๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ ๐™๐™ค๐™ข๐™—๐™ค๐™ฎ!

By syafasuha

470K 18.1K 634

Seawal pertemuan disangkakan lelaki namun disebaliknya dia adalah seorang wanita yang keras kepala,berhati ti... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45 (END)
NOTA
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART
SPECIAL PART (END)

BAB 8

10.1K 456 23
By syafasuha

"Apa pandang-pandang? "marah Ezar.Datin Ziera dan Mak Imah sedang sibuk di dapur untuk menyiapkan makan malam.Katanya ingin memberi peluang kepada Ezar dan Farish untuk kenali hati budi masing-masing.lain macam je bunyinya.

"Hek.. eleh..minah ni!! ingat aku nak sangat ke pandang kau! banyak lagi la perempuan cantik dari kau.Aku boleh dapat!!"Farish berkata-kata besar.

"Oi.. dah tu apahal tetiba Mak kau nak jodohkan kita.. Apa muka kau dah tak laku ke? "balas Ezar kasar sambil menjeling benci.Hubungan mereka umpama pinggan tak retak nasi tak dingin kau tak nak aku lagi tak hingin.

"Eii..perempuan! patutlah kau tak kahwin sampai sekarang! tengoklah pakai baju kurung pun nak kena paksa dengan Mak!!.tu la kalau dah dari kecik pakai macam lelaki tu yang dah terbawa-bawa sampai ke tua..! "kutuk Farish.

"Aku tak kahwin sampai ke tua pun tak apa la beb.Tak peduli pun la asal kau sibuk sangat hah!!"

"Suka hati aku la..ingatlah kau tu bakal isteri aku jangan nak melawan cakap bakal suami ni tak elok..! "

"Nasib baik la aku pakai baju kurung!! kalau tak dengan segera kaki ni melayang kat muka kau!"dengus Ezar.

"Ye ke.. budak pengkid...!!! kau sedar tak yang kau tu perempuan? yang sibuk nak jadi lelaki tu pehal?sedih hidup kau ni!"kutuk Farish.

Pang!..satu penampar melekat dipipi Farish."Hah mulut tu kalau tak tau apa-apa jangan nak main tuduh la! suka hati kau je tuduh aku pengkid..ambik kau!! ni lagi sebelah tu nak lagi ke penampar ni. Aku dah lama sangat tak tampar orang terutamanya mulut longkang macam kau ni!! "marah Ezar.

"Padu..jugak penampar minah ni..Aduh sakitnya pipi Aku!! "Farish menggosok-gosok pipinya yang telah ditampar oleh Ezar tadi.Ezar hanya menjeling dengan penuh meluat.

Sewaktu Ezar hendak melangkah pergi meninggalkan Farish.Lengannya sempat ditarik kasar oleh Farish."Kau nak apa!! sakit tau tak! "marah Ezar.

"Hello Cik Ezarra kau masih berhutang dengan aku lagi! "ugut Farish.

"Hutang apa! "tengking Ezar ditelinga Farish.."Ya rabbi pekak jugaklah telinga Aku ni.."

"Hutang kau dengan aku! aku nak kau kahwin dengan aku, lepastu hutang kau dengan aku langsai,settle masalah.. kau senang aku pun senang! "ujar Farish.

"Suka hati kau je paksa aku kahwin dengan kau!! blah la.. aku akan pastikan perkahwinan ni takkan langsung jadi!!! muktamad! "

"Hah.. okey.. bulan depan kita tunang lepastu terus nikah!! okey deal!"Farish tidak mengendahkan kata-kata Ezar malah membuat keputusan sendiri.

"Hish...lepaslah gila.. lelaki gila... Kau nak kahwin kan?.. kahwin la sorang-sorang.Aku akan cari jalan untuk lari dari majlis tu werkk..!! "Ezar menjelirkan lidahnya kemudian berlalu ke dapur.

Dia sudah tidak betah pabila bersama dengan Farish.Boleh jadi gila tau tak haishh serabut..!

"Aku akan pastikan yang kau Nur Ezarra akan jatuh cinta dengan aku!!"monolog Farish dengan penuh keyakinan.

"Hah..Zara mana Farish? "soal Datin Ziera sewaktu kakinya melangkah masuk kedapur.

"Dah la tadi baru gaduh dengan dia..masuk dapur pulak tanya pasal dia..macam ni la jadinya lebih baik tak payah kahwin la kang tak pasal-pasal hari-hari kena tanya mana Encik Suami?..asal hilang je mesti kena tanya..yang Mamat tu pun satu dasar anak manja hilang sikit aku yang kena soal dah besar panjang pun nak berkepit bawah ketiak Mak apa lah..!!"ngomel Ezar namun hanya mampu terluah dalam hatinya sahaja.

"Zara okey ke?"soal Datin Ziera mengejutkan Ezar dari lamunan.

"Ermm.. okey...okey.. je kenapa?"Ezar menyoal semula Datin Ziera.

"Kita tanya dia..dia tanya kita balik..Zara pergilah panggil Farish tu kita makan sama-sama ye!!"Datin Ziera tertawa kecil.

"Nak jerit ke atau pergi dekat dia bagi tau elok-elok? ehh..malasnya nak kena patah balik lepastu mulalah nak bertekak.. Aduh..nasib kau la Ezar dapat bakal laki yang macam tu! Eh sekejap Ezar kau rela ke kahwin dengan Mamat tu!! hah..tak rela la aku nak mengadap dia je huh!!"Ezar keluar semula dari dapur sampai sahaja diruang tamu dia terus mencari kelibat Mamat Poyo itu.

"Mana pulak alahai Mamat nih! hilang ke? kalau hilang siapa yang baik sangat nak culik Mamat tu.kalau betullah dia kena culik akulah manusia paling happy sebab hilang la seorang manusia annoying kat mata aku ni..!! "Ezar mendengus geram akhirnya dia menjenguk ke arah pintu rumahnya yang terbuka.

Patutlah dekat punya lama aku cari tak jumpa rupa-rupanya Mamat ni tengah berurut erk.. Hah padanlah muka,kutuk aku lagi...kan dah kena sebijik!.Ezar hanya jadi pemerhati Farish yang sibuk mengurut-urut pipinya yang masih sakit akibat ditampar.

"Macam ni la nasib...belum kahwin dah kena..ni kalau dah kahwin mahu koma aku kat hospital sebab kena belasah je!"ngomel Farish. Ezar yang hanya mendengar tersenyum kerana geli hati dengan omelan Farish.

Ezar mendekati Farish perlahan-lahan kemudian melabuhkan punggung ditangga tersebut bersebelahan Farish."sakit ke ?"soal Ezar sengaja membangkitkan kemarahan Farish.

"Eh tak sakitlah sayang! rasa nak lagi je penampar tu!"Farish membalas dengan nada memerli.

"Betul ni! "dengan pantas tangannya cepat menampar pipi Farish.

"Adoiii!!kau ni memang tak ada belas kasihan kan! tadi dah tampar bukan nak minta maaf tapi kena tampar lagi.."Farish mengerang kesakitan

"Aikk..tadi bagi green light nak penampar.. sekarang nak bising-bising pulak?"marah Ezar.

"Suka hati kau la pompuan.. malas aku nak layan kau ni buat sakit hati.. buat sakit jiwa aku!!! "mata Farish mercerlung kearah Ezar.

"Dah la weh!!!... jangan berdrama sangat la.Mak kau tu ajak makan malam nanti lepas makan kau boleh balik awal pastu muka tu sapu minyak gamat ehh!! "Ezar menukar topik.

"Eh..eh Minah ni kang..tak macho la kena tampar sapu minyak gamat..apa dia ingat aku ni sotong ke!"

"Dah cepatlahh!! malas la nak layan kau ni lama-lama! "ngomel Ezar.

"Iye laa.."akhirnya Farish akur.

Yang penting dia ingin pulang segera.Dia sudah tidak larat mahu bertandang lama-lama dirumah itu kerana takut kena penampar maut dengan Ezar lagi.

*********

Continue Reading

You'll Also Like

894K 50.8K 46
Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "...
365K 12.3K 56
#1 Rashliyaa Alana , Gadis remaja berumur 16 tahun . Seorang gadis yang ceria namun satu dugaan hebat menimpa dirinya . Sekelip mata kehidupannya ber...
165K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...