Bab 13

5.8K 193 1
                                    

Florence terkejut bila terdengar bunyi lonceng rumah ditekan banyak kali. Dia akhirnya membuka pintu itu dan terkejut bila terpandangkan keadaan Leonard yang berdarah sana sini. Muka hensemnya pun hilang entah ke mana.

Florence pantas menolong lelaki itu masuk ke dalam. Dia menyuruh Leonard duduk di kerusi di meja makan. Dia bergegas masuk mendapatkan kain dan air suam untuk membasuh luka di muka lelaki itu. Kelakuannya itu telah diperhatikan oleh Alexander yang berdiri di tangga tingkat atas. Rasa cemburu membuak-buak.

"Sorry!" Ucap Florence bila Leonard mengadu sakit ketika dia mencuci luka di wajahnya.

"Kau buat apa dekat rumah aku malam-malam ni?" Tegur Alexander yang baru turun anak tangga untuk ke bawah.

Florence terkejut lalu menjauhkan diri dari Leonard. Kalau tuan muda sudah masuk campur, dia tidak mahu melawan. Habis pekak nanti telinganya mendengar tengkingan lelaki itu. Leonard menoleh sekilas pada Alexander yang datang menghampiri.

"Sorry kacau kau malam ni tapi aku cuma nak Florence ubatkan luka aku ni. Sorry, bro!" Ujar Leonard dengan suaranya yang ceria.

"Apa dah jadi dengan kau ni sebenarnya? Kau tumbuk dengan siapa?" Soal Alexander begitu pelik.

"Tak ada apa-apalah. Aku just tolong orang tadi tu lah sampai kena belasah macam ni. Lex, esok aku datang jumpa kau. Ada perkara aku nak cakap dengan kau!"

Leonard bangun. Sebelum gerak sempat dia mengenyitkan mata pada Florence. Alexander pula mula menahan panas hati. Florene menutup lalu mengunci pintu rumah. Dia terkejut bila Alexander berdiri di belakangnya.

"Apa hubungan awak dengan dia?" Soal Alexander begitu serius.

"Kawan..." jawab Florence jujur.

Alexander terus berlalu pergi. Florence kehairanan lalu dia pun masuk ke dalam biliknya nak tidur.

.....

Keesokkan harinya, seperti yang telah dijanjikan, Alexander membawa Florence ke tempat syarikatnya. Di syarikat Xander, mereka disambut dengan staf-staf di situ. Alexander memandang meja kosong Ayren itu dengan wajah pelik. Selalunya PA nya itu yang datang awal darinya.

"Ikut saya masuk dalam,"

Florence mengekori masuk ke dalam pejabat Alexander. Dia duduk di kerusi di hadapan bila diarahkan. Alexander duduk di kerusi hitam itu. Bila terpandangkan surat perletakan jawatan itu, terus dikoyak lalu dibaca. Ternyata Ayren nak berhenti kerja dengannya. Patutlah tidak datang. Lantak dialah nak berhenti!

"Kerja awak sebagai PA baru saya menggantikan tempat Ayren yang telah berhenti kerja kemarin. Awak jangan risau, kerja awak mudah je. Awak hanya mengemaskinikan jadual harian saya di syarikat dan mesyuarat yang perlu saya attend. Awak juga perlu temani saya pergi ke tempat site dan meeting saya dengan client. Tu je kerja awak. So hari ni first day awak, awak rujuk pada Chloe iaitu secretary bawahan cik Juanna. Dia akan ajar awak kerja sebagai seorang PA. Kalau ada masalah, tanya pada dia je!" Terang Alexander begitu serius.

Florence sedari tadi hanya angguk kepala. Faham ke tidak dia hanya angguk. Chloe datang beberapa saat sahaja bila dipanggil. Mereka berdua berkenalan lalu Chloe membawanya ke tempat meja PA yang dulu milik Ayren. Chloe begitu tekun mengajar itu ini termasuk menggunakan komputer dan telefon pejabat. Sehari sahaja hubungannya begitu akrab dengan Chloe. Chloe orangnya sangat peramah. Selepas itu Chloe memperkenalkannya pada staf yang lain.

"Saya terkejut bila bos recommend awak kerja sebagai PA dia. Awak sepupu dia ke?" Tanya Chloe bila mereka makan tengahari di restoran biasa dekat Syarikat Xander.

"Bukanlah!" Balas Florence cepat.

"Habis tu? Apasal bos macam rapat sangat dengan awak?" Tanya Lily yang baru dikenalinya tadi.

Florence telan air liur. Macammana nak cakap pada mereka yang dia hanya maid pada bos mereka tu. Terus-terang jelah!

"Sebenarnya saya ni maid dia. Dia tengok saya ni muda kut tu lah dia recommend saya kerja di syarikat dia. Jadi buat masa ni saya ada dua kerja..." terang Florence sambil memandang pada Chloe dan Lily yang begitu teruja.

"Awak tak letih ke kerja dengan bos tu? Kejap jadi maid dia kejap jadi PA dia? Kalau saya dah lama saya berhenti. Saya ni bukan kuat sangat nak buat dua kerja dalam satu masa," ujar Lily sambil mengunyah makanan dalam mulutnya.

"Saya tak kisah asal saya bekerja. Lagipun dia tolong saya takkan saya nak tolak rezeki yang datang..."

"Betul jugak cakap awak, Florence!" Sokong Chloe.

Florence senyum lebar. Sehari dia bekerja di situ, dia dah dapat kawan yang begitu baik dengannya. Lily sudah berkahwin dan bersikap matang dari mereka berdua. Dia mempunyai dua orang anak namun wajahnya masih tetap muda seperti bukan seorang ibu.

"Tapikan esok-esok awak tentu letih kerja sebagai PA dia, Florence sebab bekas GF dia dulu suka kacau bos kita tu! Saya ni pun dah naik penat tegur Eileen tu. Ayren pun tentu penat sebab tu lah dia berhenti kerja kut!" Cerita Chloe selepas dia meneguk minumannya.

"Dah tahu. Tapi saya tak pandailah nak usir dia," kata Florence yang baru selesai menghabiskan makanannya.

"Betul kata Chloe tadi! Saya ni pun dia lawan. Eileen tu memang tak pandai malu orangnya. Sebab tu lah bos kita tu tak suka. Saya pun kalau jadi bos memang saya tak hadap perempuan macam tu!" Kata Lily yang sedari tadi diam hanya mendengar cerita mereka berdua sahaja.

Florence senyum nipis. Eileen! Apa yang gadis itu mahu pada Alexander? Mereka dah putus!

.....

Alexander mencuri pandang pada Florence yang sedang khusyuk membuat kerjanya. Sibuk pulak gadis itu! Namun matanya menjadi sakit bila terpandangkan Leonard yang muncul entah dari mana mengacau Florence. Mamat ni dah tak ada tempat lain nak lepak ke?!

Alexander kembali membuat kerjanya dengan hatinya yang begitu panas. Habis segala kertas kerja dihempas dengan kasar. Leonard masuk beberapa minit kemudian setelah puas bercakap dengan Florence. Wajahnya begitu gembira sekali walaupun bekas lebam masih berbekas pada mukanya.

"Lex, kau busy ke?" Sapa Leonard dengan selambanya duduk di kerusi berdepanan dengan Alexander.

"Perkara apa yang kau nak bagitau dekat aku tu?" Tanya Alexander straightforward memandang Leonard.

"Ni pasal Eileen...aku bukan nak tolong dia tapi dia merayu dekat aku semalam...dia jumpa aku dekat Taman Kenangan. Aku bukan nak komplot dengan dia tapi dia merayu suruh aku pujuk kau. Dia suruh aku pujuk kau untuk balik semula dengan dia. Dia masih sayangkan kau...apa salahnya kau beri dia peluang kedua?"

"Jadi kau tolong dialah ni?!" Soal Alexander begitu sinis.

"Aku tak tolong dia!" Lawan Leonard begitu tegas.

"Kau cakap tak tapi kau tak sedar kau tolong dia. Kalau kau tak tolong apasal kau pujuk aku? Aku sebenarnya malas nak cakap pasal dia lagi. Kau cakap dengan dia aku tak suka dia! Aku dah ada seseorang..." ucap Alexander begitu tegas.

"Kau ni degillah!" Ucap Leonard dengan wajah seriusnya.

"Kenapa kau cakap aku degil? Memang pantas pun aku tinggalkan dia dulu!" Bentak Alexander dengan marahnya.

"Tu dulu...sekarang dia dah berubah! Lex, kau pentingkan diri kau sendiri je! Kau bagilah dia peluang. Manusia tak pernah lepas dari melakukan kesalahan. Kau maafkanlah dia..." pujuk Leonard.

"Aku cakap aku tak nak! Kau tak boleh paksa aku terima dia balik. Hati aku dah tak suka! Boleh tak kau jangan paksa aku?! Kau keluar sekarang!" Tengking Alexander pada Leonard.

"Memang patut pun Ayren berhenti kerja dengan kau! Kau ni macam tak ada hati dan perasaan. Kau dah berubah!"

"Kau keluar! Get out!!!"

"Aku keluar sekarang tapi ingat, jangan suatu hati nanti kau menyesal pulak!" Kata Leonard sebelum berlalu pergi.

Alexander merengus kasar. Habis mejanya dihentak kuat cuba melepaskan amarah di dalam. Florence yang berada di luar terkejut. Habislah dia kalau Alexander dah marah macam tu! Telinga dia yang habis dikerjakan nanti.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now