Bab 34 ( epilog )

16.7K 390 33
                                    

( Dhia Aryana P. O. V.  )

Aku gagahkan kaki untuk berdiri. Kadang- kadang kaki aku sudah terasa. Jari-jari kga sudah boleh aku gerakkan sedikit.

Sedang aku cuba menapak untuk langkah yang seterusnya , aku rasa seperti sudah tidak berdaya. Langkahku seolah-olah sudah tidak terasa.

" arghh!! " jeritku terkejut sambil menahan tubuh yang hampir jatuh.

" sayang! " aku tersentak dengan panggilan seseorang.

Aku rasa ada yang memeluk pinggangku seta bahuku.

Tanpa perlu menoleh aku sudah tahu siapa.

" sayang buat apa ni?! " marahnya dengan suara yang sedikit meninggi. Pegangannya masih belum dilepaskan.

Masakan tidak , baru sebentar tadi dia berpesan supaya jangan turun daripada katil.

" sayang try je. " balasku lembut. Bimbang jika dimarahi.

" abang dah pesankan? Jangan.. Jangan.. Jangan buat waktu abang takdek. Kalau jatuh macam mana? " nasihatnya sambil mendukung tubuh aku lalu diletakkan diatas katil.

" abang sanggup ke tunggu sayang walaupun sayang macam ni? " soalku tiba-tiba. Matanya kutatap dalam.

" sayang ingat tak waktu abang koma dulu? " soalnya mengingatkan kembali kejadian dimana dia terpaksa dibedah ketika disahkan menghidap tumor otak.

Aku angguk perlahan.

" sayang ingat tubuh sayang yang abang dah lukakan waktu sayang kandungkan anak kita? " soalnya dalam nada yang cukup serba salah.

Aku angguk lagi. Hanya tuhan yang tahu hatiku waktu itu.

" sayang ingat abang koma berbulan-bulan sampailah kandungan sayang besar? " soalnya lagi.

Aku angguk.

Ya , aku ingat semua tu. Aku jalani kehidupan berbulan-bulan tanpa dia disisiku.

" tapi , kenapa sayang masih tunggu abang? " soalnya kepadaku.

" cause I love you. " balasku.

" same goes to me. Abang cintakan sayang macam mana kuatnya cinta sayang pada abang. Abang buat sayang macam-macam dekat sayang. Tapi.. Sayang tetap tunggu abang. Jadi.. Apalah sangat dengan kekurangan sayang ni. Ianya tak menjejaskan sedikitpun rasa sayang , cinta dan kasih untuk sayang. Semua ni terjadi bukan kehendak sayangkan. Abang dah cukup bersyukur yang sayang masih ada dengan abang. Yang sayanh dah lahirkan anak-anak abang. " ucapnya syahdu. Mataku ditatap penuh kasih. Rambutku diulus lembut olehnya.

Aku terdiam. Senyap tanpa bicara. Lalu perlahan-lahan. Dia naikkan bibirnya kedahiku. Lalu terus-terusan mendarat disetiap genap wajahku.

***

Setahun berlalu...

Dhia berdiri sambil menghadap kolam rumahnya itu. Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan menjalani fisiotheraphy akhirnya kini dia dapat berjalan semula. Berjalan seperti sedia kala.

" sayang.. " ucap Izz lalu memeluk pinggang isterinya.

Dhia turut meletakkan tangan diatas tangan Izz.

" taknak masuk lagi ke? Sian sayang dengan anak abang ni sejuk. " ucapnya lalu sama-sama menggosok perut Dhia yang sudah 7 bulan itu.

" kejaplah. " balas Dhia lembut.

" thank you sayang. " ucap Izz tiba-tiba. Lalu tangannya dilarikan dari perut Dhia. Beralih pula pada leher jinjang isterinya itu. Seutas rantai emas berloket hati dikemaskan dileher Dhia.

Dhia terkejut. Dipegangnya rantai itu lalu ditelek loket tersebut.

" abang.. " panggil Dhia lalu memusingkan tubuhnya menghadap Izz. Wajahnya masih mempamerkan riak terkejut.

" abang nak ucapkan terima kasih sebab sudu jadi isteri abang. Mummy kepada anak-anak kita. Isteri yang baik dan setia. Mummy yang penyayang untuk Mika , Kayla dan Keisha. " ucapnya syahdu.

Dhia masih diam. Matanya sudah panas kerana terharu.

" takdek apa yang mampu abang balas. Abang mintak maaf sebab abang bukanlah yang sempurna untuk sayang. "

Airmata Dhia akhirnya menitis.

" please don't say that. Kita sama-sama tak sempurna. Sama-sama tak lengkap. Tapi disebabkan cinta abang kepada sayang. Semuanya telah menjadi sempurna. Sayang tak perlukan yang sempurna. Cukuplah abang disisi sayang. " balas Dhia turut sebak.

Mata Izz turut berat. Lalu tangan sasanya diangkat untuk mengelap airmata isterinya yang jatuh.

" cinta kita sama-sama melengkapi ketidaksempurnaan kita sayang. Cinta yang lengkap itu telah menyempurnakan diri bukan yang sempurna ini. "

Tamat...

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now