Bab 32

11.5K 397 15
                                    

Dhia menggosok-gosok matanya yang masih mamai. Keisha yang berada diatasnya dibela kedudukkannya. Kerusi yang separa baring itu dilaraskan menjadi tegak.Dipandangnya sebuah rumah kayu yang amat dikenalinya. Bibirnya menguntum senyuman.

" eh.. Dah sampai? " soalnya sambil memandang Izz disebelah.

Izz yang masih berkaca mata hitam jenama ray ban itu mengangguk.

" yelah sayang.. Sedap sangat tido. " balasnya sambil menggosok kepala Dhia lembut.

" tu.. Opah dah keluar. " sambung Izz sambil menghalakan jarinya kearah pintu rumah.

" abang turun dulu bawa keluar anak-anak. Pastu abang ambil sayang. Baru abang ambil beg eh. " ucap Izz sambil membuka pintu kereta.

" kesian abang.. " ucapnya lembut.

" sayang... Jangan mulakan okey.. Abang tak suka. " tegur Izz kerana tahu akan kata-kata yang bakal disambung isterinya.

Dhia hanya diam selepas itu , dia tahu Izz takkan suka jika dibangkitkan tentang itu.

Izz keluar dari kereta lalu menyalam tangan tua opah yang baru turun. Dhia turut membuka pintu membenarkan opah mendekatinya.

Izz pergi pula ke pintu belakang untuk mengejutkan anak kembar mereka yang turut nyenyak tidur.

" Kayla.. Mika.. Kata nak jumpa nyang.. Kita dah sampai ni. " kejut Izz lembut sambil menggegarkan kedua-dua tubuh kecil anaknya.

Kayla menggeliat kecil.

" daddy.. " panggilnya sambil menggosok mata.

" ye sayang.. Bangun cepat. Salam nyang tu. " ucap Izz lagi sambil membantu puterinya itu berdiri tegak dan memakai selipar.

Kayla keluar lalu pergi kearah depan ditempat mummynya bersama moyangnya. Tangan tua itu disalam. Izz lakukan perkara yang sama terhadap Mika.

" jom.. Kita naik dengan nyang dulu jom.. " ucap opah mengajak Mika dan Kayla. Dhia dan Izz hanya tersenyum. Anak-anak mereka kelihatan teruja dengan keadaan kampung yang mendamaikan. Opah naik keatas rumah bersama Mika dan Kayla serta Keisha yang berada didukungannya.

" jom sayang.. Abang dukung sayang naik dulu. " ucap Izz sambil menutup pintu belakang.

Dhia merangkul leher Izz. Izz mulai mencempung tubuh Dhia. Apabila dia sudah berdiri tegak dari tunduk ketika mengambil Dhia. Izz menolak tubuh isterinya sedikit keatas seperti mendukung anak-anak mereka. Dhia sedikit terkejut.

" abang! " ucap Dhia sambil memukul dada suaminya.

" kenapa? " soal Izz pelik.

" abang buat macam tu tak berat ke? " soalnya terkejut.

" buat apa? " soalan dibalas soalan.

" yelah.. Abang lambung Dhia macam tu. Dhia bukan berat baya-baya Kayla... Mika.. " ucap Dhia.

" takdeklah.. Daripada sayang macam tadi. Macam nak jatuh je. " balas Izz sambil menutup pintu kereta.

" kalau macam ni Dhia kena kuruskan badanlah. " ucap Dhia sambil memandang kearah lain.

" sayang nak kuruskan badan? Tak cukup slim ni? " soal Izz.

" erm... " balas Dhia membuat muka seola-olah berfikir. Jarinya memgetuk-ngetuk hidungnya.

" nak kurus macam mana supaya abang boleh buat macam ni? " soal Izz. Sejurus itu dia berpusing-pusing. Dhia yang berada didukungan menjerit-jerit. Kedua-dua tangannya merangkul erat leher Izz.

" abang stop!! Dhia takut!! " jeritnya.

Setelah itu , barulah Izz berhenti.

" abang ni jahatlah! " marah Dhia sambil memukul bidang dada suaminya.

Izz ketawa besar.

" sayang-sayang. Berhenti darah mengalir eh.. " ucap Izz dengan sisa tawa.

" kenapa pulak?! " marah Dhia.

" pucat muka. "

" meh abang ubatkan ae. " sambung Izz lalu tunduk mencium dahi dan kedua-dua pipi Dhia.

Dhia menjeling kearah Izz dengan tajam.

Kedengaran suara opah menjerit dari atas.

" sudah-sudahlah Yan , Izz beromantika dekat bawah tu. Naik! Anak nak susu dah ni! " jerit opah.

" abanglah ni! " marah Dhia sambil menepuk dada Izz lagi.

" sayang marah-marah abang kang abang pusing lagi kang. " ucap Izz lalu membuat gaya seperti hendak memusingkan tubuh Dhia lagi.

" okey-okey sayang tak marah. " halang Dhia.

Izz mulai mengatur langkah.

" betul ni? " soalnya lagi lalu membuat gaya yang sama.

Dhia jerit kecil.

" ha. Ye.. Ye.. " balas Dhia dengan tawa.

" betul? "

" yelah abang... " ucap Dhia sambil mengucup pipi kanan suaminya.

Setelah meletakkan Dhia. Izz kembali turun untuk mengambil beg.

Hai! Dekat sini saya nak bagitahu beberapa perkara : -

1. Cerita BYS ni akan berakhir dalam beberapa bab lagi. Tapi.. Saya tak pasti berapa. Dalam 3/4 bab.

2. Dekat wall saya.. Saya ada ckp yg nak publish Titisan Kasih Marissa yang sudah saya siapkan. Tapi saya tukar plan. Saya ubahkan cerita tajuk TKM tu kepada TITISAN KASIH IMAN SAFIYA. Cerita itu saya tengah edit lagi. So masih belum lengkap.

Jadi... Kepada sesiapa yang masih sudi nak follow cerita saya yang seterusnya. Boleh check it out.

TITISAN KASIH IMAN SAFIYA by TIYABELLA

Saya dah publish!

3. Saya nak tanya.. Kat sini ada tak yang baca CINTA DAN BENCI. Korang follow lagi tak? Kalau tak.. Saya ingat nak unpublishe. Nak buang. Kalau nak teruskan... Maybe update tu lambatlah kot. Dan saya tak pasti sama ada cerita tu dapat memuaskan hati semua atau tak. Sebab saya punya ' warna ' cerita tu hilang.

4. Kepada sesiapa yang nak saya promote cerita awak , boleh text saya terus. Jangan segan2. Kalau dekat wall , kadang2 sy x prasan. Terus hantar details contoh

Hanya Dia! by TiyaBella

Supaya senang saya buat. Kalau awak tulis " refer my profile " susah. Sebab line saya lambat. Tapi jangan risau... Awak suruh saya promote cerita awak.. Saya baca sekali tau! Hehe.. Alang-alang cicah cili sos , kita sapu dengan mayonis sekali. ( alang2 menyelup pekasam , biar smp ke pngkl lrngan.)

5. Jgn lupa comment and vote eh. Saya tengok readers saya tak turun. Tapi vote xbyk. Comment 2/3 je. Sedih tau. I need you guys punya pendapat macam mana.

Okey bye! Byk sgt membebel ni. Hihi. Muah! Thank you semua!

Kalau terlebih rajin bolehlah pergi profile sis pastu tekan follow. Kalau nak follow back post je dekat wall sis okey?

Bukan Yang Sempurnaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن