BVP 29

9.6K 389 16
                                    

Berat kaki Syifa untuk melangkah masuk ke dalam pejabat. Nak tahu sebab apa? Malu!

Dia malu sebab menangis malam tu dan merepek macam macam kepada Zafriel!

Malam itu memanglah dia tiada rasa malu tapi keesokannya, menyesal yang amat! Dia paling menyesal sebab dia menangis. Siap hingus meleleh lagi! Dan yang paling malu bila dia tanya,

Bos sayang saya tak?

Argh! Rasa nak tutup muka dengan selimut je pergi kerja.

Perlahan lahan dia berjalan menuju ke mejanya sambil menjenguk jenguk kepala dibalik tirai yang ada di dalam pejabat Zafriel.

"Dah sampai ke belum?" Dia menggumam perlahan.

"Hah!" Kak Ita menyergah Syifa.

"Opocot bos aku sayang dah sampai ke belum!" Syifa melatah! Kenapa perlu ada sayang Syifa oi.

"Bos sayang dah sampai dah," Kak Ita menyindir sambil tersenyum sumbing.

Syifa menutup mulut. Maknanya bos dah ada dalam pejabat. Dia melihat jam di pergelangan tangannya, lagi lima minit untuk dia masuk ke dalam pejabat Zafriel menjalankan tugas hariannya sebagai PA.

Kali pertama dia berasa lima minit bergerak dengan pantas. Macam lima saat sahaja.

"Matilah aku," dia berjalan masuk.

Sepanjang pertemuan dengan Zafriel, Syifa hanya menunduk dan fokus kepada catatannya sahaja. Tidak berani nak angkat muka. Malu!

"Ehem ehem," Zafriel berdehem.

"Syifa, awak nak dengar satu cerita tak?"

"Cerita apa?" Syifa berminat. Cerita pasal drama sambungan Hero Seorang Duyung yang dia terlepas pada minggu lepas ke?

"Duduklah dulu," Zafriel menanti Syifa duduk dahulu kemudian dia menyambung,

"Adalah satu malam tu, ada orang call saya. Dia marah marah, lepastu dia menangis. Saya tak tahu kenapa dengan dia malam tu, bila saya tanya dia, dia cakap yang bukan bukan. Kenapa eh dia macam tu?" Zafriel tersengih menanti jawapan Syifa. Suka dia melihat muka merah Syifa. Malu ler tu.

Syifa terasa darahnya menyerbu ke muka. Malu malu malu! Kau yang gatal sangat kenapa Syifa oi.

"Ma.. mana saya tahu. Bos tanya lah dia sendiri," iya iya jawapan tak munasabah.

"Saya tanya dia lah ni. Kenapa dengan awak malam tu Syifa? Something wrong?" Suara Zafriel berubah risau. Jarang Syifa berperangai macam tu.

Syifa mengeluh. Tidak tahu bagaimana dia harus jelaskan kepada Zafriel. Rasanya dia tidak boleh biarkan hal ini tergantung.

"Saya nampak bos keluar dengan Maya. Dekat Pavi," perlahan dia bersuara.

Diam. Beberapa saat berlalu, Zafriel bersuara.

"Oohhh. Pasal tu. Em macam mana nak cakap eh. We discuss something. Tapi tu rahsia. Saya dah janji dengan dia, takkan bagitahu sesiapa," Zafriel memegang kata katanya kepada Maya. Dia tidak akan membocorkan rahsia.

"Bincang apa? Takkanlah..."

"Jangan mengarut. Takdenya saya nak buat macam tu," seperti sudah tahu apa yang bermain di kepala Syifa. Ingat nak kahwin dua lah tu.

"Saya bukan mengarut. Nak ambil langkah berhati hati. Mana tahu kan. Lelaki ni licik sikit bab bab ni," Syifa menyindir.

"Awak nak ke jadi kenyataan apa yang awak cakap tu?" Zafriel mengusik.

"Taknak!" Cepat sahaja dia menjawab. Mulutnya muncung dan mukanya masam.

"Dah tu..." Zafriel tersengih melihat Syifa. Comel betul!

Boss Vs PA Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora