Bab 1

36.6K 641 7
                                    

Dhia Aryana memakai seluar yang mengikut bentuk kakinya sedikit serta baju sweater nipis. Kepalanya disarungkan dengan tudung bawal yang diletakkan di kedua-dua belah bahunya.

" Aryan.. kau pergi tunggu dalam kereta dulu lah.. aku nak pergi beli air jap. "

Dhia Aryana hanya mengangguk mengerti sambil berjalan ke arah bahu jalan manakala kawannya pula kembali masuk ke dalam pasar malam dan ditengelami ramai orang.

Dhia Aryana berjalan sambil menggigit isi ayam madu yang dibelinya. Tiba-tiba..

Gedebukk!!

Dhia Aryana terjatuh. Makanannya turut terjatuh. Dhia Aryana terus duduk dari kedudukannya yang sedang tertiarap. Tapak tangannya luka dan berdarah.

" auch " adunya.

" eii.. buta ke? Tulah sambil jalan pandang depan bukan makan! " marah lelaki tersebut.

" eh.. Aryan..Aryan.. kau okey tak? " sampuk satu suara sambil membantu Dhia Aryana bangun.

" hello.. kau yang langgar orang. Tak reti nak minta maaf ke? Lagi nak salahkan aku! " bentak Dhia Aryana sambil menyelimpangkan tudungnya ke bahu.

" kau nak salahkan aku? "

" memang salah kau pun! "

Melihatkan keadaan yang semakin huru-hara. Lelaki yang bersama lelaki itu turut masuk campur.

" dahlah..dahlah.. kalau macam ni sampai tahun depan tak habis. Jomlah bla.. " kawan lelaki tersebut terus menariknya ke arah orang ramai.

" siapa tu? " soal Wawa setelah kelibat dua orang lelaki tersebut hilang.

" manalah aku tahu. Dia yang langgar aku. " Dhia Aryana berkata dengan nada yang sedikit tinggi.

" aik! Kau nak marah aku pulak? "

" dah kau tu.. dahlah! Pening aku cakap dengan kau ni! Jom balik! "

Dhia Aryana terus berjalan ke arah keretanya yang hanya jauh beberapa tapak dari tempat mereka berdiri.

***

Sepanjang perjalanan Dhia Aryana hanya senyap tanpa banyak bicara. Wawa mengambil alih tempatnya sebagai pemandu memandangkan tangannya yang luka.

" kau okey tak ni Yan? Senyap semacam je. " Wawa memecahkan sunyi antara mereka.

" okey kau tanya? Kau tak nampak macam mana dia langgar aku tadi? Dahlah tak minta maaf , salahkan aku pulak tu! " marah Dhia Aryana.

" lek..lek.. sekali tu je kau jumpa dia! "

" harap masinlah mulut kau. Memang aku dah tak nak jumpa dia. Menyanpah! "

" jangan menyampah sangat doh! Takut nanti jadi suka. "

" erghhh!! Takdek maknanya! "

Tawa kecil kedengaran di mulut Wawa.

***

Dhia Aryana bersiap di hadapan cermin. Dirinya diperkemaskan buat kali terakhir.

Baju kurung corak bunga-bunga sudah menampakkan ayu di wajahnya. Ditambah pula dengan selendang kosong yang berwarna ungu. Menambahkan lagi tarikan di tubuhnya.

Dhia Aryana terus turun le bawah untuk menjamu selera memandangkan Wawa yang sedang bercuti sudah masak.

Dhia Aryana terus menarik kerusi untuk duduk.

" aku hairanlah dengan kau ni Yan? "

" kenapa pulak? " soal Dhia Aryana. Satu sudu mihun disuapkan ke dalam mulutnya.

" yelah.. kau dekat luar pakai seluar.. simple je. Nampak kasar. Tapi kalau pergi kerja..ayu nak mampos. "

Dhia Aryana ketawa kecil.

" blah ah kau! Loya buruk kuat! " bahu Wawa ditepuk.

" asal semangat sangat kau hari ni? "

" yelah.. esok sabtu. Cuti! Tak sabarnya! " balasnya riang.

Wawa hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Dhia Aryana yang seperti kebudak-budakkan. Makanan terus disuapkan ke dalam mulutnya.

_______________________________________

Terima kasih semua! Muah!


Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now