๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

By syafasuha

471K 18.1K 635

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 41

8.9K 301 5
By syafasuha

   "Hanna..umur Kakak kau berapa?"soal Ezar."Kakak aku? umur kakak aku 35 tahun kot tak silap aku!"balas Hanna sambil berbaring disebelah Ezar.

"Ouh..tapi kenapa kakak kau tak kahwin lagi?"

"Kakak aku dia dah kahwin la"

"Aik? kahwin tapi kenapa tinggal dengan kau?"

"Maksud aku..Kakak aku pernah kahwin tapi jodoh dia tak panjang...bekas suami dia curang kena tangkap khalwat dengan perempuan lain.Lepas tu memang keluarga bekas suami dia tak sukakan kakak aku.Kau nak tau tak masa tu kakak aku tengah pregnant dalam empat minggu kot..Bekas mak mertua Kakak aku tuduh kakak aku macam-macam buat benda tak elok sampai diceraikan.Tapi aku memang suka pun tengok dia bercerai..sebab tiap-tiap malam Kakak aku menangis sebab lelaki tak guna tu.!"cerita Hanna dengan riak wajah marah.

"Sekarang anak Kakak kau mana?"tanya Ezar lagi ingin tahu.

"Keguguran.."balas Hanna.Diam Ezar seketika."Sebab tu la aku takut sangat nak kahwin..mula-mula je baik tapi lepas kahwin semua hilang macam bekas suami Kakak aku tu la.Sebelum kahwin kemain baik..pijak semut pun tak mati.Tapi lepas kahwin mula cari perempuan lain..aku memang pantang betul la dengan lelaki jenis macam tu.Dah la abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami.Aku bersyukur sangat bila dia lepaskan kakak aku"tokok Hanna lagi.

"Kuatkan Kakak kau..diuji macam tu aku baru sikit dah pergi bawa diri.Kalau la aku berada ditempat Kak Husna mungkin aku jadi gila agaknya"

"Ezar..kau tak perlulah fikirkan sangat hal tu.Lagi pun kau datang sini nak tenangkan fikiran kan??"

"Memang pun!"balas Ezar.Tiba-tiba kepalanya sakit semua yang berada disekelilingnya seolah-olah bergoncang..loya tekaknya kian terasa.Badannya pula jadi lemah kini dia terasa mahu muntah.Mulutnya ditekup dengan tangan.

"Ezar! kau okey ke tak ni?"tanya Hanna cemas.Ezar terus berlari ke bilik mandi didalam biliknya dan memuntahkan segalanya dalam singki.

"Ezar..jom la aku bawa pergi klinik!"risau Hanna melihat keadaan Ezar.Sesudah Ezar muntah dia memegang kepalanya yang sakit dan jatuh rebah.Nasib baik Hanna sempat memegang Ezar dari jatuh ke lantai.

"Kak!!! Kak Husna..."jerit Hanna kuat sambil memegang Ezar.Kak Husna terus masuk tergesa-gesa."Kenapa ni Adik??"soal Kak Husna panik.

"Dia pengsan tiba-tiba kak..jomlah cepat bawak dia pergi klinik!"arah Hanna.

"Cepatlah..Kak pegang belah kiri..Adik pegang belah kanan..!"ujar Kak Husna membantu Hanna memapah Ezar.

Farish berdiri diluar balkoni.Dia memandang langit yang bertaburan bintang.Rindu sangat entah kenapa sejak akhir-akhir ini.Hati rasa tak sedap mungkin kerana terlalu rindukan Ezar."Zara..kalau Zara ada disini..Mungkin abang tak akan sakitkan hati Zara lagi."kata Farish sendirian.

  Sejak Ezar pergi dari hidupnya.Banyak perkara tentang Farish sudah lama tidak terurus kerja pun sudah jarang pergi.Kalau Ezar ada mungkin semua benda terurus kerana dia selalu mengingatkan Farish supaya jangan datang lambat ke kerja."Kenapa aku terlalu percayakan Dhia tak guna tu! sampai rumah tangga aku musnah"

Farish teringatkan tentang Dhia kerana telah terlibat dengan kemalangan selepas pulang dari pejabat Farish tempoh hari dan hingga hari ini Dhia disahkan tidak sedarkan diri dan dia perlu lakukan pembedahan kerana mempunyai darah beku dikepala.Farish kalau boleh tidak mahu mengambil tahu apa-apa tentang Dhia baginya itu balasan selepas apa yang dia lakukan dengan menfitnah isterinya.

   Ezar yang sedarkan diri dari tadi mulai termenung jauh.Dia mengingati apa yang dikata oleh doktor tadi."Betul ke apa aku dengar tadi?"kata Ezar.

"Ezarra..tahniah awak hamil hampir lima minggu.Saya nak awak jaga kandungan ni betul-betul kerana dia masih awal.Lagi satu saya nak pesan jaga pemakanan awak.Banyakkan berehat tau lagi pun ni kandungan awak yang pertamakan Ezarra.Okey awak boleh la pergi nanti ambil ubat ya"ujar Doktor Sarah lembut.

"Lima minggu! kenapa aku tak perasan? Tak lama lagi aku akan jadi Mak orang la!"

"Ezar..!"Hanna menepuk bahu Ezar.

"Apa?"

"Tahniah..dalam diam berisi ye..jaga pemakanan tu tau.Dengar apa doktor cakap tadi!"pesan Hanna lagi.

"Iya..aku tahu la.Kau ni bila lagi? takkan nak tunggu aku bercucu baru kau kahwin?"

"Ehhh...aku nasihat kan kau.Kau nasihat aku balik..heheh ada jodoh ada la kalau tak ada.Tak kahwin pun tak pe."

"Macam-macam la kau Hanna.Ni Kak Husna mana?"tanya Ezar.

"Dia pergi kedai sekejap.Kau boleh tak berjalan ni?"

"Boleh la...bukan aku bersalin pun aku cuma pengsan je la"ngomel Ezar.

"Memang la kau pengsan..aku risau tau dengan kau ni dah la tu anak kau sulung tau"

"Aku tau la Hanna tapi.."

"Tapi apa?"

"Aku macam tak percayalah..iya la tiba-tiba je aku disahkan pregnant.Kau rasa tak terkejut ke?"

"Nak terkejut apa? bukannya kau tak ada suami..kau ada suami kan."

"Memang la aku ada suami..cuma macam tak percaya je la."

"Kau sebenarnya tak sedia jadi ibu kan?"teka Hanna.

"Macam mana kau tau?"

"Aku tau la..Ezar dengar ni aku nak pesan ehh..mungkin sesetengah orang dia tak bersedia jadi ibu tapi bila dia disahkan hamil memang pada mula tu dia macam okey tak okey..tapi bila dah sampai pada pertengahan bulan kandungan dia akan semakin sayang malah dia akan lebih teruja untuk menanti hari kelahiran anak kandungnya sendiri."

"Mana kau tau?"

"Kau ni banyak soal la Ezar..aku tau la sepupu aku dulu mula-mula macam tu tapi tu la masa pertengahan usia kandungan dia pulak jadi teruja"

"Ouh...insyallah aku akan jaga kandungan ni baik-baik.Siapa tak sayang anak weh!"balas Ezar.

"Tau pun..dah la jom masuk kereta.Nanti Kak Husna datang la."

"Okey.."balas Ezar.

"Ehh..Ezarra kenapa tak masuk kereta lagi? Ezarra okey tak ni?"soal Kak Husna prihatin yang tiba-tiba muncul dibelakangnya.

"Okey Kak Husna.."

"Baguslah kalau macam tu risau Kak Husna tadi."kata Kak Husna.

                         ~~~~~~~~

"Ezarra nak cari kerja ke?"tanya Kak Husna tiba-tiba.

"Kerja apa Kak?"Ezarra menuangkan air teh pada cawan Kak Husna dan Hanna kemudian menghulurkan pada mereka.

"Sebenarnya Kak ada satu butik ni.Kak memang sekarang kekurangan pekerja jadi Ezarra boleh tolong tak?"

"Kerja macam mana? Ezarra tak faham"Ezar tersengih.

"Macam kira stok barang yang dah habis..dan cashier boleh kan?"

"Hanna? kerja apa Kak?"soal Ezar.

"Dia pun tolong Kak..tapi sekarang Kak Husna ada butik baru jadi Kak uruskan yang baru dan yang ni Hanna dan Ezarra tolong uruskan boleh kan?"tawar Kak Husna.

"Boleh jugak la Kak..janji ada kerja bila Ezarra boleh start?"

"Ikut suka hati Ezarra la..tapi Kak Husna syorkan Ezarra start kerja bila dah betul-betul sihat ya.Kak faham lagipun orang hamil ni kena banyakkan berehat."

"Tak ada apalah Kak..lagi pun kerja tu bukan berat mana pun..Ezarra boleh buat la kalau boleh hari ni juga Ezarra nak start kerja"

"Kalau macam tu esoklah Ezarra mula kerja.Hari ni biar Hanna je yang uruskan tau."

"Baiklah Kak."

"Kak..kalau Hanna nak cuti boleh tak?"Hanna mencelah.

"Tak payah nak mengada-ngada ehh..Kak potong gaji tu baru tau!"ugut Kak Husna.

"Alaa..Kak ni orang nak temankan Ezarra kat rumah."

"Aik!! dia babitkan nama aku pulak?"jeling Ezar pada Hanna.

"Kau tak payah nak mengada Hanna..aku tumbuk kau kang"gumam Ezar.

"Apa? betul la kau kan tak sihat"tokok Hanna lagi.

"Tak apa Kak jangan risau..Hari ni Ezarra akan ikut Hanna tapi Ezarra cuma tengok je la.Kalau duduk rumah sorang-sorang sunyi la pulak!"balas Ezar.

"Hah.. bagus tu Ezarra...Kak Husna setuju sangat dan kamu Hanna jangan nak memandai cuti erk"

"Aduh kau ni!! aku baru nak minta kelulusan cuti dari Kakak aku!"ngomel Hanna.

"Apa? salah ke?"Ezar tersenyum.

"Dah..makan cepat ya jangan nak bercakap banyak! Kamu pun Hanna cepat sikit!"balas Kak Husna lagi.

"Kak ni membebel je!"Hanna memuncungkan bibirnya.

"Macam mana..Kak tak membebel tengoklah makan pun nak bercakap! cepat sikit makan tu!"

"Kak Husna tak nak makan ke?"tanya Ezar.

"Kak cuma makan kuih je waktu pagi..tak selera nak makan banyak"balas Kak Husna.

"Ouh.."balas Ezar.

"Kak pergi dulu ya..Hanna jangan lupa kunci rumah tau!"pesan Kak Husna berlalu pergi.

"Baik Kak.."jawab Hanna.

"Kau ni bila nak pergi kerja?"tanya Ezar pada Hanna yang berada disebelahnya.

"Nanti la pergi"ujar Hanna malas.

"Hanna..Hanna..tu la perangai kau dari dulu sampai sekarang sikit-sikit malas."bebel Ezar.

"Iye la..belum jadi Mak orang dah kuat membebel.."Hanna memuncungkan bibirnya.

"Tapi aku memang bakal jadi Mak orang..dah jom sekarang kau nak aku drive ke?"soal Ezar.

"Tak nakkkk...aku tak nak kalau kau yang bawak!..kau bawak laju kot takut aku!"bantah Hanna awal-awal lagi.

"Semua orang takut bila aku nak drive.Bukannya laju sangat pun.."rajuk Ezar.

"Aduh Mak buyung ni merajuk la pulak!! iya..la aku ada sebab tak bagi kau bawa kereta.Biar aku je yang bawa tau ala tomey..tomey..jangan la merajuk nanti dah tak comel dah!"pujuk Hanna sambil mencubit pipi Ezar.

"Sakitlah woi..okey la kau yang drive erk!"kata Ezar.

"Okey..itulah jawapan yang aku dengar dah jom kita gerak sekarang!"ajak Hanna.

Aizrill sudah siap sedia mengemas barangnya.Hari ini dia perlu bertolak ke Pulau Tioman bagi kerja pengurusan Resort milik bapanya disana."Baguslah kalau Zrill pergi sana.Mana la tahu nanti terjumpa jodoh kat sana ke?"usik Mamanya.

"Jodoh la..tu pun kalau ada la kan?"monolog Aizrill sambil memandang baju-baju yang perlu dibawa ke sana.

"Macam mana la Zara dengan Farish kan? kasihan Zara tak pasal-pasal kena fitnah dengan sepupu Farish yang meroyan tu! tapi mana aku nak cari dia..aku kena minta maaf pada dia."keluh Aizrill.

"Besarnya butik kakak kau Hanna! aku pulak yang rasa teruja!"Ezar memandang sekeliling butik itu semua pakaian cantik belaka.

"Kalau kau nak tahu..Kakak aku buka butik ni lepas dia bercerai dengan bekas suami dia tu.Kau tahu kan yang Kakak aku pernah keguguran sejak hari tu dia jadi murung sampai satu tahap tu..aku pun tak tahu nak cakap apa jadi aku pujuk kakak aku supaya lupakan..Alhamdullilah lepas dia sihat kan dia berhasrat nak letak baju budak-budak dekat tepi tu.Aku sebagai adik cuma turutkan je la tak sangka pulak baju budak-budak memang dapat sambutan ramai sampai Kakak aku bukak cawangan baru."cerita Hanna sambil menunjukkan baju kurung kanak-kanak perempuan yang bersaiz kecil itu memang comel.

"Aku tak sangka Kakak kau kuat macam tu.."balas Ezar matanya mula menakungkan air mata turut menumpang kesedihan atas penderitaan yang pernah dialami oleh Kak Husna.

"Benda dah lepas pun..aku pun kadang-kadang terfikir jugak boleh ke aku jadi sekuat Ibu dan Kakak aku."kata Hanna lagi.

"Dah la Hanna..kau ni pagi-pagi lagi dah buat aku menangis hah..bukak cerita sedih."

"Ala..Mak buyung nangis ya! ala..siannya"usik Hanna.

"Kau ni..asyik panggil aku Mak buyung..mak buyung..aku tumbuk kau kang!"marah Ezar.

"Jangan la Marah...nanti anak kau keluar muka garang kau tau la."usik Hanna lagi.

"Amboi..amboi..kau dah la cepat tunjuk kat aku kerja apa yang patut aku buat!"

"Bukan kau mula kerja esok ke?"

"Tak nak..aku nak mula hari ni jugak!"

"Degil betul la mak buyung ni! okey la aku nak kau kerja cuci tandas tau!"arah Hanna.

"Kau serius Hanna?"Ezar terkejut.

"Aku main-main je la agak-agak nak suruh kau yang tengah buyung ni pergi cuci tandas nanti jadi apa benda ke? aku jugak yang kena tempeleng dengan Kakak aku.Haish..tak mahu aku!!"kata Hanna.

"Tahu takut dengan Kakak..!"Ezar tertawa kecil.

"Memang aku takut pun..kau tengok la cara Kakak aku membebel macam mana? seram kot."Hanna membuat riak wajah takut.

"Macam-macam la kau ni Hanna!"

"Okey..stop tak payah sembang panjang kau kena tolong aku kira stok dah nak habis tu..nanti aku nak angkat baju yang baru tempah nak letak kat depan tu."

"Baik la Cik Hanna! saya menurut perintah!"jawab Ezar.

                         ××××××

"Takkan Kak tak tahu langsung mana Zara pergi??"soal Datin Ziera tidak puas hati.

"Tak..Kak langsung tak tau! kenapa susah sangat nak percaya!"Mak Imah bertegas.

"Ziera..cuma nak Kak jujur je tolonglah."rayu Datin Ziera demi anaknya Farish.

"Kan Kak dah cakap..Kak memang tak tau Zara dimana.Kak lepaskan Zara pergi pun sekadar untuk dia tenangkan fikiran dia!"kata Mak Imah lagi.

"Baiklah..kalau Kak cakap macam tu biar Ziera cari sendiri."ujar Datin Ziera dan mematikan talian.Mak Imah mengeluh panjang."Maaf..Ziera.Kak terpaksa tipu Ziera sebab Zara."keluh Mak Imah.

    Ezar terlihat sedang tidur disofa sejak pulang dari butik tadi."Penat la mungkin.."bisik hati Kak Husna.Hanna pula sibuk didapur.Kak Husna mendekati Ezar perlahan dan melihat."Ish..budak ni baju pun belum tukar lagi penat sangat ni..Hanna pun satu kejutlah Ezarra ni tak.."monolog Kak Husna sambil bercekak pinggang.

"Ezarra.."panggil Kak Husna sambil mengerakkan bahu Ezar.Ezar mula tersedar kerana dikejutkan."Kak..maaf Kak sebab tertidur dekat sini.Tadi kepala pening sangat tu yang berbaring sekejap tapi tak perasan pulak sampai tertidur."

"Ehh..tak apa lah maafkan Kak sebab menganggu.Ezarra masuklah bilik..kat dalam lebih selesa."kata Kak Husna.

"Tak ada apalah Kak..sikit je ni dah hilang sikit sakit kepala ni.Lagi pun tak elok tidur waktu maghrib ni kan.Terima kasih sebab kejut kalau tak mesti terlajak dah ni."

"Ouh..masuklah dalam bilik ya..Ezarra berehat dalam tu tau nanti Kak Husna minta tolong Hanna hantarkan makanan dalam bilik Ezarra."ujar Kak Husna.

"Tak payah susah-susah la Kak..Ezarra bukan sakit teruk pun..sakit kepala sikit je ni."

"Dengar je cakap Kak..Nanti Hanna hantarkan makanan dalam bilik Ezarra.Ezarra kena banyakkan berehat Kak faham."

"Tapi tak perlulah sampai macam tu.Rasa macam melampau sangat sangat iya la..macam Ezarra ni pemalas sangat."

"Jangan cakap macam tu..Kak Husna buat ikhlas lagipun Ezarra dah banyak bantu keluarga kami..jadi apa salahnya kalau Kak balas balik budi Ezarra tu."

"Kalau macam tu..Zara masuk bilik dulu Kak."ujar Ezar akur dengan kata-kata Kak Husna sambil memegang kepalanya yang masih sakit.

                        ***********

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 52.8K 56
DIAN AMELYN BINTI DATO' ZIKRI. Anak seorang ketua gangster.. Sejak kecil dia telah dilatih menjadi seorang yang kuat.Segala jenis teknik mempertahank...
2.2M 14.6K 11
AMARAN! Dilarang tiru atau cetak daripada mana-mana bahagian dalam novel ini! Novel dan idea-idea novel ini adalah hak milik author! Kalau didapati a...
166K 6.6K 34
Kisah seorang perempuan yang berumur 17 tahun berkawin pada usia muda. Belum terlintas dalam fikirannya untuk berkawin pada usia muda. Perkawin ini a...
118K 7K 57
[ 03 | COMPLETE romance - humor ] *edited* "RAWR!" Ris Ayyad, pengawas yang dikenali dengan sifat pembersih dan perfectionist. Diminati ramai pelaja...