Bab 22

5K 175 0
                                    

Eileen memeluk lengan Leonard begitu erat. Dengan cara itu sahaja dia rasa selamat. Dia tidak tahu ke mana suaminya itu membawanya pergi tapi bila masuk ke dalam restoran, dia terus senyum. Maklumlah perut pun dah lapar sangat. Mereka duduk di meja sudut tepi restoran itu.

"Leonard, awak pandang siapa?" Soal Eileen lalu mencari siapa yang dipandang lelaki itu.

"Perempuan tu?!"

"Dia kerja kat sini," jawab Leonard begitu selamba.

"Awak dah gila ke apa ni?! Saya tak nak jumpa perempuan tu!" Bentak Eileen begitu tegas.

"Saya tak curang dengan awak, Eileen...boleh tak awak ikut je cakap saya. Saya nak kita tolong dia, tu je!" Pinta Leonard separuh merayu.

"Nak tolong ke awak ada hati dengan dia?!" Sindir Eileen begitu sinis.

"Kalau saya ada hati dekat dia, dah lama saya tinggalkan awak, Eileen. Dahlah, jangan jadi budak-budak sangat!" Tegur Leonard lalu meneguk minuman jus oren yang dipesannya tadi.

Eileen menahan sakit hati. Hampir sahaja dia hilang sabar tapi mereka di tempat awam. Reputasinya pun kena dijaga juga. Senyumannya begitu sinis bila Florence datang mendekati mereka.

"Sorry, lambat! So apa hal awak nak jelaskan pada saya?" Soal Florence tidak menunggu lama.

"Florence, saya mohon dekat awak supaya kembali pada Alex..."

"Pasal dia ke?! Sorry, saya rasa hidup dia tengah bahagia sekarang ni. Tiga tahun waktu yang begitu lama dan selama tiga tahun tu jugak dia tak pernah nak jumpa saya. Saya rasa saya tak penting dalam hidup dia dah. Memang salah saya sebab saya khianati cinta dia tapi masa tu...saya tak curang pun," luah Florence cuba menahan air matanya.

"Semua silap saya, Florence. Masa tu saya berniat nak pisahkan awak dengan Alex sebab tu saya call awak nak jumpa biar Alex salah faham tentang hubungan kita berdua," jelas Leonard dengan serba-salah.

Florence dan Eileen terkejut mendengar penjelasan dari lelaki itu. Namun yang lebih sakit adalah Florence. Sanggup Leonard memperlakukannya begitu. Sedangkan dia dah anggap lelaki itu kawan dia.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Soal Florence begitu tegas merenung Leonard di depannya.

"Sebab dulu saya buta mencintai awak...Florence, tolong maafkan saya..." rayu Leonard dengan wajah serba-salah.

Florence diam membisu. Pandangannya dilarikan ke tempat lain. Sungguh hatinya tergores dengan Leonard. Dia menyangka lelaki itu baik tapi ternyata jahat di dalam. Sanggup dia memisahkan dirinya dengan Alexander yang dulu saling mencintai. Huh! Florence bangun namun dia terduduk kembali. Air matanya mengalir deras membasahi pipinya. Dia tidak peduli orang di situ yang memandang padanya.

"Florence, marilah ikut saya...saya rasa Alex perlukan awak sekarang ni!" Kata Leonard.

Eileen yang memerhati keadaan Florence turut merasa simpati. Nak marah Leonard, takut jadi perhatian orang ramai. Dia akhirnya tidak pedulikan Leonard. Laju sahaja tangannya membantu Florence berjalan keluar dari restoran itu lalu menuju ke arah kereta mereka.

"Eileen, saya minta maaf..." ucap Leonard sebaik Eileen menutup pintu kereta belakang bila Florence sudah masuk ke dalam.

"Saya tak nak kita berbincang dekat sini...tapi saya tak akan maafkan awak," balas Eileen lalu masuk ke dalam kereta.

Leonard mengeluh kecil. Laju sahaja dia masuk lalu memandu keretanya pergi dari situ. Sepanjang perjalanan itu, keadaan senyap sahaja. Florence mengelamun memandang ke luar. Eileen pula memandang ke hadapan namun fikirannya tidak di situ. Leonard pula memberi fokus pada pemanduannya. Semua salah dia!

"Kita dah sampai!"

Florence tersentak lalu dia memandang di tempat itu. Bukan rumah Alexander tapi bangunan hospital. Dia pelik. Lelaki itu sakitkah? Dia keluar bila Leonard dan Eileen keluar dari kereta itu.

"Kenapa kita dekat hospital ni? Siapa yang sakit?"

.....

Florence menangis dan terus menangis. Bila melihat keadaan Alexander, dia terus berasa simpati. Jambangnya tidak terurus lagi. Badannya semakin kurus, tidak seperti dulu. Leonard memberitahu segalanya pada dirinya mengenai penyakit mental yang telah dialami oleh Alexander sejak dia kecil lagi.

Dia berdiri di depan dinding cermin itu yang memisahkannya dengan lelaki itu. Alexander duduk di atas katilnya sambil mengelamun. Pandangannya dihalakan ke arah tingkap wad perseorangan itu.

"Florence, beginilah keadaan dia setiap hari. Dia hanya makan sedikit je. Tiap malam dia tak tidur. Doktor cakap dia selalu meracau yang mereka tak faham," terang Leonard yang juga turut memandang Alexander.

"Betul ke dia ada penyakit mental tu dari sejak kecil lagi? Apasal saya tak tahu?!" Soal Florence mahu tahu.

"Alex yang suruh saya sembunyikan penyakit dia tu sebab dia takut dia tak akan kahwin...tu alasan dia," jawab Leonard perlahan.

"Awak tak nak masuk ke?" Soal Leonard bila Florence masih berdiri di situ.

Florence geleng kepala. Dia tidak mahu bersua dengan lelaki itu. Dia masih ingat kata lelaki itu tiga tahun lalu. Alexander mungkin tidak mahukan dia lagi. Florence berpusing lalu melangkah jauh dari wad itu. Dalam fikirannya dia hanya mahu balik ke rumah. Dia mahu lupakan segalanya tentang Alexander.

"Biarkanlah dia berfikir...saya tau dia terkejut bila tengok keadaan Alex," kata Eileen membuat Leonard tidak jadi mengekori Florence.

.....

Leonard melangkah masuk ke dalam wad Alexander. Namun kawannya itu tidak menoleh mahupun memandang ke arahnya. Pandangannya tepat menghala ke arah jendela wad itu. Eileen turut berdiri di sebelahnya.

"Alex, kau okey ke?" Tegur Leonard perlahan.

Alexander diam membisu. Leonard mengeluh kecil. Sampai bila Alexander seperti itu? Eileen menghampiri Alexander lalu bahu lelaki itu disentuh. Lelaki itu tidak menoleh.

"Alex, saya datang nak beritau awak yang saya dah dapat lupakan awak. Saya dah dapat kebahagiaan saya bersama Leonard. Mula-mula tu saya tak percaya tapi bila saya dah jatuh cinta, baru saya tau Leonard ni untuk saya. Dan awak bila lagi? Saya nak tengok awak bahagia, Alex..." ujar Eileen cuba memujuk lelaki itu untuk bercakap.

Masih diam. Bergerak pun tidak. Eileen membuang pandang pada Leonard.

"Marilah kita balik! Florence mungkin dah lama tunggu kita," ajak Leonard pada Eileen.

Eileen mengekori langkah suaminya meninggalkan wad itu. Alexander belum ada perkembangan. Doktor pun sudah letih untuk mengajak lelaki itu berbual. Tepat jangkaan mereka bila Florence sedang menanti mereka di bangku kosong dekat kereta mereka.

Perjalanan mereka begitu sunyi. Namun hanya celoteh Deejay radio sahaja yang sudi memecahkan suasana sunyi itu. Florence membuang pandang ke luar. Bayangan Alexander terbayang di matanya. Kenapa?! Kenapa lelaki itu yang terseksa?

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now