BVP 4

15.3K 818 11
                                    

Delete ke tidak delete ke tidak. Jari dah gatal nak click delete tadi. Hahahahaha.

Semasa Syifa tekun mencatat benda penting di buku notanya, tiba tiba perhatian dia teralih apabila semua pekerja disitu keluar. Dan sekarang hanya tinggal dia dengan Rozita. Syifa tengok jam.

'Patut pun. Dah lunch hour rupanya'. Tiba tiba perutnya berbunyi. 'Alamak pandai je perut ni set masa. Laparnya. Nak turun makan dengan siapa ni?'

"Syifa taknak turun makan ke?" Tiba tiba Rozita bertanya.

"Tak kot. Tak biasa lagi lah. Akak tak turun?" Syifa pula bertanya.

"Akak puasa hari ni. Pergi je lah turun makan kat cafe bawah. Takde nya orang kacau awak,"

"Takpe lah. Pagi tadi dah makan berat. Tak lapar lagi ni," bohong Syifa. 'Makan berat? Kalau aku ni makan dua bungkus nasi lemak pagi, tengah hari tu mesti cari jugak nasi. Tak lapar? Penipulah aku ni. Lapar okay' Syifa hanya bertahan. Tahan ajelah perutnya tu dan dia usaha untuk sembunyikan perutnya yang berbunyi kelaparan.

Tiba tiba datang seorang lelaki menyapa Rozita.

"Encik Zafriel ada?" Soal Redza.

"Takde. Dia ada lunch dengan Tengku Halim," Rozita menjawab soalan itu bagi pihak Syifa. Dia tahu Syifa tak biasa lagi.

"Ohh okayy. Ni PA baru bos ke?" Redza bertanya lagi.

"Ye saya," Syifa menjawab sambil tersenyum. 'First impression tu penting Syifa!'

"Hi. Saya Redza Ukasyah. Panggil Redza je," Redza memperkenalkan dirinya kepada Syifa sambil tersenyum kawal macho. Hampehh!

"Saya Syifa," giliran Syifa pula perkenalkan dirinya. 'Nama pendek sudahlah. Redza Ukasyah? Hmm. Macam pernah dengar nama tu. eh eh eh jap! Maira! Mungkin lelaki ni kot yang selalu kacau Maira. Yedakk? Boleh tahan muka. Asallah Maira taknak,'

"Bila masuk kerja?" Walhal dia dah tahu. Tapi saja buat buat tanya.

"Baru hari ni,"

"Tak turun lunch ke?" Redza bermanis mulut. Dia memang seorang yang peramah. Tapi kadang kadang peramah terlebih pulak.

"Tak. Saya dah makan tadi," malas Syifa mahu melayan. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Kerja apa? Kerja mencatat segala notes penting lah dalam buku ni.

Redza perasan Syifa sibuk mencatat di buku nota. Malas mahu mengganggu dan dia sambung berbual dengan Rozita.

Seketika kemudian, Redza berlalu pergi. Bosan dia di situ.

"Redza tu memang macam tu. Peramah sangat. Kadang terlebih pulak peramah tu," Rozita bersuara setelah pasti kelibat Redza tidak kelihatan.

Syifa hanya tersenyum mengerti. Dia malas mahu ambil tahu. Nak kesah kenapa, Redza tu dah nak pikat Maira kenapa dia perlu jauhkan diri dari Redza. Patutnya dia tolong Redza tackle si Maira tu. Ye la Maira dah lama single so apa salahnya Syifa nak menolong kawannya itu. Syifa tersenyum mengingatkan kawannya itu. 'Aku whatsapp dia lah. Usik sikit,"

To: Maira
Beb! Aku baru je lepas sembang dengan jodoh.

From: Maira
Jodoh? Jodoh siapa? Jodoh kau? Adam ke? Ke pekerja kat sana. Amboi gatal kau kan. Tak sampai satu hari kerja dah miang keladi jumpa jodoh.

To: Maira
Amboi kau. Bukan jodoh aku lah. Jodoh kau. Jeng jeng jeng. Redza Ukasyah!

From: Maira
Hoi apesal pulak dia jodoh aku. Bai aku nak makan.

'Ei pantang orang sebut Redza. Malu la tuwww'.

"Lagi satu Syifa. Bos tu dia strict sikit. Semua benda yang dia suruh awak kena buat. Dan benda tu mesti menjadi. Bos tu cerewet tau," Rozita menyambung kata yang 'terputus' kerana menjawab panggilan.

"Cerewet? Cerewet macam mana tu kak?" Soal Syifa berminat. Yelah. Bos kita kot. Dan dia PA. Semestinya dia harus tahu.

"Dia punya cerewet. Huii. Penat melayan. PA sebelum ni letak jawatan sebab ikut suami dia ke oversea. Sementara mencari PA baru, akak lah jadi PA sementara bos. Pening lah akak. Air taknak gula lah. Nak satu sudu gula lah. Make sure air tak lebih tak kurang. Kena perfect. Banyak lagilah. Akak pun tak faham macam mana lah PA sebelum ni tahan dengan bos tu," Rozita mengeluh. Terbayang bayang dia masa kena marah sebab airnya ditambah gula. Dah memang kebiasaan dia buat air letak gula.

Mendengar semua itu, gerun Syifa dibuatnya. 'Aku kena praktis buat air lah ni'

"Boss biasa minum air apa?"

"Pagi pagi kena nescafe. Jangan buat air bersusu kalau taknak kena marah. Memang bos tak minum. Lepas lunch pun kalau bos mintak air, buat nescafe jugak. Hilangkan mengantuk. Tapi kadang tu bos mintak jugak air lain. Kalau petang bos mintak air lagi, bagi air bersusu. Milo ke horlick ke," Rozita beritahu satu per satu. Sudah dihafalnya rutin minuman bos kesayangan.

Syifa mencatat semua itu dalam buku notanya. Haruslah catat. Kalau lupa lepastu bagi air sembarangan, tak ke kena marah kan?

'Hm boleh tahan cerewet jugak bos aku ni. Sabarlah Syifa. Sabar'.

Tak lama kemudian, telefon di atas meje berdering. Okay tugasan kedua bagi Syifa! Menjawab panggilan bagi pihak encik bos. Syifa mencatat satu per satu di dalam buku notanya temujanji yang diaturkan oleh pemanggil. Gigih. Budak baru kerja mestilah kena semangat!

Tiba tiba Syifa teringatkan Adam. Dah lama dia tak jumpa Adam. Adam sekarang jauh berbeza dari dulu. Dulu walaupun sesibuk mana pun, dia tetap akan cari masa untuk berjumpa dengan Syifa. Tapi selepas 3 bulan bekerja, Adam berubah. Susah sangat nak jumpa. Kalau jumpa pun mesti sibuk layan phone. Orang bekerjalah katakan.

'Takpe takpe. Dia kan kerja. Nanti nak kahwin kena pakai banyak duit tau' Syifa menenangkan dirinya. Taknak fikir yang bukan bukan.

Ehem ehem. So how? Lepas baca, komen ya. Dan bolehlah selitkan komen. Bagitahu lah apa yang kurang, saya akan perbaiki :)

Kepada yang tak baca lagi my first story, Saya Tunggu Tau, bolehlah singgah kat profile saya.

One more, siapa tengok Descendants of the Sun? Kita geng!!! memang addicted giler kot kat drama tu.

Muah ciked :*

Boss Vs PA Where stories live. Discover now