Bab 20

5.2K 182 0
                                    

Florence mengambil beberapa pesanan dari pelanggan lalu diberikan pada orang belakang. Kerjanya hanya seorang pelayan restoran mahal juga terkenal itupun sejak dia tinggal di rumah Scarlet. Mujur ada Scarlet menyelamatkannya dari mangsa manusia yang bersifat setan.

"Florence, ada panggilan buat kamu!" Jerit kawannya.

Dia bergegas mencapai ganggang telefon. Mungkin dari Scarlet.

"Helo!" Sapa Florence.

"Florence...hari ni kau balik ikut teksi ye...sebab aku kena hantar bos aku ni balik rumah dia. Maklumlah aku ni PA dia pun dah macam bini dia je!"

"Okeylah...pandu hati-hati nanti!"

Florence meletakkan semula ganggang telefon itu ke tempat asal. Dia cepat ke tempatnya semula lalu mengambil pesanan pelanggan yang baru datang. Entah kenapa dia rasa hampa hari ini. Setiap wajah pelanggannya dipandang namun tidak pernah dia melihat wajah orang yang dirindukannya itu. Mungkin lelaki itu sudah bahagia sekarang...

Pukul 5.30 petang, dia selesai bekerja. Selesai punch card kerjanya, dia terus melangkah keluar dari restoran itu. Kala dia menuju ke perhentian bas, dia terpandangkan sebuah kereta yang melintas. Entah bila tengok kereta itu dia teringatkan masa silamnya yang dia cuba lupakan.

Dia menahan sebuah teksi lalu masuk. Seperti biasa, dia terus balik ke rumah. Dia tidak ke mana-mana sebab dia khuatir dia akan terserempak dengan orang yang dia cuba jauhkan. Begitulah rutin hidupnya setiap hari. Bila Scarlet mengajaknya shopping, dia menolak sebab dia tidak mahu dirinya terserlah di tempat awam.

.....

Leonard betul-betul tidak sangka akan terserempak dengan Florence di restoran itu namun Florence tidak pula perasan dengan kehadirannya di situ. Tiga tahun berlalu, rasa bersalah itu masih menganggunya.

Dia mengekori gadis itu sampai ke perhentian bas. Namun Florence ternyata masih tidak sedar akan dirinya yang sedang diekori. Kenapa wajah gadis itu tidak seceria dulu? Hanya jasad sahaja hidup namun hatinya mati. Itu bukan Florence yang dikenalinya dulu. Huh!

"Awak teringatkan siapa?"  Tegur seseorang yang mengejutkannya untuk ke dunia realiti.

Leonard terus duduk dengan betul. Wajah Eileen dipandang lama. Siapa sangka jodohnya sampai awal. Sekarang Eileen sudah menjadi isterinya yang sah. Tapi dia sedih dengan nasib Florence di luar sana. Semuanya salah dia!

"Leonard, awak ada masalah ke?" Soal Eileen begitu risau dengan keadaan suaminya itu.

"Saya dah tak nak ingat masa lalu tapi entah tadi petang saya terserempak dengan Florence..."

"Awak ada hati dengan dia ke?" Tanya Eileen begitu pantas.

"Taklah! Saya serba salah je dengan nasib dia. Dia dah tak ceria macam dulu..." jelas Leonard begitu jujur.

Eileen mengeluh. Ditatap wajah sang suami yang begitu muram. Dia pun tidak menyangka akan mengahwini lelaki itu. Hatinya dulu mahu mencintai Alexander tapi siapa sangka jodohnya bersama Leonard. Dia betul-betul jatuh cinta dengan Leonard dan dia tidak mahu kehilangan lelaki itu.

"Awak jangan risau...dia akan baik-baik je!"

"Tapi saya salah! Saya dah hancurkan kebahagiaan yang dia kecapi dulu. Kita bahagia tapi tengok keadaan dia?!"

"Leonard, apa awak nak sebenarnya? Awak nak kahwin dengan dia supaya dia gembira? Tu ke?" Lawan Eileen yang tidak puas hati.

"Kalau saya bawa dia kahwin dengan saya pun, dia akan tolak! Sebab hati dia dah mati dengan masa lalu dia," jelas Leonard lalu memalingkan matanya dari memandang Eileen.

"So awak ada niat nak kahwini dia?!"

"Eileen, saya tak akan duakan awak...saya hanya mencintai awak seorang je! Dalam situasi begini awak kena fahami keadaan saya," pinta Leonard.

"Faham awak je?! Hati saya ni?! Kalau awak nakkan Florence tu sangat, pergilah kahwin dengan dia tapi awak kena lepaskan saya dulu!" Jerit Eileen lalu beredar dari situ.

Leonard terkedu. Sekarang isterinya sudah salah faham. Bukan dia mahu bersama Florence tapi dia mahu menebus kesalahannya dulu.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now