Bab 8

6.4K 242 0
                                    

Florence tercenggang di situ. Dia hanya memandang Alexander yang terhuyung-hayang keluar dari kereta Audi itu. Apa yang terjadi pada tuan muda sehingga dia mabuk begitu? Casey di sebelahnya juga kehairanan. Alexander tidak pernah pulang dalam keadaan mabuk.

"Cepat pegang tangan dia," arah Casey.

Florence pantas memegang tangan sebelah Alexander cuba membantu lelaki itu berjalan. Casey turut membantu sebelah lalu membawa tuan muda itu masuk ke dalam. Akhirnya dia menolak tubuh Alexander supaya duduk di sofa di ruang tamu namun lelaki itu terbaring lemah. Florence lekas membuka stokin di kaki itu seperti selalu.

"Apa kita nak buat, mama?" Soal Florence begitu risau.

"Kita kena angkat dia tidur dalam bilik dia. Tapi mama tak larat," keluh Casey.

"Tak apa, kita cuba dulu, mama," cadang Florence dengan senyuman penyelesaian.

Casey perlahan menyetujuinya tapi dah Florence yang bercadang begitu, dia terpaksa. Florence membangunkan tubuh Alexander dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Namun malangnya Alexander termuntah pada Casey yang siap berdiri di hadapan tuan muda itu.

"Mama..."

"Florence, kamu je lah bawa dia naik ke atas. Mama kena bersihkan diri mama dulu,"

"Tapi mama..."

Casey laju melarikan diri dari situasi itu. Muntah di baju itu membuat dia begitu geli dan jijik. Tinggal Florence di situ namun dirinya tak putus berusaha. Akhirnya dia menolong Alexander berjalan menuju ke anak tangga walaupun terasa berat sangat.

"Bangunlah, tuan! Kau ni selalu sangat susahkan aku!" Kata Florence sambil memandang geram ke arah wajah Alexander.

Alexander terbatuk kecil. Florence kecut perut sekiranya lelaki itu mendengar katanya tadi. Mereka sampai di tingkat atas. Kalau diikutkan kata hati mahu sahaja dia tinggalkan Alexander di situ. Nafasnya tercunggap-cunggap.

"Mm...mm..."

Florence memandang pada Alexander. Orang mabuk, banyak dia cakap tapi dengan Alexander hanya 'mm' sahaja yang terkeluar. Dia tergelak kecil namun sambil itu dia menolong lelaki itu masuk ke dalam bilik.

"Uh, letihnya!" Keluh Florence bila tubuh Alexander berjaya mendarat di atas katil.

Dia mengelengkan kepalanya. Perangai lelaki itu membuat dia teringatkan Mark yang kini menjadi bekas kekasihnya. Semuanya tinggal kenangan. Dia menarik comforter hingga menutup paras dada lelaki itu. Wajah Alexander ditatap lama.

"Kenapa dengan tuan? Tuan ada masalah ke? Ni pertama kali saya tengok tuan mabuk macam ni...saya letih tapi saya kesian jugak tengok tuan macam ni..." ujar Florence, masih memandang pada Alexander yang begitu lena.

"Saya nak ucapkan terima kasih dekat tuan sebab hari tu tuan ada bagi amaran dekat Mark. Saya pun tak nak jumpa dia lagi. Saya sakit dan terluka tapi saya kena teruskan hidup ni...tuanlah penyelamat saya,"

"Bbrrrr.....mmm..."

Florence tergelak kecil. Lucu pula Alexander mabuk seperti itu. Namun air matanya tetap mengalir laju di pipinya.

"Tuan tidurlah...selamat malam,"

Florence berdiri lalu melangkah keluar dari bilik itu.

.....

Alexander ligat bangun. Namun badannya mengeliat banyak kali. Cahaya entah dari mana yang menganggu tidurnya yang lena itu. Dia membuka matanya namun terasa pancainderanya begitu lemah melawan cahaya itu. Cahaya itu?!

Alexander terus bangun memandang pada jam lonceng di meja lampu. Terbeliak matanya bila jarum jam pendek itu menunjukkan ke arah angka 11. Tidak boleh jadi ni!

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now