BVP 16

14.4K 656 14
                                    

"Kita putus!" Teriak Syifa. Dari awal Syifa menelefon Adam, teriaknya tak habis.

"Janganlah macam ni Syifa. Awak tahu kan saya sayang kan awak," Adam memujuk.

"Sayang kepala hotak kau! Dah dua kali saya nampak awak dengan perempuan tu. Awak jangan ingat saya tak tahu ya. Siapa perempuan tu. Kekasih baru awak. Patutlah susah sangat nak jumpa rupanya ada orang lain," dia menyindir. Terasa puas hatinya bila boleh meluahkan semua.

"Dia kawan je lah. Kawan saya. Kami satu tempat kerja," Adam masih ingin mempertahankan hubungannya dengan perempuan itu.

"Kawan? Oh kawan. Satu tempat kerja? Nanti lama lama awak bercinta lah dengan dia. Tak gitu?"

"Habis yang awak keluar dengan bos awak tu boleh lah?" Deg. Syifa tersentap. Oh lupa. Bos pun ada sama.

"Dia bos saya. Saya ni hanya PA dan mesti ikut semua arahan dia," Syifa menjawab dengan yakin kerana dia dan bos bukannya ada apa apa. Lainlah Adam tu!

"Lama lama awak pun sukalah dekat bos awak tu kan?" Adam menyindir Syifa. Sama seperti dia disindir oleh Syifa.

Syifa terdiam.

"Eh kalau saya suka dekat bos pun, apa salahnya kan. Kita dah tak ada apa apa. Lagipun bos tu jauh lebih baik dari awak," maaflah. Terpaksa angkat bakul bos sendiri.

"Oh sebab tu lah awak nak putus sangat," Adam masih tidak berpuas hati.

"Suka hati awaklah! Kita dah tak ada apa apa. Kita putus. Bye assalamualaikum," belum sempat Adam membalas, Syifa sudah mematikan talian.

"Nasib cakap telefon, kalau jumpa depan depan aku dah tumbuk muka dia tu," omelnya lalu berbaring. Puas hatinya. Ah tak kisahlah. Sekarang ni kau kena kerja je Syifa. Kumpul duit banyak banyak. Tak payah nak bercinta.

"Kenapa dengan kau ni?" Maira yang baru masuk ke dalam bilik bertanya. Dari bawah dah dengar suara Syifa menjerit.

"Aku dah putus dengan Adam," jawabnya dengan mata terpejam.

Maira menahan senyuman. Bukannya dia jahat tak nak tengok kawan dia bahagia, tetapi masalahnya Adam. Lelaki tak bertanggungjawab. Dah tahu ada kekasih, buatlah cara ada kekasih. Ni biarkan Syifa berbulan bulan. Nak jumpa jarang sekali. Lepas dia mendapat tahu tentang Adam dan perempuan lain, hatinya menjadi panas. Memang dia mahukan Syifa putus dengan Adam dan mencari lelaki yang lebih baik.

"Bos kau kan ada. Kau try la," Maira mengusik.

"Taknak lah aku bos. Aku nak kerja nak kumpul duit. Nanti ada lah jumpa jodoh,"

"Tapi aku rasa Encik Zafriel tu suka kau lah,"

"Mengarutlah!"

Syifa melangkah masuk pejabat dengan berhati hati. Bila teringatkan kejadian tempoh hari, dia malu. Malu dengan Zafriel!

Matanya melilau untuk melihat Zafriel. Mujur tak datang lagi. Dia bergegas ke meja kerjanya tiba tiba Zafriel muncul daripada pantry. Syifa pantas menyorok di bawah meja.

"Awak buat apa dekat bawah meja tu Syifa?" Zafriel menegur. Macamlah orang tak nampak.

Alamak bos nampak ke?

Perlahan lahan Syifa keluar.

"Hehehe. Awal bos sampai," dia menegur dengan malu malu.

"Saya kena siapkan kerja," Zafriel masih berdiri di hadapan meja Syifa.

Krik krik.

"Masuk bilik saya," Zafriel beredar.

Syifa mengekori Zafriel. Seperti biasa. Memberi jadual kepada bosnya.

Boss Vs PA Where stories live. Discover now