Boss Vs PA

By cikorked

483K 20.9K 789

Syifa Ammara. Kerjanya hanyalah sebagai PA tapi bila bekerja dengan Khaalish Zafriel a.k.a boss muka ketat ma... More

Bab 1
Bab 2
BVP 3
BVP 4
BVP 5
BVP 6
BVP 7
BVP 8
BVP 9
BVP 10
BVP 11
BVP 12
Bukan Update!
BVP 13
BVP 14
BVP 15
BVP 16
BVP 17
Attention!
BVP 18
BVP 19
ATTENTION!
BVP 20
BVP 21
BVP 22
BUKAN UPDATE
BVP 23
BVP 24
BVP 25
BVP 26
BVP 27
BVP 28
BVP 29
Love Is Pain
Love Is PAIN (LIP)
MAAF.

BVP 30

13.5K 369 34
By cikorked

Sudah masuk dua bulan Syifa dan Zafriel bergelar suami isteri. Semuanya biasa sahaja dan tidak ada apa yang berubah. Syifa masih bekerja di MR Holdings sebagai PA Zafriel dan dia melakukan tugasnya seperti sebelumnya. Tak ada istilah makan gaji buta.

"Abang. Tak siap lagi ke buat kerja tu?" Nama panggilan sudah bertukar.

"Kejap sikit lagi," Zafriel tekun melihat laporan di atas meja.

"Cepatlah. Lapar ni,"

"Baiklah buah hati pengarang jantung," Zafriel menutup fail dan bangun menuju ke arah Syifa.

"Jom," mereka keluar berpegangan tangan.

"Hai Zafriel," satu suara menyapa pasangan pengantin baru itu.

"Kirana," nama itu meluncur keluar dari mulut Zafriel.

"Selamat pengantin baru Zafriel and wife," dia menjeling ke arah Syifa dan menghadiahkan satu senyuman sinis.

"Thank you," Zafriel menjawab. Syifa mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

"I dengar Maya is back. Right? Lama dia menghilang tapi kenapa tiba tiba dia munculkan diri balik eh?" Sengaja dia membangkitkan isu Maya untuk mengapi apikan Syifa.

"Well, I think tu tak jadi masalah you kan?" Zafriel tenang menjawab.

"Memang tak jadi masalah I tapi mungkin akan jadi masalah your wife, Syifa," dia menoleh ke arah Syifa yang dari tadi menunduk.

Syifa hanya diam. Dia menggenggam erat sudu yang dipegangnya. Walhal dia sudah tahu tentang Maya yang muncul kembali, tetapi kenyataan yang diberi oleh Kirana sangat memberi kesan kepadanya. Apa motif Kirana sebenarnya? Apa yang dia mahukan?

"Stop it Kirana. Yang you sibuk ni kenapa? Memberi masalah kepada you ke?" Zafriel masih lagi tenang menjawab walaupun mukanya sudah tegang.

"Not at all. I cuma nak nasihatkan your wife. Syifa you better jaga Zafriel elok elok. I kenal Maya tu macam mana. Luaran memang nampak baik, tapi didalam siapa yang tahu kan. I dah berkawan dengan dia lama so I know who she is," selesai berkata itu, dia melangkah pergi meninggalkan mereka yang terpinga pinga. Puas hatinya dengan 'pencapaiannya' tika ini.

"Zafriel, sekarang kau tahu langit ni tinggi ke rendah. Kau main main dengan aku," sinis dia berkata kata.

"Sayang, jangan pedulikan Kirana tu," Zafriel cuba mengembalikan suasana.

"Saya okay je lah. Dia memang macam tu kan," Syifa tersenyum untuk menutup rasa gugup. Tipulah kalau dia tidak terkesan dengan apa yang diberitahu Kirana tadi.

Zafriel menilik jam di pergelangan tangannya. Dia sedang menanti seseorang. Seseorang yang pernah hadir dalam masa lalunya, dan kini muncul kembali.

"Sorry Ariel. Danish buat hal tadi nak ikut," Maya mengambil tempat dihadapan Zafriel.

"Kenapa tak bawa je?"

"Tak boleh lah. Nak berbincang ni ambil masa yang lama. Nanti dia bosan, meragam pula," Maya memandang Zafriel. Lelaki itu tidak berubah dari segi rupanya. Jambang yang nipis terbentuk itu lagi melihatkan ketampanan wajah itu.

Lelaki inilah yang pernah bertakhta di hatinya tetapi disebabkan oleh satu berita, satu fitnah, dia berkeputusan untuk membuang nama lelaki itu dari hatinya. Maya, sungguh rugi kau melepaskan lelaki ini.

"Okay our main guest dan sampai," kata kata Zafriel menghentikan lamunannya.

"Maya kenalkan. Ni kawan Riel, Rizal yang akan tolong Maya. Rizal, ni Maya," Zafriel memperkenalkan mereka berdua.

Maya dan Rizal berbalas senyuman. Pertemuan kali ini adalah berkenan hak penjagaan Danish. Rizal merupakan seorang peguam dan juga kawan kepada Zafriel di mana Zafriel meminta pertolongan rakannya itu untuk membantu Maya. Rizal juga adalah antara peguam yang terbaik.

Kes ini baru boleh dimulakan kerana Maya perlu menunggu bekas suaminya, Taufiq menguruskan perniagaannya di luar negara itu sehingga selesai kerana lelaki itu masih berkeras untuk mengambil Danish.

"Okay shall we start now," Rizal memulakan bicara. Zafriel setia menemani mereka. Adakalanya dia menyampuk memberikan pendapat jika perlu.

"Thank you for your time bro," setelah hampir dua jam mereka berbincang, akhirnya selesai juga.

"No problem. Cik Maya, nanti kalau ada apa apa, saya call Cik Maya," Rizal memberikan satu senyuman dan dia meminta diri.

"Thank you sudi temankan. Riel tak bagitahu Syifa apa apa kan pasal ni?" Teragak agak dia tanya Zafriel.

"No, I keep my promise," dia seorang manusia yang berpegang pada janji.

Maya menghela nafas lega. Bukannya apa, dia berasa malu jika Syifa mengetahui keadaannya yang sebegini. Terpaksa meminta pertolongan orang dan orang itu adalah Zafriel. Dimana dia pernah menjadi bekas kekasih lelaki itu dan sekarang dia muncul kembali dengan membawa status janda. Dia tidak mahu Syifa beranggapan dirinya mahu merampas lelaki itu walaupun masih wujud rasa kasih terhadap lelaki itu.

Tetapi dia masih waras, mana mungkin dia mahu merampas lelaki yang sudah punya isteri dan bahagia dengan pilihannya.

Kalaulah dia tidak bertindak melulu seperti itu. Pasti sekarang keadaannya jauh berbeza. Tidak perlu dia turun naik mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

'Ah! Apa kau fikir ni Maya. Kalau kau dengan Zafriel, pasti Danish tidak wujud sekarang ni. Kau mahu ke begitu?' Suara hatinya berbisik.

Dia menggeleng kepala.

"Are you okay Maya?" Soal Zafriel yang sedari tadi melihat Maya yang asyik termenung jauh.

"Okay je. Jomlah balik. Mesti your wife tunggu lama dekat rumah," Maya mengajak. Dia tidak mahu, disebabkan dia timbul salah faham antara Zafriel dan isterinya walaupun tanpa dia sedar dia sudah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam diri Syifa.

Syifa termenung jauh. Memikirkan kemana Zafriel pergi. Nak kata keluar dengan Redza mustahil kerana sekarang Maira yang keluar dengan Redza. Pergi jumpa klien tapi siapa? Kenapa dia tidak tahu walhal dia adalah PA kepada suaminya itu. Jadi semua jadual kerja Zafriel dia tahu.

Ke rumah mama? Tapi kenapa tidak diajaknya. Zafriel memberitahunya dia mahu keluar kerana ada urusan.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk menunggu sahaja. Sambil dia termenung jauh, dia teringatkan kata kata Kirana tempoh hari.

'I kenal Maya tu macam mana. Luaran memang nampak baik, tapi didalam siapa yang tahu kan'

Sampai ke hari ini dia masih mengingati kata kata Kirana itu. Perempuan itu menyuruhnya menjaga Zafriel baik baik kerana Maya muncul kembali. Apa maksud Kirana? Adakah Maya akan merampas Zafriel darinya?

'Ah mengarut semua tu Syifa. Dia takkan buat macam tu,'

Satu suara muncul.

'Kenapa kau rasa dia takkan buat macam tu? Zafriel adalah lelaki yang pernah dicintainya jadi tak mustahil dia mahukan lelaki itu kembali,'

Satu suara lain pula muncul. Ibarat menghasut Syifa untuk bersangka buruk dan Syifa memilih untuk mendengar suara jahat itu.

Kedengaran pintu utama dibuka. Cepat sahaja Syifa berpaling dan dia sabar menunggu Zafriel untuk bercerita kepadanya kerana dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Abang keluar dengan siapa?" Melihatkan Zafriel hanya diam setelah dia duduk di sofa, Syifa bertanya untuk mengorek rahsia.

"Abang keluar dengan kawan. Ada hal sikit," Zafriel berhati hati dengan percakapannya. Takut terkeluar perkara yang perlu disimpan kemas.

"Siapa?" Syifa mengasak dengan soalan.

"Rizal. Kawan abang masa sekolah dulu," dia memang berjumpa dengan Rizal, tapi bukan berdua. Ada Maya sekali. Tetapi jika dia sebut nama Maya, pasti Syifa akan syak yang bukan bukan.

"Rizal," Syifa seperti berfikir. Mahu mengingati sama ada dia pernah terdengar nama itu.

"Sayang tak kenal kot. Kami jarang jumpa. Maklumlah masing masing sibuk. Ni dah makan ke belum," soalnya sambil mencuit hidung Syifa.

"Belum. Tunggu abang lah," Syifa membuat muka kesian. Memang dia menahan lapar dari tadi. Mahu makan bersama sama dengan suaminya. Lagipun, dia tiada selera untuk makan tadi kerana pelbagai persoalan yang timbul.

Selepas siap makan malam walaupun menu hanya piza, mereka naik ke atas untuk tidur. Hari yang sangat serabut bagi Syifa kerana seharian dia berfikir yang bukan bukan. Mencari jawapan untuk semua persoalan yang timbul.

Dia mencapai telefon bimbitnya. Rutin yang dilakukan sebelum tidur, memeriksa jika ada mesej atau panggilan yang tidak berjawab. Dia membuka satu mesej yang mengandungi gambar.

Tangannya menggigil. Airmatanya bergenang. Gambar Zafriel dan seorang perempuan. Apabila dizoom gambar itu, baru dia perasan yang perempuan itu adalah Maya! Melihat baju yang dipakai Zafriel, dia pasti gambar itu diambil hari ini.

Jadi bermakna Zafriel keluar dengan Maya dan bukannya Zizan? Rizul? Rizal? Ah!

Kenapa Zafriel berbohong? Kenapa tidak berterus terang sahaja?

Tangan Zafriel melingkar dipinggangnya dan hembusan nafas lelaki itu terasa dekat dengannya. Dia tahu kemahuan lelaki itu, tetapi selepas melihat gambar itu. Dia tak mampu.

"Abang, saya mengantuklah," dia berbohong. Siapa yang akan lena selepas melihat gambar suami sendiri dengan perempuan lain?

"Okay," lembut Zafriel menjawab. Pelukan di pinggang isterinya diperkemaskan.

Syifa masih segar matanya. Memikirkan tentang gambar itu. Pelbagai persoalan yang muncul.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Kenapa Zafriel berjumpa dengan Maya?

Kenapa Zafriel berbohong?

Adakah Zafriel mahu kembali kepada Maya?

Adakah apa yang diperkatakan Kirana itu benar bahawa Maya itu bahaya?

Siapa yang menghantar gambar itu? Apa motif dia?

Dan Maya, apa yang dia mahu?

LOVE IS PAIN WILL BE RELEASED SOON! STAY TUNED!

Jemput baca cerita mereka ya!

DyaTamTam - Our Unconditional Love

hnnhrss - Suami Aku Ego

IAmSYU - I Love You Playboy!

akya_namika - Disebabkan Kau

syakyunghanjoon - Perempuan Bengap Itu Isteri Aku

syabella_shaharuddin - Titian Kasih Iman Safiya

ayncandy - Cinta Tiga Segi

greenypluto - Hipotesis Cinta

ThePython - Cinta Miss Badut

Kepada sesiapa yang minta saya promote dah lama tu, saya minta maaf sebab sekaran baru tolong promote. Sorryyy...







Continue Reading

You'll Also Like

470K 23.1K 93
[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah deng...
582K 24.8K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
356K 15.2K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
1.6M 60.1K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...