Bab 30

6K 186 0
                                    

Leonard melangkah menuju ke pejabat Logan. Larangan dari PA lelaki itu tidak dihiraukan. Dia hanya perlu bertemu Logan hari itu untuk menyelesaikan dendam lelaki itu terhadap Alexander.

Pintu pejabat ditolak kasar. Nampak Logan di dalam terkejut dengan tindakannya yang begitu kurang ajar seperti tidak ada adab. Dia begitu sakit hati dengan lelaki itu. Tidak pernah habis-habis menjatuhkan Alexander...

"Encik tak boleh..." Scarlet tidak menjadi menegur bila Logan sendiri mengalukan Leonard masuk.

"Scarlet, awak buatkan minuman," arah Logan sebelum Scarlet beredar dari situ.

Leonard masuk lalu melemparkan suratkhabar di atas meja Logan. Logan cuba mengukir senyuman sehabis mungkin. Leonard di depannya dipandang tanpa rasa bersalah.

"Apa yang kau tak puas hati dengan Alex sampai kau sanggup hantar gambar dia dekat public hah?!" Tengking Leonard dengan wajahnya marah sekali.

Logan tercenggang. Dia sendiri tidak faham dengan maksud lelaki itu.

"Apa yang kau merepek ni? Aku tak pernah cari pasal dengan dia lagi!" Lawan Logan tidak puas hati dituduh tanpa usul periksa.

Leonard mencebik. Laju sahaja tangannya membuka lembaran suratkhabar tadi lalu jari telunjuknya menunjukkan pada tajuk utama. Kala itu mata Logan terbuntang luas. Terkejut tidak terduga!

"Ta-tapi tu bukan kerja akulah..." ujar Logan cuba membela diri walaupun dirinya terasa lemah ketika itu sebab dia tidak ada bukti kukuh untuk itu.

"Kau jangan nak tipu akulah, Logan. Dari dulu lagi kau memang dengki dengan Alexander dan sedari dulu lagi kau memang musuh tetap Alexander. Kalau bukan kau siapa lagi?!" Jerit Leonard tidak mahu mengalah dengan penipuan lelaki itu. Matanya merenung tajam pada anak mata Logan yang juga memandang ke arahnya.

"Tapi tu bukan aku yang buatlah! Mungkin ada orang yang cuba sabotaj aku,"

Melihat Logan yang bersungguh-sungguh itu, Leonard mula terdiam. Kalau bukan Logan siapa lagi yang berani melakukan itu? Kala itu, Scarlet muncul dengan dua cawan minuman untuk mereka. Tapi wajahnya jelas ketakutan.

"Mungkin kau betul! Mungkin ada orang sabotaj kau dalam perkara ni. Kau tak nak siasat ke mana tau orang yang sabotaj kau adalah orang dalam syarikat kau,"

Logan mengerut dahinya. Matanya melihat pada Leonard yang mula mempercayainya. Kala itu, dia terpandangkan Scarlet yang mula gelisah tidak menentu.

"Mungkin kau betul! Tak apa kau balik dulu nanti kalau aku dah jumpa orangnya, aku akan bagitau kau!" Kata Logan.

"Sorry tadi aku datang marah-marah dekat kau. Aku balik dulu!" Leonard akhirnya meminta diri.

Logan kembali membuang pandang Scarlet yang tercegat di situ. Wajah gadis itu penuh dengan ketakutan.

"Scarlet, awak tau ke pasal ni?" Soal Logan begitu serius.

Scarlet angguk. Semua orang sudah tahu tentang khabar itu. Cuma dia tidak mahu bagitau dekat bosnya itu. Sekarang Logan dah tahu!

"Kenapa awak tak bagitau saya pasal ni? Awak PA saya kenapa awak tak inform dekat saya? Sekarang ni pihak Alexander dah salahkan saya dalam hal ni! Memang saya jahat tapi tu dulu!" Jerkah Logan sambil matanya mencerlung tajam ke arah Scarlet berdiri.

"Saya minta maaf, bos..." ujar Scarlet, menekur ke lantai.

"Saya nak awak siasat pasal ni secepat mungkin!" Arah Logan dengan suara yang begitu tegas.

Scarlet semakin takut. Laju sahaja dia keluar dari pejabat Logan. Semua apa yang dia lakukan hari itu semuanya serba tidak kena. Kalau dia siasat, hanya buang masa dia sahaja. Dan kalau Logan tahu itu kerja dia...Scarlet cepat geleng kepala.

Dari dalam pejabatnya, Logan hanya memerhatikan semua gerak-geri Scarlet yang gelabah. Hanya Scarlet sahaja tahu Alexander berada di hospital gila itu dan gadis itu juga yang memaklumkannya. Dia sebenarnya musykil dengan PA nya itu. Beberapa hari ini, dia banyak kali melihat Scarlet dalam keadaan ketakutan sangat. Kadang dia gelabah di depannya. Scarlet yang dikenalinya dulu sungguh berbeza sekali.

.....

Leonard tersenyum bila Florence ada di dalam pejabatnya. Dia pun menantikan kedatangan gadis itu. Dia melabuhkan punggungnya di depan gadis itu.

"So macammana?" Soal Florence beria mahu tahu. Wajahnya terpancar keriangan.

"Bukan dia yang lakukan...dia kata dia kena sabotaj!" Jelas Leonard.

"Tepat sekali tekaan saya! Mesti Scarlet lakukan semua tu untuk Logan tapi Logan tak pernah pun suruh dia lakukan tu. So, apa kita kena buat sekarang?"

"Awak nampak teruja sangat!" Ujar Leonard dengan senyuman tersungging di bibirnya.

"Semua ni untuk Alex...oh ya bagaimana dengan awak? Okey tak awak jaga syarikat ni?" Tanya Florence semakin teruja. Tangannya meletakkan buku majalah di atas meja.

"Not bad kerja dekat office ni. Sibuk dengan mesyuarat dan plan baru. Ada juga pekerja dekat sini nak awak jadi bos baru tapi saya dah maklumkan dekat mereka..." cerita Leonard dengan senang hati.

Florence akui dia mahu mengurus syarikat itu tapi dia lebih suka menjaga Alexander dan melihat lelaki itu sembuh secepatnya. Dia berhutang budi dengan Leonard yang sudi mengambil tempat Alexander sementara waktu. Mungkin sudah masanya dia maafkan segala kesalahan lelaki itu terhadapnya lima tahun dulu...

"Leonard, saya nak pergi sekarang. Takut pulak Alex tertunggu-tunggu saya kat sana," kata Florence seraya mencapai beg tangannya sekali lalu bangun dari tempat duduknya.

"Hati-hati di jalanan," pesan Leonard turut bangun lalu menghantar gadis itu keluar dari pejabatnya.

"Oh ya...saya maafkan segala kesalahan awak dulu...saya minta diri dulu,"

Florence beredar. Tinggal Leonard masih tercegat di pintu pejabatnya. Akhirnya...Florence sudi memaafkan atas segala kekhilafannya dulu.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now