๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

By syafasuha

470K 18.1K 634

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 25

8.2K 335 6
By syafasuha

Awal pagi lagi Ezar sudah bersiap untuk keluar kerja.Bosan duduk dirumah katanya dia sengaja merahsiakan dari Farish,malas mahu beritahu nanti mesti dia membebel kalah Mak Cik Bedah jiran yang berada dihadapan rumahnya itu sekali jerit hantu pontianak pun cabut lari.

Sewaktu kakinya melangkah keluar dari bilik namanya tiba-tiba diseru dan dia dapat meneka siapa yang memanggil."Kau nak apa?"balas Ezar.

"Kau nak pergi mana pagi macam ni?"soal Farish bila masa dia bangun tidur entahlah.

"Aku nak pergi kerja la"

"Kerja? macam ni lah kau boleh pergi tapi lepas tu kau kena minta berhenti kerja! ada faham?"ujar Farish tak ubah seperti mengongkong dirinya.

"Tapi?"

"Emm...tak ada tapi! aku bagi arahan kau kena ikut! petang ni aku kena balik rumah aku dan kau kena ikut aku!"

"Okey..fine!"Ezar menghela nafas yang panjang dan terus keluar dari rumah dia tak betah apabila berada lama disamping Farish boleh gila dibuatnya.

Kaki Ezar melangkah lemah menuju kearah restoran tempat dia mencari rezeki selama ini.Hari ini adalah hari terakhirnya bekerja disini huh kenapalah masa cepat sangat berlalu!

"Assalamualaikum pengantin baru!"sapa Mia dengan riak wajah ceria.

"Haish siapa pulak yang tegur ni! dah la guna ayat pengantin baru! stress betul la macam ni!!"desis hatinya.

"Walaikumussalam!"balas Ezar tersenyum hambar.

"Amboi kau dah lama tak nampak kan sejak kahwin ni!"Mia memandangnya dalam keadaan tersengih-sengih."Dah kenapa budak Mia ni tersengih-sengih macam kerang busuk! terlebih makan panadol ke apa?"

"Biasalah lepas kahwin macam-macam hal nak kena uruskan"kata Ezar tak berminat.

"Ezar...aku ada sesuatu perkara yang aku nak beritahu pada kau ni!"ujar Mia sambil memegang bahu Ezar.

"Apa?"

"Meh la duduk dulu! tak best la borak berdiri macam ni!"

"Ha ye la.."

Selepas duduk Mia pun bersuara."Ezar aku nak minta maaf banyak-banyak sangat sebab tak datang masa majlis perkahwinan kau dan kau mesti fikir aku bukan-bukan pasal Farish kan.Jujur aku cakap..aku tak sangka yang kau dengan Farish! Aku minta maaf sangat sebab dah terjatuh hati pada Farish!"ujar Mia panjang lebar dan mengenggam erat tangan Ezar.

"Mia dah la benda dah lepas janganlah diungkit.Perasaan suka tu memang fitrah manusia.Aku faham perasaan kau"

"Tapi Ezar...aku janji aku takkan sesekali cuba untuk rampas suami kau ataupun untuk runtuhkan rumah tangga kau.Kita kawan sampai bila-bila erk!"Mia mengangkat tangannya seperti berjanji.

"Iye la...Mia kau tak nak ke dekat kawan aku tu?"

"Siapa?"

"Aiman!"

"Yang muka handsome tu ke? yang selalu dengan kau tu ke?"kata Mia dengan perasaan teruja.

"Iye la..mak cik oi!"

"Hmm..tapi dia nak ke kat aku?"soal Mia.

"Insyallah...kalau dah jodoh takkan kemana Cik Mia oi!"

"Betul ni?"Mia tersengih sendirian.

"Betul..betul..betul..! nanti jap aku ada bawak buah hati untuk kau ehh! bukan buah tangan untuk kau nak tak?"ujar Ezar sambil mengangkat keningnya.

"Nak!!!!"jerit Mia.

"Sabar le bagi la aku ambil dulu! jangan le gelojoh sangat!"kata Ezar sambil menjuihkan bibirnya.

××××××

"Zara mana? puas Mak cari tak ada pun!"soal Mak Imah.

"Dia pergi kerja"balas Farish.

"Kerja? bukan dah berhenti ke?"

"Belum...tapi Farish suruh dia berhenti hari ni jugak!"

"Baguslah kalau macam tu! Farish bila nak balik rumah?"

"Cadangnya petang ni la Mak."

"Ouh..Nanti dah sampai sana tolonglah jaga anak Mak tu baik-baik dia seorang je anak yang Mak ada sekarang ni lagi satu kalau boleh bagilah Zara tu kerja ke apa! sebab Zara ni lain sikit kalau dia tak kerja mesti dia merayap!"

"Hah! ouh kalau macam tu sampai je sana Farish terus bagi dia kerja!"balas Farish.Tapi kerja apa yang sesuai dengan minah ni? belajar pun setakat SPM je.

"Farish pergilah duduk ke nanti Nana nak datang sini!"ujar Mak Imah.

"Nana nak datang sini? baguslah macam tu boleh temankan aku hihihi!"desis hati Farish.

××××××

Setelah hampir 25 minit barulah Ezar berani bersua muka dengan Nisha.Tiba-tiba hatinya rasa berdebar kencang apakah ini cinta? cinta apanya nak minta berhenti kerja je pun! bukannya nak minta masuk meminang ke apa!.

"Nisha..!"panggil Ezar.

"Kenapa?"Nisha menoleh kearah Ezar.

"Aku nak berhenti kerja."

"Berhenti? la kenapa? suami kau tak bagi kau kerja ke?"

"A'ah..!"

"Ala....bosan la nanti kalau tak ada kau!"ujar Nisha.

"Nak buat macam mana! aku sayang kot kerja ni tapi nak buat macam mana aku terpaksa turuti kehendak dia!"

"Ezar aku rasa memang patutlah kau berhenti! iye la kau belajar sampai oversea tapi alih-alih kerja kat sini gaji pun bukan lumayan pun!"

"Kau ni macam halau aku je!"Ezar mencebikkan bibirnya.

"Mana adalah! okey la kalau macam tu aku benarkan kau berhenti tapiiii!!! kau jenguk la kita orang kat sini sekali sekala!"

"Itu sudah tentu mana boleh lupa kat kafe ni!"

"Hihihi...sekejap jap...aku tengok kau lepas kahwin ni nampak berisi la! jangan-jangan dah ada isi kot!"

Terbuntang mata Ezar dibuatnya."Weh aku baru kahwin minggu lepas kot nak ada isi macam mana.Aduhai Nisha..jauhnya kau berfikir!?"

"Iye tak iye jugak! macam mana la aku boleh lupa! hihihi jangan maroh nanti cepat tua"kata Nisha sambil tersengih.

"Tak nak...nak marah jugak!"

"Marah la kau sorang-sorang hihihi!"Nisha hanya ketawa melihat Ezar.

××××××

"Assalamualaikum.."Ezar memberi salam.

"Walaikumussalam.."balas Nana yang tiba-tiba muncul dimuka pintu.

"Aduhai..apahal budak ni menyibuk kat sini!!"desis Ezar sambil menjeling tajam kearah Nana.

"Zara..jemputlah masuk kita makan sekali nak?"

"Tak apalah..kau makan je la dengan Rish dan Mak aku.Aku nak masuk bilik dulu nak berehat kejap."balas Ezar hanya tersenyum hambar.

"Betul ni?"

"Betul..ni lagi satu tolonglah jangan ganggu aku sekejap je,aku penat..!"pinta Ezar.

"Okey"balas Nana.Ezar terus mengorak langkahnya masuk kedalam bilik dan terus mengunci pintu.Hari ini memang dia tiada mood langsung untuk berborak dengan sesiapa sejak balik kafe tadi.

Ezar melabuhkan punggungnya pada sisi katil.Matanya memandang kearah gambar yang terletak pada meja solek iaitu gambarnya dengan Farish dalam keadaan yang sangat rapat dan pada masa yang sama riak wajah tidak selesanya jelas terpamer didalam gambar itu.

"Kenapalah aku boleh buat muka macam tu...kelakar pun ada!"Ezar tersenyum sendirian apabila melihat gambar sendiri.Kemudian matanya beralih pada pintu bilik.

"Nak keluar ke tak nak? kang bila aku keluar aku jugak yang sakit hati! tu la Ezar siapa suruh dapat suami handsome sangat kan ada banyak saingan!"Ezar mencebikkan bibirnya bila teringatkan perkara Nana dan Farish berdua dikedai makan hari itu.

"Keluar je la..lagi pun aku dah biasa sangat rasa sakit hati ni!"Ezar telah membuat keputusan untuk keluar dari dalam bilik dan terus menuju kedapur memang seperti yang dijangkakan mereka sedang rancak bersembang sambil ketawa.

"Seronoknya sembang! sampai lupa kat aku!"gumam Ezar.

Ezar terus masuk kedapur dan mengambil sebotol air sejuk dan sebuah cawan kemudian dia duduk bersebelahan Mak Imah.

"Aik? tadi nak berkurung dalam bilik sangat?"perli Mak Imah.

"Bosan la Mak"ujar Ezar sambil menuangkan air sejuk kedalam cawan.

"Bosan ke cemburu?"balas Mak Imah sambil tersenyum mengejek.

"Cemburu? maksud Mak,Ezar nak cemburu Nana dengan Rish ke?"Ezar meneguk sedikit air sejuk sedikit.

"Iye la..takkan la tak cemburu langsung?"balas Mak Imah kali ini matanya mengerling pada Farish dan Nana.

"Mak...sebenarnya Ezar tak peduli langsung kalau Farish nak kahwin lagi satu sekali pun."

"Betul ke ni?"tanya Mak Imah inginkan kepastian.

"Betul..tapi syaratnya kenalah lepaskan Ezar dulu!"

"Mengada..!"Mak Imah membulatkan matanya kemudian mencubit lengan Ezar.

"Aduh..sakitlah Mak!"Ezar mengosok lengannya.

"Tau tak berdosa kalau seorang isteri minta cerai pada suaminya!"bebel Mak Imah.

"Ha ye la...ye la...Mak ni!"Ezar menjuihkan bibirnya dan matanya pula memandang pada cawan yang dipegangnya itu.

"Macam mana tadi? Nisha bagi tak Zara berhenti kerja?"soal Mak Imah sengaja menukar topik.

"Nisha bagi..lepastu dia cakap memang patut pun Ezar berhenti kerja"

"Memang patut pun Zara berhenti kerja,Mak penat-penat hantar Zara belajar sampai.."

"Mak..mana Chomell dengan Muezza?"Ezar mencelah sengaja menukar topik supaya Mak Imah tidak memecahkan rahsianya.

"Kucing Zara yang jahat tu? Mak dah buang lama dah!"

"Makkk!!! kenapa buang! Alaa kesian la kucing Ezar tu!"dengar saja Mak Imah membuang kucing kesayangannya itu terus hatinya menjadi resah.

"Haish...tak payah nak gedik sangat boleh tak! kucing Zara tu Mak letak kat belakang dalam sangkar.Elok je sihat walafiat lagi masih gemuk macam tuan dia jugak!"

"Fuhh selamat..bye Mak Ezar nak pergi peluk baby Ezar dulu.Dah lama tak peluk baby-baby tu.Rinduu pulak!"

"Baby-baby jugak bila pulak nak bagi Mak,Mummy dan Farish baby?"

"Itu...ermm lambat lagi la Mak! okey bye nak lepas rindu dulu ni!"Ezar berlari anak keluar dari rumah untuk melihat kucing kesayangannya.

"Sayang betul Zara dengan kucing dia tu!"Nana tergelak kecil melihat gelagat Ezar.

"Zara tu lain sikit bila dia sayangkan sesuatu tu dia akan sayangkan sungguh-sungguh tak ingat ke masa Zara kecil dulu.Dialah orang yang paling bencikan kucing sampaikan kucing yang lalu pun dia pergi lastik tak pun siram dengan air sejuk!"terus terang Mak Imah.

Pengakuan Mak Imah memang membuatkan Farish dan Nana pecah ketawa."Habis tu macam mana Zara boleh jadi penyayang macam tu sekali?"soal Farish pula setelah lama mendiamkan diri.

"Dulu Arwah Ayah Zara ada bela seekor kucing ni gebu je bulunya.Pada mulanya memang dia bencikan kucing tapi lepas Arwah Ayah Zara meninggal dunia.Zara terus jadi pencinta kucing sampaikan tidur pun bertemankan kucing.Sampailah suatu masa kucing yang dibela tu hilang tiba-tiba dalam dua tiga hari jugak la hilang. menangis Zara sampaikan Mak suruh pergi sekolah pun tak mahu semata-mata nak pergi cari kucing tu je"

"Jumpa tak kucing tu?"soal Farish mencelah.

"Jumpa tapi tengok-tengok dah mati kena langgar dengan motor rasanya."balas Mak Imah.

"Alaa..kesiannya Zara sampai macam tu sekali dia punya sayang dekat kucing."Nana tersenyum simpul.

"Tak sangka sampai macam tu sekali dia punya sayangkan kucing.!"ujar Farish.

"Tu la pasal,Mak pun kadang-kadang naik pening dengan perangai dia tu!"ngomel Mak Imah.

Tiba-tiba Ezar masuk dari pintu dapur sambil mendukung seekor kucing yang agak montel dan bulunya berwarna putih."Alaa..tomey-tomey dia makin comel la!"ujar Ezar sambil mencium kepala kucing itu.

Semua yang berada didapur terus memandang kearah Ezar."Aikk!! kenapa semua pandang aku?"

"Mana lagi sekor?"soal Mak Imah.

"Muezza tidur la Mak! ni si Chomell Ezar ni je belum tidur"

"Ouh..dah pergi la main jauh-jauh jangan dekat sangat dengan Mak tau.Mak sebenarnya alah dengan bulu kucing ni!"

"Baik..boss jom sayang kita main dalam bilik dah lama kakak tak main dengan Chomell rindu tau!"

"Pergilah cepat! menyampah pulak Mak tengok!"

"Iye la..Mak!"Ezar terus melangkah menuju kedalam bilik.

"Hai! Farish cemburu ke?"soal Nana tiba-tiba.

"Cemburu? cemburu sebab apa pulak?"

"Iye la..kucing tu dapat layanan lebih daripada Farish."balas Nana.

"Kucing je..buat apa nak cemburu?"ujar Farish.

"Baguslah kalau macam tu kan Nana?"kata Mak Imah pula.

"Kannn..."Nana tergelak kecil melihat riak wajah tidak tenang Farish.

"Ehh..cepatlah habiskan makanan! tak elok la bersembang depan rezeki!"ujar Mak Imah.

"Baik Mak!"balas Farish.

"Amboi kucing ni! melebih pulak! patutnya aku yang kena layan macam tu bukannya kucing tu!"desis hati Farish.

**********

Continue Reading

You'll Also Like

17.3K 1.2K 16
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...
364K 19.2K 31
Hidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang...
5.9M 218K 66
Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak...
141K 9K 53
[ My first malay baby say hello to you guys ] + ni crush ke batu ? โ Hello? Saya cakap dengan batu ke manusia?โž โ Saya tak pasti โž โ Apa maksud awak...