๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

Af syafasuha

471K 18.1K 634

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... Mere

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 21

8.7K 341 3
Af syafasuha

"Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana."


"Apahal pandang aku macam tu?"tanya Ezar sambil memegang tangannya yang sudah berbalut.

"Apa? salah ke?"kata Farish sambil mengangkat kening.Pandang pun salah ke bukan kena bayar pun.Farish merenung sekali lagi kearah tangan Ezar yang berbalut itu.

"Kau nak apa pandang macam tu?"Ezar mendengus geram."Sebenarnya aku ada soalan kat kau nih ha!"Ujar Farish."Apa cakap je la..."

"Macam mana benda ní boleh terjadi? kenapa?"soal Farish dengan nada serius."Sebenarnya macam ni masa aku dapat kejar peragut tu kan..Dia cuba nak tikam aku tapi..masa tu aku elak bila dah elak tangan pulak jadi mangsa..ish..ish..ish.."

"Macam tu je?"

"Ye la...nak panjang macam mana lagi?"Ezar mencebikkan bibirnya.

"Pfftt..tak seronok langsung cerita kau nih.Ni nanti aku nak call Mak kau pasal apa yang terjadi kat kau ni!"sakat Farish dia tahu yang Ezar sebenarnya takutkan Mak Imah.

"Weh!!!! janganlah beritau Mak aku, matilah aku nanti bila Mak aku tahu mesti balik nanti aku kena ganyang cukup-cukup!"rayu Ezar sambil membulatkan matanya supaya Farish cair dengan rayuannya.

Aku dah agak dah,dia ni memang takut dengan Mak dia lagi-lagi masa mak dia membebel! aku yang sebagai menantu pun kena tadah telinga mendengar bebelan Mak dia terutama masa Ezar tidak mengambil berat tentang keadaan aku.Fuhh Mak punya ceramah memang deep sampai aku yang tak kena ceramah pun boleh terasa...

"Oii..aku tengah cakap dengan kau kot!"kata Ezar menjuihkan bibirnya.

"Okey...tapi nanti bila dah balik pandai-pandai kau la bagi alasan ye..."balas Farish setelah membuat keputusan untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Mak Mertuanya.

"Yes....yeay terima kasih..!"Ezar bersorak gembira kerana rahsia ini akan dirahsiakan dari Maknya.

"Aik...tadi kata tangan sakit sangatt!"tegur Farish menjeling tajam kearah Ezar.

"Alaa..bukannya sakit sangat pun.Ni kalau nak bagi penampar kat muka orang pun boleh kot..! lukanya dekat bahagian belakang tapak tangan bukan tapak tangan!"

"Apa-apa je la..dah pakai tali pinggang tu!"arah Farish bersedia untuk bertolak ke tempat penginapan mereka.

"Iye..la"Ezar bersedia memakai tali pinggang.Tidak lama kemudian,Kereta Farish mulai bergerak menuju ke destinasi seterusnya.


××××××

"Ya Allah! lembutnya katil ni"kata Ezar sambil menghenyakkan tubuhnya pada katil.Mata Ezar beralih kearah Farish yang bersusah payah mengangkat beg bagasi mereka berdua.

"Alaa...kesiannya dia!"sakat Ezar."Dapat je kunci bilik terus lupa kita ni.."balas Farish menjuihkan bibirnya tanda merajuk.

"Ermmm.... Mana kau simpan pengat pisang Mak aku?"tanya Ezar sambil mengangkat keningnya."Ada la.."

"Mana...aku nak rasa kau tau tak aku memang dah lama mengidam nak makan pengat pisang tu!"Ezar bangun dan terus berdiri dihadapan Farish.

"Kenapa tak masak sendiri je?"soal Farish.

"Kalau la aku ni pandai memasak dah lama dah aku masak tak payah nak tunggu mak aku masak.."

"Harap je perempuan,tapi tak pandai masak tengok aku ni..walaupun jarang masuk dapur tapi aku tahu masak tau!"bebel Farish.

"Iyalah.. tapi sekarang mana pengat pisang mak aku?"soal Ezar sambil menadah tangannya.

"Ada ni hah.. dalam perut aku!"balas Farish dengan nada serius.

"Apa???...kau ni memang jahat!!! kau tau tak aku memang teringin sangat nak rasa pengat pisang Mak aku nih! kau saja je kan tak nak kongsi dengan aku...!"mata Ezar mulai berkaca kerana makanan yang diingininya sudah habis dimakan oleh Farish sendirian.

Hati Farish memang sangat lemah pabila lihat wanita menangis.Alaa janganlah nangis,Aku bukannya sengaja nak habiskan.

Ezar terus berlalu meninggalkan Farish sendirian dibiliknya.Ezar berlalu ke ruang hadapan kemudian Ezar melabuhkan punggungnya pada sofa yang disediakan.

"Apa salah aku sampai kena macam ni sekali!"Ezar mengesat airmatanya."Aduhh!!!! macam mana ni? mana la aku tahu yang dia tu mengidam nak rasa pengat pisang Mak dia."Farish mengeluh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

××××××


"Macam manalah anak aku kat sana sekarang ni?"bisik hati Mak Imah sendirian.Sejak dari petang tadi hati Mak Imah berasa gusar seperti ada perkara yang berlaku menimpa anaknya seorang itu.

Ezar dan Mak Imah memang jarang berpisah jadi apabila tiada Ezar dirumahnya memang sunyi.Dengan usikan manja Ezar kadang-kadang mencuit hatinya.Sikap Ezar memang mewarisi sikap seperti Arwah Ayahnya seperti kuat menyakat,kuat makan,kuat merajuk dan manja.Selepas kematian suaminya, Mak Imah menjadikan Ezar pembakar semangatnya untuk teruskan hidup.

"Rindunya Mak kat Zara..Ya Allah KAU lindungilah anakku Ya Allah kerana dia adalah satu-satunya harta berharga yang aku ada kini dan selamanya.Aminnn.."Mak Imah berdoa kemudian beralihkan matanya pada kaca televisyen.

××××××

"Bangunlah...sedapnya tidur tak ingat dunia ke?"jerit Farish ditelinga Ezar.

"Kau nak apa?.."kata Ezar sambil menyelubung badannya dengan selimut.

"Bangunlah sayang oi..solat subuh!"jerit Farish menarik selimut yang dipakai oleh Ezar.

"Woi!!!..."Ezar mendengus sambil mengeliatkan badannya.

"Apa? jom solat subuh jangan mengelak ehh!!"ujar Farish mengingatkan perkara yang wajib kepada Ezar.

"Wey!!! apa ni pakai baju aku? dan.. bukan semalam aku tidur kat ruang depan ke?" Ezar kehairanan.

"Baju ni aku pinjam je... dan pasal kau tidur kat sini pulak,aku yang dukung kau bawak masuk dalam bilik,kesian pulak aku tengok kau menangis kempunan sampai terlena kat depan tu!"perli Farish.

"Blah..la kau suka-suka hati je dukung aku masuk dalam bilik apahal?"

"Biar la bukannya haram pun! bini aku sendiri kot!"balas Farish dengan nada serius.

"Dah buat salah pun tak tau nak minta maaf!"Ezar mencebikkan bibirnya tanda protes.

"Nak aku minta maaf ke?"soal Farish.

"Tak payahlah..kau kan tak pernah buat salah!! aku ni je yang selalu buat salah kat kau kan?!!"balas Ezar dengan nada memerli.

"Ezar..."panggil Farish.

"Apa? dahlah aku nak pergi mandi,menyampah aku tengok muka kau!"Ezar bingkas bangun mencapai tuala mandinya.

"Ezar..jangan lupa mandi wajib tau!"sakat Farish sengaja mahu melihat reaksi Ezar sedangkan dia langsung tak pernah sentuh Ezar buat masa sekarang ni kerana Farish bukan sejenis yang suka memaksa.Farish akan menjalankan tanggungjawabnya jika Ezar sudah benar-benar bersedia untuk hidup dengannya hingga ke akhir hayat.

"Apa kau cakap!"Ezar membulatkan matanya.

"Tak ada la aku gurau je.."balas Farish sambil tersenyum sumbing.

"Jangan main-main dengan aku kalau bab nih.Memang boleh naik hantu aku kang!!"ugut Ezar dengan riak wajah yang serius.

"Iye...aku gurau je la tadi.."balas Farish pula dengan reaksi yang serius untuk menambah keyakinan pada Ezar.

"Okey..kalau apa-apa jadi kat aku memang kena kau nanti!"Ezar menunjukkan tangan yang dikepalnya.

"Tak kan jadi apa-apa la...aku tak buat langsung la benda tu!"ujar Farish membela dirinya.

"Apa-apa je la..!"balas Ezar sambil menjeling tajam dan terus menuju kebilik air.

"Sayang!!!! nak mandi tu hati-hati tau!,
dan jangan buka pembalut luka tu okey!!"kata Farish sebelum Ezar masuk kedalam bilik air.

"Sayang?? erk gelinya...! aku tau la jaga diri sendiri!"ngomel Ezar.


**********

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

68.6K 1.6K 21
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Sarah yang berumur 17 tahun..Sarah mempunyai seorang abang yang merupakan seorang askar...
90.2K 5K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
173K 7.4K 36
Tetaplah tersenyum walau hati tengah berduka Senyuman mungkin tidak mewakili suasana hati Namun,ia mencerminkan kekuatan diri..
1.6M 68.5K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...