BVP 30

13.5K 369 34
                                    

Sudah masuk dua bulan Syifa dan Zafriel bergelar suami isteri. Semuanya biasa sahaja dan tidak ada apa yang berubah. Syifa masih bekerja di MR Holdings sebagai PA Zafriel dan dia melakukan tugasnya seperti sebelumnya. Tak ada istilah makan gaji buta.

"Abang. Tak siap lagi ke buat kerja tu?" Nama panggilan sudah bertukar.

"Kejap sikit lagi," Zafriel tekun melihat laporan di atas meja.

"Cepatlah. Lapar ni,"

"Baiklah buah hati pengarang jantung," Zafriel menutup fail dan bangun menuju ke arah Syifa.

"Jom," mereka keluar berpegangan tangan.

"Hai Zafriel," satu suara menyapa pasangan pengantin baru itu.

"Kirana," nama itu meluncur keluar dari mulut Zafriel.

"Selamat pengantin baru Zafriel and wife," dia menjeling ke arah Syifa dan menghadiahkan satu senyuman sinis.

"Thank you," Zafriel menjawab. Syifa mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

"I dengar Maya is back. Right? Lama dia menghilang tapi kenapa tiba tiba dia munculkan diri balik eh?" Sengaja dia membangkitkan isu Maya untuk mengapi apikan Syifa.

"Well, I think tu tak jadi masalah you kan?" Zafriel tenang menjawab.

"Memang tak jadi masalah I tapi mungkin akan jadi masalah your wife, Syifa," dia menoleh ke arah Syifa yang dari tadi menunduk.

Syifa hanya diam. Dia menggenggam erat sudu yang dipegangnya. Walhal dia sudah tahu tentang Maya yang muncul kembali, tetapi kenyataan yang diberi oleh Kirana sangat memberi kesan kepadanya. Apa motif Kirana sebenarnya? Apa yang dia mahukan?

"Stop it Kirana. Yang you sibuk ni kenapa? Memberi masalah kepada you ke?" Zafriel masih lagi tenang menjawab walaupun mukanya sudah tegang.

"Not at all. I cuma nak nasihatkan your wife. Syifa you better jaga Zafriel elok elok. I kenal Maya tu macam mana. Luaran memang nampak baik, tapi didalam siapa yang tahu kan. I dah berkawan dengan dia lama so I know who she is," selesai berkata itu, dia melangkah pergi meninggalkan mereka yang terpinga pinga. Puas hatinya dengan 'pencapaiannya' tika ini.

"Zafriel, sekarang kau tahu langit ni tinggi ke rendah. Kau main main dengan aku," sinis dia berkata kata.

"Sayang, jangan pedulikan Kirana tu," Zafriel cuba mengembalikan suasana.

"Saya okay je lah. Dia memang macam tu kan," Syifa tersenyum untuk menutup rasa gugup. Tipulah kalau dia tidak terkesan dengan apa yang diberitahu Kirana tadi.

Zafriel menilik jam di pergelangan tangannya. Dia sedang menanti seseorang. Seseorang yang pernah hadir dalam masa lalunya, dan kini muncul kembali.

"Sorry Ariel. Danish buat hal tadi nak ikut," Maya mengambil tempat dihadapan Zafriel.

"Kenapa tak bawa je?"

"Tak boleh lah. Nak berbincang ni ambil masa yang lama. Nanti dia bosan, meragam pula," Maya memandang Zafriel. Lelaki itu tidak berubah dari segi rupanya. Jambang yang nipis terbentuk itu lagi melihatkan ketampanan wajah itu.

Lelaki inilah yang pernah bertakhta di hatinya tetapi disebabkan oleh satu berita, satu fitnah, dia berkeputusan untuk membuang nama lelaki itu dari hatinya. Maya, sungguh rugi kau melepaskan lelaki ini.

"Okay our main guest dan sampai," kata kata Zafriel menghentikan lamunannya.

"Maya kenalkan. Ni kawan Riel, Rizal yang akan tolong Maya. Rizal, ni Maya," Zafriel memperkenalkan mereka berdua.

Boss Vs PA Where stories live. Discover now