Bab 4

7.4K 307 0
                                    

Florence melangkah keluar untuk mengunci pagar rumah. Dia kembali masuk namun dia terperanjat kecil bila Alexander berada di ruang tamu. Tadi waktu dia keluar tidak ada pula dia nampak kelibat lelaki itu. Dia menutup pintu perlahan lalu menguncinya.

"Dah kunci pagar luar?" Tiba-tiba Alexander menegur saat dia melintas.

"Sudah, tuan!" Jawab Florence begitu ringkas.

Florence teragak-agak untuk pergi. Sebab itulah dia berdiri di situ. Namun Alexander hanya mendiamkan diri. Florence pun ingin melangkah dan sekali lagi Alexander memanggilnya.

"Ada apa, tuan?" Tanya Florence sambil memerhati lelaki itu.

"Tolong buatkan kopi panas untuk saya. Kopi tu jangan manis jangan juga pekat!" Arah Alexander.

Florence beredar. Di ruang dapur, dia dengan tenangnya membancuh kopi panas untuk tuannya itu. Senang je nak bancuh kopi ni! Desis hati Florence.

"Belum siap lagi ke?" Tegur Alexander yang muncul dengan tiba-tiba.

Florence terkejut sehingga cawan yang berisi kopi panas itu tumpah terkena tangannya. Alexander juga terkejut lalu dia pantas menarik tangan Florence ke singki. Air mencurah-curah ke arah tangan Florence yang melecur itu. Florence mengadu sakit namun ditahannya. Kala itu dia terharu dengan keprihatinan yang diberikan Alexander terhadapnya.

"Awak tunggu sekejap di sini. Saya nak ambil ubat gigi!"

Alexander berlari ke tingkat atas. Florence setia berdiri di situ. Air masih keluar membasahi tangannya itu. Alexander muncul kemudian bersama ubat gigi ditangannya.

"Dah hilang rasa sakit tu?"

Florence angguk. Alexander menutup paip air itu lalu menyuruh Florence duduk. Dia pun menyapu ubat gigi itu di tangan Florence yang melecur sedikit itu. Salah dia juga buat gadis itu terkejut tadi.

"Sekarang saya nak balut tangan awak ni! Esok, jangan buka sebab takut kuman masuk," kata Alexander sambil khusyuk membalut tangan Florence dengan pembalut luka itu.

"Terima kasih, tuan..." ucap Florence perlahan namun dapat didengari Alexander begitu jelas.

Alexander bangun.

"Awak bersihkan tumpahan tu! Saya tak nak ada semut pun dekat situ!"

Alexander mencapai ubat gigi di atas meja lalu berlalu pergi dari situ. Florence senyum kelat. Tuannya dah tukar mood! Dia bangun lalu mengelap tumpahan air kopi tadi.

.....

Pagi esoknya, Alexander seperti biasa bangun lalu menuju ke bilik air. Bila terpandangkan ubat gigi, dia teringatkan luka Florence. Namun dia tersedar lalu mandi. Selesai sahaja dia mandi dia menyarungkan baju biasa ke tubuhnya. Maklumlah hari minggu dia tidak bekerja.

Alexander keluar dari biliknya lalu menuruni anak tangga untuk ke bawah. Dia nampak Florence yang sibuk menyediakan sarapan untuknya. Dia pun duduk di tempat kerusinya. Florence berdiri di situ. Casey pula masih di ruang dapur.

"Awak duduk sini," Alexander mengarahkan Florence duduk di kerusi di sebelahnya itu.

Florence tercenggang lalu dia pun duduk di kerusi tersebut. Waktu itu Casey datang. Dia pun kehairanan bila Florence duduk.

"Casey, awak juga duduk! Saya nak maklumkan mulai hari ni awak berdua boleh makan semeja dengan saya. Saya pelik bila saya makan kena tengok pulak!"

Casey senyum lebar memandang Alexander. Florence senyum lalu menikmati sarapan mereka. Alexander memakan spaghettinya itu namun sempat juga dia mencuri pandang ke arah Florence.

"Tangan awak tu dah okey ke?" Alexander bertanya.

"Dah okey, tuan. Tadi saya tengok lecur tu dah kering sikit,"

"Casey, saya nak awak temani Florence pergi klinik nanti...Saya nak luka Florence tak akan tinggalkan parut. Biarlah doktor periksa mana tau luka dia tu terjangkit dengan kuman. Kita kena berhati-hati jugak!" Ujar Alexander pada Casey.

"Baik, tuan!" Jawab Casey begitu gembira.

Florence pula tergamam. Kelu lidahnya untuk menolak. Orang dah buat baik, baik kita hargai jasa mereka!

"Terima kasih, tuan!"

.....

Alexander menanti di ruang tamu. Dia gelisah tidak menentu bila kelibat Casey dengan Florence belum muncul lagi dari klinik. Dia telefon tadi Casey cakap dah on the way sampai rumah. Dia terdengar bunyi deruman enjin kereta masuk ke kawasan itu. Laju kakinya mencuri pandang dari dinding cermin yang berlangsir itu. Seorang lelaki menghantar Casey dan Florence. Dan lelaki itu memang dia kenali. Laju sahaja kakinya menapak ke luar rumah.

"Florence, Casey, masuk sekarang!" Arah Alexander begitu tegas.

Florence dan Casey perlahan menurut. Mereka masuk ke dalam. Tinggal Alexander bersama lelaki itu.

"Siapa nama kau?"

"Mark!"

Alexander senyum sinis. Laju sahaja dia bertindak menarik kolar baju lelaki itu dengan kasar. Mark sakit hati lalu cuba menolak tubuh Alexander namun dia tidak berdaya.

"Kenapa kau dekati Florence kalau kau dah lukai hati dia?!" Soal Alexander begitu marah.

"Aku cuma terserempak dengan dia je tadi sebab tu lah aku tolong hantar dia..." jelas Mark.

Alexander melepaskan pegangannya pada kolar baju lelaki itu. Dia masih tidak berpuas hati. Mark pula senyum sinis.

"Kau jangan kacau dia lagi! Kalau aku nampak kau tegur dia aku takkan teragak-agak nak belasah kau!" Alexander sempat memberi amaran sebelum masuk ke dalam rumah.

"Tuan kenal dengan dia ke?" Soal Florence bila Alexander sudah masuk ke dalam rumah tersebut.

Alexander terkejut dengan pertanyaan dari gadis itu. Dia pun duduk di sofa empuk itu sambil memandang pada Florence.

"Saya kenal dia sebagai musuh seorang lelaki yang telah menghancurkan hati seorang perempuan suatu ketika dulu," jawab Alexander begitu tenang namun tidak pada Florence yang terasa dengan ayat tersebut.

Florence ingin pergi namun Alexander menyoal lagi. Dia terhenti.

"Awak tak ingat saya ke?"

"Awak siapa?" Soal Florence begitu ingin tahu.

"Saya lelaki yang beri awak payung hitam..." kata Alexander namun tidak memandang ke arah Florence.

Florence tergamam. Payung hitam?! Jadi lelaki inilah yang sudi beri dia payung itu. Tapi dia tidak berapa ingat wajah lelaki itu sebab itulah sekejap sahaja dia lupa.

"Oh, terima kasih, tuan..." ucap Florence.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now