Bab 14

5.6K 193 0
                                    

Eileen menepis tangan Logan yang cuba menyentuhnya. Kenapa Logan mengikutinya sampai di situ? Habislah kalau Alexander nampak dia masih berhubung dengan lelaki itu.

"Eileen...tolong beri I peluang. I merayu sangat dekat you..." rayu Logan pada Eileen.

"Kau boleh tak jangan follow aku ke mana aku pergi?! Kita dah putus sebab kau sendiri yang putuskan hubungan kita. Terimalah kenyataan yang aku ni bukan untuk kau!" Kata Eileen dengan serius.

Eileen berjalan meninggalkan Logan di situ. Lagi lama dia di situ lagi muak dia. Logan juga bekas kekasihnya. Sebab lelaki itulah dia putuskan hubungannya dengan Alexander dulu. Silapnya juga berhubung dengan musuh Alexander.

Eileen melintas di meja PA Alexander yang baru itu. Namun muka itu begitu familiar sangat! Tapi tidak apalah asal Ayren sudah berhenti kerja di syarikat itu. Kalau Ayren ada, sudah tentu dia kalah.

"Cik nak jumpa siapa? Ada appointment ke dengan bos?" Tegur Florence bila Eileen melangkah sesuka hati ke pejabat Alexander.

"Kau siapa nak halang aku?! Aku ni girlfriend dia suka hati akulah nak masuk!" Balas Eileen dengan muka menyampah merenung Florence dari atas ke bawah.

"Tapi menurut prosedur company ni cik kena buat appointment dengan bos dulu baru dapat jumpa dia. Cik tak boleh langgar peraturan company ni. Saya sebagai PA dia, hanya menjalankan tugas saya!" Tegur Florence dengan wajah selambanya.

Eileen mula naik angin satu badan. Dia menghampiri Florence yang sedari tadi melawan cakapnya. Patutlah macam kenal bukankah dia maid Alexander? Apasal dia buat dekat sini?

"Kau bukan maid dia ke? Apa kau buat dekat sini?!"

"Saya kerja dengan dia. Kalau cik tak buat sebarang appointment hari ni, cik boleh pergi dari sini..."

"Kurang ajar betul kau ni! Apa hak kau nak usir aku keluar dari sini?!" Jerit Eileen tidak puas hati.

"Cik Eileen, saya cuma jalankan tugas saya!" Lawan Florence cuba menegakkan keadilannya.

Panggg! Satu tamparan hinggap di sebelah pipinya tanpa sempat dia mengelak tadi. Eileen di hadapannya melemparkan senyuman sinis. Matanya berpinar-pinar. Kuat jugak penampar perempuan ni! Pedas sangat!

"Tu sebagai hadiah kau kurang ajar dengan aku! Kalau kau melawan lagi aku tampar kau..." kata Eileen seraya cuba menampar pipi Florence namun dihalang oleh seseorang.

"Kalau nak tampar, bukan dengan dia!" Bentak Leonard pada Eileen.

Leonard menarik lengan Florence pergi dari situ. Eileen menjerit sakit hati bila Florence dibela. Florence mengikut sahaja ke mana lelaki itu membawanya. Rupanya lelaki itu membawanya ke bumbung syarikat itu.

"Awak okey?" Soal Leonard dengan risau.

"Tak payahlah risau sangat pasal saya! Saya okey. Thanks jugak sebab tadi awak tolong saya. Tapi awak buat apa dekat sini?" Tanya Florence pelik bila Leonard selalu datang ke situ.

"Sayakan kawan Alex...lagipun memang dulu saya selalu jenguk dia di sini,"

"Tapi saya tak suka bila awak datang awak selalu kacau saya...staf lain dah pandang lain macam dengan hubungan kita berdua. Saya tau awak kawan Alex tapi kena juga hormat dengan saya. Saya ni masih bekerja dengan dia...." luah Florence begitu terus-terang.

Leonard senyum nipis. Sekarang dia pula ditegur.

"Saya suka awak dan saya rindu awak...sebab tu saya datang sini. Saya nak awak!" Jujur Leonard meluahkan niatnya di situ.

"Kita cuma kawan, Leonard. Saya tak nak awak mengharap sangat. Tolong lepas ni jangan kacau saya lagi," pinta Florence memandang Leonard di sebelahnya.

"Tak dapat ke awak beri saya peluang untuk mencintai awak? Saya tahu awak pernah terluka dulu tapi salah ke kalau saya mencintai awak?"

"Awak tak boleh paksa saya untuk mencintai awak, Leonard. Hati saya dah dimiliki seseorang..."

"Siapa orang tu?" Tanya Leonard.

"Saya tahu dia tak padan dengan saya tapi saya tak mampu berhenti mencintai dia..."

"Alex?!" Teka Leonard.

"Tolong jangan kacau saya lagi. Saya bahagia seperti ni," kata Florence sebelum dia beredar dari situ.

......

Alexander panas hati. Melihat Leonard yang membela Florence tadi hatinya bertambah cemburu. Tiap kali dia cuba rapat dengan gadis itu, Leonard terlebih awal memulakan langkah.

"Alex, I betul-betul sayangkan you...I berubah sebab you. Kalau bukan you, I tak akan berubah sekarang ni!"

"Eileen, aku bukan Alex yang kau kenal dulu yang baik sangat. Aku dah berubah...boleh tak kau lepas ni jangan kacau hidup aku?! Aku semak tau tengok kau selalu datang office aku ni. Kau tak malu ke staf aku tengok kau menggedik dengan aku tapi aku tak layan kau?! Mana maruah kau sebagai seorang perempuan? Aku minta satu je dari kau, lupakan aku dan teruskan hidup kau," ujar Alexander dengan tegas.

"Kenapa you buat I macam ni? I ikhlas sayangkan you, Lex..." ucap Eileen dengan linangan air mata di pipi.

"Jangan tanya aku, Eileen...jawapan tu ada dekat kau! Kau jangan lupa semuanya silap dari kau dan kau yang mulakan semua ni! Tapi semua tu dah berlalu dan aku dah maafkan kau..."

"I tak boleh...siapa perempuan yang you cinta tu? Siapa?!" Jerit Eileen yang tidak dapat menerima kenyataan.

"Kalau aku bagitau, kau yang kecewa...sebab tu aku kena rahsiakan dari kau. Kau bukan cinta aku tapi semua apa yang kau lakukan ni adalah melampaui batas cinta. Kau dah obses! Pergilah, Eileen. Mungkin ada lelaki lain yang menanti cinta kau,"

"Kalau I tau perempuan tu, I tak akan biarkan you bahagia dengan dia!" Ugut Eileen lalu bergegas pergi dari situ.

Alexander mengeluh perlahan. Kenapa susah sangat dia mengecapi rasa bahagia itu? Sedangkan dia berhak merasakan kebahagiaan. Dia kehilangan orang tuanya waktu dia masih mentah lagi. Dia bersusah payah untuk teruskan hidupnya dan ini yang dia dapat. Dia kaya tapi kalau tidak ada cinta, terasa tidak lengkap hidupnya. Kenapa dirinya yang sengsara?

Tepat 5.30 petang, Florence bersedia untuk pulang. Yang lain sudah beransur pulang. Tinggal dia di situ menanti Alexander menyiapkan kerjanya. Begitu tekun sehingga dia tidak sampai hati untuk menegur lelaki itu. Kesudahannya, dia turun ke bawah menanti Alexander di lobi. Rasa selamat sedikit!

Dia menunggu dan setia menunggu. Namun entah mengapa Alexander tidak turun juga. Dia risau tidak menentu lalu dia naik ke atas.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now