Mr Heartless (On Hold)

nrfthl_ által

74.1K 4.1K 291

Memegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, di... Több

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Author's Note
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Pictures
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Sorry
Bab 27
Author's note
Notice

Bab 10

2.1K 118 18
nrfthl_ által

Pen diletakkan di atas meja. Fail-fail yang bertimbun hanya dipandang sepi. Tiada mood untuk berkerja hari ini. Laptop dibiarkan terbuka.

Keluhan berat dilepaskan.

Ibu jari dan jari telunjuk mengurut pangkal hidungku. Serabut dengan keadaan sekelilingnya.

Kalau boleh nak panggil Doraemon supaya dia dapat pergi ke zaman kecil dahulu. Senang. Tak payah fikir apa-apa. Hanya tahu bermain dan tidur sahaja. Tanpa perlu memikirkan perasaan sesiapa.

Astaghfirullah.

Aku mengucap beberapa kali di bibirku.

Permintaan kedua orang tuanya memberatkan lagi beban yang ditanggung dibahunya.

Lamunanku terhenti apabila telefon berjenama Iphone6 plus berdering menandakan satu panggilan masuk.

Mummy's calling.

Segera aku menjawab panggilan tersebut dengan memberi salam.

Selepas ucapan salam dibalas, mummy terus bertanyakan kepadaku soalan.

Aku memejam kedua belah mataku.

Lama.

"Hello? Dengar tak apa yang mummy cakap ni?"

Aku meraup mukaku perlahan. Ucapan bismillah hanya bergema di dalam hati.

Aku meyakinkan keputusanku setelah segala usaha aku lakukan.

Ya. Dia redha.

"Ya mum. Angah setuju." Balasku lembut.

Walaupun dirinya terseksa melafazkan ucapan itu.

Bukan kerana dia terpaksa. Tetapi rasa mengkhianati seseorang.

Seseorang yang dia cintai sejak dahulu lagi.

"Ya Allah! Betul ni? Alhamdulillah. Terima kasih angah! Nanti lepas balik dari office kita sambung lagi. Bye, Assalamualaikum." Tutur mummy riang selepas mendengar balasanku.

Tanpa aku sedar, air mata mengalir di pipi.

Jujur, hati beku aku tewas untuk kali ini.

Allahuakbar. Semoga Engkau permudahkan urusan kami Ya Allah.

***
Aku duduk seorang diri di atas buaian. Kelihatan budak-budak yang lain sedang bermain di taman permainan.

Aku tersenyum sendiri.

Bahagia bila jadi budak-budak ni. Tak perlu fikir apa.

Tiba-tiba aku merasakan buaianku seperti ditarik dari belakang.

Aku memejam rapat mataku sambil memegang erat tali buaian.

Takut jatuh nanti! Tak pasal-pasal masuk ward.

Kedengaran ketawa halus dari belakangku.

Perlahan-lahan buaianku ditolak ke hadapan.

Aku melepaskan nafas lega sebelum berpaling ke belakang.

Aku memandang tajam ke arahnya. Geram.

Serta-merta tawa itu terhenti.

"Amir Hudzaifah!" Jeritku geram.

Tetapi suaraku tidak boleh mengalahkan kebisingan di taman permainan ini.

Makhluk tadi terus berdiri di hadapanku.

Baguslah. Tak adalah penat-penat dia pusingkan leher dia. Boleh jadi zombie kalau lama-lama.

Amir hanya tersenyum manis tanpa rasa bersalah.

"Dah lah tu. Tak lawa lah muka cemberut macam tu. Burung gagak lagi lawa tahu?" Aku mencebik geram.

Ada pula dia katakan buruk gagak lagi lawa dari dia? Melampaui batas betul pakcik depan dia ni.

"Suka hati orang lah nak buat muka macam mana pun. Muka orang, bukan muka Amir!" Bentakku geram.

Dia melepaskan tawanya.

Aku menahan geram. Baru sahaja aku ingin bangun dari buaian, dia terus menegahku.

"Eh-eh. Jangan lah marah. Abang gurau je" tegurnya lembut.

Aku terkedu. Abang?

Mungkin Amir baru tersedar akan kesilapannya, dia terus memohon maaf kepadaku.

"Sorry. Ab- Amir tak sengaja. Tersasul." Aku hanya mengangguk perlahan.

"Sorry lah Qis. Amir tak ada niat pun." Amir terus menerus memohon maaf kepadaku.

Aku tersengih kecil. Tak lut betul cara dia pujuk.

"Macam manalah awak nak pujuk isteri nanti kalau macam ni caranya" tuturku sambil sedaya-upaya menahan tawaku daripada terletus.

Dia mencebikkan bibirnya.

"Manalah Amir tahu. Amir mana pernah pujuk orang merajuk."

"Elleh. Ye lah tu. Habis tu, makwe Amir tu?" Balasku tidak mahu mengalah.

Dia mengerutkan dahinya seribu.

"Makwe? Sejak bila lah Amir ada makwe cik adik oi. Tak ada istilah makwe dalam kamus hidup Amir Hudzaifah" nafinya.

"Yelah. Ha, sejak bila datang ni? Tak perasan pun?"

"Baru je sampai tadi. Manalah nak perasan. Qis asyik berangan je." Balasnya selamba.

Aku hanya menggelengkan kepalaku. Malas nak berbalah. Nanti sampai keesok tak sudah!

"Er, Qis. " mataku yang tadi melihat suasana taman permainan itu terus beralih ke wajah Amir.

Aku mengangkat keningku sebelah. Amir seperti teragak-agak untuk bercakap.

Sejak bila Amir ni pemalu bila nak bercakap ni? Tapi dalam masa yang sama, tiba-tiba sahaja jantungnya memainkan rentak yang laju.

Tapi aku menghiraukannya sahaja. Malas nak ambil pusing.

"Qis. Contoh lah kan. Amir ulang lagi sekali C O N T O H." Tutur Amir perlahan-lahan. Siap dieja perkataan 'contoh' itu.

Aku meganggukkan kepalaku laju 

"Contoh kalau ada orang meminang Qis kan, Qis nak terima tak?" Aku tersentak.

Meminang? Tidak pernah pula dia fikir sebelum ini.

"Hurm, kalau ada orang meminang Qis, kalau Qis tengok dia full package, Umi pun suka, In shaa Allah Qis akan terima. Full package yang Qis maksudkan bukan yang kaya, berpangkat tinggi. Totally No. Maksud Qis dia jaga Iman dia, dia jaga maruah dia, dan yang paling penting, dia jaga hubungan dia dengan Allah." Terangku panjang lebar.

Amir hanya mengangguk faham.

"Kenapa Amir? Awak ada nak meminang orang eh?" Tebakku.

Amir tersenyum manis sebelum memandang tepat ke arah mataku.

Lama.

Aku yang tidak selesa akan pandangan itu terus mengalihkan mataku memandang tempat lain.

Persoalanku tidak dijawab oleh Amir. Kini kami hanya ditemani oleh irama sepi.

Tiada perbualan yang tercetus selepas itu sehingga umi mengarahkan budak-budak untuk masuk ke rumah dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib.

Satu persoalan yang bermain dalam benak fikiranku.

Salah ke apa yang aku tanya tadi? Kalau betul, siapakah gerangan yang bertuah yang dapat memiliki makhluk yang bernama Amir Hudzaifah?

Boleh dikatakan Amir seorang yang full package. Bukannya dia tidak tahu, ramai sahaja peminat Amir. Cuma Amir sahaja yang tidak mahu melayan.

Katanya, tak berminat. Kalau betul dia ingin menyunting anak dara orang, Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan.

Doaku di dalam hati.

Baru kakiku mahu melangkah masuk ke dalam rumah, Amir memanggil namaku lembut.

Aku berpaling ke arahnya.

"Sabtu ni jangan pergi mana-mana tau? Sebab Amir nak datang. Okay?" Aku menganggukkan kepalaku sambil mengukir senyuman manis.

"Tak pernah-pernah pesan macam ni. Ada apa-apa ke?" Soalku.

Dia hanya tersengih kecil.

"Adalah, rahsia." Aku hanya menggeleng kepalaku. Macam-macam perangai Amir sejak kebelakangan ini.

***
Aku menggulingkan badanku beberapa kali di atas katil.

Bibirku mengukir senyuman manis. Entah mengapa dia begitu bahagia.

Lantas tanganku pantas mencapai kalendar yang terletak di atas meja belajar.

Jari telunjuk terhenti pada hari sabtu. Lusa!

Aku memeluk kalendar erat. Tak sabarnya!

Sedang asyik aku golek-golek di atas katil, umi menyergahku dari belakang.

BAM!

"Aduh umi" aku mengaduh kesakitkan.

Kedengaran tawa halus umi menyebabkan aku merengek manja.

Umi membantuku duduk di atas katil dan tangan tua umi ligat mengurut pinggangku lembut.

"Eh tak apalah umi. Qis gurau je" tuturku lembut sambil menghadap mukaku ke arah umi.

Umi menghentikan urutannya.

"Ni umi nak tanya, kenapa seronok sangat ni? Tak pernah-pernah peluk kalendar. Gaya macam peluk suami."

Aku tersengih kecil.

"Merepek lah umi ni. Mana adalah, happy sebab umi happy lah" umi menjeling manja.

"Umi nak bagitau, sabtu ni nanti keluarga Tan Sri Muhd Abbas nak datang. Nanti bolehlah tolong umi masak." Aku mengerut dahiku.

"Tan Sri yang mana ni umi?" Tutuku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Tan Sri yang derma terbesar tulah. Haritu diaorang nak jumpa Qistina, tapi waktu tu kan Qis masuk ward sebav athma. Terang umi panjang lebar.

Aku menganggukkan kepalaku perlahan.

"Tapi umi, Amir pun nak datang waktu tu jugak"

"Ajak lah dia sekali. Ramai-ramai kan seronok"

Aku tersenyum kecil.

"Okay umi. In shaa Allah."

Seperti kebiasaan, aku akan mendaratkan kepalaku di peha umi.

Tempat tidur yang paling best di dunia!

Lagi-lagi umi melayankan kerenahku dengan membelai rambutku lembut.

Allahuakbar. Nikmat yang hanya ada pada setiap ibu.

Tanpa sedar, aku terlelap dalam belaian kasih seorang ibu. Walaupun bukan ibu kandung, tiada alasan untuk tidak menghormati dan mengasihi seorang wanita yang gigih menjaga diri ini dari kecil hingga dewasa.

Sesungguhnya, kedua orang tua kita ialah tiket untuk kita memasuki Syurga Allah.

Iaitu dengan menghormati mereka dan membalas jasa mereka. Teringat Hadith yang pernah dikongsikan oleh Umi kepada aku suatu masa dahulu.

Berdasarkan Hadith Rasulullah,

Daripada Abi Hurairah R.A berkata, Bersabda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam:

"Amat malang, amat malang, amat malang." (Celakalah)

"Siapakah yang dimaksudkan Ya Rasulallah?"

"Mereka yang mempunyai Ibubapa ketika besar salah seorangnya, atau kedua-duanya kemudian anaknya tidak masuk ke Syurga."

Riwayat Muslim.

Maksud Hadith ini, malang bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu atau bapa, atau mempunyai kedua-duanya sekali, tetapi tidak taat kepada mereka.

Seburuk mana pun orang tua kita, ketauhilah bahawa, selagi mereka tidak melanggar Syariat Allah, selagi tu kita wajib mematuhi segala arahan mereka.

Hatta dia hanya ibu atau ayah angkat kita sahaja.

***
Mataku tertancap pada Fadz yang sedang nenungguku di cafeteria sambil menyedut air minumannya.

Aku mempercepatkan langkahku ke arahnya. Entah mana silapnya, aku tersadung kaki seseorang.

Segera aku meminta maaf kepadanya.

Kelihatan beberapa orang wanita yang tersenyum sinis ke arahku. Perlahan-lahan seorang gadis yang memakai blouse bewarna merah hati itu menghampiriku.

Rambut perangnya disisip ke belakang telinga sebekum mendekatkan mukanya ke mukaku. Matanya galak menilikku dari atas hingga ke bawah.

Aku menelan air liurku. Pahit.

Lalu dia menjarakkan wajahnya.

"Tak adalah cantik mana. Ada hati nak rampas balak kawan aku dah kenapa?" Kedengaran tawa halus daripada wanita di belakangnya.

Kawan maybe?

"Er, awak salah orang ni. Lagi sekali saya minta maaf ye? Assalamualaikum" pintaku.

Dah lah aku dah lambat. Mesti kena marah dengan Fadz kejap lagi.

Belum sempat aku mengorak langkah, terasa lenganku disambar kuat.

Terpusing badan aku menghadap wanita tadi.

"Kau fikir lepas kau dah langgar aku, dah buat hal dekat sini, kau boleh blah macam tu je ke perempuan?!" Ujarnya sedikit kuat.

Dahiku berkerut seribu. Aku rasa baru pertama kali aku melihat dirinya. Tapi mengapa pula dia sudah membuat hal dengan hamba Allah yang di hadapannya kini?

Tiba-tiba telefon milik wanita ini berdering. Dia melepaskan tanganku kasar.

Amboi kak. Macam pernah masuk taekwondo je? Kuat dia boleh tahan.

"Jangan ingat, kau boleh lepas macam ni je. Kau kira untung sebab aku tak ada waktu kau masuk sini. Kalau tak memang habis aku kerjakan. By the way, kau gunakanlah waktu-waktu bahagia kau ni. Sebab aku jamin tak ada lagi waktu bahagia untuk kau lepas ni" bisikknya di sebelah telingaku sebelum menjawab panggilan tersebut dan meninggalkanku keseorangan.

Aku mengeluh nafas perlahan. Baru aku ingin memusingkan tubuhku, terasa bahuku ditepuk kuat.

Fadzrin.

"Kau apehal lambat sangat? Bertanduk aku tunggu kau tau." Tuturnya geram.

Aku tersenyum hambar.

"Sorry. Aku ada hal tadi. Er, jom? Nanti lambat pula habis." Balasku perlahan lalu mengorak langkah ke arah perpustakaan.

Hilang terus moodnya ingin membuat ulangkaji. Entah sedikit sebanyak kata-kata wanita tadi meresap ke dalam hatiku.

Siapa dia? Aku buat salah apa? Boyfriend? Tak pernah dia menegur mana-mana lelaki ajnabi di sini.

***
Aku memilih untuk memakai jubah dan shawl yang dihadiahkan oleh Amir tempoh hari.

Aku membelek diriku di hadapan cermin. Aku tersenyum nipis.

Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati hari ini. Aku meletakkan tapak tanganku di bahagia kedudukan jantung.

Aku membaca selawat ke atas Nabi. Lalu aku menghembuskan nafas perlahan.

Lauk-pauk telah aku hidangkan di atas meja makan sebelum dia pergi bersiap.

Aku mengambil telefon Nokia tiga kupang di atas meja solek.

Satu pesanan dari Amir. Aku tersenyum lebar lantas membuka peti pesanan tersebut.

"Assalamualaikum Qis, Amir datang mungkin lewat sikit kut. Sebab ada kerja sikit. Sorryyy."

Aku tersengih kecil. Jariku menari-nari di atas telefon ini.

"Waalaikummussalam. Okay."

Send!

Tiba-tiba fikiranku melayang sewaktu Amir beria-ria untuk membelikanku hadiah telefon baru.

Tapi aku menolaknya dengan lembut. Bukan taknak, tapi rasa membazir. Cukuplah telefon ini masih boleh menelefon dan menghantar message. Walaupun lihat dari rupa telefon ini boleh dikatakan seperti belacan.

Kedengaran pintu bilikku diketuk. Lalu terjegul wajah cantik umi.

"Qis, tetamu dah sampai. Jom?" Tutur umi. Aku mengangguk perlahan dan terus mengiringi umi.

Kelihatan sebuay kereta mahal terpakir cantik di tempat parking yang sememangnya telah disediakan untuk tetamu ini.

Nampaknya umi sangat rapat dengan tetamu yang hadir.

Aku bersalaman dengan seorang wanita anggun yang aku kira falam lingkungan 40-an manakala Tan Sri aku hanya mengukir senyuman manis dan anggukan kecil.

"Qistina Humairaa'?" Soalnya lembut.

Aku mengangguk perlahan seiring dengan senyuman gula.

"Ni anak aunty nombor 3. Raisya Raihanah." Tanpa melengahkan masa, gadis ini mencium tanganku.

"Raisya umur berapa?" Ramahku.

"17 tahun" tuturnya sopan. Lalu kami menjemput mereka ke dalam untuk menjamu selera terlebih dahulu.

***
Kotak baldu yang bewarna merah membuatku tersenyum kecil.

Tidak sabar dirinya untuk melamar gadis pujaannya dari kecil sehingga sekarang.

Kotak itu aku buka. Kelihatan cincin yang bertakhtakan permata itu menambahkan lagi seri si pemakainya.

Fikirannya sudah terbayang cincin ini di jari manis gadis itu. Mak fan abah tidak mengikutiku kerana ada mesyuarat penting yang tidak boleh ditinggalkan.

Aku hanya ditemani dengan kakakku. Dia bercadang untuk berjumpa dengan umi dahulu. Kalau umi dan Qistina bersetuju, esoknya aku akan meminang terus.

Debar di hati tidak terkira. Sejak malam tadi jantung ini berdegup laju. Hanya dengan selawat dan beberapa zikir dah menenangkan hati yang gundah-gulana ini.

Aku memakirkan keretaku di luar pagar. Kelihatan kereta BMW yang bewarna hitam metalic terpakir cantik di tempat parking.

Aku mengerutkan dahiku. Ada tetamu lain ke selain dirinya?

"Siapa yang datang tu Mir?" Soal kakakku.

Aku mengangkat bahuku tanda tidak tahu.

Segera aku mematikan enjin keretaku. Tanpa melengahkan masa, aky mengorak langkah untuk masuk ke dalam rumah.

Tetapi pergerakanku serta-merta terhenti apabila mendengar suara yang berada di dalam rumah tersebut.

Nafas seperti tersekat di celah kerongkong membuatkan dirinya sukar untuk bernafas seperti biasa.

Lutut terasa longgar seperti baru dicabut skrunya. Sungguh badannya lemah waktu ini. Aku berlindung di sebalik dinding. Mataku tertancap pada Qis yang manis memakai jubah dan tudung yang pernah aku hadiahkan kepadanya.

"Kami datang ni nak lamar Qistina." Tutur suara tetamu itu.

Kelihatan Qis dan umi terdiam seribu bahasa.

"Saya tak kisah Puan Sri. Tapi kena tanya tuan punya badan dululah." Balas umi sambil menggenggam erat tangan Qistina.

"Er, saya tak kisah Puan Sri. Saya ikut saja kata umi."

Kotak baldu yang berada dalam genggamanku aku pegang erat. Kalau boleh mahu kasi hancur kotak itu.

"Kalau Qistina kata macam tu, saya setuju je Puan Sri. Asalkan anak Puan Sri dapat jaga anak saya sebaiknya."

Kedengaran ucapan Alhamdulillah seluruh genap ruang tamu itu.

"In shaa Allah anak saya mampu. Dia pun setuju dengan pernikahan ni.  Kalau macam tu, kira jadi lah ye? Terima kasih banyak-banyak ya kak Halimah, Qistina. Saya bersyukur sangat."

Aku yang tidak mampu untuk mendengar lagi terus mengambil langkah menuju ke keretaku.

Kak Mira yang baru sahaja membuka pintu kereta terkejut. Dia memandangku yang bersandar di seat kereta.

"Kenapa tak masuk? Soalnya hairan. Padahal dia baru sahaja membetulkan tudungnya yang senget beberapa minit.

Aku meletakkan tapak tanganku di mukaku.

"Amir lambat kak" tuturku sayu. Air mata yang cuba ditahan sebaik mungkin. Tak mahu kelihatan lemah di hadapan wanita yang bergelar kakak kandungnya.

"Amir lambat kak"

"Amir lambat" ujarku beberapa kali. Air mata yang cuba ditahan akhirnya gugur jua. Tanganku masih tidak berginjak dari mukaku.

Malu.

"Ap-pa yang Amir cakap ni? Apa yang lambat? Siapa yang datang tu?" Soalnya bertalu-talu.

Aku hanya membiarkan soalan itu tidak terjawab. Sungguh dia tiada kekuatan saat ini.

Hatinya hancur. Kecewa. Bercampuk-aduk jiwanya saat ini.

Tapi yang paling pasti, ini kali pertama hatiku berasa sakit seperti ini. Jiwaku bagai disiat-siat.

Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Qis sebelum ini.

"Hurm, kalau ada orang meminang Qis, kalau Qis tengok dia full package, Umi pun suka, In shaa Allah Qis akan terima. Full package yang Qis maksudkan bukan yang kaya, berpangkat tinggi. Totally No. Maksud Qis dia jaga Iman dia, dia jaga maruah dia, dan yang paling penting, dia jaga hubungan dia dengan Allah."

Dia tidak menyalahkan Qis kerana menerima lamaran tersebut. Cuma dia sahaja yang sudah terlambat.

Lambat hanya beberapa minit sahaja.

'Ya Allah, aku takut aku tak mampu Ya Allah' getusku di dalam hati.

Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji luar dari kemampuan Hamba-Nya.

***

#vote&comment# 😊😊😊

Olvasás folytatása

You'll Also Like

1K 128 16
𝐇𝐢𝐦 " I fall for your smile every single time. " _______________ Isabelle Mayserra mengeluh perlahan sambil memandang langit yang terbentang luas...
174K 15.5K 77
[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun...
300K 12.1K 103
Tengku Nur Iruna . Seorang gadis yang dingin , perahsia tapi mempunyai perangai yang berjenis, Kejap kejam kejap kasar kejap ayu. Razeen , Adryan...
1.2M 14.3K 25
Dua orang sepupu terperangkap dalam satu kisah cinta. Ain humaira anak yatim yang membesar dengan neneknya dari kecil. Manakala Fedzriq Haikal sepupu...