Bab 7

6.9K 236 0
                                    

Eileen mendengus kasar. Kerap kali mesej yang dihantarnya tidak ada balasan dari Alexander. Sakit hatinya bila diperlakukan sebegitu rupa. Tapi kau memang pantas diperlakukan begitu, Eileen...

Memang salah dia juga sebab dulu dia yang memulakan. Dia yang curang. Dia yang khianati cinta lelaki itu. Dia juga yang mahukan perpisahan. Tapi kenapa sekarang dia yang kembali merayu? Memang patut pun Alexander melayannya seperti sampah! Air matanya jatuh mengalir di pipi. Sungguh dia yang bersalah tapi sekarang sungguh dia mahu bersama Alexander semula. Dia mencintai lelaki itu.

Ting!

Eileen memandang pada Alcatelnya dengan lama. Begitu lama dia berfikir sehingga dia terfikirkan Alexander. Cepat sahaja dia membuka mesej namun sangkaannya meleset sama sekali. Bukan Alexander tapi Logan yang tidak pernah berhenti merayu untuk kembali dengannya.

"Arghhh!" Jerit Eileen seiring dengan tangisan penyesalan.

.....

Esok harinya, selepas tamat rehearsal Fashion Show, Eileen terus memecut keretanya menuju Xander building yang begitu megah berdiri. Selama ini dia buta dengan harta benda sehingga dia lepaskan lelaki yang begitu tulus mencintainya. Bukan masa untuk kau menangis lagi, Eileen...

Dia melangkah keluar dari kereta Mercedez Benz dengan begitu yakin. Walaupun Alexander tidak pernah menerimanya namun dia tidak akan goyah untuk terus merayu. Langkahnya selalu diperhatikan. Maklumlah mulut staf di situ selalu becok tentang dirinya.

"Sayang!" Panggil Eileen begitu manja apabila langkahnya selamat masuk ke dalam pejabat Alexander.

Renungan tajam dari lelaki itu tidak dipedulikan. Yang penting dia bahagia dapat tengok keadaan lelaki itu. Dengan selambanya, dia duduk di kerusi hadapan Alexander.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Kan I dah promise dengan you yang I akan datang jenguk you often sebab I tak nak ada orang nak rampas you dari I. You hanya milik I, sayang..." jelas Eileen dengan senyuman di bibir yang diwarnakan dengan gincu merah gelap.

"Eileen, kita dah putus. OVER! kau tak reti bahasa ke?!"

"Sayang, apa kata kita go back? Lepas ni I janji akan sayang you seorang je! Pleaselah sayang...berilah I peluang...I tak tipu I memang masih cintakan you. Please give me a second chance..." rayunya dengan sepenuh hati.

Alexander mengeluh kasar. Eileen begitu mengharap.

"Eileen, just move on...aku dah ada seseorang yang aku rasa layak untuk jadi isteri aku. Aku nak kau lupakan aku dan kisah lama kita. Aku tak nak dah bertekak dengan kau. So please get out now!"

"Siapa perempuan tu?" Tanya Eileen dengan dadanya yang berombak marah memandang pada Alexander.

"Someone special...dan kau tak kenal pun siapa orang tu," jawab Alexander.

Eileen bingkas bangun. Sakit hatinya! Namum matanya terus mencerlung tajam ke arah Alexander yang berlagak tenang.

"I tak akan biarkan you bahagia, sayang...Kalau you bahagia pun hanya akan bersama I! Bila I tau siapa perempuan tu I akan bunuh dia!!!" Jerit Eileen dengan rasa geram yang dilepaskan.

Habis katanya itu, dia terus melangkah keluar dari situ. Ayren yang berada di mejanya tidak dihiraukan. Gadis itu juga merupakan musuhnya dari dulu lagi. Dia pergi begitu sahaja sehinggalah dia terlanggar seseorang di depan pintu lif. Eileen mula menyumpah.

"Kau ni tak ada mata ke?!" Marah Eileen melihat pada lelaki yang mengutip telefonnya yang jatuh di lantai.

"Saya ada mata itu pun kalau awak yang tak nampak. By the way, atas urusan apa awak datang ke sini, Cik Eileen? Setahu saya hubungan awak dah putus dengan Alexander tahun lepas..."

"Hey, kau siapa nak halang aku nak jumpa Alex?! Suka hati akulah nak jumpa dia, kau apa kisah!" Lawan Eileen.

Leonard senyum sinis. Wajah Eileen dipandang dengan geram. Rasa nak tampar sahaja pipi gadis itu!

"Tak malu ke Alex dah buang awak tapi awak masih terhegeh-hegeh nakkan dia? Awak tak sedar ke yang awak tu yang buang Alex dulu tapi sekarang awak dah kutip ludah awak sendiri!" Sinis Leonard berbicara sebelum dia melangkah pergi.

Eileen geram hati. Namun dibiarkannya sahaja. Hari itu biar dia kalah tapi esok dia akan menang!

.....

Leonard melangkah masuk ke dalam pejabat kawannya itu. Seperti biasa, Alexander khusyuk dengan kerjanya. Leonard duduk. Pelik! Selalu muka garang bila Eileen muncul tapi hari ini muka tenang sahaja. Mendamaikan.

"Kau boleh tak jangan pandang aku macam tu?!" Tegur Alexander yang begitu tidak selesa dengan pandangan Leonard itu.

Leonard tarik sengih. Alexander kembali memandang pada kertas kerja yang membuat Leonard begitu bosan.

"Kau tak apa-apa ke?" Soal Leonard masih melihat pada kawannya itu.

"Maksud kau?" Soal Alexander tidak mengerti.

"Tadi masa aku datang sini aku terserempak dengan Eileen..."

"Pasal tu ke? Leo, aku okey! Dia merayu pun aku tak akan terima dia. Aku dah kata yang aku dah ada orang lain. Tu lah dia marah tapi aku macam ni..." jelas Alexander dengan senyuman senang sekali memandang pada Leonard.

"Kau dah ada orang lain?! Siapa orang tu?" Pantas Leonard menyoal.

"Jauh di hati namun dekat di mata aku..."

Alexander senyum lebar. Leonard menggaru kepala yang tidak gatal. Tengok Alexander seperti itu, sama seperti orang yang sedang kemaruk cinta. Tak mungkin Ayren pula?

"Tahniah, bro! Tak sangkakan kau dah jatuh cinta sekarang. Aku tunggu kau kenalkan dia dengan aku tu pun kalau kau dah ready nanti," kata Leonard begitu teruja.

"Kau pula bila?"

"Bila apa?!" Leonard tidak mengerti maksud Alexander.

"Cari kekasih hati? Aku tengok kau single je..."

Leonard gelak suka. Alexander tumpang gelak sekaki.

"Aku bukan nak single teruslah. Tapi dah kau kata cari kekasih tu aku teringatkan Florence, maid baru kau tu! Aku rasa aku nak tackle dialah!"

Mendengar nama Florence disebut, Alexander tersentak. Terus tawanya mati. Namun melihat muka kawannya yang gembira itu, dia terus lepaskan keluhan. Matanya terus pura-pura fokus pada kertas yang berselerakan di atas meja.

"Kau dengar ke tak ni?" Tegur Leonard sambil menepuk pada tangannya.

"Kau cakap apa?" Alexander mendongak pada Leonard.

"Hari minggu ni aku datang ke rumah kau nak ajak maid kau tu keluar. Boleh tak?"

Leonard setia menanti jawapan dari mulut kawannya itu. senyuman teruja  mula terukir.

"Kau tanya dialah sebab jawapan tu ada dekat dia samaada dia sudi keluar dengan kau atau tak," jawab Alexander yang mampu menyelamatkan keadaannya saat itu.

"Thanks, bro!"

Leonard mengenyitkan matanya pada Alexander. Alexander senyum hambar. Lega hatinya bila Leonard melangkah pergi. Namun hatinya tidak tenteram. Bagaimana kalau Florence jatuh di tangan Leonard bukan dirinya?

Satu sahaja yang perlu dilakukannya. Itu sahaja idea yang dia ada ketika itu. Dia harus lakukan itu.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now