BVP 19

13.5K 652 25
                                    

Syifa menjinjit satu beg kertas yang berisi kuih raya. Konon nak bagi dekat bos.

Pintu diketuk.

"Masuk," terdengar arahan dari dalam.

"Ye Cik Syifa. Ada apa?" Zafriel memandang sepintas lalu dan kembali menyambung menyemak dokumen.

"Bos, ni saya dengan kawan saya ada buatkan kuih raya. Nak bagilah dekat bos sikit," Syifa menghulurkan beg kertas itu.

"Letak atas meja sana. Kan nanti saya termakan, susah pulak," guraunya.

Syifa menuju ke meja yang terdapat di situ.

"Syifa. Nanti awak raya dekat mana?" Zafriel bertanya.

"Raya dekat sini je," jawab Syifa lemah. Tak balik kampung.

"Tak balik kampung?"

"Nenek dengan atuk beraya dekat Mekah. Jadi tak ada orang dekat kampung. Terpaksalah kami beraya dekat sini. Tak best langsung," Syifa menarik muka. Dia rindu untuk membuat lemang bersama atuknya.

Zafriel mengangguk. Nampaknya ada peluanglah untuk dia beraya dengan Syifa.

"Bos nanti senang, datanglah beraya rumah saya. Raya ketiga saya buat open house. Datang ye. Saya jemput bos ni,"

"Tengoklah dulu kalau saya tak ada apa apa nanti," Zafriel membalas. Konon! Padahal dalam hati dah melonjak. Jika ada jemputan dari kawan kawannya pada hari itu, dia akan batalkan semuanya.

Syifa menarik muka. Ei menyampah!

"Saya keluar dulu ye bos. Oh ya lupa. Minggu ni saya tak bolehlah nak join bos berbuka dekat luar sebab family ajak berbuka sekali," Syifa menjelaskan kepada Zafriel. Bimbang sekiranya terlupa, Zafriel akan menunggunya.

Pejam celik pejam celik, lusa semua umat Islam akan menyambut hari raya. Orang yang paling gembira tak lain tak bukan, Syifa Ammara. Riangnya lebih daripada adiknya. Bukan main semangat dia ingin menyambut hari raya.

"Yang kau beria sangat ni kenapa? Hairan aku," Maira menegur. Mereka bersama sama mengemas pakaian di dalam bilik.

"Aku tak pernah tak beria kalau nak sambut raya," Syifa menyengih. Sudah terbayang bayang keenakan rendang, lemang, ketupat yang akan dihidangkan pada hari raya nanti. Haritu bukan main tak ada mood nak sambut raya sebab tidak pulang ke kampung. Kononnya.

"Kau jemput tak bos kau beraya?"

"Jemputlah. Tapi kau tahu apa jawapan dia? Tengoklah dulu kalau saya tak ada apa apa haritu. Ei! Menyampah aku. Macamlah aku ni berharap sangat dia datang," Syifa tayang muka menyampah.

"Eleh ye lah tu. Kot kot kau beria sangat ni sebab nak tunggu bos kau datang beraya. Kan?" Maira mengusik.

"Mana ada!" Mukanya merah. Ada betul juga kata kata Maira. Dia sedikit berharap yang Zafriel akan datang beraya ke rumahnya. Sebab? Entah. Dia pun tak tahu.

Tidak lama kemudian, Syifa mendapat mesej daripada Zafriel.

Saya ada dekat bawah. Turun.

"Eh sesuka hati je," Syifa mencemuh. Tudung dicapai dan turun ke bawah. Zafriel berdiri di luar pagar.

"Ada apa bos?"

"Nah," Zafriel menghulurkan satu beg kertas. Syifa ingin membuka beg itu tetapi dihalang oleh Zafriel.

"Buka nanti. Selamat hari raya," selepas mengucapkan itu, Zafriel terus berlalu masuk ke dalam kereta. Syifa terpinga. Dah kenapa?

"Bos, terima kasih!" Walaupun tidak tahu apa isi kandungannya, Syifa tetap mengucapkan terima kasih. Entah entah, ada bom tak?

Boss Vs PA Where stories live. Discover now