BVP 24

9.2K 488 13
                                    

Sudah beberapa bulan berlalu kejadian 'wedding cancel' itu berlaku. Syifa seperti biasa. Langsung tidak terkesan.

Hubungan dia dengan Zafriel bertambah baik. Bosnya itu semakin mengada. Kemana dia pergi, mesti dibawa sekali Syifa. Pernah Syifa mengikutnya mesyuarat di luar negeri. Bukan sehari tapi tiga hari. Padahal semua itu biasanya berkaitan dengan Kak Ita tapi alasannya,

"Kak Ita ada keluarga, susah nak tinggalkan,"

Dah tu selama ni Kak Ita tak ada keluarga ke?

"Nah, breakfast. Saya tak sempat nak masak jadi saya beli bungkus je. Nasi lemak ni sedap tau," Syifa menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada Zafriel.

Zafriel hanya memandang kosong ke arah nasi lemak itu dan mengambilnya.

"Kalau beli bungkus, saya pun boleh beli,"

"Dah tu saya tak sempat nak buat macam mana. Mengada lah bos ni," Syifa mempamerkan riak tidak puas hati. Orang beli tu makan je lah. Banyak songeh.

"Ha ye ye saya makan. Terima kasih Cik Syifa. Oh ya. Nanti kita lunch sekali,"

Syifa mengangguk faham. Breakfast pun belum makan dah bagitahu untuk lunch?

Hari itu kerja Syifa tidak terlalu banyak. Jadi bolehlah dia melayari Facebook. Huh! Pekerja tak bertamadun betul.

"Jom," Zafriel keluar dan memandang Syufa sepintas lalu. Pantas Syifa mengambil begnya.

Sambil menunggu makanan, Syifa bermain telefon. Itu hanyalah untuk hilangkan rasa tidak selesa sebab bosnya tak berhenti pandang dari tadi!

Tidak lama kemudian Syifa meletakkan telefon di atas meja memandangkan bateri sudah merah.

"Bos ni kenapa pandang saya dari tadi? Saya pakai tudung senget ke?" dia baiki tudungnya. Manalah tahu tudungnya sudah tidak berupa tudung.

"Syifa, kalau saya ajak awak kahwin, awak nak?" Laju sahaja ayat itu meluncur keluar.

Syifa terpinga. Soalan apakah ini? Gurauan apakah ini?

"Bos jangan gurau lebih lebih boleh tak?" Berdebar hati dibuatnya.

"Tak saya tak bergurau. I'm totally serious right now. I want you to be my wife. Will you?" Serius muka Zafriel menuturkan kata. Dia tidak bergurau. Dia mengambil kesempatan ini untuk meluahkan apa yang dia inginkan. Tidak mahu bercinta, takut hubungannya tidak berpanjangan.

Syifa diam. Tidak tahu mahu membalas apa. Rasanya, baik dia diam sahaja.

"Saya bagi awak masa untuk fikirkan. I will not push you. Kalau awak terima, bagitahu saya and if you don't bagitahu je. I'm okay with it," Zafriel menenangkan Syifa. Siapa yang tidak terkejut bila dilamar secara tiba tiba begini. Kan?

Perjalanan pulang ke pejabat menjadi sangat janggal. Biasa perjalanan mereka dipenuhi dengan celoteh Syifa yang tidak berhenti bercakap. Tapi hari ini, Syifa diam. Tahulah sebabnya.

"Saya minta maaf kalau buat awak rasa tak selesa. Tapi saya betul betul serius. Saya akan terima walau apa pun keputusan awak nanti," kata Zafriel sebelum masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Syifa mengeluh perlahan. Apa semua ni? Like what the? Memang tak disangka semua ini akan terjadi. Keputusan apa yang akan diberi nanti?

Terima? Tolak? Ugh! Kusut!

"Kenapa Syifa? Kusut je akak tengok," Kak Ita menegur.

"Tak ada lah kak," dia tersenyum.

"Maira, apa aku nak buat ni?"

Boss Vs PA Where stories live. Discover now