Bab 27

5.2K 174 0
                                    

Leonard menghempaskan suratkhabar di atas meja depan mata Florence. Florence yang tidak tahu apa-apa terus memandang pada lelaki itu. Terkejut juga bila Leonard menemuinya di restoran tempat dia kerja itu. Eileen tidak bersamanya...

"Apa awak dah buat ni?! Saya tau awak benci saya tapi jangan sampai nak malukan Alex depan orang ramai! Alex ada maruah," marah Leonard sambil pandangan matanya mencerlung tajam ke arah Florence.

"Apa yang saya buat?! Apa awak cakap sebenarnya ni?" Soal Florence tidak puas hati dituduh tanpa usul periksa.

"Awak baca tajuk utama suratkhabar tu!"

Florence akur lalu menyelak suratkhabar yang berlipat itu. Kala itu matanya terbuntang luas bila terlihatkan gambar Alexander berada di dalam wad.

Tuan Alexander ternyata menghidap mentel

Tiga tahun menghilang dan kehadirannya kini diketahui orang ramai. Tuan Alexander merupakan jutawan muda yang terkenal yang membangunkan syarikat Xander di atas titik peluhnya sendiri. Beliau menghilang lima tahun lalu secara mengejut dan pihak wartawan hampir mengalah untuk menyingkap misteri kehilangan jutawan muda itu. Kini muncul dengan berita yang begitu mengejutkan orang ramai. Tuan Alexander secara lahirnya telah menghidap penyakit mentel yang ditemui bertahan di hospital gila besar di Pekan Sorth. Namun sebarang wawancara belum dimulakan lagi.

"Apa semua ni?" Soal Florence yang mula keliru. Matanya memandang pada Leonard yang masih marah.

"Kenapa awak tanya saya sedangkan awak yang tau keadaan dia...saya selama ni tau keadaan dia tak pernah bocor pada media massa. Awaklah orang pertama yang membocorkan rahsia ni!"

"Tapi...tapi semua tu bukan saya yang buat, Leonard!" Balas Florence.

"Kalau bukan awak, siapa lagi?!" Bentak Leonard dengan mukanya yang memerah.

Florence mula teeingatkan Scarlet...dia masih ingat waktu itu dia nampak Scarlet mengambil gambar Alexander. Tapi kenapa Scarlet sanggup buat dia begini? Atau Scarlet memang kenal dengan Alexander?

"Orang yang buat ni tentu Scarlet..." beritahu Florence begitu yakin sekali.

Scarlet?! Leonard mula mengingati wajah gadis itu. Patutlah familiar sangat! Florence mungkin tidak tahu apa-apa dalam hal ini. Leonard melihat pada Florence...

"Bagaimana awak kenal dengan Scarlet?" Soal Leonard begitu mahu tahu.

"Lima tahun dulu...saya keluar dari rumah Alex dan bertemu dengan Scarlet. Dia yang bantu saya untuk teruskan hidup...sampai sekarang ni saya tinggal bersama dia. Tapi kenapa awak tanya pasal dia?" Florence menyoal bila Scarlet menjadi pertanyaan Leonard.

"Awak tak tau ke siapa Scarlet tu?" Duga Leonard. Florence geleng kepala. Kenapa dengan Scarlet?

"Scarlet tu PA Logan, dan Logan tu musuh syarikat Alex dulu..."

Florence terkejut bukan kepalang. Jadi tekaannya Scarlet memang mengenali Alexander. Mungkin sebab itu kut dia menangkap gambar Alexander di belakangnya.

"Leonard, saya tak tau nak buat apa..." luah Florence seakan hilang arah. Dia juga yang membawa Scarlet datang ke hospital itu.

"Awak balik rumah nanti awak tanya dekat dia. Kalau mereka masih berdendam, tolong hentikan. Saya tak nak mereka pijak maruah Alex lagi lepas ni!" Kata Leonard begitu tegas.

Florence angguk lemah. Dalam fikirannya sekarang, dia risaukan keadaan Alexander. Bagaimana nanti kalau pihak wartawan betul-betul mewawancara dia?

"Leonard, boleh tak awak tolong saya?" Leonard memandang pada Florence.

"Tolong jaga Alex untuk saya beberapa hari ni...kalau dia tanya cakap saya sibuk..."

"Okey! Tapi awak kena kembali cepat sebab dia perlukan awak..." balas Leonard.

Florence angguk. Bibirnya tersenyum nipis. Leonard akhirnya meminta diri.

.....

Scarlet memarkir keretanya di dalam garaj. Senyumannya tidak pernah lekang di bibir merahnya. Dia mencapai beg tangannya sebelum keluar dari kereta itu. Waktu dia masuk ke dalam rumah, Florence sedang duduk di ruang tamu. Tidak pula dia menonton rancangan di TV.

"Kau dah makan ke?" Tegur Scarlet begitu senang hati.

"Kau dari mana tadi?" Soal Florence dengan wajah serius.

"Kau tanya apa ni?! Aku baru je balik kerja ni!" Balas Scarlet dengan wajah pelik.

Scarlet terkejut bila suratkhabar dilemparkan pada dirinya dengan kasar. Apa kena pula dengan kawannya itu? Suratkhabar itu dicapai...

"Kau sanggup buat aku macam ni hanya semata-mata kau nak raih hati bos kau tu! Selama ni aku percaya kau dan aku anggap kau lebih dari seorang kawan tapi tergamak kau memalukan kawan aku tu!" Jerit Florence dengan marahnya.

Scarlet terkedu. Jadi Florence tahu siapa dia? Dia merenung mata kawannya itu.

"Kau marah aku keadaan tak akan berubah...memang betul aku yang hantar gambar tu dekat public sebab aku nak tengok dia malu seumur hidup!" Lawan Scarlet tidak mahu mengalah.

"Kau kejam, Scarlet! Kejam! Kau ingat aku tak tau kenapa kau sanggup buat semua ni?! Kalau kau nak hati bos kau tu, kau tak payah hancurkan maruah kau sendiri. Aku malu dengan perangai kau yang terhegeh-hegeh dekat bos kau tu sedangkan dia selama ni ada tak dia balas cinta kau?!"

"Kau tak perlu hina aku macam tu! Kalau kau benci aku, kau boleh keluar dari rumah aku ni!" Teriak Scarlet begitu marah.

Florence senyum sinis. Jadi di mata Scarlet, dia tidak bernilai! Florence betul-betul terluka. Dia bingkas pergi dari situ. Tinggal Scarlet menahan sendu sedari tadi. Sungguh dia tidak menyangka persahabatan mereka berakhir sampai di situ. Semuanya salah dia!

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now