BVP 8

14.1K 751 6
                                    

Sedang Syifa tekun menyiapkan kerja, tiba tiba Redza datang menyapa.

"Hai Cik Syifa," tegur Redza sambil menarik satu kerusi kosong dan duduk berhadapan dengan Syifa. Apalah mamat ni buat kat sini. Aku sibuk ni tak nampak ke.

"Ya saya Encik Redza. Ada apa?" Soal Syifa dan menghadiahkan senyuman tak cukup gula terlebih garam.

"Nak tanya sikit boleh?" Redza terus ke tujuan utama.

"Tanya apa?" Soal Syifa sambil tangannya ligat menaip di laptop.

"Pasal Laila,"

'Aku dah agak mamat ni mesti nak tanya pasal Maira' desis Syifa didalam hati. Ni dah kali ketiga Redza berusaha mendekati Syifa untuk bertanya perihal Maira tapi Syifa tidak memungkiri janji. Maira dah pesan awal awal jangan cerita satu benda pun dekat Redza tentang dirinya.

"Encik Redza, saya tengah sibuk ni. Nanti bos marah kalau saya tak siapkan sebelum lunch nanti," Syifa mencari alasan untuk mengelak dari Redza.

"Ye lah ye lah. Lepas lunch nanti saya datang balik," Redza masuk ke pejabat Zafriel untuk menyerahkan dokumen. Ei mamat ni tak faham bahasa ke apa. Dah aku taknak cakap pasal Maira jangan dipaksa.

Pintu diketuk.

"Masuk," Zafriel memberi keizinan untuk masuk ke dalam pejabatnya.

"Saya dah siapkan report yang bos suruh saya taip tu," Syifa menghulurkan beberapa helai kertas kepada Zafriel. Bukan surat cinta ya tuan tuan dan puan puan. Hambar.

Zafriel mengambil kertas itu dan membelek beleknya. Membaca sepintas lalu dan meletakkan di atas meja.

"Lepas ni ikut saya jumpa klien," arah Zafriel. Syifa mengangguk faham. Ni kali ke dua Syifa mengikuti Zafriel berjumpa dengan klien semenjak peristiwa menjadi driver. Kebiasaanya Zafriel akan pergi bersama Rozita untuk berjumpa klien.

Sampai di tempat parking kereta, Zafriel menghulurkan kunci kepada Syifa. Kali ni tanpa riak terkejut, Syifa hanya tenang.

"Bos, saya dah tak boleh drive untuk bos," Syifa menolak 'pelawaan' Zafriel.

"Kenapa pulak?" Soal Zafriel hairan. Berani dia tolak.

"Sebab haritu Dato Mukhlis ada pesan dekat saya, jangan layan kalau bos suruh jadi driver," terang Syifa sambil tersenyum tahap diabetes.

"Saya bukannya suruh awak jadi driver. Saya nak suruh awak drive je," Zafriel tidak mengalah.

Eh bukan sama je ke?

"Tak boleh bos. Dato Mukhlis pesan lagi kalau bos suruh jugak, lapor dekat dia," Syifa mempertahankan apa yang diperkatakan oleh Dato Mukhlis.

"Sekarang ni Dato Mukhlis ke saya bos awak?" Zafriel sudah menggunakan kuasanya sebagai seorang bos.

"Bos lah bos," ayat yang sama dituturkan oleh Syifa saat kali pertama dia disuruh memandu kereta.

"Ha dah tu. Cepat. Dah lewat ni," Zafriel mengambil tangan Syifa dan meletakkan kunci kereta di genggaman Syifa. Eh suka hati dia sentuh aku.

"Tapi bos..." semuanya sudah terlambat. Zafriel sudah masuk ke dalam kereta dan masih sama, mengambil tempat duduk di penumpang belakang.

Nasiblah aku cari rezeki dekat syarikat kau. Kalau tak dah lama aku pijak sampai lumat.

Syifa menghentakkan kaki sambil berjalan menuju ke arah pintu pemandu. Mukanya cemberut sepanjang perjalanan.

"Jangan buat muka boleh tak? Ingat cantik ke?" Zafriel menegur Syifa setelah dapat dilihat melalui cermin hadapan.

Boss Vs PA حيث تعيش القصص. اكتشف الآن