BVP 23

9.4K 500 18
                                    

Kirana kusut! Sudah pelbagai cara dilakukan untuk memiliki Zafriel. Tetapi hati lelaki itu terlalu keras. Terlalu sukar untuk dimiliki. Sudah lama dia menunggu Zafriel. Lelaki yang dicintai sejak zaman belajar lagi. Walaupun ketika itu Zafriel bercinta dengan kawan baiknya sendiri, tetapi itu tidak menghalangnya untuk terus menyukai lelaki itu dalam diam.

Selepas mendapat tahu bahawa Zafriel sudah putus dengan teman wanitanya, Kirana sudah memasang angan angan untuk memiliki Zafriel. Ditambah pula bekas teman wanita Zafriel sudah berkahwin, lagi cerah peluangnya untuk memiliki Zafriel.

Tapi bukan mudah untuk memikat hati lelaki itu. Terlalu beku. Terlalu dingin.

"Argh! Kalau aku tak dapat Khaalish Zafriel, jangan harap orang lain akan dapat dia. He's mine," senyuman sinis terukir.

Syifa semakin murung. Mahu tak mahu, dia harus teruskan perkahwinannya dengan Adam. Masih ada seminggu sebelum majlis diadakan. Cincin tunang yang tersarung di jari manisnya dipandang.

'Dulu, cincin ini akan berikan aku senyuman. Kebahagiaan. Tapi kini, sebaliknya'. Detik hatinya.

Kelibat Zafriel dipandang sepintas lalu. Hubungan dengan bosnya semakin ada jurang. Meskipun mereka sudah berbaik, tapi entah kenapa Zafriel dirasakan bersikap dingin terhadapnya.

Sudah tidak ada ajakan untuk keluar joging bersama, permintaan buatkan sarapan pagi. Semua tu dah tak ada. Hilang. Mungkin Zafriel ingin menjaga batas dengan tunang orang.

Telekom berbunyi. Seperti biasa, Syifa melangkah masuk ke dalam pejabat Zafriel beserta buku nota kecil dan iPad.

Hanya sepintas lalu Zafriel memberi arahan dan Syifa melangkah keluar. Beginilah setiap hari. Kadang naik bosan juga. Tapi dia harus sedar kedudukannya di syarikat ini. Dia hanyalah seorang PA dan Zafriel bosnya. Dia mesti hormat kepada lelaki itu. Lagipun dia sudah malas hendak memikirkannya. Fikirannya sudahpun kusut. Tidak mahu ditambah lagi.

Kata kata Puan Esah menyentakkan Syifa. Tiada kata yang boleh dia keluarkan. Air matanya perlahan mengalir. Lega. Itu yang dirasakan saat ini!

"Ayah tak boleh nak buat apa apa bila Adam nak batalkan majlis. Takkan nak paksa. Syifa bawak bersabar," En Rosli memujuk Syifa.

Syifa hanya diam dan mengangguk. Keluhan terlepas jua. Keluhan lega.

"Syifa naik dulu," pantas dia menaiki anak tangga dan menuju ke bilik. Terasa agak ralat juga bila Adam tiba tiba batalkan majlis mereka yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ingin marah, dia juga yang bersalah dalam hal ni kerana dia yang mahukan majlis mereka dibatalkan.

'Tapi atas sebab apa Adam batalkan? Mustahil sebab aku yang suruh. Mesti ada sesuatu ni' detik hatinya.

Ah hiraukan. Semuanya dah berakhir. Tapi jauh disudut hati, Syifa berasa bersalah terhadap kedua orang tuanya. Pasti mereka mengharapkan yang terbaik untuk anaknya. Tapi bagi Syifa, inilah yang terbaik.

Berita tentang majlis Syifa masih tidak diketahui ramai. Termasuklah Zafriel. Hari yang sepatutnya Syifa menjadi raja sehari bertukar menjadi hari yang biasa.

Datang awal ke kerja dan menunggu ketibaan bosnya untuk menerima arahan.

Syifa masuk ke pejabat Zafriel selepas melihat kelibat bosnya.

Selepas menerima arahan dari Zafriel, dia ingin berlalu tetapi dihalang oleh Zafriel. Lama Zafriel merenung Syifa. Pantas kalendae kecil diatas meja dicapai.

"Bukan ke hari ni awak cuti? Semalam pun awak cuti kan? Tapi kenapa datang? Majlis awak bila sebenarnya?" Bertubi tubi soalan diajukan. Sebenarnya dari semalam lagi Zafriel hairan kenapa Syifa datang kerja. Padahal dia sudah memohon cuti selama seminggu dan sehari sebelum majlis perkahwinannya.

Boss Vs PA Место, где живут истории. Откройте их для себя