Epilog

9.9K 251 8
                                    

Scarlet menarik tangan Logan pergi menuju ke arah wad ditempatkan Eileen. Logan geleng kepala dengan kerenah tidak sabar isterinya itu.

"Eil!" Jerit Scarlet begitu gembira lalu mendakap tubuh Eileen. Eileen juga begitu gembira namun wajahnya sedikit penat. Baby girl di tangan lekas dipandang Scarlet.

"Cutenya anak awak, Eil!" Puji Scarlet sambil mencubit lembut pipi tebam anak Eileen yang baru lahir itu.

"Baru sampai ke?!" Tegur Leonard yang baru muncul lalu berdiri di sisi isterinya. Logan angguk sahaja lalu mengukir senyum.

"Tahniah, bro!" Kata Logan sambil menepuk mesra bahu Leonard.

"Bini kau belum ada isi lagi ke?" Soal Leonard maklumlah dia tahu Logan tidak sabar mahu menjadi ayah. Logan memandang pada Scarlet.

"Saya ada khabar gembira ni nak sampaikan dekat korang semua...saya pregnant!" Kata Scarlet begitu gembira. Eileen turut gembira lalu mengenggam tangan kawannya itu. Sejak mereka saling mengenali, mereka semakin akrab terus jadi kawan.

"Tahniah jugak, bro!" Ucap Leonard pada Logan pula.

....

Florence membuka whatsapp bila banyak mesej masuk. Cepat sahaja dia membaca mesej dari Scarlet.

Babe, Eil dah lahir baby girl pagi tadi😄 ni aku baru pegi melawat dia dengan husband aku☺

Betul ke ni?! Ada picture tak? Nak tengok😊

Belum sempat dia melihat gambar yang Scarlet hantarkan pada dia, telefonnya dirampas. Florence sakit hati lalu memandang Alexander dengan renungan tajam.

"Bagi balik...saya nak tengok gambar anak Eil!" Kata Florence dengan muka serius. Alexander masih selamba lalu menyimpan telefon isterinya itu di atas meja.

"Nak anak kan...jom!" Kata Alexander dengan senyuman teruja. Gatal pun ada jugak! Florence membuat reaksi meluat.

"Jangan macam-macam dengan saya!" Lawan Florence bila Alexander semakin dekat dengannya. Alexander senyum suka. Pipi gebu isterinya dicubit. Florence menepis. Sakit!

"Jomlah! Saya tak sabar ni!" Ujar Alexander dengan wajah selamba. Florence mencebik lalu dia bangun dari sofa lembut itu.

"Arghhh!" Jerit Florence terkejut dengan tindakan pantas Alexander. Tubuhnya dicempung di bawa masuk ke dalam bilik mereka.

Tiada apa yang dapat kita bayangkan kalau bahagia itu sudah kita kecapi. Sama seperti Alexander yang akhirnya menjadikan Florence sebagai isterinya untuk menemaninya selama hayat dia masih hidup di dunia itu. Sekalipun mereka terpisah, hanya cinta akan mempertemukan mereka.

"Terima kasih sebab sudi datang kepada saya..." bisik Alexander di telinga isterinya itu.

Florence senyum bahagia. Alexander juga tidak melepaskan peluang itu untuk bersama isterinya melayari hari bahagia mereka.

              

               ~ THE END ~

Yeay, habis dah😃 Bye bye👋

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora