CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLET...

By teaqahm

246K 8K 27

Alexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lag... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Epilog
Promote

Bab 8

6.4K 242 0
By teaqahm

Florence tercenggang di situ. Dia hanya memandang Alexander yang terhuyung-hayang keluar dari kereta Audi itu. Apa yang terjadi pada tuan muda sehingga dia mabuk begitu? Casey di sebelahnya juga kehairanan. Alexander tidak pernah pulang dalam keadaan mabuk.

"Cepat pegang tangan dia," arah Casey.

Florence pantas memegang tangan sebelah Alexander cuba membantu lelaki itu berjalan. Casey turut membantu sebelah lalu membawa tuan muda itu masuk ke dalam. Akhirnya dia menolak tubuh Alexander supaya duduk di sofa di ruang tamu namun lelaki itu terbaring lemah. Florence lekas membuka stokin di kaki itu seperti selalu.

"Apa kita nak buat, mama?" Soal Florence begitu risau.

"Kita kena angkat dia tidur dalam bilik dia. Tapi mama tak larat," keluh Casey.

"Tak apa, kita cuba dulu, mama," cadang Florence dengan senyuman penyelesaian.

Casey perlahan menyetujuinya tapi dah Florence yang bercadang begitu, dia terpaksa. Florence membangunkan tubuh Alexander dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Namun malangnya Alexander termuntah pada Casey yang siap berdiri di hadapan tuan muda itu.

"Mama..."

"Florence, kamu je lah bawa dia naik ke atas. Mama kena bersihkan diri mama dulu,"

"Tapi mama..."

Casey laju melarikan diri dari situasi itu. Muntah di baju itu membuat dia begitu geli dan jijik. Tinggal Florence di situ namun dirinya tak putus berusaha. Akhirnya dia menolong Alexander berjalan menuju ke anak tangga walaupun terasa berat sangat.

"Bangunlah, tuan! Kau ni selalu sangat susahkan aku!" Kata Florence sambil memandang geram ke arah wajah Alexander.

Alexander terbatuk kecil. Florence kecut perut sekiranya lelaki itu mendengar katanya tadi. Mereka sampai di tingkat atas. Kalau diikutkan kata hati mahu sahaja dia tinggalkan Alexander di situ. Nafasnya tercunggap-cunggap.

"Mm...mm..."

Florence memandang pada Alexander. Orang mabuk, banyak dia cakap tapi dengan Alexander hanya 'mm' sahaja yang terkeluar. Dia tergelak kecil namun sambil itu dia menolong lelaki itu masuk ke dalam bilik.

"Uh, letihnya!" Keluh Florence bila tubuh Alexander berjaya mendarat di atas katil.

Dia mengelengkan kepalanya. Perangai lelaki itu membuat dia teringatkan Mark yang kini menjadi bekas kekasihnya. Semuanya tinggal kenangan. Dia menarik comforter hingga menutup paras dada lelaki itu. Wajah Alexander ditatap lama.

"Kenapa dengan tuan? Tuan ada masalah ke? Ni pertama kali saya tengok tuan mabuk macam ni...saya letih tapi saya kesian jugak tengok tuan macam ni..." ujar Florence, masih memandang pada Alexander yang begitu lena.

"Saya nak ucapkan terima kasih dekat tuan sebab hari tu tuan ada bagi amaran dekat Mark. Saya pun tak nak jumpa dia lagi. Saya sakit dan terluka tapi saya kena teruskan hidup ni...tuanlah penyelamat saya,"

"Bbrrrr.....mmm..."

Florence tergelak kecil. Lucu pula Alexander mabuk seperti itu. Namun air matanya tetap mengalir laju di pipinya.

"Tuan tidurlah...selamat malam,"

Florence berdiri lalu melangkah keluar dari bilik itu.

.....

Alexander ligat bangun. Namun badannya mengeliat banyak kali. Cahaya entah dari mana yang menganggu tidurnya yang lena itu. Dia membuka matanya namun terasa pancainderanya begitu lemah melawan cahaya itu. Cahaya itu?!

Alexander terus bangun memandang pada jam lonceng di meja lampu. Terbeliak matanya bila jarum jam pendek itu menunjukkan ke arah angka 11. Tidak boleh jadi ni!

Dia bingkas bangun dari katil itu lalu mencapai tuala mandinya. Hari Sabtu dia harus kerja. Apa yang terjadi padanya semalam sehingga dia tidur mati? Dia terhidu bau alkohol saat dia membuka baju kerja di tubuhnya itu. Sah! Dia mabuk semalam.

Dia cepat membuka air shower lalu mandi. Selesai mandi, dia pantas mengeringkan badannya dengan tuala dan keluar dari situ. Iphone 4s lantas dicapai.

Hari ni aku cuti sampai esok. Kau uruskan segalanya...kalau ada yang mustahak tolong inform cepat dekat aku!

Mesej itu disend pada PA nya. Dia pun memakai pakaian biasa. Kala itu mulalah perutnya terasa mual. Rasa nak loya pun ada juga. Alexander bergegas berlari ke bilik air.

.....

Casey bertambah rungsing. Keadaan Alexander semakin parah. Badannya mula terasa panas. Diberi makan bubur tapi sekejap sahaja perut tuan muda memuntahkan balik. Akhirnya dia membiarkan sahaja Alexander berbaring lemah di atas katil itu.

"Florence, kamu jaga sekejap. Mama mahu sediakan makan tengahari kita," arah Casey.

Florence angguk kecil. Tinggal dia dan Alexander sahaja di situ membuat Florence tidak selesa. Namun keadaan Alexander itu membuat hatinya risau tidak menentu. Cepat sahaja dia membasahkan tuala kecil itu dan dibilas sehingga kering sedikit. Tuala itu diletakkan di dahi Alexander. Kelakuannya itu membuat lelaki itu tersedar lalu membuka matanya.

"Tuan tidurlah...lepas ni saya tak akan ganggu tidur tuan lagi,"

Alexander menatap wajah Florence yang berada di sisinya. Dengan posisi begitu membuat Florence begitu dekat sekali dengannya. Jantungnya mula memainkan irama yang begitu indah. Matanya merenung anak mata Florence yang cantik dan berkilau itu.

"Florence...saya nak awak..."

Florence diam. Namun dia tidak mengerti. Apa maksud tuan muda itu? Alexander perlahan mengenggam jari-jemari gadis itu. Florence kaget namun dibiarkan sahaja.

"Saya tahu dulu awak terluka...tapi..." kata-kata Alexander terhenti di situ bila kelibat Casey muncul di muka pintu.

"Florence, ada tetamu nak jumpa kamu," beritahu Casey, namun matanya sempat menangkap pada tangan gadis itu di dalam genggaman tuan muda itu.

Florence bingkas bangun. Dia meminta diri dulu lalu keluar dari bilik tuannya. Tetamu? Siapakah orangnya? Dia menuruni anak tangga dan dia terlihat bayang seseorang yang sedang menanti di ruang tamu lalu dihampirinya.

"Leonard?!"

Leonard senyum lebar bila melihat Florence yang berdiri di hadapannya. Dia bingkas bangun.

"Awak sibuk tak hari ni?" Soal Leonard begitu teruja.

"Awak nak apa?" Tanya Florence pula yang begitu pelik bila lelaki itu datang menemuinya.

"Saya nak ajak awak keluar...tu pun kalau awak tak busy," ujar Leonard dengan senyuman gembira.

Florence menelan air liur. Kenapa situasi seperti ini begitu buat dia tidak selesa? Dipandang Leonard yang tinggi sedikit darinya. Ketampanan lelaki itu mampu membuat ramai gadis yang terpikat namun tidak pula padanya. Senyuman lelaki itu yang paling dia suka tengok. Manis!

"Dah puas tengok muka saya?" Usik Leonard bila Florence begitu khusyuk menilik mukanya itu.

Florence termalu sendiri. Dia gelabah sehingga dia terpijak kaki Leonard. Leonard tergelak suka.

"So?" Tanya Leonard bila tawanya sedikit reda sambil matanya memandang pada Florence.

"Saya tak boleh...maaf!" Jawab Florence begitu jujur walaupun dia tahu jawapannya itu mengecewakan lelaki itu.

Leonard senyum cuba menutup rasa hampanya. Kenapa?

"Sebab...tuan saya tengah sakit. Saya risau sangat dengan keadaan dia. Tapi hari lain saya boleh keluar dengan awak," pujuk Florence sedaya-upaya menyelamatkan keadaan dingin itu.

"Okey...saya faham. Tapi boleh saya jenguk Alex?"

"Mari ikut saya ke atas," ajak Florence dengan senyuman di bibirnya.

Mereka berdua beriringan naik ke tingkat atas. Florence mahu membuka pintu bilik itu namun Leonard terlebih awal bertindak sehingga tangan mereka bersentuh. Florence cepat menarik tangannya.

"Hey, Lex!" Sapa Leonard begitu gembira bila dia masuk ke dalam bilik Alexander.

Alexander yang bersandar di kepala katil itu tersenyum menyambut kedatangan kawannya itu. Mereka berpeluk mesra sebelum Alexander mengadu sakit bila Leonard menumbuk mesra pada perutnya. Mereka berdua tergelak. Casey dan Florence berdiri di belakang Leonard.

"Kenapa kau macam ni? Macammana dengan syarikat kau?" Soal Leonard begitu risau.

"Aku okey je. Jangan risaulah! Syarikat pula aku minta tolong dekat PA aku. Kau buat apa datang ke rumah aku?" Tanya Alexander.

"Kan aku dah cakap dekat kau masa tu...aku nak ajak Florence keluar tapi dia tak nak. Dia kata dia risaukan kau. Bila tengok kau macam ni, kesian pulak aku tengok," ujar Leonard.

Alexander senyum nipis. Florence di sebelah Casey dipandang sekilas. Dadanya terasa lapang sedikit. Namun rasa bersalah juga dengan Leonard. Dia sakit itu pun disebabkan dia tidak mahu Florence keluar dengan Leonard. Semuanya adalah rancangannya sendiri. Dia tidak mahu Florence semakin rapat dengan kawannya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

402K 14.2K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
938K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
515K 22.3K 45
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos
401K 8.1K 61
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ El Naura Elena seorang pelakon dan model terkenal terpaksa dikahwinkan bersama Amsyar Qairi seorang lelaki yang miskin dan kek...