Bab 28

5.3K 178 1
                                    

Leonard memandang keadaan Alexander dari luar wad itu. Tidak sanggup dia bersua muka dengan kawannya itu. Dia tahu Alexander sedang menanti kedatangan Florence...

Eileen di sebelahnya berasa simpati. Ke mana Florence menghilang sehingga mereka tidak dapat menjejaknya? Entah apa yang terjadi pada gadis itu.

"Leonard, kenapa kita tak masuk?" Tegur Eileen bila terasa begitu lama mereka berdiri di situ.

Leonard menoleh pada isterinya di sebelah. Kepalanya digeleng perlahan. Wajahnya pula muram.

"Kenapa?" Soal Eileen tidak mengerti.

"Saya tak nak ganggu dia selama Florence tak ada ni...saya takut dia seperti dulu...cukuplah masa tu dia pelik bila ada orang wartawan ganggu dia. Saya kesian tengok dia...dan saya sebagai sahabat dia, tak dapat nak bantu dia," ujar Leonard dengan linangan air mata di pipi memandang Eileen.

Eileen perlahan mendakap tubuh suaminya itu. Erat. Kemas. Berharap Leonard tenang di dalam dakapannya itu. Dia turut memahami perasaan Leonard ketika itu.

"Awak kawan dia...sekurangnya awak jenguk dia tu pun dah cukup baik untuk Alex. Kalau dia waras, tentu dia bangga dapat kawan seperti awak. Tapi masa tu awak ada bantu dia...dari kena interview oleh wartawan tu!" Kata Eileen cuba memujuk hati lelaki itu. Belakangnya diusap lembut.

Pelukan terlerai...Leonard senyum lebar. Sisa air matanya dikesat.

"Sayang juga kan awak dekat saya," usik Leonard dengan senyuman di bibirnya.

"Mestilah saya sayang...sayakan isteri awak!" Balas Eileen malu-malu.

"Eileen, maafkan semua silap saya yang dulu..." ujar Leonard dengan kerutan di dahinya. Eileen senyum lebar lalu menganggukkan kepalanya.

"Saya tau awak dah lama berubah...saya sepatutnya percayakan awak," jawab Eileen dengan senyum bahagia.

Leonard senyum...dia menoleh ke arah Alexander. Alexander masih berteleku di atas katilnya sambil memandang ke luar jendela. Apa yang ada dalam fikiran lelaki itu pun dia tidak tahu. Sudah seminggu juga Florence menghilang dan seminggu itu juga Alexander seakan menantikan kedatangan dari gadis itu. Dan dia juga hanya mampu berdiri di situ...

"Kita masuk...kita jelaskan pada dia!" Kata Eileen sambil memegang tangan Leonard.

Leonard akur. Mereka masuk ke dalam wad Alexander. Alexander masih begitu keadaannya. Tidak bergerak dari tadi.

"Alex..." panggil Leonard perlahan.

Alexander menoleh sekilas. Bila terpandangkan Leonard dan Eileen, dia kembali memandang ke luar jendela. Leonard mengeluh kecil...Eileen mengenggam erat jemari suaminya untuk menyalurkan sebarang semangat.

"Florence tak muncul hari ni sebab dia sibuk..." kata Leonard.

Alexander diam. Dia dengar tapi dia malas untuk keluarkan suaranya. Selagi Florence tidak berdiri di depan matanya selagi itu dia tidak akan mengeluarkan suaranya. Dia hanya mahukan Florence untuk menghiasi harinya.

"Alex, cepatlah kau sembuh...dengan keadaan kau sekarang ni, musuh kau cuba nak ambil kesempatan atas kau. Aku sebagai kawan kau, aku nak yang terbaik untuk kau..." jelas Leonard sambil matanya melihat pada Alexander.

"Betul kata Leonard tu, Alex! Awak tak keseorangan dalam dunia ni. Awak ada kami dan Florence untuk awak sembuh. Dan kami akan sokong awak!" Ujar Eileen begitu yakin dan bersemangat.

Alexander diam membisu. Sekalipun dia tidak bersuara. Leonard senyum pada Eileen di sebelahnya. Mereka patut beri Alexander untuk berfikir...mungkin otak Alexander berserabut dengan seribu satu persoalan.

"Alex, kau tak perlu takut untuk bangun sebab kami ada untuk kau," ujar Leonard sambil mengusap bahu Alexander yang tidak memandang ke arah mereka.

"Beri...aku...masa..." ucap Alexander perlahan namun matanya tidak mengalih dari memandang ke luar jendela.

Leonard dan Eileen sungguh terkejut bila Alexander akhirnya bersuara. Leonard mengukir senyuman senang hati. Akhirnya Alexander mahu bercakap dengan mereka. Eileen semakin teruja.

"Okey, aku akan beri kau masa...tapi kau kena sembuh untuk Florence!" Pinta Leonard begitu mengharap.

Alexander diam. Tapi Leonard tahu lelaki itu mendengar katanya tadi. Eileen senyum...

Sebelum mereka beredar, sempat lagi mereka memberi kata semangat pada Alexander. Alexander diam tidak bermakna lelaki itu tidak mendengar.

.....

Leonard, tolong datang sekarang ke tempat restoran bekas saya bekerja dulu...jumpa awak kat sana!

Sent! Florence meneguk minuman yang dipesannya tadi. Dia perlu menanti kedatangan lelaki itu. Selama seminggu dia menghilang itu, dia cuba menyiasat tentang syarikat Xander dan selama itu dia sibuk menguruskan syarikat itu. Tambahan pula syarikat itu hampir muflis. Dia tidak mahu Alexander kehilangan syarikat itu...

Tiga puluh minit kemudian...Leonard muncul bersama Eileen di sebelahnya. Mereka seperti pasangan kekasih padahal mereka sudah berkahwin. Mereka duduk...

"Leonard, saya nak minta tolong dekat awak..."

"Florence, ke mana awak pergi sebenarnya? Kami cari awak tapi awak langsung tak hubungi kami..." Eileen menyoal bila terasa pelik bila Florence tiba-tiba muncul.

"Saya menghilang sebab saya nak uruskan syarikat Alex...syarikat tu dah hampir muflis dan saya tak nak Alex sedih bila dia dah hilang segalanya. Sebab tu lah saya nak jumpa awak, Leonard..." jelas Florence sambil silih berganti melihat pada Leonard dan Eileen di depannya.

"Saya minta awak uruskan syarikat Xander tu untuk sementara waktu je...saya mohon sangat-sangat!" Rayu Florence.

Leonard memandang pada Eileen. Dalam membuat keputusan, dia kena juga berbincang dengan Eileen.

"Tak apa, restoran awak saya handle. Awak kena tolong Alex..." kata Eileen dengan senang hati.

"Terima kasih, Eileen..." balas Leonard dengan senyuman lebar.

Florence menarik nafas lega. Sekurangnya bebannya berkurangan sekarang.

"Terima kasih, Eileen, Leonard...sebab sudi bantu saya dalam hal ni!"

"Tak perlulah berterima kasih sebab kami ikhlas bantu Alex. Kami ni pun kawan Alex jugak!" Ujar Scarlet begitu gembira melihat pada Florence.

Mereka memesan makanan dan minuman dan bercadang untuk makan di restoran itu sahaja. Florence gembira sekali bila melihat hubungan suamiisteri yang begitu mesra di depannya itu. Kalaulah...cepat sahaja dia mengusir segala angannya yang mungkin tidak dapat dicapainya.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now