"Kalau Aizrill pun kenapa? cemburu? nak malukan saya lagi? nak fitnah saya lagi ke?"teka Ezar.Kata-kata Ezar itu memang tajam umpama pisau belati menghiris hati.

"Tak adalah..saja nak tanya.."Farish bersahaja.

"Iya la tu.."tiba-tiba riak wajah Ezar berubah berkerut-kerut sambil memegang perutnya yang memboyot itu.

"Zara okey ke ni?"tanya Farish menggelabah.

"Tak ada apa..baby tendang ni..tak payah la risau.."

"Boleh jalan ke tak?"

"Boleh..sikit je ni bukan nak bersalin sekarang pun!"

"Jalan perlahan..lahan jangan laju sangat!"pesan Farish pada Ezar yang berjalan sudah mendahuluinya.

********

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
135K 6.6K 34
Instafamous ? Siapa yang tak kenal dengan instafamous sorang ni..hah nama dia khairullah iqmal..hensem ? bagi semua pelajar memang hensem tapi bukan...
12K 715 26
Nik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Da...
458K 20.8K 59
Dia cool! Dia cantik! Pandai! Tinggi! Comel! Semua perfect .. Dia nakal tapi pendiam, Dia, Khaira Mysarah Tengku Aryan Mikael lelaki yang baru berpin...