[RE-EDIT]Projek Memikat Hati...

By tyracaramel

1.6M 76.9K 3.8K

COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam... More

Prolog
1;Si encik abang crush (edited)
2; terserempak (edited)
3;Birthday (edited)
5;Night walk
6;Keputusan SPM
7;Tolong
8;Annoying
9;Ragut
10; sepupu 'mat salleh'
11;Cemburu[repost]
12; Haji Ismail
13;tangkap basah[Repost]
14; nikah
15; gambar
16; apa maksudnya dan kenapa?
17;This is sweet or what?
18;shopping barang dapur
19;Rindu (I)
20;balik kampung
21; Siapa Nadia?
22; Hadiah
23; New University
24;kejutan
25;Pujuk
26; Demam
27;Hilang lagi [Repost]
28; jealousy detected
29; Parents to be
30; something wrong
31;Cemburu lagi
32;Dituduh
33;First day in Ramadhan
34;Bakal mak mertua?
35; Makan hati
36;Check up
37;Baju baby
38; Alahai ummi dan abah[edited]
39;Jasmine?
40;Haji Ismail?
41; Outstation (I)
42;Outstation (II)
43; Rindu (II)
44; Jasmine in your area
45;Malam raya
46;Raya pertama
47;Terbongkar
48;Mimpi
49;Tease her
50;Saksi kejadian?
51; Maafkan aku
52;Pujuk
53; Ego si dia
54;Jumpa?
55;Ikut kata hati,badan binasa
56; Kembali ke pangkuannya
57; Caption ? [Re-edit]
Not an update
58;Ibu Ayah
59;Risau
60;Hospital
61;Muhammad Fiqran Rayyan
Epilog
Tinta penulis (eceh😂)
• Special #1 •
• Special #2 •
• Special #3 •
• Special #4 •
• Special #final •
(2)1 - Playboy ?
(2)2- Bercerai
(2)3- Sayang abang [re-edit]
(2)4 - Abang cemburu!
(2)5 - Anak siapa?
(2)6 - Alief
(2)7 - Jatuh
(2)8 - Gugur
(2)9 - Terasa hati (I)
(2)10 - Terasa hati (II)
(2)11 - Suami orang
(2)12 - Kahwin dua?
(2)13 - Orang ketiga
(2)14 - Suka ke?
(2)15 - I'm sorry
(2)16 - Selesai?
(2)17 - luahannya
(2)18 - Idiot!
(2)19 - Marah
(2)20 - Aku ceraikan kau
(2)21 - Mimpi buruk
(2)22 - Siapa sebenarnya dihati?
(2)23 - Sunyi
(2)24 - Maaf!
(2)25 - Jalan-jalan
(2)26 - Approve!
(2)27 - Mana satu?
(2)28 - Huda,Huda!
(2)29 - Cabar
(2)30 - Hospital?
(2)31 - Do I Still Love Her?
(2)32 - Sedar
(2)33 - Maaf
(2)34 - Jaga
(2)35 - Siapa?
(2)36 - Buli
(2)37 - Fariz?
(2)38 - Buli II
(3)39 - Bengang
(2)40 - Tergugat ke?
(2)41 - Lampu hijau?
(2)42 - Anniversary I
(2)43 - Anniversary II
(2)44 - Berkepit bak belangkas! [re-edit]
(2)45 - Nakalnya awak! [re-edit]
(2)46 - Bidadariku
(2)47 - Happy ending
it's me!!
Not an update
hye awak semua💕
RAYA SPECIAL ; 1
RAYA SPECIAL ; 2
RAYA SPECIAL ; 3
RAYA SPECIAL ; 4
SPECIAL RAYA ; LAST
THANKYOU❤️
Helo
ZEDAN ISKANDAR : MY SECRET LOVER

4;Kem (edited)

19.9K 1K 75
By tyracaramel

"Naz kena ikut serta kem perdana tu? Tak nak la, Pakngah.."

Nazrul menggelengkan kepalanya. Malas betul dia nak tolong uruskan pelajar-pelajar yang ikut serta kem perdana ni. Dia bertambah malas apabila perlu berjaga malam semata-mata nak jaga budak-budak tu. Dia bukannya gemar berjaga malam.

"Naz kena la tolong Pakngah. Naz jadi ketua AJK aje. Izzul dah pindah sekolah, jadi Naz tolong la Pakngah jaga budak-budak kem tu," ujar Pakngah Ishak. Dia memang rapat dengan Nazrul. Memang jarang sekali Nazrul menolak permintaannya melainkan dia meminta pertolongan untuk aktiviti seperti kem perdana ini. 

Nazrul memang tak sukakan kem. 

"Abanglong, jom la. Bukan selalu abanglong join kem. Please.." Nazril Firdaus pula cuba memujuk. Walaupun dia lelaki, namun sikapnya tetap manja dengan abangnya sendiri. Tak peduli kalau perempuan lain nampak. Asalkan Nazrul ikut dengan kemahuannya. 

Nazrul memandang muka adiknya. Haih, budak ni. Dari kecil sampai besar, Nazril Firdaus memang tak pernah gagal untuk memujuknya. Lebih-lebih lagi Nazril Firdaus memang pandai memujuk dan mengatur ayat-ayat manis. Kuasa adik bongsu!

"Yalah.." Akhirnya Nazrul mengalah. Terpaksa juga ikut kemahuan adiknya. Kalau tak ikut, risau dia mengadu pula pada orang tua mereka nanti. Lagi parah. Sudah pasti ummi akan membela adiknya. Beginilah nasib kalau jadi anak sulung. Selalu kena mengalah dengan adik. 

Pakngah Ishak juga tersenyum.

"Sabtu ni kem tu bermula. Datang pukul tujuh pagi ya? Walaupun AJK, Naz tetap kena daftarkan diri," kata Pakngah Ishak, lebih kepada arahan.

"Okey.."

Nazrul akur. Dah lama dia tak ikut serta kem perdana ni. Padanya, aktiviti kem sangat remeh. Terlalu banyak aktiviti sampai tubuh dia rasa letih. Baru fikir pun dah mula rasa letih. Haih!

***

HAMPIR saja Aqisyah tersembur air yang diminumnya. Hujan tak ada, ribut pun tak ada, tiba-tiba Nazrul ada dekat kem ni. Kenapa? Setahu dia, Nazrul tak pernah suka ikut serta kem macam ni. 

"Aqisyah, tu Nazrul!" bisik Intan Melisya. Mata mereka melirik ke arah Nazrul yang sedang bersarapan di kafeteria. Seorang diri tanpa peneman. 

"Ya, aku tahu. Jangan la kau tunjuk sangat. Nanti dia nampak macam mana? Buat malu aku aje," bebel Aqisyah. Kalau boleh, dia nak cuba kawal ayu depan Nazrul. Takkan la dia nak tunjuk gedik dia pula, kan? Tak pasal-pasal kena reject awal.

Intan tersengih.

"Dia join kem ni ke?"

Aqisyah mengangkat bahu tanda dia tidak tahu. Kalau Nazrul ada dekat sini, mungkin juga dia ikut serta kem perdana ni. Takkan la dia datang tanpa sebab, kan? Lagipun, Nazrul selalu tolong pakcik dia dekat kampus ni. Jadi, tak pelik kalau dia turut serta kem perdana ni memandangkan pakciknya juga terlibat. 

"Ha, apa cerita aku punya dare dekat kau haritu?" soal Intan. Tiba-tiba dia teringat pula permainan yang mereka main tempoh hari. Hampir saja terlupa. 

"Sabarlah. Belum jalankan lagi. Susah. Dia tu ada hati batu. Dia buat aku ni macam halimunan aje. Macam mana aku nak jalankan dare kau tu?" 

"Sekarang ni kan boleh? Peluang depan mata tu! Dia tak ada peneman. Pergi la teman dia breakfast," gesa Intan. Kononnya cuba nak membantu dan menyokong kawan baik sendiri untuk buka langkah pertama. Ceh!

Dia ingat, senang ke? Nanti nampak sangat macam Aqisyah pula yang beria-ria. Buat malu saja. Kalau ibu dan ayah dapat tahu, tak pasal-pasal kena libas dengan rotan.

"Isy, aku tahulah! Nantilah dulu. Aku tak nak-"

"Assalamualaikum." Tiba-tiba, satu suara lelaki menegur mereka dari belakang. Intan dan Aqisyah menoleh serentak.

"Waalaikumussalam.."

Aqisyah memandang Intan sekilas sebelum dia pandang semula lelaki yang menegur mereka tadi.

"Awak Intan Melisya binti Azmi ya?" soal Naim, bekas pelajar yang pernah menjadi salah seorang yang mendapat anugerah dekan pada dua tahun yang lalu. Dia memandang sehelai kertas yang ada di tangannya. Kemudian, dia pandang ke arah Intan.

"Ya, saya.." Muka Intan berona merah seperti sedang hangat. Maklum la, dia jadi malu-malu kucing bila 'crush' sebut nama penuh dia. Rasa seperti ada rama-rama berterbangan dalam perut.

"Awak ahli pengakap, kan? Ikut abang sekejap. Ada beberapa fail yang abang nak minta tolong Intan serahkan pada Puan Aini." Naim mengukir senyuman manis. Matanya menjadi lebih sepet apabila dia tersenyum.

Mesti jantung Intan dah tak boleh duduk diam. Aqisyah memandang Intan lagi. Dia mengetap bibir menahan tawa apabila melihat riak wajah Intan yang sedang berusaha untuk menahan senyuman lebar. 

Tapi, dia adalah Intan. Memang terus tersenyum bila dia nampak Naim tersenyum. Haha! Sah, kawan aku dah jatuh cinta teruk dengan abang senior ni.

"Kita berbincang dekat wakaf surau ya?" pinta Naim. Intan hanya mengangguk setuju. Tak ada bantahan apa-apa yang keluar dari mulutnya.

Intan terus mengikut Naim ke wakaf surau tanpa menoleh ke arah Aqisyah lagi. Dia pergi begitu sahaja tanpa memberi apa-apa pesanan. 

"Tak cakap apa apa dekat aku, terus blah macam tu aje? Ceh!" 

Aqisyah berdecit. Bibirnya tercebir tanda tak puas hati. Dengki pula tengok Intan dapat berbual mesra dengan Naim. 

Kalau dia dengan Nazrul? Hm, macam tunggu pokok pisang berbuah dua kali. Memang tak akan dapat!

Aqisyah berdiri pantas berjalan ke arah kafeteria. Perutnya sudah lapar. Sejak dia tiba tadi, dia masih belum mengisi perut. Kalau dapat mi goreng sepinggan sekarang pun dia boleh habiskan.

Matanya mengerling jam yang terikat pada tangan kirinya. Jam sudah menunjukkan pukul 6:45 pagi. Berbaki 15 minit lagi sebelum berkumpul untuk daftarkn diri.

Tiga biji karipap dan secawan air coklat panas dibeli. Dia mengambil tempat di sebuah meja yang masih belum bertuan dan melabuhkan punggungnya untuk bersarapan. Sama seperti Nazrul, dia juga bersarapan seorang diri. 

Walaupun matanya masih terasa mengantuk, namun dia tetap gagah mengisi perut. Perut yang lapar perlu didahulukan berbanding mata yang mengantuk. 

"Assalamualaikum."

Aqisyah terus menoleh. Terkejut sedikit apabila ditegur secara tiba-tiba dari belakang. Nasib baik tak melatah dan tercekik karipap yang dimakannya. Namun, tatkala matanya terpandang gerangan yang menegurnya terus membuatkan wajahnya yang berkerut tadi berubah menjadi manis. 

Bibir Aqisyah mengukir senyuman manis tanpa dia sedar. Memang spontan. 

Aku mimpi ke ni? Aku tak mimpi,kan? Desis hati Aqisyah. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali.

Lelaki idaman, atau kata pendeknya 'crush' dia, Nazrul Hakimi tegur! 

Are you kidding me

Dalam hati Aqisyah saling tak ubah macam taman bunga yang sedang berbunga mekar. 

"W-Waalaikumussalam.." Aqisyah gugup. Terus hilang rasa lapar dia tadi. Mengantuk pun hilang. Dahsyat sungguh penangan Nazrul pada dia.

"Dah habis sarapan ke? Kalau dah, awak boleh berkumpul di dewan ya? Beratur mengikut kelas," kata Nazrul. Dia sudah mula menjalankan tugasnya sebagai ahli jawatankuasa yang bertugas sepanjang kem ini berlangsung. 

Aqisyah hanya mampu mengangguk. Tak terkeluar walau sepatah perkataan pun dari mulutnya untuk menjawab pertanyaan Nazrul tadi. Sepanjang dia kenal Nazrul, dia tak pernah berbual dengan lelaki itu apatah lagi lelaki itu yang mula menegurnya terlebih dahulu. 

Rasa maam mustahil pula kalau nak tunggu Nazrul tegur dia dulu. Tapi, sekarang dah lain! Nazrul yang tegur dia dulu walaupun lelaki itu hanya menjalankan tugasnya sebagai petugas kem. 

Melihat tiada apa-apa jawapan daripada Aqisyah, Nazrul mengukir senyuman dan terus meminta diri. Dia menegur peserta-peserta kem yang lain sama seperti Aqisyah.  

Aqisyah hanya memandang Nazrul yang berlalu pergi. 

Macam susah nak percaya. Lelaki itu sentiasa menayang wajah beku. Tapi sekarang, dia tersenyum manis?

Aqisyah senyum sendiri. 

Mungkin ini sebuah permulaan yang baik?

***

TEPAT jam tiga petang, aktiviti untuk unit beruniform bomba dan penyelamat pula berlangsung. Sebuah trak bomba telah datang untuk menunjukkan cara memadam api dan juga cara penggunaan alat pemadam api. Walaupun sudah sering kali melihat anggota-anggota bomba yang dijemput membuat pertunjukan di zaman sekolah dulu, namun mereka tetap menunjukkan perkara-perkara asas yang orang awam perlu tahu. 

Tak semua orang ingat dan tak semua orang tahu cara penggunaan alat pemadam api yang betul. Lebih baik belajar berkali-kali daripada tak tahu langsung, kan?

Apabila Aqisyah melihat Nazrul yang dipilih secara rawak untuk membuat demonstrasi di hadapan khalayak ramai, Aqisyah agak terkejut. Memang nampak muka Nazrul tak rela apabila dia ditarik oleh salah seorang anggota bomba untuk membuat demonstrasi memadam api. 

"Untung kau, Aqisyah. Walaupun dia nampak terpaksa dan tak rela, tapi dia serba-boleh. Tak nampak kekok langsung bila nak padamkan api," bisik Intan. Bibirnya mengukir senyuman senget. Sengaja nak mengusik Aqisyah. Dia tahu, hati Aqisyah mesti dah 'kembang semangkuk' sekarang ni.

Aqisyah hanya tersenyum. Matanya sempat bertaut dengan mata Nazrul, tetapi Nazrul terlebih dahulu mengalihkan pandangannya. Kekok gamaknya berpandangan dengan Aqisyah. Perempuan yang paling Nazrul nak elak. 

Setelah selesai aktiviti tersebut, para peserta mengikuti aktiviti membakar doh roti mengikut kumpulan masing-masing. Tugas dibahagikan pada setiap individu untuk menjimatkan masa. 

Aqisyah bersungguh-sungguh mengumpul ranting kayu yang petugas-petugas sudah sediakan di satu tempat di belakang bangunan fakulti sains dan teknologi makanan untuk dijadikan unggun api.

"Mana lagi perginya ranting? Takkan sikit ni aje yang ada? Nak buat unggun api pun tak lepas." Aqisyah memandang sekeliling. Matanya meliar memandang sekeliling. Mungkin kumpulan lain dah ambil banyak ranting kayu yang disediakan, jadi Aqisyah tak sempat nak ambil lebih untuk kumpulannya. 

Nak berebut ranting kayu pun dah jadi satu hal. Malas nak kecoh, jadi Aqisyah bawa apa yang dia ada sahaja. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah untuk kumpulan mereka. Boleh la dari tak ada langsung.

Air hujan yang tiba-tiba menitis membasahi muka bumi membuatkan AAqisyah mendongak memandang langit. Cuaca memang mendung, tapi tak sangka pula seawal ini hujan akan turun. 

Aqisyah mengutip saja ranting kayu yang ada dihadapannya lalu dia segera berteduh di bawah bangunan fakulti sains dan teknologi makanan. Hujan terus lebat membasahi bumi. Nasib baik dia sempat berteduh. Kalau tak, sudah pasti dia lencun.

"Lebat juga. Macam mana aku nak balik ke khemah? Jauh pula diaorang pilih tempat," keluhnya.

Bunyi derapan kasut seseorang yang berlari langsung tidak menarik perhatian Aqisyah. Dia sibuk berfikir sama ada dia mahu berlari dan redah sahaja hujan yang semakin lebat atau dia perlu tunggu sahaja di situ. 

Haih, susah nak buat pilihan. 

"Kenapa aku suka rela nak ambil ranting kayu? Tak pasal saja aku dah tersadai dekat sini," rungutnya lagi. Berkerut-kerut dai Aqisyah memandang jalan yang sudah dibasahi air hujan. Angin yang bertiup pun mula terasa sejuk. 

"Kalau tak ada kayu api, awak lapar nanti. Nak masak macam mana kalau tak ada api? Dah namanya kem, mestilah awak kena pandai berdikari macam duduk dalam hutan. Tak semestinya kena guna dapur gas aje untuk memasak."

Nazrul menegur Aqisyah. Dia meraup wajahnya yang sudah basah akibat bermandi hujan sekejap tadi. 

Kepala Aqisyah menoleh ke tepi. 

Again

Aqisyah jadi patung. Gugup sampai tak berkelip dia memandang Nazrul. 

"Awak pelajar business management, kan?"soal Nazrul. Dia membalas pandangan Aqisyah membuat pipi Aqisyah berona merah tanpa dia sedar. Aqisyah cepat-cepat mengangguk.

"Jadi, tahun ni tahun akhir awak?" soalNazrul lagi.

Seperti tadi, Aqisyah hanya mengangguk. Tak terkeluar jawapan dari mulut dia. Tiba-tiba mulut dia kena kunci. Bagaikan seorang anak yang sedang disoal siasat oleh bapanya.  

Bunyi telefon Nazrul tanda ada satu panggilan masuk menghentikan Nazrul daripada terus menyoal Aqisyah lagi. Entah apa mimpi dia sampai dia nak soal Aqisyah macam-macam. Tak pasal-pasal, Aqisyah tak boleh tidur malam dibuatnya nanti. 

"Assalamualaikum Pakngah. Naz ada dekat tempat ranting kayu ni. Tadi nak ambil ranting kayu lagi, tapi tak sempat. Hujan lebat. Naz tak boleh redah hujan ni. Lebat sangat." A

Nazrul berjalan menjauhi Aqisyah. Dia bercakap di telefon sambil membelakangi Aqisyah. 

"Aqisyah?  Dia ada dengan Naz ni. Dia pun tak boleh redah juga. Nanti demam pula anak orang, Pakngah."

Mendengar namanya dipetik, bibir Aqisyah menguntum senyuman. Dia mencuri pandang ke arah Nazrul yang sedang ralit berbual di telefon.

"Okey, Pakngah. Sekejap lagi Naz sampai sana. Assalamualaikum.."

Nazrul menyimpan semula telefonnya ke saku seluar. 

Ong! Ong!

Nazrul mencari punca bunyi itu. Matanya memandang sekeliling. Dari mana pula datangnya bunyi katak?

Hanya beberapa saat, dia terus ternampak katak yang dicari. Dia pandang Aqisyah.

"Awak."

Aqisyah yang hanya berdiri tegak sejak tadi sambil memeluk ranting kayu, dia menoleh memandang Nazrul. Keningnya terangkat sedikit. Tertanya-tanya.

"Katak." Nazrul tunjuk ke arah seekor katak yang ada di sebelah kaki Aqisyah. Tak bergerak walau seinci

Pantas Aqisyah menunduk memandang katak itu. Matanya terus terbuka luas dan ranting kayu yang ada di tangannya terus dicampak entah ke mana. 

Dengar jeritan Aqisyah, Nazrul pula jadi takut. Tak pasal-pasal kena tangkap basah pula nanti. Takut kalau orang lain fikir yang bukan-bukan kalau nampak mereka disitu. 

Ha, tadi tak terfikir langsung. Sekarang, baru terfikir?

Kalau macam ni, dia rela redah hujan!

"Aqisyah, jangan jerit." Nazrul cuak. Dia dah pandang sekeliling. Tunggu masa nak lari. Tak rela dia kalau kena tangkap basah. Walaupun mereka masih berada di tempat terbuka dan tak tertutup, namun dia masih takut dengan sebarang kemungkinan.

Tambahan pula, Aqisyah menjerit. Lagi la dia takut!

"Katak tu! Awak halau dia dulu sebelum awak lari!" Aqisyah mahu mendekati Nazrul. Nak menyelamatkan diri daripada katak yang tiba-tiba melompat akibat terkejut dengan jeritan Aqisyah. Nasib baik dia tak melompat ke kaki mereka berdua. Kalau tak, makin kecoh jadinya. 

"Shuh!" Nazrul halau katak itu menggunakan kaki. Takut-takut juga la dia halau katak tu. Dia pun bukannya berani sangat!

Melihat katak itu semakin jauh, Aqisyah terus lega. Rasa nak tercabut jantung bila tengok katak tu semakin dekat dengan dia tadi. 

"Saya pergi dulu. Jangan menjerit lagi!" Nazrul menekankan suaranya sedikit tanda amaran. Takut dia nak duduk berteduh di situ lama-lama. Biarlah dia basah lencun. 

Aqisyah terdiam. Dia juga baru tersedar. Spontan tangannya terus menekup mulut. Cuba halang mulutnya dari mengeluarkan sebarang jeritan. 

Buat malu betul! Tak guna punya katak. Disebabkan kau, Nazrul dah takut dengan aku! Bisik hati Aqisyah.  Memang malu sungguh dia. 

Nak buat macam mana? Bukannya dia berpura-pura takut. Dia memang takut dengan katak dan geng katak yang lain. Perempuan mana yang tak menjerit bila nampak katak nak melompat ke arah dia?

Haih! Jatuh maruah aku!

Ya Allah. Malunya!

"Sorry.." ucap Aqisyah, perlahan. Hanya dia yang dengar ucapan maafnya sendiri.

Sah, Aqisyah. Memang dah tak ada harapan Nazrul nak tegur kau lagi. Mesti dia takut tengok kau takut tadi, Aqisyah!

Apalah nasib! 

Continue Reading

You'll Also Like

59.8K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
252K 9K 24
Highest ranked: #1 in Romance Pertemuan semula Ana dan Haq yang merupakan rakan sekelas ketika berada di bangku sekolah dahulu menyebabkan mereka m...
5.8M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...
1.4M 66.1K 58
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun...