Bab 2

18.5K 748 18
                                    

"So macam mana PA baru? Dah settle? Dah pilih yang mana berkenan?" Soal Redza Ukasyah kepada bos merangkap kawan baiknya, Khaalish Zafriel.

"Entahlah. Aku pun pening. Hampir semua aku tak berkenan. Kau kan tahu aku ni macam mana kan," Zafriel pening memikirkan PA mana yang harus di ambil. Kalau tak payah ada PA tak boleh ke?

"Ye tahu. Kau ni cerewet!" Faham benar dengan sikap Zafriel. Cerewet. Semua tak kena.

"Tapi ada sorang tu lah macam okay. Muda lagi. Walaupun tak pernah ada pengalaman kerja, why not kan aku ambil dia jadi PA aku," perempuan tu. Perempuan yang tak berani bertentang mata dengan Zafriel. Takut agaknya!

"Betul ke kau nak dia? Bukan ke kau nak cari yang dah ada pengalaman ke?" Soal Redza hairan.

"Bagi peluanglah. Kesian dia. Macam desperate sangat je nak kerja," Zafriel pun tak tahu kenapa dia nak ambil perempuan tanpa pengalaman kerja tu sebagai PA nya. 'Alah. PA bukannya rumit sangat kerja. Aturkan jadual aku je. Lepas tu jawab call.'

"Suka hati kau lah. Ishh. Awek tu sombong lagilah dengan aku. Dia tak pandang pun aku weii," Redza mengadu kepada Zafriel. Stress dia. Gadis macam tu tak pandang pun dia!

"Awek mana kau ni. Banyak sangat awek. Yang mana satu aku pun tak ingat," bukan Zafriel tak kenal dengan perangai Redza. Keliling pinggang.

"Amboi sedapnya kau. Aku layan macam tu aje kot. Tak lebih pun. Tct tct tct. Tu laa. PA Dato' Zainal. Laila,"

"Laila? Laila mana pulak?" Soal Zafriel tak berminat. Dah bosan dah.

"Laila Humaira la. Lupa ke? Yang datang meeting sekali dengan Dato Zainal tu,"

"Ohh perempuan tu. Memang patut pun dia tak layan kau. Budak baik macam dia takkan sangkut lah dengan kau perangai macam ni. Kalau aku jadi perempuan pun aku taknak lah," sindir Zafriel.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Hello assalamualaikum," Syifa menjawab panggilan unknown number dengan berdebar.

"Waalaikumussalam. Ni Cik Syifa Ammara ke?"

"Ye saya,"

"Ibu ayah!!!!! Syifa dapat kerja tu. Syifa dapat!!!" Meloncat loncat Syifa ke arah orang tuanya. Excited sangatlah tu!

"Oh ye? Alhamdulillah. Bila start kerja?" Puan Esah pun gembira anak perempuannya dapat kerja.

"Isnin ni masuk kerja. Sukanya Syifaaa!!!"

"Nanti Syifa bawak kereta ibu je la pergi kerja. Takkan nak naik teksi. Takut lewat nanti. Ibu pun bukannya guna sangat kereta tu. Dah lama tak drive. Malas lah ibu nak bawak kereta," cadang Puan Esah. Takkan nak suruh anak nya naik teksi ke tempat kerja. Bukannya dekat. Kalau lambat, kena pecat. Tak sanggup nak tengok Syifa menangis melalak lagi.

"Boleh ke bu. Okay no problem!" Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Ish main peribahasa pulak Syifa ni.

"Baguslah tu. Tak lah lepas ni Syifa menangis melalak aje," gurau Encik Rosli.

"Ishh ayah ni. Tak payahlah cakap. Malu lah,"

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Beb beb beb!! Aku dapat kerja beb. Aku dapat kerja kat MR Holdings beb. Beb!!!! Sukanya aku beb!!" Malam tu terus Syifa telefon Maira.

"Yee??? Tahniahhhhh weiii. Tahniahhh!!! Okay aku pulak yang excited! Bila start kerja?"

"Kau excited. Aku lagi excited. Isnin nanti masuk kerja!"

"Habis tu. Kau nak stay tak dengan aku. Bilik ni aku duduk sorang sorang. Kalau kau stay dengan aku boleh kita duduk satu bilik. Housemates aku semua okay je. Takde perangai jahat," memang mereka dah bercadang nanti kerja nak duduk sama sama. Tapi..

"Tapi beb aku ni baru je nak kerja. Takutlah tak cukup perbelanjaan kan. Aku kerja PA je. Kau kerja PA pun bos kau baik sikit sikit up gaji, sikit sikit up gaji. Bos aku ni macam strict je," Syifa dah bayangkan muka bos nya itu. Omg! Seram!

"Eh kau ingat PA gaji sikit ke? Lumayan lah jugak nak tampung hidup kau sorang. Ish. Takpe kau rajin rajin lah. Mana tahu bos kau baik hati tiap bulan up gaji. Hikhikhik," usik Maira. Memang dia tahu CEO MR Holdings tu strict. Harap Syifa bersabarlah dengan Encik Zafriel tu.

"Eh eh. Kau ingat tak aku cerita kat kau yang ada mamat tu suka sangat kacau aku," Maira teringat sesuatu.

"Ingat. Apa nama mamat tu eh? Redza kan? Asal? Dia kacau kau lagi?" Syifa tergelak memikirkan lelaki tu. Suka sangat kacau Maira. Memang angin lah kawan dia tu.

"Yes. Dia tu pantang nampak muka aku mesti Laila Laila Laila. Tapi bukan tu aku nak bagitahu kau. Aku nak cakap dia tu kawan bakal bos kau tu. Dia pun kerja kat MR Holdings," terang Maira. Tak kuasa dia nak layan mamat tu. Stressnya kalau teringatkan dia!

"Oh yee? Adakah ini jodoh kau dan dia. Hahahahahahaha lawak lah korang ni. Kau layan je laa dia. Kau pun kata dia hensem kan. Layan je lah Laila. Lagipun kau tu dah lama single," usik Syifa. Dia memang suka usik Maira. Biar dia angin.

"Takpelah. Aku nak tidur. Okay bye," Maira lantas letak panggilan. Malas dia mahu panjangkan cerita pasal Redza.

"Eh dah letak? Maira Maira. Lawaklah kau ni. Kalau nak tu mengaku jelah. Ni tak. Malu malu. Eh lupa! Lupa nak bagitahu Adam si boyfriend macam chipsmore,"

Syifa telefon Adam. Tak angkat.

To : Adam
Awak asal tak angkat call. Saya nak bagitahu ni. Saya dah dapat kerja tau. Kat MR Holdings.

5 minit. 10 minit. 15 minit.

From : Adam
Oh ya? Congrates.

"Tiga patah je dia reply whatsapp aku? Ikhlas ke tak ni balas. Ei malas aku reply! Buat sakit hati aje," Syifa membuka laptopnya dan terus melayari dunia tanpa sempadan. Memang dia dengan internet macam isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan!

So sorry if i lack something! Lepas baca sila vote yaa. Muah ciked :*

Boss Vs PA Where stories live. Discover now