BVP 7

14.7K 791 11
                                    

"Awak kenal ke PA Dato Zainal?" Tanya Zafriel sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.

"Kenal. Kawan saya," jawab Syifa sambil menghidupkan enjin kereta. Bilalah aku nak pakai kereta mewah macam ni.

Zafriel hanya diam mengangguk. Patutlah mesra je. Ingat aku tak tahu ke apa dia orang buat bawah meja. Cubit cubit, pijak kaki. Macam budak budak.

"Drive cepat sikit. Nanti Dato Mukhlis nak datang," arah Zafriel. Dia tidak boleh lambat untuk bertemu dengan papanya. Dato Mukhlis sangat menepati masa dan pantang jika pekerja datang lewat. Dan dia masih pekerja papanya di syarikat.

"Ye bos," Syifa terus memecut kerana jam sudah menunjukkan pukul 2.41 petang. Harap sempatlah ya.

Sesampainya di pejabat, jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Alamak! Syifa sudah sedia maklum dengan sikap Dato Mukhlis. On time!

"Lain kali bawak kereta jangan berangan," tiba tiba Zafriel menyergah dari belakang.

"Saya dah racing kot tadi bos. Dah ada accident kan tu la jalan jem sikit," jawab Syifa. Ingin membela diri. Ye lah ada accident dalam perjalanan balik tadi. Takkan nak suruh aku terbangkan kereta kot?

"Menjawab," marah Zafriel dan terus masuk ke pejabat.

"Ha Zafriel. Kenapa lambat?" Tegur Dato Mukhlis. Walaupun hanya lewat lima belas minit, tapi Dato Mukhlis tetap tidak suka.

"PA Zafriel tu drive lambat. Berangan je," Zafriel membela diri menggunakan nama PAnya.

"Takkan suruh dia drive?" Soal Dato Mukhlis kehairanan.

"Ala bukan selalu pun pa. Ada apa papa nak jumpa Riel?" Zafriel terus menukar topik. Buat apa sembang pasal PA dia tu. Huh!

Syifa hanya termenung di mejanya. Kerja menaipnya sudah beres. Sekarang dia hanya menunggu panggilan dari klien yang mahu buat temujanji dengan bosnya.

"Bosannya. Kak Ita tengah sibuk. Kalau tak boleh ajak sembang," gumam Syifa perlahan.
Tiba tiba Dato Mukhlis keluar dari pejabat Zafriel dan terus menuju ke meja Syifa. Syifa yang tengah termenung itu tersentak. Oh mak kau! Lantas Syifa berdiri.

"Awak PA baru Encik Zafriel?" Soal Dato Mukhlis.

"Ya saya," jawab Syifa dengan gementar. Nak pecat aku ke? Takkan dua hari dah kerja kena pecat?

"Awak yang drive tadi?" Oh mak!

"Ya saya drive tadi," terketar ketar Syifa menjawab.

"Lain kali tak payah drive. Awak tu PA bukan driver. Kalau Zafriel suruh drive, jangan buat. Biar dia drive sendiri. Kalau dia suruh jugak, awak report kat saya," ujar Dato Mukhlis. Dia perlu mengingatkan wanita ini. Kalau tidak memang tiap tiap harilah dia jadi driver Zafriel. Kesian budak ni!

Syifa melongo mendengarnya. Biar betik?!

"Ya baiklah," jawab Syifa. Kemudian Dato Mukhlis berlalu.

Haa lepas ni tak payahlah aku jadi driver kan? Lepastu tak payahlah kena marah kalau lambat. Hikhikhik.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Hujung minggu begini, memang Zafriel dan Redza akan keluar untuk bersantai tanpa beban kerja. Mereka bukanlah workaholic yang 24/7 asyik bekerja.

"Bosan lah PA aku tu," Zafriel menukar topik. Sakit hatinya bila Redza tak habis habis berbangga yang pasukan bola kegemarannya menang semalam. So kita tukar topik.

"Dah kenapa pulak?" Soal Redza hairan.

"Entah. Macam bosan je. Lepas tu macam budak budak pulak tu,"

Redza menjongketkan kening. Tanda dia tidak faham.

"Kau ingat tak crush tak berbalas kau tu, PA Dato Zainal," Zafriel memulakan cerita.

Mendengar PA Dato Zainal, mata Redza dah bercahaya.

"Cik Laila! Kenapa?"

"Dia orang tu kawan baik"

"Seriously?!" Belum sempat Zafriel menghabiskan ayat Redza sudah potong.

"Kejaplah aku nak cerita ni. Lepastu kau tahu apa diaorang buat bawah meja? Main cubit cubit. Pijak kaki. Ingat aku tak nampak lah tu. Nasiblah tak dipijaknya kaki aku ni. Kalau tak dah lama aku tinggal dia dekat restoran tu jadi patung cendana," luah Zafriel. Masih teringat lagi apa yang Syifa dan kawannya buat.

"Eh comel apa perempuan buat macam tu," Redza membela 'kekasih hatinya'.

"Comel? Macam budak budak lah. Lepas tu si Syifa tu ada je benda nak dijawabnya. Kalau aku cakap, mesti menjawab," Zafriel menggelengkan kepala teringatkan perangai Syifa. Suka menjawab.

"Dah kau asyik marah aje kat dia. Memanglah dia menjawab. Aku pun tak tahan jugak kalau asyik kena marah je," bukannya Redza tidak tahu perangai kawannya itu, suka marah tak bertempat. Memang patutlah Syifa tu menjawab.

"Aku ke Syifa kawan kau ni?" Marah Zafriel.

"Well Syifa pun akan jadi kawan aku jugak nanti bila aku kahwin dengan Laila," walaupun sering dimarahi kerana memanggil wanita itu Laila, tetapi dia suka. Kasi special sikit. Takkan nak panggil Maira kot tak special la sebab semua orang panggil dia Maira.

"Gatal ketumbitlah kau ni!" Zafriel melempar ubi kentang ke arah Redza.

"Asal ketumbit pulak? Aku bukannya skodeng dia pun," dan mereka sama sama ketawa menarik perhatian gadis gadis yang duduk berdekatan dengan meja mereka. Hahahahaha.

"Kirana macam mana?" Hampir tersembur air Zafriel minum selepas mereka gelak sakan tadi. Mendengar nama perempuan itu boleh meremangkan bulu roma lelakinya. Seram!

"Entah lah aku minah psiko tu," malas mahu memikirkan Kirana.

"Dia kacau kau lagi?" Redza masih tidak berpuas hati.

"Kacau lagi. Almost every night kot dia call aku. Selagi aku tak jawab selagi tu lah dia call. Boleh gila aku tahu tak," Kirana memang tergila gilakan Zafriel. Dari zaman universiti lagi semasa mereka mengambil diploma di Universiti Malaya. Ingatkan bila dia dah sambung ijazah di UK, Kirana akan berhenti. Emelnya langsung tak pernah dibalas. Bila Zafriel tamat pengajian dan pulang ke Malaysia, Kirana masih mencari dia lagi. Rimas dibuatnya!

"Eh kau ni. Bagilah peluang dekat dia. Mana tahu jodoh kau," usik Redza.

"Taknak aku. Kau tahu tak kalau dia ternampak aku dengan klien perempuan memang dia akan call aku marah marah. Aku dengan dia bukan ada apa apa pun. Cuba kau bayangkan, bila dah kahwin nanti. Aku rasa memang dia simpan aku dalam almari tak bagi aku keluar. Kau nak ke kalau macam tu? Aku taknak!" Memikirkan sahaja boleh mengecutkan urat saraf. Seram lah.

"Kalau Laila yang buat macam tu. Aku nak," jawapan Redza menyakitkan hati Zafriel. Boleh pulak dia terfikir ke situ. Memang kau ni angaulah Redza.

"Boleh tak aku nak berkawan dengan PA kau tu. Nak tanya pasal Laila," Redza seperti meminta izin.

"Kawan aje lah. Tapi jangan kacau dia time kerja. Lunch hour je kau sembang dengan dia," Zafriel mengingatkan kawannya.

"Eh cemburu nampak?" Usi Redza lagi.

"Kejadah apanya aku nak cemburu. Syifa tu kalau dah bersembang, satu kerja pun tak buat. Air aku pun dia lupa nak buat tahu tak. Dah jom balik rumah aku. Mama ajak makan malam," kemudian mereka berlalu dari restoran itu. Hujung minggu yang santai tanpa beban kerja.

Just 1k words. Tak boleh banyak sangat sebab idea tak banyak hahaha.

Lepas baca jangan lupa vote ya? And selitlah sikit komen awak semua. Muah ciked :*

kalau ada typo abaikan, saya tak perasan lah tu.






Boss Vs PA Место, где живут истории. Откройте их для себя