๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

By syafasuha

471K 18.1K 635

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 20

9.3K 372 11
By syafasuha

"Mak Cik oi bangunlah kita dah sampai nih!"jerit Farish dibahagian telinga Ezar.

Tidak semena-mena satu tamparan hinggap dipipinya."Wei sakitlah!"Farish mengerang kesakitan sambil menggosok pipinya yang masih sakit akibat terkena tamparan tadi.

"Siapa suruh jerit kat telinga aku?!"balas Ezar dalam keadaan matanya masih terpejam.

"Masalahnya ni kali ke-8 aku kejutkan kau! tidur mati ke apa ni?"Farish menjeling kearah Ezar.

"Diamlah bagilah aku sambung tidur kejap je..."rayu Ezar yang masih dalam keadaan mamai.

"Aku kira sampai tiga je,kau tak nak bangun aku dukung kau nanti!"ugut Farish.

"Ehhhh....iye.. iye la..Alaaa nak tidur pun tak boleh!!"kata Ezar sambil menjuihkan bibirnya.

"Cepatlah keluar!!"Farish meninggikan suaranya.

"Nak keluar la ni!"Ezar segera keluar dari perut kereta tersebut kemudian membetulkan pakaiannya dan topi yang dipakainya juga diperbetulkan.

"Jom la makan.."ajak Farish.

"Makan?"

"Iye la makan.. tak nak makan ke?"

"Nak la.."

"Dah tu jom lah yang tercegat kat situ kenapa? nak tunggu aku dukung kau bawak masuk dalam ke?"

"Ehh tak de masa..."Ezar terus melangkah masuk ke dalam restoran ala seafood itu.

××××××

Dhia mengutip satu per satu gambar Farish lalu ditatapnya."Farish kenapa kau buat aku macam ni! Aku terlalu sayangkan kau tapi kau!!!"Dhia segera mencapai gunting lalu memotong gambar Farish hingga terlerai lalu dibuang ke dalam tong sampah.

"Aku akan pastikan yang kau takkan bahagia Zara...aku jugak akan pastikan yang kau selalu dibawah aku!!"Dhia menikam dan memotong gambar Ezar yang berada diatas meja soleknya.Dhia yang dahulu sering mengharap cinta dari Farish namun musnah kerana kehadiran Zara.kehadirannya umpama merampas mahligai impiannya."Kau tunggulah suatu hari nanti hahahahaha!!!"Dhia ketawa sendirian dengan rancangan jahatnya itu.

××××××

Rambang mata Ezar memilih makanan yang tersedia dihadapannya.Banyak betul dia order!! sampai tak tau nak pilih yang mana.

Ezar memilih nasi yang berlaukkan kari kepala ikan dan sambal udang.Sedap-sedap makanan dekat sini patutlah banyak pelanggan masuk.Untunglah pemilik kedai ni..

"Zara...cuba makan perlahan-lahan,dah macam tak pernah makan seminggu je!!"ngomel Farish sambil menghirup jus kurma.

"Iye la...tak nampak ke aku makan perlahan-lahan sopan santun nih!"Ezar memerli.

"Menjawab!!"

"Mana ada! tu kau nak makan ke tak? kalau tak nak bagi je kat aku!"Ezar yang dari tadi memerhatikan lauk sambal ketam yang langsung tak terusik dek Farish.

"Kenapa nak ke?"soal Farish sambil mengangkat keningnya.

"Iye la..kalau dah aku tanya tu maknanya aku nak la.Takkan saja-saja kot?!"

"Mak aii! kau nih makan ke apa?"terkejut Farish dibuatnya kerana Ezar mahu makanannya pula.

"Makan la takkan tidur pulak?"

"Sepanjang aku kenal kau sebagai Isteri aku inilah pertama kali aku nampak kau makan sebanyak ni! patutlah gemuk!"bebel Farish tak berpuas hati.

"Ni pehal lak! nak cakap aku gemuk ni!"ujar Ezar sambil membulatkan matanya kerana geram diejek gemuk sepanjang hidup aku tak pernah seorang pun yang berani kutuk aku gemuk.

"Dah stop...depan rezeki pun nak gaduh ke? Nah ambil la aku punya ni tak cukup aku boleh order lagi!"ujar Farish sambil bermain dengan telefonnya.

"Betul ni??"tanya Ezar inginkan kepastian.

"Betul la...dah cepat sikit makan tu!"gumam Farish.

Beberapa minit kemudian..

Ezar sudah selesai makan tapi Farish pula belum selesai dengan telefonnya.Apalah yang penting sangat sampai tak boleh langsung nak lepaskan telefon tu sekejap? Agaknya kalaulah bini dia ni hilang dia perasan tak?

"Rishh...jom balik aku nak tidur ni!"rengek Ezar sambil memandang wajah Farish.

"Dah habis makan ke? tak nak tambah lagi ke?"perli Farish.

"Aku tengah serius ni boleh tak jangan main-main!"geram Ezar dibuatnya kerana sikap Farish yang tak mengendahkannya.

"Ye la...kau pergi tunggu je kat parkir kereta tu nanti aku datang.Aku nak pergi bayar bil makanan nih!!"ujar Farish dan terus berlalu pergi tanpa menghiraukan riak wajah Ezar yang masam mencuka.

"Nampak sangat dia ni tak kesah pasal aku!!"Ezar mencebikkan bibirnya lalu mengatur langkah keluar dari Restoran itu dan menuju kearah tempat parkir kereta.

Seorang Wanita yang berada dalam lingkungan 30an sedang berjalan dihadapan Ezar tiba-tiba beg tangannya diragut oleh seorang lelaki yang lalu bersebelahannya.

"Tolong...tolong...!!"jerit Wanita itu meminta pertolongan.

Ezar yang tanpa berfikir panjang terus mengejar peragut itu.Tak guna punya peragut dia cilok sana sini lepas tu hilang sekelip mata je..!

Ezar melalui disebuah lorong yang agak sunyi.Tiba-tiba peragut tadi muncul semula dihadapannya tetapi kali ni ditangan kanannya terdapat sebilah pisau.

"Woi!! pulangkan balik beg tu!"jerit Ezar sengaja menunjukkan keberanian walaupun hakikatnya hatinya sedang takut.Dia tahu sekuat mana pun dirinya kuat lagi tenaga seorang lelaki.Dia masih lagi boleh membezakan antara kekuatan seorang lelaki dan perempuan.

"Kau nak ke? kalau kau anak jantan meh la lawan aku!"tengking peragut itu.Sedikit sebanyak tengkingan lelaki itu cukup menakutkan hatinya.Tangan kiri peragut itu masih setia memaut beg tangan itu.

"Aku mintak cara baik kan!"balas Ezar pula.

"Peduli apa aku!!"tempelak peragut lalu cuba menikam ke perut Ezar.Tetapi ditepis namun akibat tepisan itu tangan Ezar pula jadi mangsa akibat ditoreh.Sakit bukan kepalang dibuatnya darah mulai mengalir dari luka itu.

Kesakitannya itu hanya ditahan sahaja Ezar tak mahu tampak lemah hanya kerana baru ditoreh sedikit.Peragut itu hanya tersenyum puas kerana sasarannya sudah kena walaupun tidaklah tepat.

"Padan muka...kau bukanlah tandingan aku!"peragut mula mengatur langkah meninggalkan Ezar yang masih dalam menanggung kesakitan.

Kebetulan ada pula sebatang kayu yang agak besar dihadapan Ezar.Dengan sedaya upaya Ezar kuatkan dirinya lalu diangkat dan terus memukul bertalu-talu pada bahagian belakang leher peragut itu dan akhirnya peragut itu jatuh pengsan.

"Ya Allah...syukurnya dapat jugak beg nih!!"Ezar terus mencapai beg tangan itu dan berlalu pergi sebelum peragut itu sedar kembali.

Ezar mengatur langkah perlahan-lahan menuju semula kearah tempat parkir kereta itu.Ezar ternampak riak wajah Farish dalam keadaan gelisah sambil memegang telefonnya.Dia nak telefon siapa tu? lantak dia la sekarang aku nak serahkan dulu beg nih...

Ezar mendekati wanita yang sedang duduk dalam keadaan gelisah mungkin tengah menunggu beg tangan dia ni."Kak ni beg Akak kan?"soal Ezar lembut.

"Betul ni la beg Akak terima kasihlah dik sebab tolong Akak!!"wanita itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih padanya.

Tiba-tiba mata wanita itu terpana pada luka ditangan Ezar semasa tangan Ezar menyerahkan beg tangannya itu."Ya Allah dik kenapa ni??"wanita itu menjadi panik tiba-tiba.

"Tak ada apa sikit je ni Kak!"kata Ezar dalam keadaan tenang.

"Sikit apa ni! Akak tengok dah teruk ni!"kata Wanita itu dengan nada yang kuat sehingga Farish yang berada ditempat parkir kereta itu terdengar.Farish yang terdengar pun terus menuju kearah Ezar dan wanita itu.Alamak matilah aku kena bebel dengan Farish!!

"Tak ada apalah...kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu!"ujar Ezar tanpa mengendahkan panggilan dari wanita itu.

"Kau pergi mana Zara? kau tau tak aku risaukan kau! kau sukakan buat aku jadi tak tentu arah macam ni?"bebel Farish yang tiba-tiba muncul dihadapannya.

Tanpa berfikir panjang Ezar menunjukkan lukanya pada Farish."Jom pergi klinik"ujar Ezar segera pergi ke kereta Farish.Namun belum sempat pergi lengan Ezar sudah dipaut oleh Farish.

"Kenapa boleh jadi luka macam ni!"Tengking Farish.Ezar hanya mendongak ke muka Farish."Selama ni kau ada ke ambil peduli pasal aku? Aku hilang ke aku mati ke ada kau ambil peduli!!?"tanya Ezar dengan renungan tidak berpuas hati.

"Kalau aku tak ambil peduli pasal kau.Dah tentulah aku takkan tanya kau soalan tadi!"Farish membalas.

"Dah la tolonglah cepat bawak aku pergi Klinik!"rayu Ezar."Kau tak jawab lagi soalan aku!"soal Farish dalam nada tegas.

"Kau nak tau sangat kan? okey tadi aku pergi kejar peragut dan peragut tu cuba nak tikam aku tapi tersasar dan tertoreh tangan aku...okey dah tamat!"

"Kau pergi kejar peragut!"soal Farish inginkan kepastian."Iye..kelakarkan cerita aku ni!"balas Ezar sambil menjeling.

"Ya Allah,Ezar kenapa kau selalu sangat buat aku risaukan kau?"marah Farish."Farish..Aku nak tanya ni..kau nak ke tak nak..bawak aku pergi klinik ni?,kalau tak nak aku boleh je pergi naik teksi ke apa..!"balas Ezar.

Akhirnya Farish mengalah dengan kata-kata Ezar.Buatnya kalau Ezar betul-betul naik teksi macam mana? setahu aku inilah kali pertama Ezar sampai di Cherating.Kalau sesat mana nak cari,dah la Ezar seorang saja Isteri yang dia ada.Memanglah kadang-kadang perangai Ezar menjengkelkan tapi hatinya masih ada perasaan sayang pada Ezar.

**********

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
25.8K 1.1K 62
AUTHOR : AUREL > My first book โ€ผ๏ธ > DILARANG COPY โ€ผ๏ธ > Sorry kalau salah eja atau kurang menarik sebab ni first book hehe > Sorry kalau ada tersamar...
5.9M 218K 66
Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak...
2.2M 14.6K 11
AMARAN! Dilarang tiru atau cetak daripada mana-mana bahagian dalam novel ini! Novel dan idea-idea novel ini adalah hak milik author! Kalau didapati a...