๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

By syafasuha

470K 18.1K 634

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 29

7.1K 278 2
By syafasuha

Awal pagi lagi Ezar sudah bangun tidur kemudian langkahnya laju sahaja ke dapur dan membancuh seteko air teh setelah siap air teh panas itu lalu dituang dengan berhati-hati didalam cawan."Mana la dia ni? pergi kerja kot."monolog Ezar sambil meniup air teh panas itu supaya dingin sedikit.

Baru sahaja Ezar ingin minum tiba-tiba muncul Farish dibelakangnya.Nasib baiklah air teh panas itu tak tertumpah kalau tak memang melecur la jawabnya."Rish...kau ni dah kenapa tiba-tiba muncul kat sini.Nasib la tak tumpah kalau tak pasal-pasal aku dengan kau sekali melecur"bebel Ezar sambil memandang anak mata Farish.

"Sikit je belum lagi nak kena"ujar Farish sambil tersenyum.

"Sikit-sikit pun kalau dah kena barulah tau!"Ezar mencebikkan bibirnya lalu cawan yang dipegangnya itu diletakkan semula pada meja itu.

"Sakit pinggang lagi ke?"soal Farish.

"Tak dah!"balas Ezar.

"Aik..sekejap je sakit?"

"Habis tu kau suka la kalau aku sakit lama-lama?"duga Ezar.

"Bukan macam tu la.."

"Kau tak pergi kerja ke?"tanya Ezar.

"Pergi tapi masuk lambat sikit"balas Farish.

"Hishh...mentang-mentang la office tu kau yang punya suka-suka hati kau je nak masuk cepat atau lambat"bebel Ezar sekali lagi.

"Biarlah sekali sekala nak teman isteri kejap kat rumah!"ujar Farish sambil tersenyum menampakkan susunan giginya yang rapi.

"Tolonglah..bukannya aku sakit ke apa"kata Ezar dengan nada yang serius.

"Memang la kau tak sakit"

"Habis tu kenapa kau tak pergi kerja?"

"Alaa..tak rugilah kalau aku masuk lambat sikit lagipun aku dah ada banyak..."ujar Farish.

Namun belum Farish menghabiskan kata-katanya Ezar sudah"Aku tak kira kau pergi kerja sekarang!"

"Okey..aku akan pergi tapi dengan satu syarat!"

"Syarat apa?"soal Ezar.

"Cium pipi aku dulu!"Farish tersenyum nakal.

"Eew...tak nak!!"Ezar menolak sekeras-kerasnya.

"Kalau tak nak...hari ni aku takkan pergi kerja dan aku akan sentiasa menunggu ciuman kau tu!"

"Penampar nak?"ugut Ezar yang sudah sedia mengangkat tangannya.

"Tak nak.."ejek Farish.

"Weh..tak de permintaan lain ke selain cium ni ha! aku geli la!!"marah Ezar.

"Tak ada..!"

"Dengar ni baik-baik..aku takkan cium pipi kau yang berkarat ni sampai la bila-bila muktamad!"balas Ezar.

"Kau kata muka aku berkarat! aku hari-hari cuci muka lepastu pakai sunblock lagi taknak bagi rosak muka!"

"Kau pakai sunblock!!"pecah berderai ketawa Ezar.

"Salah ke?"soal Farish.

"Aku yang perempuan ni pun tak pernah pakai sunblock elok je tak macam kau"ujar Ezar yang masih bersisa tawanya.

"Kau memang la tengoklah mak kau dulu masa muda macam mana?"

"Mak aku? Mak aku memang dari muda dulu lagi cantik! Mak aku akan mix sikit"

"Huh..pergi la muka putih pun bukan bawak sampai mati pun!"

"La sentap ke?"soal Ezar.

"Iye la..!!"marah Farish.

"Dah la jangan sentap-sentap nanti nak kerja tak boleh fokus.Ehh jap kat tempat kerja tu ada kosong tak?"ujar Ezar.

"Ada tealady nak?"balas Farish.

"Agak-agak la tealady.!"

"Dah tu nak kerja apa? setakat ada sijil SPM je buat apa?"

"Huh..kau tak kenal lagi aku ni siapa! tak pe la nanti aku pergi mintak kerja dengan Mummy.Padan muka kau!!"monolog hati Ezar geram kerana dirinya diperkecil-kecilkan.

"Okeylah..aku nak pergi kerja ni jangan lupa kunci rumah tau! nak keluar ke apa jangan lupa cakap kat aku!"kata Farish.

"Ha ye la..pergi la cepat.!"ujar Ezar dengan nada marah.

××××××

"Assalamulaikum Mummy!!"sapa Ezar setelah Datin Ziera dalam talian.

"Walaikumussalam..Zara kenapa ni?"soal Datin Ziera.

"Mummy nak tanya boleh tak!"ujar Ezar sambil memeluk bantal peluknya.

"Tanya apa sayang?"balas Datin Ziera.

"Kat tempat kerja Farish tu kan ada kerja kosong tak? Zara nak kerja la bosan duduk kat rumah"Adu Ezar.

"Kerja...ermm Mummy rasa ada kerja kosong!"ujar Datin Ziera.

"Kerja apa Mummy?"

"Personal Assistant"

"Maksud Mummy P.A Farish?"soal Ezar inginkan kepastian.

"Yup,kebetulan P.A Farish sebenarnya tengah tunggu cuti bersalin jadi dia boleh cuti lebih awal kalau Ezarra sudi ganti tempat dia untuk sementara waktu.Boleh tak?"

"P.A je hmm tak mencabar langsung ahh lantak la kebas je janji ada kerja malas aku duduk lama-lama dalam rumah ni.!!"monolog hati Ezar.

"Macam mana Zara setuju tak??"soal Datin Ziera.

"Boleh Mummy!! terima kasih Mummy sebab fahami Ezar...eh silap Zara!"

"Ermmm...esok Zara dah boleh masuk tapi syaratnya Mummy yang datang ambik Zara okey?"

"Ha?? boleh kot"jawab Ezar teragak-agak.

"Okey pakaian tu Mummy nak biarlah feminin sikit! bye Assalamualaikum"balas Datin Ziera.

"Walaikumussalam!"

"Haih!! nak feminim bagai mana aku tau! yang aku tau pakai jaket tu dengan seluar slack pastu dengan topi!! Aduhai pening la ermmm...pakai je la apa yang ada nanti kalau Mummy tanya cakap la aku memang langsung tak ada bawak baju perempuan ni haha..terbaiklah idea aku ni!"monolog Ezar sambil memeluk erat bantal peluk itu.

××××××

Ezar menyelongkar almari pakaiannya mencari baju yang perlu disarungkan untuk ke pejabat esok.Farish mengintai tingkah Ezar dari belakangnya."Dah kenapa kau selongkar almari?? sampai bersepah almari dah macam sarang tikus pun ada"ngomel Farish.

"Aku cari baju la!! tak de baju yang kena nak pakai esok!"balas Ezar yang masih meneruskan pencarian.

"Cari baju buat apa? kau nak kena pergi mana esok??"bertubi-tubi pula soalan yang keluar dari bibir Farish.

"Buat...alamak nak kena cakap apa ni!!"gumam Ezar."Aku nak cari baju sebab esok nak kena jumpa kawan aku esok!!"bohong Ezar.

"Kawan kau yang mana? lelaki ke perempuan?"

"Dia kawan istimewa aku dan dia adalah lelaki hehehe.."ujar Ezar.

"Apa istimewa sangat dia tu hah??"cemburu mulai terbit dihati Farish.

"Sebab dia dah ada kat hati aku..hehehe gurau je la esok kau akan tau jugak!"

"Zara ingat sikit kau tu dah ada suami!"tutur Farish dengan nada serius.

"Iye la..Mak pun dah selalu pesan kat aku la.Hah baju ni sesuai untuk dipakai!!"Ezar mengalihkan pandangan pakaiannya.

"Pelik betul la minah sekor ni!"bebel Farish.

"Apa kau cakap??"

"Tak ada apa dah la aku nak tidur!"balas Farish.

"Alaa...cepatnya nak tidur baru nak ajak bersembang"kata Ezar.

"Kau bersembang la dengan almari dan baju-baju tu lepas tu jangan lupa kemas tau!! okey bye nak tidur!"ujar Farish mengatur langkah ke katil dan ingin melelapkan matanya.

"Heee...kalau boleh teman la aku kejap ke ini tak terus pergi tidur.Agaknya dia cemburu kot? muahahaha biarlah rahsia..!"Ezar tersenyum riang dan segera mengemas pakaian yang sudah bersepah bak kapal tongkang pecah.

××××××

Usai solat subuh dirinya segera bersiap-siap dia mengemaskan rambutkan supaya nampak rapi nampaknya rambutnya semakin panjang."Haih rasanya lepas aku kahwin aku dah tak potong rambut kot!"bisik hati Ezar."Tak pe janji aku stay comel macam dulu!! hehehe"

Farish awal-awal lagi dah turun kebawah entah apa dia buat Ezar sendiri pun tidak tahu.Kaki Ezar melangkah menuruni anak tangga dan terus menjenguk Farish yang sedang membuka laptopnya.

"Rish...!"sapa Ezar dan Farish menoleh terlihat isterinya."Aik dah kenapa bini aku ni?? tetiba pakai macam ni nak pergi kerja ke?"

"Apa!?"soal Ezar yang hairan kerana dipandang sebegitu.

"Apa?? aku cuma pelik sebab semalam kau cakap kau nak pergi jumpa kawan tapi pakaian kau serupa orang nak pergi kerja kenapa???"

"Salah ke? Weh okey tak aku pakai macam ni"soal Ezar sambil mengangkat kedua belah tangannya.

"Tak okey langsung! dah la rambut pun sampai nak tertutup muka!"dusta Farish.

"Ceh! mentang-mentang la para gadis kat pejabat dia lawa-lawa sampai aku pun dia tak pandang! menyampah!"monolog Ezar.

"Dah la aku nak pergi kerja! kau nanti nak keluar jangan lupa kunci pintu rumah! faham!"arah Farish.

"Baik boss...! punyalah penat aku pergi tanya Mummy semalam nak pakai apa biar nampak feminin tapi dia senang-senang je kutuk tak okey!! hee geramnya aku! tak pe la lepas ni biar aku pakai biasa-biasa je la"getus hati Ezar.

**********

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 40.4K 59
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang...
894K 50.8K 46
Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "...
2.7K 190 8
4th story ๐Ÿ’ rules are meant to be broken Hara, 18 tahun. Plain. Secara ringkasnya. Sambung tingkatan enam sebab tak lepas UPU. Di SMKA Cheranting ...
17.4K 1.2K 16
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...