๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

By syafasuha

470K 18.1K 634

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 11

10K 411 16
By syafasuha

Farish menekan hon sekuat hatinya kerana bosan menunggu Ezar dalam kereta hampir 20 minit.Baginya menunggu perempuan bersiap adalah satu perkara yang melecehkan.

"Apa la yang pompuan tomboy ni buat? bersiap lama-lama pun bukannya cantik pun,macam lelaki adalah aku tengok!"bentak hati Farish geram.

Ezar berlari anak kearah tingkap dan menjerit sekuat hatinya."Hoi!! kau dah kenapa tekan hon kuat-kuat!! kau ingat ni rumah bapak kau ke? yang nak tekan hon kuat-kuat tu!"

"Ewah..ewah pompuan ni dah la lambat lepas tu nak marah kita pulak,memang nak ajak perang ni!"gumam Farish.

"Mamat ni sehari tak kacau aku memang tak sah! Eeeeee... bencinya!!"Ezar mencebikkan bibirnya.

Mak Imah yang kebetulan terdengar jeritan anak daranya yang seorang tu apalagi mulalah membebel."Zara kenapa jerit-jerit ni? buat malu je kalau orang kampung dengar anak dara Mak ni terjerit-jerit.!"

"Mak!! tengoklah bakal menantu mak tu perangai macam jebon!!.bukan nak panggil elok-elok,main hon je dia ingat Ezar ni kambing ke apa!"ngomel Ezar sambil memandang redup wajah Mak Imah.

"Biarlah! dia nak hon dah Zara lambat sangat jadi dia hon lah! dah pergi cepat kesian dia tunggu lama-lama dekat situ!"bebel Mak Imah.

"See mak suka sangat bela perangai budak 13 tahun tu mentang-mentang dia anak orang kaya!"

"Menjawab!! ni lagi satu budak 13 tahun yang mana nih?"ujar Mak Imah sambil bercekak pinggang.

"Siapa lagi tu bakal menantu Mak yang baik lagi alim tu laa!!"

"Pehal pulak jadi 13 tahun bukan ke si Farish tu sebaya dengan Ezar 27 tahun?"

"Shut!!!"Ezar mengangkat jari telunjuknya dan diletakkan pada bibirnya sebagai tanda senyap.

"Mak ni la malu la Ezar nanti bila dia dapat tau yang Ezar ni umur dah 27 tahun!!"

"Malu pasal apa pulak?"soal Mak Imah.

"Terasa diri ini tua la Mak!!"balas Ezar.

"Sedar pun diri tu tua!! tapi perangai tu tak mau nak berubah! kamu dengan Farish sebaya la..sebelum penampar ni lepas kat muka Zara baik Zara pergi turun sekarang!"ugut Mak Imah.

"Alaa..mak ni nak tampar Ezar pulak!"Ezar mendekati Mak Imah dan bersalaman.

"Nanti dekat butik tu jangan nak buat hal! mak tau je kamu berdua bergaduh,balik nanti siaplah Mak simpai kepala Zara tu!"

"Okey..okey Zara janji!!"balas Ezar menjuihkan bibirnya.

Ezar segera mengatur langkah dan terus masuk kedalam kereta Farish.Tiba-tiba gedegang! bunyi yang amat kuat kedengaran.

"Weh!! kau ni nak bagi tercabut ke apa pintu kereta aku ni?"gumam Farish setelah lama mendiamkan diri.

"Tenang dah laaa tak roboh pun la pintu kereta kau ni!"Ezar memandang dari atas hingga bawah dalam kereta tersebut.Namun tiada pulak tanda-tanda nak lingkup kereta ni cehh!! poyo je lebih saja nak uji kesabaran aku!.

"Kenapa kau lambat sangat nak turun? bersiap lama sangat ke? aku tengok tak adalah lawa mana pun! Ingatkan bersiap-siap lama-lama tadi tu.Cantik tak apalah jugak,ini tak macam lelaki adalah tak ada pun nampak kesan make-up ke apa!kekadang aku pun terpikir aku ni kahwin dengan lelaki ke perempuan!!"luah hati Farish.

Ezar yang dari tadi jadi pendengar setia bebelan Farish mula membalas "Kan aku dah cakap kalau kau tak nak kahwin dengan aku,kau boleh dipersilakan blah! jangan nak sibuk datang dan ganggu life aku, simple kan?"Ezar mula mahu keluar dari perut kereta tersebut.

Belum sempat keluar tangannya mencapai lengan Ezar kemudian ditariknya."Okey!!..kau ni janganlah sentap,Yes aku mengaku salah aku."Ezar mula menepis tangan Farish.

"Don't touch me okey!!.Ingat kita ni belum halal lagi tau!!"balas Ezar sambil memberikan jelingan yang maut buat Farish.

Comel pulak bila dia menjeling macam tu,Haish kau ni Farish! takkan setakat pompuan tomboy ni jeling kau! kau dah boleh tergugat dan cair pada dia.Aduh parah ni!.

"Yang kau ni dah kenapa sengih sorang-sorang!? cepatlah jalan tadi dia yang bising macam-macam!!"ngomel Ezar sambil memeluk tubuh.

"Ye la..!"kereta mewah itu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Ezar.Suasana pada ketika itu kelihatan tegang dan tanpa sebarang bunyi langsung.Ezar pula membuang pandangan pada luar tingkap.

"Ezar please say something!!!"suara Farish kedengaran.

"Kau nak aku menyanyi ke?"balas Ezar.

"Kesian muka dah cantik! Tapi tu la otak tu tak cerdik, aku suruh kau cakap sesuatu bukan suruh kau memekak menyanyi!,suara kau bukannya sedap pun!"gumam Farish geram.

Kurang ajar punya cengkadak! saja nak bagi aku naik angin.Bila aku senyap mula la nak tegur macam-macam tapi semua soalan yang menyakitkan hati.Eee ikutkan rasa hati nak je aku tumbuk muka Mamat nih,sengih-sengih fikir muka tu handsome ke?

"Kenapa diam! kutuk aku dalam hati ker?"

"Memang pun!,tengah plan ni macam mana nak bagi Mamat yang tengah drive kereta nih insaf sikit,ikut rasa hati yang murni ni rasa nak belasah je cukup-cukup nak gusti je sampai lembik dia tak tau lagi yang aku ni ada tali pinggang hitam!"perli Ezar sambil menjeling kearah Farish.

"Pergh!! nampaknya dia dah mula dengan ugutan!! matilah aku kalau kena belasah nanti!"

"Kenapa diam!"soal Ezar.

"Tak ada mood!"

"Padan muka,tau takut! ingat aku ni penakut sangat ke?"puas hati Ezar dapat mengenakan Farish.

×××××××

Hampir dua jam pasangan riuh ini memilih baju pengantin.Tapi satu pun tak ada yang terkenan.

"Eii..Apasal lama sangat kau nak pilih baju ni? bukannya susah pun pilih je nanti aku jugak yang kena bayar bukannya kau!"Farish merengus.

"Masalahnya aku tak pandai nak pilih baju,lagi-lagi baju kahwin ni hah! dah la kembang semacam lepastu dah la panas rasa nak bakar je baju tu!"ngomel Ezar sambil menunjukkan baju bersanding yang berwarna turqoise.

"Baju ni cantik kot! pergilah tukar aku nak tengok!"

"Hish!! menyesal aku ikut,kalau la aku tau pilih baju kahwin ni leceh,sumpah aku pura-pura pengsan je dari rumah tadi!"Ezar mengumam dalam hati.

"Apa lagi! pergi la tukar sekarang!"

"Ye la..boleh tak bawak bersabar!"Ezar mengatur langkah masuk kedalam bilik persalinan tersebut.

Hampir 15 minit Farish menunggu Ezar keluar dari bilik tersebut namun hampa batang hidung pun tak nampak.Tiba-tiba bahu ditepuk dari arah belakang.Farish menoleh rupa-rupanya Mummy.Alamak habislah aku nanti.!

"Dah lama ke tunggu?"soal Datin Ziera.

"Tak ada Mummy,kenapa Mummy datang sini?"

"Saja nak tengok bakal menantu Mummy test baju sanding dengan baju nikah!"ujar Datin Ziera sambil tersenyum.

"Err!!!"

"Mana Ezarra??"soal Datin Zeera dan pada masa yang sama...

Pintu bilik persalinan itu terbuka kasar dan Ezar terus membebel sambil memandang baju sanding berwarna turqoise itu.

"Ni semua kau punya pasal la ni! Kalau la kau tak paksa aku pakai baju ni mesti takkan jadi macam ni dah la ketat semacam!!,kau ingat badan aku ni lidi ke? Dah la ke..tat"mata Ezar mula memandang kearah Farish,Fuhh!! Gugur jantung aku bila tengok muka Mak Farish ni! Apahal pulak tetiba muncul kat butik ni ha! kata aku dengan Mamat mereng ni je yang pilih tapi kenapa tiba-tiba ada Mak Farish ni huwaa..malunya mana nak taruk muka aku ni woi!

"Tat!! Kuih tart yes kuih tart,weh Farish bila kau nak beli kuih tart! kan tadi Mak aku minta tolong belikan?"Ezar menyambung ayatnya semula yang tergantung.

"Ceh!! minah ni pandai pulak kau nak coverline lepas kau dah membebel depan Mummy aku?"Farish menepuk dahinya.

"Kuih tart ke Farish?"soal Datin Ziera.

"Hah!! memang pun tadi Mak Zara ada minta tolong dekat Farish supaya belikan kuih tart untuk dia!"balas Farish sepakat dengan Ezar.

"Amboi budak-budak ni! pandai pulak nak berlakon,ingat Aku tak nampak ke tadi?" gumam Datin Ziera dalam hati.

"Zara nampak cantiklah pakai baju ni, sesuai dengan potongan badan Zara. Okeylah Mummy pilih baju ni,kalau Zara rasa ketat ke apa, nanti Mummy tolong selesaikan masalah tu tau. Sekarang jom kita pergi pilih baju nikah pulak!" Jika boleh Datin Ziera ingin semuanya diselesaikan hari ini juga memandangkan majlis perkahwinan anak dan bakal menantunya sudah tidak lama lagi akan berlangsung.

'Dugaan apa pulak kali ni. Aduh semaklah fikiran aku nak kena pilih baju bagai ni! Aku nak balik... nak tidur... nak bantal busuk! Mak tolonglah,Ezar dah tak larat dah ni. Nak kahwin pun seksa!' Desis Ezar dalam hatinya.

*********

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 40.4K 59
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang...
364K 19.2K 31
Hidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang...
147K 7.2K 43
[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Na...
475K 19.2K 58
***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur...