Bab 24

5K 181 0
                                    

Scarlet memandu keretanya menuju ke hospital yang dikatakan Florence. Florence di sebelahnya dipandang sekilas. Baru dia sedar kebelakangan ini kawannya itu suka mengelamun.

"Florence, kita dah sampai!" Beritahu Scarlet bila dia mematikan enjin keretanya.

Florence tersedar lalu memandang sekelilingnya. Mereka sudah sampai di hospital itu. Begitu cepat mereka sampai sehingga dia tidak perasan. Mereka keluar lalu melangkah menuju ke bangunan yang menempatkan orang mempunyai gangguan mental. Scarlet mula pelik. Ini bukan sakit biasa!

"Florence, kau nak jenguk siapa kat sini?" Soal Scarlet lalu mencapai lengan Florence.

"Kau tak payah risau sangat. Aku jenguk kawan aku. Kalau kau tak nak tunggu dekat sini, kau tunggu aku kat depan sana," kata Florence dengan wajah tenang.

"Tak apa, aku temani kau! Aku nak jugak tengok kawan kau tu!" Jawab Scarlet pantas maklumlah dia pun takut nak tunggu depan bangunan itu. Takut nanti terserempak pula dengan orang mental menganggunya.

Sampai di wad Alexander, Florence terhenti lalu memandang Alexander dari dinding cermin itu. Lelaki itu masih lena. Scarlet memandang kawan Florence itu dan matanya terbeliak besar. Bukan ke itu Alexander, musuh bosnya?

"Betul ke tu kawan kau, Florence?" Soal Scarlet meminta kepastian dari kawannya itu.

"Scarlet, kau tunggu aku dekat sini. Aku nak jumpa doktor sekejap,"

Scarlet tidak jadi membalas bila Florence begitu pantas meninggalkannya di situ. Scarlet pantas mencapai Iphone 4s lalu menghantar mesej pada bosnya. Dia harus memberitahu Logan bagaimana keadaan musuh mereka sekarang ini.

Florence muncul kembali dengan pas lawatan di tangannya. Seorang nurse juga turut menemaninya di belakang. Scarlet terus menyimpan Iphonenya ke dalam beg tangan.

"Scarlet, aku nak masuk. Kalau kau bosan kau tunggu aku kat depan!" Ujar Florence.

"Okey, aku tunggu kau kat depan!" Kata Scarlet lalu berlalu dari situ.

Florence dan seorang nurse mula melangkah masuk ke dalam wad Alexander. Florence menghampiri lelaki itu yang masih begitu lena. Florence mula berasa selamat lalu nurse itu meninggalkannya di situ. Dia menatap wajah lelaki itu yang dulu pernah menjadi kekasih hatinya. Jambangnya yang tidak terurus itu menyusahkannya untuk menatap seluruh wajah itu.

"Alex, saya datang..." ucap Florence perlahan namun tidak semena air matanya mengalir laju.

Florence pantas menahan tangisnya. Dia khuatir tangisannya itu akan menganggu lena Alexander. Dia berjalan menghampiri jendela wad itu lalu membukanya perlahan. Begitu lama dia tercegat di situ kerana begitu segar bila ditiup angin. Dia tersedar bila Samsung J1 ace nya berbunyi yang baru dibeli dua minggu lepas. Laju sahaja dia menjawab panggilan itu.

"Florence, aku jalan dulu sebab aku kena jumpa bos aku ni. Sorry..."

"Tak apa, Scarlet. Aku boleh balik naik teksi nanti. It's okey. Bye!"

Florence menyimpan Samsungnya ke dalam poket seluarnya. Dia menoleh ke belakang. Matanya terbeliak besar bila terpandangkan Alexander berdiri di depan matanya.

"Florence..."

Florence ketakutan bila mata lelaki itu merenungnya begitu tajam. Dalam fikirannya sekarang dia harus melarikan diri dan keluar dari situ.

"Alex, saya cuma nak jenguk awak je...tapi lepas ni saya tak akan muncul depan awak lagi," ujar Florence dengan suara yang bergetar.

Florence cepat tunduk. Jantungnya rasa nak keluar sahaja bila bertentang mata dengan Alexander. Bila mereka seperti itu, Florence perlahan mahu bergerak dari situ lalu dia berlari cepat menuju ke arah pintu. Tapi Alexander pantas bertindak menahan pintu itu lalu dikunci dari dalam.

Florence tidak tahu nak buat apa. Nak jerit tapi tekaknya tidak mengeluarkan suara. Jantungnya berdegup laju dari biasa. Peluh mula membasahi dahinya.

"Alex...tolong..." kata Florence terhenti di situ bila Alexander pantas mendakap tubuhnya.

Hampir sahaja dia lemah jantung dibuatnya. Namun dia turut membalas pelukan itu. Terlalu lama dia tidak merasakan pelukan dari lelaki itu. Dan dia sangat merinduinya. Air matanya laju mengalir di pipi.

.....

Florence memandang Alexander sambil mengenggam jari-jemari lelaki itu. Alexander tidak banyak bersuara sedari tadi. Cepatlah sembuh, Alex...

"Kedatangan awak sekurangnya boleh membawa perubahan sedikit pada dia. Bukan apa selama ni saya merawat dia, dia tak pernah keluarkan satu suara. Tapi sejak awak muncul depan dia, saya gembira sangat walaupun dia hanya sebut nama awak. Itu dah cukup baik buat saya," jelas Doktor Nicole bila dia datang untuk memeriksa keadaan pesakitnya.

"Doktor, boleh ke Alex diselamatkan dari mental dia tu?" Soal Florence begitu mahu tahu namun matanya sekilas memandang pada Alexander.

"Saya jamin dia boleh sembuh dan dapat diselamatkan...itu pun atas dorongan kamu yang saya perlukan. Lepas ni, awak selalu jenguk dia...dan saya sedaya upaya untuk menyembuhkan dia," jelas doktor Nicole begitu yakin dengan senyuman di bibirnya.

Florence senyum nipis. Dia kembali memandang pada Alexander yang sedari tadi memerhatikannya. Doktor Nicole meminta diri untuk beredar.

"Saya akan bantu awak...lepas awak sembuh, saya akan pergi," janji Florence.

"Florence..." panggilnya lagi dengan air mata bergenang.

Florence senyum lalu cepat mengesat air mata yang baru jatuh di pipi lelaki itu. Dia tidak suka tengok lelaki itu menangis lagi.

"Awak kena kuat...kalau nak sembuh, awak kena usahakan," ujar Florence cuba memberi Alexander semangat untuk teruskan hidup.

"Florence..." panggilnya lagi. Mulutnya seakan mahu berkata tapi tidak ada satu suara yang keluar selepas itu. Florence pelik!

"Awak nak kata apa?" Florence cuba merapatkan telinganya dekat dengan mulut lelaki itu.

"Saya...sayangkan...awak..."

Florence tersentak. Namun dia pura-pura tidak dengar.

"Dah habis waktu melawat. Saya kena balik sekarang...esok saya akan datang lagi jenguk awak. Saya akan pastikan awak sihat dan sembuh secepatnya..."

Florence bingkas bangun. Dia memandang Alexander lalu melemparkan senyuman mesra. Namun jantungnya ketika itu bagai mahu meletup sahaja. Akhirnya dia dapat menatap wajah lelaki itu...

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now