Bukan Yang Sempurna

By TiyaBella

467K 13.7K 191

Dhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanit... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bukan Yang Sempurna
Perhatian!!!!!
Bab 34 ( epilog )
Bukan Yang Sempurna

Bab 21

11.6K 357 0
By TiyaBella

Dhia Aryana kini berada di hospital. Menunggu detik-detik kelahiran anak-anak sulungnya.

Izz Ilham menolak daun pintu lalu masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman yang meleret. Dia terus membela anak rambut isterinya yang jatuh ke dahi lalu dahi itu dicium. Izz Ilham melabuhkan punggung disebelah isterinya yang sedang berbaring. Tangan isterinya digenggam erat. Tangan mulus itu dibawa ke bibir.

" sorry sayang.. abang kena keluar tadi. Now.. abang dah free. Abang ambil cuti seminggu tau. " ucap Izz Ilham.

Dhia Aryana hanya tersenyum. Dia tahu tugas sebagai seorang doktor bukanlah mudah. Masa adalah perkara terpenting yang seorang doktor perlu korbankan.

" takpe. Dhia faham. Lagipun waktu sakit tadi kan abang teman. Masa abang takdek , tak rasa sakit pun. " balas Dhia Aryana sambil tersenyum.

" yeke? Risau abang tadi. Tapi..yelah. Abang dah pesan dekat the babies supaya jangan sakit lagi waktu daddy takde. " 

Dhia Aryana senyum nipis. Kepalanya digeleng-gelengkan.

" apa-apa jelah abang ni. "

Izz Ilham ketawa.

" betullah abang cakap. Tak percaya pulak. "

Sedang mereka bergelak tawa perutnya kembali diserang rasa sakit.

" au!! Abang! Perut sayang sakit lagi. " adu Dhia Aryana sambil memegang pinggang dab perutnya.

Genggam tangannya bersama Izz Ilham dikuatkan.

" sabar sayang sabar. Ingat allah. Tarik nafas elok-elok. " balas Izz Ilham membantu menenangkan isterinya.

***

Setelah empat jam bertarung sakit menanti laluan bayi dibuka. Dhia Aryana dimasukkan ke dalam wad bersalin. Berpeluh-peluh dirinya menahan sakit yang teramat.

" abang.. Dhia nak minta maaf kalau Dhia banyak buat salah dengan abang. Dhia minta abang halalkan makan minum Dhia. Kalau Dhia tak selamat , abang jaga anak-anak kita elok-elok ye. " sempat Dhia Aryana meminta maaf kepada suaminya dalam keadaan menahan sakit sebelum dia dibenarkan meneran.

" sayang.. jangan cakap macam ni. Abang dah maafkan semua salah sayang. Abang dah halalkan semua yang abang bagi dekat sayang. Sayang janganlah macam ni. Sayang kena yakin yang sayang selamat. Sayang taknak tengok anak-anak kita ke? Dah.. jangan fikir macam-macam. Sayang kuat. Ingat allah. Istifar banyak-banyak. " nasihat Izz Ilham. Airmatanya menitis satu persatu akibat tidak dapat menahan sebak.

Dhia Aryana hanya mengangguk mengerti. Airmatanya diusap oleh Izz Ilham.

" okey. Doktor Aryan. Awak dah boleh mula meneran. Satu.. dua tiga. Push! " ucap doktor yang sentiasa memeriksa kandungan Dhia Aryana.

Dhia Aryana menggengam erat tangan Izz Ilham. Dia meneran sekuat mungkin supaya anaknya dapat keluar dengan segera. Tubuhnya sudah tak larat menanggung sakit.

Dhia Aryana meneran lagi sehinggalah ruang menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara bayi menangis.

" tahniah Doktor Ilham. Baby boy! Hensem macam awak. " ucap doktor itu. Izz Ilham mengucapkan syukur. Begitu juga dengan Dhia Aryana.

" terima kasih sayang. " ucap Izz Ilham lalu mengucup dahi isterinya.

Tidak sampai beberapa minit , Dhia Aryana berehat. Perutnya kembali sakit. Sakit sehebat tadi.

" ya allah! Doktor! Perut saya sakit! " jeritnya.

Dhia Aryana memegang perutnya dan kembali menggengam erat tangan Izz Ilham. Izz Ilham menguak rambut isterinya ke belakang. Peluh-peluh dimuka isterinya dilap dengan tapak tangan.

Doktor itu memeriksa Dhia Aryana. Dia meminta supaya Dhia Aryana kembali meneran. Dhia Aryana kembali menggengam erat tangan suaminya. Perutnya kembali sakit seperti tadi.

Setelah 10 minit ,

" tahniah! Baby girl. Cantik macam doktor. " puji doktor tersebut.

Izz Ilham mencium wajah isterinya penuh kasih.

" terima kasih sayang.. " ucapnya. Airmatanya menitis laju kerana terharu.

Dhia Aryana hanya senyum nipis apabila Izz Ilham dipanggil untuk mengazankan dan mengiqamatkan anak mereka. Bahagia! Syukur! Itu yang dia rasakan kini.

Continue Reading

You'll Also Like

522K 28.3K 40
#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam...
94.3K 4.8K 51
Dia. Balqis Qaisara. Seorang gadis yang baru nak menginjak usia 18 tahun. Belum pun menginjak usia 20-an, hidupnya sudah dibanjiri kisah cinta yang...
6.2K 201 30
Seorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak d...
276K 7.7K 27
[COMPLETED] Asal jumpa je gaduh dan asal gaduh je jumpa.Inilah kisah antara Nur Dyna Amal dan Tengku Daniel Amsyar.Dyna ialah seorang yang kasar,cant...