Bab 3

8.2K 312 0
                                    

Florence menyediakan sarapan setelah disuruh oleh Casey. Dia menurut maklumlah dia masih baru bekerja di situ. Kelmarin adalah hari pertamanya. Bila terpandangkan tuannya itu dia seperti pernah melihat lelaki itu tapi entah di mana.

"Selamat pagi, tuan!" Sapa Florence dengan mesra bila Alexander muncul lalu duduk.

Florence pun menuangkan jus oren dalam gelas seperti yang diajarkan Casey tadi. Dia berdiri tegak semula bila Alexander tidak mahu layanannya. Casey memandang Alexander yang makan dengan seleranya.

"Casey, tolong lepas ni suruh dia buat kerja rumah. Kalau hal memasak tu saya suruh awak yang lakukan..." pinta Alexander selesai mengunyah suapan terakhir.

Dia memandang pada Florence. Agak lama sehingga gadis itu tertunduk.

"Saya benarkan awak bekerja di rumah saya ni tapi satu syarat prestasi kerja awak saya pantau. Kalau satu kesalahan awak buat saya biarkan tapi kalau dah buat banyak kali saya ada hak untuk pecat awak. Jangan main-main bila bekerja dengan saya. Faham?!" Tegas suara lelaki itu membuat Florence mengangguk cepat.

Alexander bangun lalu melangkah pergi dari situ. Casey memberi beg kerja pada Florence. Florence kaget. Takkan dia pula nak beri beg itu lagi. Gerun sungguh! Namun Casey memaksanya.

Dia melangkah ke arah ruang depan dan dia dapat lihat Alexander sedang memakai kasut hitamnya. Dia perlahan menghampiri.

"Ini beg tuan..." kata Florence lalu menghulurkan beg kerja itu pada Alexander.

Alexander melemparkan senyuman mesra sambil mengambil beg kerjanya itu. Florence tercenggang. Cepat benar tuannya itu tukar mood. Tadi serius sekarang dah baik.

"Thanks!" Balas Alexander sebelum pergi menapak ke kereta Audinya.

.....

Alexander berjalan ke arah lif. Dia masuk bersama pekerja yang lain di situ. Dia senyum. Sampai di tingkat 20, dia melangkah keluar lalu berjalan ke arah ruang pejabatnya. Namun siapa sangka angin taufan melanda bila terpandangkan sekujur tubuh yang amat dikenali menantinya di sofa luar pejabatnya.

"Good morning, Alex! Wow, you look great!" Sapa Eileen dengan manjanya menghampiri lelaki itu.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Alexander begitu malas.

"Kan I dah kata I nakkan you, sayang...That's why I datang ni," kata Eileen dengan suara lunaknya.

Alexander mendengus kasar. Dia masuk ke dalam ruang pejabatnya sambil diekori oleh Eileen.

"Hey, kau boleh tak jangan kacau aku lagi? Kau tak ada kerja lain ke? Mana boyfriend yang kau sanjung dulu tu?"

"I dah putus dengan dia...Lex, I sayangkan you. Sungguh I sayangkan you...Lepas I putus dengan dia, I rasa bersalah sangat buat you luka dulu. Kali ni I nak tebus kesalahan I yang dulu..."

Alexander tergelak dengan sukanya. Mudahnya perempuan menabur janji nanti janji itulah yang akan memakan diri. Dia sudah serik. Serik untuk mempercayai kata-kata dari mulut Eileen. Dulu memang dia senang diperbodohkan tapi tidak kali ini.

"You're so funny, Eileen!"

Eileen mengukir senyum. Dia bahagia tengok lelaki itu berbaik dengannya.

"So, sayang apa kata kita go back? You know you're destined to be my future husband...and I'm your lovely future wife. Takkan itu menarik sungguh!" Pinta Eileen begitu teruja.

"Kau gila apa ni?! Sampai bila aku nak terima kau? Nak termuntah aku kalau dapat isteri macam kau tau tak! Sekarang kau pergi kalau tak aku panggil security aku..." ugut Alexander cuba menakutkan gadis itu.

"Hey, I'm not scared, sayang! I akan datang esok and by the way I tak akan pernah mengalah untuk ambil hati you!" Ucap Eileen dengan penuh yakin sekali.

Eileen melangkah keluar. Namun malang sungguh dia terserempak pula dengan Ayren, secretary Alexander yang pernah memendam perasaan pada Alexander.

"Kau ni memang tak pandai malu kan...Dah orang cakap tak nak memaksa pulak. Dulu memang Alex macam sampah tapi Alex sekarang takkan ambil orang sampah macam kau ni!" Ucap Ayren sambil menjeling ke arah Eileen.

"Hello, dia tu bekas aku. Dan dengan mudahnya aku akan dapat dia semula. Bukan macam kau dari dulu sampai sekarang asyik memendam perasaan. Kasihan deh lo!" Lawan Eileen tidak mahu mengalah depan perempuan itu juga musuhnya untuk merebut hati Alexander.

Ayren sakit hati. Laju tangannya mendarat ke arah rambut gadis itu lalu menariknya dengan kasar. Eileen pula mengadu sakit diperlakukan sebegitu.

"Kau dengar sini...Aku akan pastikan rancangan kau nak pikat Alex tu tak akan berjaya. Lebih baik kau pergi sekarang sebelum rambut kau aku cabut, biar botak kepala kau!"

Dia melepaskan rambut Eileen. Eileen mendengus kasar lalu cepat berlalu dari situ. Ayren pula tersenyum kemenangan. Itulah yang dia dapat ajarkan perempuan tidak pandai malu itu.

Ayren membancuh coffee panas di dalam cawan seperti biasa. Kali ini dia buat dengan sepenuh jiwa raganya. Selepas itu dia membawa coffee panas itu di ruang pejabat bosnya.

"Good morning, bos!" Sapa Ayren begitu gembira sambil meletakkan coffee panas itu di atas meja Alexander.

"Kalau Eileen datang lagi suruh dia jangan masuk office aku. Kalau boleh panggil security terus usir dia keluar," arah Alexander dengan wajah serius namun dia tidak memandang pada Ayren.

"Baik, bos!" Balas Ayren dengan senyuman senang.

Alexander meminum coffee panas itu sebaik Ayren melangkah keluar. Namun dia meludah semula. Pahit sungguh! Dia tidak jadi minum lalu dia menyambung membuat kerjanya. Dia tahu Ayren sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya namun dia buat endah tak endah sahaja. Dia tidak akan terpikir untuk jatuh cinta dengan secretarynya sendiri. Dalam buku novel cinta mungkin romantik tapi tidak pada dia.

.....

Florence berdiri di situ menyambut kedatangan tuannya. Itu pun Casey yang menyuruhnya. Dia terpaksa. Sudah pukul 6 petang namun belum ada lagi kelibat Alexander. Naik lenguh kakinya berdiri tegak di situ.

"Florence, kalau tuan datang kamu terus ambil beg kerja dia. Kalau dia duduk nanti kamu tolong bukakan stokin dia. Kasutnya kamu simpan dalam rak,"

Itulah yang Casey suruh dia buat bila tuannya itu sudah tiba. Nak buka stokin sendiri pun malas! Kala itu kereta Audi hitam masuk. Alexander keluar lalu mendekati Florence. Beg kerjanya diberikan pada gadis itu. Alexander masuk ke dalam rumah lalu Florence menyimpan kasut hitam yang dipakai tuannya itu di dalam rak kasut.

Dia pun bergegas masuk lalu menuju ke ruang tamu. Alexander sudah menunggunya di situ. Florence memandang stokin di kaki tuannya itu. Bagaimana kalau bau busuk?! Gelinya!

"Please bukakan stokin saya ni!"

Florence tunduk sedikit. Dia pun menarik perlahan stokin dari kaki tuannya itu. Bau wangilah! Florence tidak sedar bibirnya mengukir senyum. Florence bangun semula bila selesai sahaja kerjanya itu.

"By the way stokin saya takkan bau busuk macam lelaki kat luar sana!" Sindir Alexander begitu tajam.

Florence terkejut kecil. Namun cepat dia berlalu dari situ. Alexander senyum sendiri selepas itu. Dia pun bangun lalu menuju ke tingkat atas.

Florence menarik nafas lega bila tuannya itu tersenyum. Kejap pula tuannya itu bertukar mood. Dia menemani Casey menyediakan makan malam di atas meja.

"Ibu, tuan tu memang macam tu ke?" Tanya Florence sambil memandang pada ibu angkatnya itu.

"Bersabarlah. Mood dia tu kejap marah kejap baik. Kadang-kala dia bawa marah dia dari syarikat ke rumah. Ibu nak Florence bawa bersabar..."

"Okey, ibu!"

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now