CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLET...

By teaqahm

246K 8K 27

Alexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lag... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Epilog
Promote

Bab 10

6.3K 249 1
By teaqahm

Sudah seminggu kejadian itu terjadi namun Florence membuat kerjanya seperti selalu. Komitmen itu paling penting! Dia berdiri di situ menanti kepulangan tuannya dari bekerja. Tepat pukul enam, Alexander baru balik. Beg kerjanya diambil seperti selalu. Kasut kerjanya pula disimpan di dalam rak kasut. Masuk sahaja dia menghampiri Alexander di ruang tamu. Stokin di kaki tuannya itu dibuka.

"Maafkan saya pasal hari tu..."

Florence mendongak memandang Alexander yang juga memandang ke arahnya. Lama. Namun Florence kembali tunduk.

"Saya dah maafkan tuan..."

Dengan katanya itu, dia berlalu pergi. Alexander masih di situ masih mengharap bayangan Florence muncul di depannya. Namun hampa.

Ting!

Alexander membuka peti mesejnya. Dari Eileen. Huh! Bijak betul gadis itu sebab tahu nombor barunya. Terpaksalah dia tukar nombor selepas ini!

Hai, sayang...esok I nak ke rumah you...nak ajak you keluar. Please...

Sayang, please jangan buat I macam ni...

Alexander mendengus kasar. Sampai bila gadis itu mengejar dirinya? Sampai bila? Dia pun penat melayan kerenah gadis itu tiap hari di officenya. Kenapa Eileen berubah begitu rupa? Sedangkan semuanya bukan salah dia! Dunia ini tidak adil!

Dia bangun naik ke atas. Iphone 4s dibiarkan di sofa itu. Dia tidak mahu mandinya terganggu dengan bunyi mesej dari Eileen.

.....

Florence mencari arah bunyi telefon yang bising itu. Bila terlihat Iphone di atas sofa itu, dia terus mencapainya. Tertera di screen telefon itu Eileen membuat panggilan yang entah ke berapa. Florence keliru samaada mahu menjawabnya ataupun tidak.

"Sayang!" Suara lunak di sebelah sana menelefon Alexander. Florence terkedu.

"Sayang, esok I datang ke rumah you. You cepat siap sebab I nak ajak you keluar. No more excuses sebab you kena dengar cakap I ni,"

Florence terkaku di situ. Namun dia terkejut bila ada tangan merampas Iphone itu. Florence cepat menoleh dan terkejut bila terpandangkan Alexander. Florence terus tunduk menekur lantai. Wajah serius lelaki itu sungguh menakutkannya.

"Awak dah kenapa sampai nak menyibuk peribadi saya?!" Jerkah Alexander tiba-tiba.

Florence telan air liur. Kecut perutnya bila lelaki itu melempiaskan amarahnya. Memang salah dia jugak menjawab panggilan itu. Tapi dia tidak sengaja okey!

"Maafkan saya, tuan...saya..."

"Melawan!"

"Tuan, Iphone tuan yang berbunyi tu lah saya jawab. Tak jawab salah jugak!" Lawan Florence dengan beraninya.

Alexander merengus kasar. Iphone 4s nya itu dilemparkan ke dinding membuat telefon itu pecah berderai bagai tidak berjasa langsung. Florence terkejut dengan reaksi dari lelaki itu.

Alexander meraup mukanya berkali-kali. Dia akhirnya berlalu naik ke tingkat atas. Florence tercegat di situ memandang Iphone yang pecah itu penuh kasihan. Kasihan sungguh kau, Iphone...kalau kau masih baik tadi nak aku ambil percuma...

"Kenapa tuan marah?" Tegur Casey yang muncul beberapa minit kemudian.

"Angin ribut melanda pasal saya tak sengaja nak jawab panggilan telefon dia mama. Tu lah Iphone dia berkecai macam ni," jelas Florence yang betul-betul bersimpati dengan Iphone 4s itu.

"Kamu ni main-main pulak! Kalau marah tu lambat sejuknya," kata Casey begitu faham dengan perangai Alexander.

"Florence, kamu panggil dia makan sekarang,"

"Mama, kenapa pulak saya yang kena panggil?! Nanti dia lempang pulak pipi saya ni, matilah saya!" Bantah Florence.

"Kalau macam tu kamu sediakan makan malam...tadi mama dah sediakan separuh je!"

Florence lekas menuju ke dapur. Lapang dadanya bila Casey yang memujuk tuannya itu untuk makan malam. Huh! Selesai sahaja, dia terus menyembunyikan dirinya di dapur. Maklumlah tuan muda itu sudah turun untuk makan. Florence senyum lalu makan dengan penuh selera.

"Florence mana?" Soal Alexander. Florence terhenti kunyahan. Jantung berdegup laju.

"Dia makan dalam..." balas Casey begitu jujur.

"Suruh dia makan sini! Sekarang jugak!" Marah Alexander.

Florence tidak jadi menyuap lagi. Bila terdengar marah lelaki itu, habis terpelanting sudu di tangannya namun sempat disambutnya. Casey muncul dengan wajah takutnya. Florence tidak menolak sebaliknya membawa pinggannya sekali ke meja makan.

"Tercegat di situ buat apa? Duduklah!" Tengking Alexander.

Florence laju duduk di tempatnya. Dekat dengan Alexander. Kalau dia nak teriak lagi habis pekaklah telinga aku ni...desis hati Florence. Dia makan dan makan tanpa menghiraukan tuan muda itu yang sedang menjeling ke arahnya.

"Tuan, saya nak minta maaf..." ucap Florence.

"Simpan maaf awak tu!" Kata Alexander begitu tegas sebelum berlalu dari situ.

Florence menghela nafas panjang. Casey di hadapannya dipandang dengan mata berkaca. Berat sangatkah salahnya itu?

.....

"Kamu pergi mana tu?" Tegur Casey bila melihat Florence hendak keluar dari bilik itu.

"Nak ambil angin malam terus kunci pagar depan," jawab Florence dengan malas.

"Pergilah..."

Florence melangkah menuju ke pagar depan lalu dikuncinya. Dia kembali masuk ke dalam lalu mengunci pintu rumah tersebut. Dia naik ke tingkat atas mahu menuju ke beranda. Namun rancangannya itu terhalang bila ada Alexander berdiri di situ. Tentu waktu dia kunci pagar tadi lelaki itu tengok dia. Namun rasa bersalah tadi membuat dia menghampiri lelaki itu.

"Tuan..." panggil Florence.

Alexander tidak menoleh. Dia terus memandang ke depan. Kelakuannya itu membuat Florence kecil hati. Kesalahan yang kecil pun dibuat jadi besar. Entah-entah lelaki itu datang bulan kut?!

"Tuan..."

"Cakaplah!"

"Saya nak minta maaf pasal tadi...saya betul-betul tak sengaja," kata Florence lalu berdiri di sebelah lelaki itu namun jauh sedikit.

"Kenapa awak jawab panggilan tu? Saya tak minta pun awak jawab..."

"Saya betul-betul keliru masa tu...sorry," ucap Florence lagi.

"Dia tu bekas kekasih saya dulu..." jelas Alexander tanpa dipinta. Florence melopong. Patutlah tuan muda itu marah bagai nak rak!

"Saya dah lupakan dia tapi dia masih merayu sehingga saya naik rimas dengan dia. Hampir tiap hari dia ganggu saya sampai saya tak ada udara nak bernafas. Dulu dia curang, sebab tu saya putuskan hubungan tu...lagipun dia nak putuskan hubungan tu dari dulu lagi. Sekarang dia datang balik merayu agar saya terima dia balik..." Alexander bercerita.

"Saya minta maaflah sebab buat awak marah hari ni..." ucap Florence dengan nada serba-salah.

"Saya maafkan awak..." balas Alexander lalu menoleh pada Florence di sebelahnya.

"Saya masuk tidur dulu..." kata Florence perlahan.

Alexander masih tidak bereaksi. Florence serba-salah mahu gerak ke tidak. Akhirnya, dia pilih beredar dari situ. Tapi dia terkejut bila tangan sasa itu menarik lengannya lalu bibir mereka bercantum lembut. Florence sungguh terkejut. Dia menolak namun begitu kemas pula ciuman Alexander terhadapnya. Bila terasa hilang nafas, barulah ciuman itu terlerai. Dengan matanya yang terbeliak besar itu dia memandang Alexander yang masih merangkul pinggangnya.

"I love you..." luah Alexander dengan renungan mata yang begitu redup. Romantis namun penuh kejutan.

Continue Reading

You'll Also Like

BODYGUARD By 니엘

Mystery / Thriller

299K 16.1K 48
Aku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuha...
124K 9K 34
PRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our f...
512K 28.6K 65
Highest ranked #36 in romance Daneen Maleeka, gadis yang tidak ingin terlibat dalam dunia percintaan kerana menganggap perasaan cinta yang tidak per...