BVP 6

13.9K 806 14
                                    

Sedang Syifa tekun menaip di laptop pemberian syarikat, tiba tiba Zafriel keluar dari pejabat.

'Nak pergi jumpa Dato Zainal lah tu' detik hati Syifa. Tapi lain pula kaki Zafriel melangkah. Dia pergi ke meja Syifa.

"Jom ikut saya," arah Zafriel.

"Pergi mana?" Soal Syifa hairan. Rasanya jadual bos takde pun 'date' dengan aku.

"Ikut saya meeting lah. Pergi mana lagi," jawab Zafriel. Hish dia ni aku potong gaji baru tahu.

"Kena ikut ke?" Syifa tersedar dia terlepas cakap. Dia pandang bosnya dan yes! Terkejut beruk Syifa bila bosnya dah gaya nak telan orang.

"Okay okay," Syifa bergegas mengambil barang dan terus mengikut Zafriel dari belakang.

"Nah," sesampainya di kereta, Zafriel menghulurkan kunci kereta kepada Syifa.

"Nak buat apa dengan kunci kereta ni?" Soal Syifa hairan. Takkan nak bagi aku hadiah kereta kot. Baru dua hari jadi PA dah dapat kereta. Wah untung kau Syifa.

"Ambil buat lunch nanti," jawab Zafriel. Dia ni tak faham ke?

"Tapi saya tak makan kunci kereta. Saya makan nasi je," Syifa menjawab. Lurus bendul betullah dia ni.

Zafriel tayang muka stress sambil tangannya diletakkan di dahi. Apa punya masalah ada PA macam ni.

"Okay macam ni Cik Syifa. Ambil kunci kereta ni, buka pintu kereta, lepas tu tolong drive," satu persatu Zafriel terangkan kepada Syifa.

Syifa hairan. Kena drive? What? Aku ni PA bukannya driver dia. Lagi satu tak macholah kalau perempuan yang bawak kereta. Tambah lagi aku ni PA dia.

"Kenapa saya pulak kena drive?" Syifa mempertahankan jawatannya sebagai PA.

"Suka hati saya lah. Sekarang ni saya bos ke awak bos?" Zafriel tidak puas hati.

"Boslah bos. Ye lah ye lah. Saya drive. Bak sini kunci," Syifa mengalah. Apalah. Hari kedua bekerja dah jadi driver kepada encik bos. Betullah apa ibu cakap semalam. Lama lama nanti banyaklah kerja.

Dan firasat Syifa kuat mengatakan bahawa mungkin selepas ini dia akan ada pekerjaan sampingan. Iaitu driver kepada Encik Zafriel.

Yang paling menyakitkan hati Syifa adalah apabila Zafriel membuka pintu penumpang belakang. What?? Ni dah lebih. Asal tak duduk je depan ni. Ewah ewah. Memang kau jadi driver lah Syifa.

Suasana sunyi. Tapi eh kejap!

"Bos kita nak pergi mana ni?" Soal Syifa kemudian dia berhentikan kereta di tepi jalan. Syifa baru teringat. Tadi dia main redah je drive sebab fikiran tengah melayang memikirkan jawatan driver yang disandangnya sekarang. Tak puas hatilah katakan.

Zafriel dibelakang yang sibuk dengan iPadnya memandang Syifa.

"Pergi jumpa Dato Zainal lah. Bukan ke awak yang beritahu tadi?" Soal Zafriel hairan.

"Ha ahlah. Kejap eh bos," Syifa mengambil buku notanya di seat sebelah. Italian Recipes? Kat mana ni? Mana aku kenal. Tak pernah dalam hidup aku pergi tempat macam ni. Lalu pun tak. Rasanyalah.

"Italian Recipes," Syifa berkata perlahan.

"Dah jomlah ke sana," Zafriel kembali dengan rutinnya tadi.

"Tapi bos saya tak kenallah kat mana restoran tu. Tak pernah saya pergi tempat macam tu," jujur Syifa memberitahu bosnya. Manalah tahu bosnya baik hati dan mengambil alih tugasnya sebagai driver. Tapi..

"Waze ada kan? Pakai Waze. Cepat sikit. Dah 10.20 ni. Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita," hampeh betullah! Ingatkan dia nak drive.

Syifa merengus. Memang bos aku ni skema lah. Sabar je lah.

Restoran itu terletak tidak jauh dari tempat dia berhentikan kereta. Nasiblah mak!

Sesampainya mereka di Italian Recipes, meja yang ditempah masih kosong.

Menyesal aku bawak kereta macam ribut kalau tahu macam ni. Oh God.

Syifa duduk bersebelahan Zafriel. Terdapat dua lagi kerusi kosong berhadapan mereka. 'Mungkin Maira ada sekali tak?' Detik hati Syifa.

Dan suasana krik krik. Krik krik. Krik krik. Syifa mendiamkan diri. Begitu juga Zafriel. Keadaan sangat awkward bagi Syifa!

Zafriel dari tadi asyik dengan iPadnya. Membuat pemeriksaan terakhir sebelum ditunjukkan kepada Dato Zainal.

Syifa? Dia hanya termenung. Berat mukanya ditampung oleh kedua dua tangannya. Matanya kadang melilau melihat persekitaran restoran. Agak mewah. Italian style. Dah nama pun restoran Itali kan?

Dia masih kekok dengan bosnya itu. Dalam kereta tadi hanya angin aircond kedengaran. Nak pasang radio tapi dilarang Zafriel. Tak suka katanya. Dah tu carilah kereta yang takde radio. Ada ke? Ada. Kereta sorong.

"Tugas awak nanti catat apa yang saya suruh. Dengar elok elok apa yang kami akan bincangkan nanti. Taklah awak sibuk nak tanya saya," Zafriel memecah tembok kesunyian. Wah ayat. Tembok kesunyian kau!!

"Okay bos! Bos nak tanya sikit boleh tak?"

"Apa dia?" Jawab Zafriel. Matanya masih pada kertas kerja di atas meja.

"Dato Zainal datang dengan siapa? Dengan PA dia ke?" Tanya Syifa. Yelah mana tahu kan Maira ada sekali. Ye dakk?

"Biasa PA dia ikut sekali," jawab Zafriel. Masih membelek kertas kerjanya.

"Laila Humaira ke PA dato?" Soal Syifa teruja.

"Entah. Saya tak ingat," malas mahu menjawab soalan Syifa walhal dia kenal Laila Humaira. Budak ni kacau konsentrasi betullah.

"Yang awak nak tahu sangat ni kenapa?" Kali ini Zafriel memandang PA nya. Cantik.

"Saya tanya je. Janganlah marah," Syifa tayang muka tak puas hati. Eh bos ni apahal pandang aku.

"Yang bos pandang saya kenapa?" Soal Syifa hairan. Zafriel tersedar bila ditegur oleh Syifa.

"Perasan. Mana ada saya pandang awak. Saya pandang pelayan tu. Cantik," Zafriel menuding jari ke arah seorang pelayan perempuan yang sedang menghidangkan makanan. Bantai ajelah! Asal tak kantoi sudah.

Syifa melihat gerangan itu. Siapakah? Cantik? Cantik aku lagi. Eh eh terperasan pulak Syifa ni.

"Sorry lambat Encik Zafriel," satu suara menyapa mereka. Dato Zainal dan seorang lagi duduk di kerusi berhadapan mereka. Syifa memandang perempuan yang datang bersama Dato Zainal.

'Laila Humaira! Hahahahahahahaha macam kelakar je weh jumpa kawan masa kerja. Tambah pulak company Dato Zainal ni berurusan dengan MR Holdings. PAnya pula Maira. Dan Maira kawan aku. Hahahahaha.' *saya tak rasa kelakar pun. Tapi mungkin bagi Syifa kelakar. Takpe, saya hormat keputusan dia :"D*

Syifa mendengar perbincangan sambil dia bermain mata dengan Maira. Kadang kadang mereka tersenyum sampaikan Syifa kena tutup mulut. Taknak Zafriel nampak. Bawah meja apa lagi. Main cubit cubit. Pijak kaki lah apa lah *saya pernah buat dengan kawan saya dalam kelas. Mesti korang pun pernah kan kan kan?Omg i miss school*

Suka sangat diaorang ni boleh jumpa. Macamlah lepas ni dah tak boleh jumpa.

Duk asyik sangat menaip sampai tak perasan dah 1k words

Lepas baca, jangan lupa vote yaa. And selitlah komen anda. Bagitahu apa yang kurang, yang tak berkenan, saya akan perbaiki. I appreciate it! Muah ciked :*

Boss Vs PA Where stories live. Discover now