BVP 9

13.9K 677 9
                                    

"Zafriel. Siapa perempuan ni?" Seorang wanita datang menyapa Zafriel.

Terkejut kera Syifa melihat penampilan wanita itu.

'Seksanya aku tengok dia pakai skirt tu. Nak melangkah pun macam tersangkut je' omel Syifa di dalam hati.

"Kirana, you buat apa dekat sini?" Soalan dibalas dengan soalan. Malas mahu melayan si Kirana ni.

"Makan dengan kawan I," matanya beralih memandang ke arah Syifa yang hanya diam memerhati mereka berdua.

"Siapa perempuan ni?" Soalnya tidak puas hati. Mencerlung matanya memandang ke arah Syifa. Dan Syifa seperti biasa, tayang muka selamba.

'Apa aku kisah. Aku ni PA je bukannya perempuan gatal nak mengorat boyfriend kau'.

"She is my PA. Syifa," Zafriel memperkenalkan Syifa kepada Kirana.

"Hai, Syifa," Syifa menghulurkan tangan kepada Kirana. Tetapi hulurannya tidak bersambut. Perlahan Syifa menarik kembali tangannya dan menayangkan muka menyampah. Sombong!

"Kenapa you tak angkat call I Riel? Banyak kali kot I call you tapi tak berjawab pun. Kenapa?" Kirana merengek.

Syifa menayangkan muka bosan. Drama free di petang hari.

"I busy lah," jawab Zafriel acuh tak acuh. Asallah kecil sangat KL ni. Aku pergi makan dengan Syifa pun terserempak dengan dia. Lepas tu berlagak macam aku ni boyfriend dia. Euw.

"Dah lewat ni. I kena hantar PA I balik," Zafriel pantas membuka mulut sebelum Kirana bersuara.

"Jom Syifa,"

Syifa hanya mengekori Zafriel tanpa sebarang kata. Meninggalkan Kirana terpinga pinga di situ.

"Girlfriend bos memang macam tu eh?" Soal Syifa sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Dia masih panas kerana huluran tangannya tak bersambut. Memang pantang.

Zafriel memandang ke arah Syifa dan mengerutkan dahi. Hairan.

"Macam tu apa?"

"Tak suka salam dengan orang eh?" Jawabnya.

Zafriel hanya menjongketkan kening.

"And one more. Dia bukan girlfriend saya,"

Hampir tersembur Syifa yang sedang minum air mineral. Bukan girlfriend? Tapi gaya macam kekasih je.

"Ya ke? Kiranya dia suka dekat bos lah," Syifa serkap jarang.

"Tak payah sibuklah," jawab Zafriel. Tak perlu kot aku cerita semuanya dekat dia.

"Ada jugak orang minat bos aku yang muka ketat ni," omel Syifa perlahan.

"Saya dengar," Ambik kau Syifa! Dia dengarlah. Syifa hanya tersengih dan terus diam.

"Beb kau tahu tak tadi kan aku pergi makan dengan bos. Lepas tu datanglah sorang perempuan ni. Mak aih sombong amat!" Syifa memberitahu Maira tentang kejadian petang tadi. Sudah dua minggu dia berpindah ke rumah sewa Maira. Siap jadi roommate dengan Maira lagi.

"Siapa perempuan tu?" Tanya Maira. Mulutnya tidak berhenti mengunyah kerepek.

"Entah. Bos cakap tu bukan girlfriend dia,"

"Dah tu apa nak kisah sangat,"

Syifa memandang geram kepada Maira. Aku duk bercerita dia sedap je makan.

"Maira. Aku serabutlah dengan Redza tu. Tak habis habis kacau aku tanya pasal kau," Syifa mengubah topik. Mungkin topik ni dia tersedar dari dunia makan.

"Ya ke? Kesiannya kau," Maira meletakkan kerepek yang dimakannya di atas meja.

"Memanglah. Aku dah tak tahu nak bagi alasan apa dekat dia. Nanti kalau aku dah tak tahan aku cerita je dekat dia pasal kau," Syifa mengusik.

"Kau janganlah. Aku tak sukalah!" Marah Maira. Syifa hanya mencebikkan bibir.

"Esok aku keluar nak pergi jumpa Adam," lagi. Syifa mengubah topik.

Maira yang mendengar hanya merengus perlahan. Memang dia tak berapa sukakan si Adam. Kalau Syifa perlukan Adam, bukannya dia ada. Siap kena marah lagi. Orang lain kerja juga tapi taklah macam Adam tu.

"Suka hati kau lah Syifa. Aku dah pesan banyak kali kau taknak dengar,"

"Aku tak bolehlah. Bukannya sebulan dua kitaorang bercinta. Almost lima tahun kot," tiap kali dia ingin memutuskan hubungan, pasti kenangan manis dia bersama Adam muncul. Akhirnya , dilupakan hasrat itu.

"Ei kau ni. Kau tu ada rupa lah jugak aku tengok. Apakata kau pergi ngorat bos kau tu. Senang sikit hidup kau," Maira memberikan cadangan yang agak mereng.

Syifa memukul Maira dengan bantal kecil yang dipegang dari tadi.

"Baik aku andartu je lah dari kena mengorat bos tu. Seram aku," Syifa memeluk tubuh. Konon seram.

"Kau keluar dengan Adam esok kau yang ajak ke dia yang ajak?" Soal Maira.

"Aku," Syifa jawab sepatah. Mendengarkan itu, Maira memandang lama Syifa dan menarik nafas menahan marah. Tak sanggup melihat kawan baiknya dilayan seperti patung.

"So goodluck," nada Maira sedikit menyindir. Tetapi Syifa tidak kisah. Memang kenal sangat perangai Maira.

Hampir satu jam Syifa menunggu Adam di KFC. Dia bukanlah berduit nak makan makanan mahal. Setakat KFC ni bolehlah nak belanja Adam.

"Mana ni tak sampai lagi. Dah sejuk kot ayam ni. Ais pun dah cair," rungut Syifa. Tidak terusik sedikit pun makanan di hadapannya. Ingin makan bersama Adam. Kononnya.

Tidak lama kemudian, Adam muncul.

"Kenapa lambat sangat? Nak dekat sejam saya tunggu awak," marah Syifa.

"Sorry. Saya tengah siapkan paperwork sampai terlajak," dengan riak tak bersalah Adam berkata. Syifa dihadapan dah merah padam muka.

'Aku bukan main tunggu dia lama. Alasannya? Puerk!'

"Dah tahu kan hari ni ada date dengan saya. Awak tu bukannya senang nak jumpa. Asyik asyik kerja," Syifa masih tidak berpuas hati.

"Saya dah cakap kan saya siapkan paper work. Lusa dah kena bagi dekat bos. Dah lah. Makan," nada Adam sedikit tegang.

Syifa hanya diam tidak menjawab. Dia tahu, kalau dia menjawab memang akan jadi satu perbalahan. Dan masa yang dihabis satu jam untuk menunggu Adam akan sia sia begitu sahaja.

Terasa ingin menangis tetapi Syifa hanya menahan air matanya. 'Awak dah berubah Adam. Dulu awak tak macam ni' desis hati Syifa.

Pertemuan mereka hari itu pasti akan diselangi dengan sedikit pertelingkahan. Mana taknya, telefon Adam tak berhenti berdering dan asyik dengan telefonnya sahaja. Alasannya, urusan kerja.

Syifa pulang ke rumah dengan hati yang panas. Sebelum mereka pulang, sempat lagi bergaduh. Adui. Dugaan.

"Macam mana date?" Soal Maira yang sedang menonton tv.

Syifa menghempaskan punggungnya di sebelah Maira. Kuat.

"Entah. Sakit hati je aku dapat," adu Syifa dengan muka masam.

"Dah kenapa pulak?" Sekadar berbasa basi. Maira dah syak, mesti bergaduh ni.

"Kau tahu tak aku tunggu dia almost satu jam kot. Lepas tu datang buat muka tak bersalah. Handphone asyik melekat je dekat tangan. Urusan kerja lah sangat," luah Syifa dan menarik nafas.

"Aku syak dia ada perempuan lain lah," usik Maira.

"Kau ni kan. Cakap benda elok sikit boleh tak?" Marah Syifa kemudian dia memukul Maira dengan beg tangannya.

"Sakitlah. Aku dah cakap kan pergi ngorat bos kau tu. Senang sikit hidup," lagi Maira mengusik Syifa.

"Malas aku layan kau. Pergi mandi lagi best," Sempat Syifa mencubit Maira sebelum dia berlari ke tingkat atas.

BVP saya tak akan update setiap hari :) harap faham ye?




Boss Vs PA Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ