CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLET...

By teaqahm

246K 8K 27

Alexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lag... More

Prolog
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Epilog
Promote

Bab 2

9.7K 332 0
By teaqahm

Leonard melangkah masuk ke dalam syarikat Xander itu dengan penuh yakin. Sebagai kawan rapat pada Alexander membuat hidupnya begitu bebas.

"Hai, Leo!" Sapa gadis di tempat penyambut tetamu.

Leonard senyum lebar. Dia berdiri di depan pintu lif. Lambat pulak pintu lif ni nak buka! Desis hati Leonard. Maklumlah dia khuatir ada gadis yang mengedik dengannya.

Pintu lif akhirnya terbuka. Laju sahaja dia masuk lalu menekan punat 20. Namun kala pintu lif tertutup ada tangan seseorang menahannya. Leonard merengus.

"Hai...sorry!" Tegur gadis itu lalu melangkah masuk.

Leonard menekan punat 20 sekali lagi. Gadis tadi tidak dihiraukan. Bukannya ada apa-apa dengan dia.

"Leo, Alex ada tak?" Tanya gadis itu.

Leonard hanya diam. Nak tegur buat apa! Malas...pintu lif terbuka akhirnya. Laju kakinya melangkah keluar dari situ meninggalkan gadis itu di belakang.

"Alex, your ex datang cari kau!" Kata Leonard bila masuk ke dalam bilik kerja Alexander.

Alexander tidak terkejut. Malah dia berasa marah. Perempuan tak pandai malu! Waktu itulah gadis tadi muncul dengan senyuman manis.

"Hai, Lex! Nice to meet you..." sapa gadis itu begitu gembira.

Alexander senyum sinis. Dia kembali menyambung kerjanya tanpa menghiraukan gadis yang berdiri di hadapannya itu. Leonard sudah lama meninggalkan mereka di situ.

"Alex, I know you still love me...So, that's why I datang jumpa you hari ni,"

"I dah lupakan you dalam hidup I sejak hari you curang dengan I, Eileen...You know what I don't like wasting my time over you...Perkara dah berlalu dah basi pun!" Kata Alexander.

"Tapi I tak percaya! Buktikan yang you dah tak sukakan I? I tengok you masih single je..." balas Eileen tidak mahu mengalah.

"I single tak bermaksud I masih cintakan you...Cetek sungguh fikiran you sama macam perempuan kat luar sana tu! Lebih baik kau blah sebelum aku panggil security aku untuk halau kau keluar dari sini!" Jerkah Alexander di hujung ayatnya itu.

Eileen mendengus kasar. Alexander pula melemparkan senyuman sinis.

"I akan datang lagi esok! For your information, I akan buat you jatuh cinta dengan I semula..."

"Oh, I will see the progress then," perli Alexander bersama senyum kemenangan bila gadis itu menghentak kakinya tanda geram dipermainkan begitu.

"Aku nak kata ni pada kau...cuba kau cermin diri kau tu sebelum nak pikat aku balik!"

Eileen merajuk lalu keluar dari pejabat Alexander dengan menghentak kakinya ke lantai. Kalau hari-hari dia datang mengacau habis retaklah lantai officenya nanti. Huh!

"Apasal dia jumpa kau, Lex?" Soal Leonard yang baru masuk.

"Peninglah aku dengan perempuan masa ni! Tak reti bahasa pulak!" Rungut Alexander lalu menghempas pennya di atas meja.

"Maksud kau?" Tanya Leonard sambil melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan meja kawannya itu.

"Dia datang tadi nak aku go back dengan dia. Aku cakap aku tak nak. Lepas tu dia cakap aku ni masih suka dengan dia, nak muntah pulak aku dengar! Kau tau lagi tadi dia nak pikat aku balik. Aku perlilah dia suruh balik rumah tengok cermin. Tu yang buat dia geram tadi hentak kaki tu. Kalau dia datang esok alamat retak jugak lantai office aku ni," cerita Alexander dengan reaksi meluat dengan Eileen tadi.

"Tapikan, bro...tak salahkan kalau kau bagi dia peluang kedua? Aku dengar dia dah putus dengan kekasihnya tu. Mungkin sebab tu kut dia nak kau semula," cadang Leonard sambil memandang pada Alexander.

"Kau ni dah gila ke apa suruh aku kutip sampah yang aku dah buang?! Pergi mampuslah kau! Aku tak akan terima dia semula macam dululah. Kau ingat luka yang dia buat dulu tu tak besar ke?!" Jerit Alexander dengan penuh emosi.

Leonard terus diam. Amarah Alexander lebih ketara bila bercakap mengenai Eileen. Huh!

"Okeylah kau buat kerja kau. Aku balik dulu!" Kata Leonard lalu bangun.

Alexander menghela nafas. Rasa menyesal pula sudah menaikkan suara pada kawan yang begitu rapat dengannya. Namun Leonard sudah jauh hilang dari pandangan matanya. Sebab gadis itulah emosinya tidak terkawal langsung. Dia akui masih ada sisa cinta dia pada Eileen tapi itu dulu. Sekarang dia sudah ada perempuan lain yang menarik perhatiannya.

Alexander bangun lalu melangkah keluar dari pejabatnya. Kakinya diaturkan ke arah pantri di belakang. Tekaknya terasa haus. Nak suruh secretarynya bancuh air, tidak sesuai dengan tekaknya. Baik dia bancuh sendiri!

"Bos!"

Alexander tidak menoleh. Dia meneruskan sahaja apa yang dilakukannya itu tanpa ada rasa terganggu. Dia menuang air panas ke dalam cawan yang sudah diisi dengan sepaket coffee mix.

"Bos, mari saya tolong bos bancuh air bos ni. Nanti melecur pula tangan bos terkena air panas," ujar Ayren, secretary yang dicakapkan oleh Alexander tadi.

Ayren pantas mencapai sudu di tangan bosnya itu lalu mengaul sebati air coffee di cawan tersebut. Alexander merengus. Dia tidak suka keadaan tubuh gadis itu begitu dekat dengannya.

"Kalau siap kau hantar ke office aku!" Arah Alexander dengan tegas lalu cepat beredar dari situ.

Alexander melabuhkan punggungnya di atas kerusi hitam itu. Sambil itu dia menanti coffeenya datang namun kelibat Ayren belum lagi timbul-timbul. Payah sangat ke nak bancuh coffee biasa tu?! Benggang Alexander di dalam hati. Ayren muncul kemudian dengan secawan coffee panas untuknya.

"Kenapa cawannya lain? Mana cawan yang tadi?" Soal Alexander dengan wajah serius.

Ayren menelan air liur. Wajah serius itulah yang paling menakutkan namun dia tidak tahu kenapa hatinya jatuh cinta dengan bosnya itu. Alexander menghempas meja sehingga Ayren terkejut bukan kepalang.

"Sorry, bos tadi saya rasa coffee yang bos bancuh tu tak sedap sebab tu lah saya bancuh balik," jawab Ayren.

"Arghhh! Kau ni sehari dah buat aku benggang! Kau fikir coffee yang kau bancuh tu sedap sangat ke?!" Jerkah Alexander dengan mukanya sudah kemerahan menahan marah yang tidak tertanggung.

Ayren menekur. Wajah bosnya itu tidak lagi dipandang. Susah sangat dia nak buat lelaki itu jatuh cinta dengannya. Dah tiga tahun tapi tetap sahaja bosnya itu tidak sedar akan kewujudannya. Eileen pula yang selalu dipandangnya! Model tak ada adab langsung! Tadi dia sengaja buang coffee yang dibancuh bosnya itu supaya bosnya itu selalu merasa air tangannya. Sekarang dia pula kena marah.

"Kau keluar sekarang! Keluar!" Teriak Alexander sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah pintu.

Ayren akur. Dia pun melangkah keluar. Tinggal Alexander yang sedaya-upaya untuk meredakan kemarahannya. Dia memang terkenal dengan bos muka ketat dan pemarah. Semua pekerjanya takut dengannya. Tapi dalam muka ketatnya itu dia masih ada ada perasaan berperikemanusiaan.

.....

Alexander memarkir keretanya di bawah garaj. Dia melangkah keluar lalu masuk ke dalam rumah dua tingkat tersebut. Home sweet home! Hanya di rumah sahaja dia menemui ketenangan yang diinginnya.

"Baru balik, tuan? Bagaimana syarikat tuan?" Tanya Casey seperti selalu bila menyambut kedatangannya.

Alexander duduk di sofa cuba melepaskan penatnya. Kala itu seseorang datang bersama dulang yang berisi segelas jus oren. Gelas jus oren tersebut diletakkan penuh hati-hati di atas meja depannya. Alexander tertanya-tanya lalu melihat pada Casey yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Tuan, ini pembantu rumah yang baru bekerja hari ni. Saya memang nak cari satu sebab saya pun tak larat mana," jelas Casey dengan senyuman di bibir tuanya itu.

Alexander mengangguk. Namun bila terpandangkan wajah gadis itu matanya terbuntang. Gadis yang ditemuinya kelmarin!

"Tuan, silakan minum..." ujar gadis itu dengan penuh mesra.

Alexander tergamam. Namun dia cepat tersedar lalu meminum jus oren tersebut. Dia terkejut lagi. Jus oren tersebut sungguh sedap! Dia laju memandang pada gadis tersebut.

"Nama apa?" Tanya Alexander.

"Florence, tuan," jawab Florence.

"Makanan untuk dinner sudah masak ke?"

"Sudah, tuan!"

Alexander bangun. Seperti selalu dia naik untuk ke biliknya. Nak mandi dulu. Casey seakan mengerti rutin lelaki itu terus mengajak Florence masuk balik ke ruang dapur. Makanan harus siap terhidang di atas meja sebelum dia siap mandi.

Malam itu, Alexander tidak keluar ke mana-mana. Dia tidak ada mood untuk lepak bersama Leonard walaupun Leonard berkeras mengajaknya. Selepas selesai makan malam tadi dia terus mengurung dirinya di dalam bilik. Haraplah esok tidak seperti hari ini.

Continue Reading

You'll Also Like

165K 10.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
438K 30.7K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
23.8K 1.4K 53
Spin off She's The One. Status : Complete ๐˜‰๐˜–๐˜–๐˜’ | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya...
1.9M 45.7K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...